Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 30 September 2013

Pihak sekolah tolong perhatikan ini... Hal-hal yang tak menyenangkan


Hari Sabtu lepas (28/9/13) sepatutnya anak saya ada kelas tambahan untuk Kira Cepat Matematik. Katanya dengan penggunaan jari, budak-budak yang belajar boleh kira hingga bilangan besar-besar dengan cepat dan mudah.


Sebenarnya borang dah diedarkan 3 minggu sebelumnya melalui sekolah. Ada cikgu yang bertanggungjawab agihkan borang yang ada sikit penerangan maklumat tentang pihak yang mengajar tu.

Mengukit borang tu, pengajar datang dari Kedah. Area Sungai Petani tapi bila di check yang sebetulnya area Sungai Lalang (hampir le tu).

Hari Ahad kemudiannya (8/9/13) kitarang  mula hantar anak-anak ke sekolah. Katanya kelas akan bermula sebelah petang jam 3.30. Tapi rupanya register sahaja dulu. Kena bayar RM30.00 untuk duit pendaftaran dan yuran. Class yang sebenar katanya 21/9/13.


Ok le nak anak pandai ramai gak ibu bapa yang register. Siap ada yang daftar 2