Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 17 Jun 2012

Ubi Kentang / Potato


Hi!


Hari ni saya nak berkisah tentang Ubi Kentang. Sebenarnya saya ni tak berapa kenal jenis-jenis ubi kentang ni. Selalu sangat confius sebab kalau tak salah saya setiap ketang tu berbeza jenis masakan yang sesuai untuknya. Memandangkan hari ni saya buat Sup Ubi Kentang Berkrim dan nak kongsi resepinya nanti jadi tergerak pulak nak cari cerita pasal jenis-jenis kentang ni.


Alhamdulillah, selepas selak sana selak sini akhirnya dapat gak ler cerita pasal jenis kentang ni. Baru saya tahu bahawa Amerika Syarikat adalah pembekal ubi kentang ke seluruh dunia Selain daripada negara China. Selama ni tak ambil pusing sangat pun :|. Semua kentang ini dibasuh dan digredkan sebelum dieksport, dan ia boleh dibeli dalam pelbagai saiz bungkusan seperti beg 5 paun, karton 50 paun dan guni 100 paun.


Kentang, dengan nama ilmiah Solanum Tuberosum, dalam bahasa mandarin disebut Tu Dou (Kedelai Tanah) atau Ma Ling Shu, di Provinsi Shanxi, China disebut pula Telur Obat Gunung, potato, batatas, aardapel, pomes, 马 铃 薯 atau 土 豆 (baca: ma ling shu atau du tou), itu semua adalah beberapa contoh dari kata kentang dalam berbagai bahasa. Aardapel sendiri artinya cukup lucu: “apel tanah”, sementara dalam Mandarin disebut dengan tu dou yang artinya “kacang dari dalam tanah”. Suku Inca menyebut kentang “Papas,” sampai hari ini masih dengan sebutan yang sama.

Ejaan ketang dalam bahasa Mandarin


Dewasa ini ia berada di urutan belakang gandum, jagung dan padi, luasan  penanamannya berada pada urutan keempat produk pertanian. China menghasilkan kentang 66 juta ton per tahun, menduduki peringkat pertama di seluruh dunia.

Bunga kentang

Ladang ubi kentang


Chef dan suri rumah di merata dunia sudah tentunya memilih kentang AS kerana kualiti tinggi dan keserbagunaannya, manakala peruncit dan pemborong menghargai kos berpatutan dan kadar pembaziran yang rendahnya, menghasilkan produk menguntungkan yang amat dihargai oleh pelanggan. 


Kentang segar AS boleh dikategorikan mengikut tujuh jenis utama yang dijelaskan di bawah. Bagaimanapun, AS menanam dan mengeksport pilihan luas kentang seperti yang dilihat di bawah. Kepelbagaian jenis kentang ini memastikan ada kentang untuk memenuhi setiap keperluan dan ini bermakna jualan yang lebih tinggi secara keseluruhannya.


Kentang Russet

Russet adalah sejenis kentang yang digunakan secara paling meluas di Amerika Syarikat. Sebahagian besarnya ditanam dikawasan barat laut. Kentang jenis boleh didapati sepanjang tahun, lebih berkanji dan mudah dikenali daripada kulitnya yang perang dan isi putih. Disebabkan kandungan kanjinya yang tinggi dan teksturnya bertepung bila dimasak menjadikan ianya sangat sesuai untuk dibakar, digoreng dan dilecek. Kentang jenis ini juga dianggap kentang serbaguna yang baik.
Jenis utama termasuk: Burbank, Norkotah, Ranger, Shepody


Kentang Putih Bulat

Kentang jenis ini boleh didapati sepanjang tahun. Ia mempunyai kanji sederhana tinggi dan mempunyai kulit nipis  berwarna perang muda dengan isi putih. Teksturnya gebu dan bentuknya kekal selepas dimasak. JUga dianggap sebagai kentang serbaguna, kentang putih bulat ini boleh digunakan dengan pelbagai cara. Masakan yang paling sesuai adalah salad dan sajian yang berkeluk, dukukus, digoreng atau panggang.
Jenis utama termasuk: Atlantic, Katahdin, Norwis, Reba, Superior


Kentang Putih Panjang

Kentang putih panjang berbentuk bujur dengan kandungan kanji sederhana tinggi dengan kulit nipis berwarna perang muda. Kentang jenis ini mempunyai tekstur ppejal gebu bila dimasa. Kentang putih panjang sesuai untuk direbus, dimasak didalam ketuhar gelombang mikro atau ditumis goreng. Ia juga adalah kentang serbaguna.
Jenis utama termasuk: Kennebec, White Rose, Cal-White



Kentang Merah

Kentang merah kini boleh didapati secara meluas hampir sepanjang tahun. Ia mudah dikenali daripada kulitnya yang semulajadi berwarna merah. Isinya berwarna putih, kuning dan ada juga yang berwarna merah. Kentang merah mempunyai tekstur yang kental, licin dan berlilin menjadikannya sesuai untuk dibakar, dikukus, direbus atau dibuat salad. Kentang merah sering dirujuk sebagai 'kentang baru' akan tetapi secara teknikalnya 'baru' merujuk kepada apa jua kentang yang dituai sebelum matang.
Jenis utama termasuk: Chieftain, Dakota Rose, La Rouge, Norland, Red La Soda



Kentang Kuning

Kentang kuning semakin digemari di Amerika Syarikat dan kini boleh didapati hampir sepanjang tahun. Kentang jenis ini mempunya tekstur padat dan gebu dengan warna keemasan dan kelembutan rasa mentega. Kentang kuning sesuai untuk dilecek, dipanggang, dibakar, direbus dan dikukus.
Jenis utama termasuk: Yukon Gold,German Butterball, Sierra Gold


  

Kentang Biru dan Ungu

Kentang ini berasal daripada Amerika Selatan dan sudah mula popular di Amerika Syarikat. Kebanyakan kentang biru dan ungu ini boleh didapati pada musim luruh. Kentang yang boleh dianggap luar biasa ini mempunyai rasa seperti kekacang dengan isi aneka warna dari biru tua atau lavender hingga warna putih. Warnanya akan kekal walau dimasak dalam ketuhar gelumbang mikro. Ia juga boleh dipanggang dan dikukus. Warna kulit semulajadinya juga memberi warna biru dan ungu yang menarik kepada mana-mana sajian.
Jenis utama termasuk: Purple Peruvian, All Blue 


 

Kentang Jejari

Kentang ini merupakan satu pilihan yang paling hangat di Amerika Syarikat. Kentang kecil ini berbentuk tiub lonjong panjang seperti jejari manusia. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna semulajadi yang menarik walaupun kebanyakannya mempunyai isi berwarna kuning. Ukuran panjang nya 5-10 sentimeter sahaja dengan garis pusat 2.5-5 sentimeter. Teksturnya kental dan melekit menjadikannya sesuai dikukus, dibakar, direbus dan dijadikan salad.
Jenis utama termasuk: Russian Blue, Red Thumb, French Russian Banana


Untuk mengekalkan kualiti tinggi kentang AS, kentang mesti dikendalikan dan disimpan dengan teliti. Oleh kerana kentang segar ‘terus hidup’ selepas dituai, ia masih menjalani proses biologi. Proses ini boleh diperlahankan dengan mengambil langkah yang sewajarnya, tetapi tidak boleh dihentikan. Suhu, kelembapan dan aliran udara yang sesuai adalah faktor yang membantu mengekalkan keadaan terbaik ubi kentang. Bagi mengurangkan kerosakan pada kentang, anda harus:

  1. Elakkan daripada menjatuhkan kotak, mencampakkan beg atau melambakkan kentang pada meja peragaan.
  2. Jangan simpan kentang di dalam peti pendingin, atas meja sejuk atau di dalam peti sejuk. Kedinginan menukarkan kanji menjadi gula, menyebabkan kentang bertukar kepada warna hitam semasa dimasak.
  3. Kurangkan pendedahan kepada cahaya semula jadi dan cahaya buatan dengan menutup kentang setakat mana yang mungkin dan menjauhi cahaya. Cahaya menyebabkan kentang bertukar warna menjadi hijau.
  4. Jangan simpan bersama bawang besar. Gas yang dilepaskan oleh bawang besar mempercepatkan proses kerosakannya.
  5. Untuk mengelakkan kentang mengalami kegelapan ketika dikupas, letakkan kentang di dalam air sejuk sejurus selepas dikupas sehingga sedia untuk dimasak. Air sejuk akan mengelakkan bahagian luar kentang menjadi gelap/lebam.

Mungkin ada yang binbang untuk memakan atau mengambil ubi kentang dalam menu makanannya kerana dikatakan boleh menyebabkan punca kegemukan. Fakta ini ternyata tidak tepat kerana jumlah lemak ubi kentang adalah di bawah paras 25 peratus dan membekalkan karbohidrat kompleks manakala kandungan kalorinya adalah rendah, malah dikenali sebagai bahan makanan yang bebas kolesterol. Namun cara masakan yang membuatkan ianya menjadi makanan yang tidak selamat. 


Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. 


Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Kentang berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul. Caranya adalah dengan mengadun ubi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka. Ia juga digunakan dalam pencegahan hipertensi.


Kentang juga merupakan sumber yang baik akan berbagai mineral, seperti kalsium (Ca), fosfor (P), besi (Fe) dan kalium (K), masing-masing 26,0; 49,0; 1,1; dan 449 mg/100 g. selain kandungan natriumnya sangat rendah, yaitu 0,4 mg/100 g. Rasio kalium terhadap natrium yang tinggi pada kentang sangat menguntungkan bagi kesihatan, khususnya terhadap pencegahan timbulnya penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi).
 














3 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih dear... Sama2 kita tambah ilmu :)

      Padam
  2. terima kasih atas infonya :)
    sudi-sudilah baca dan follow blog saya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...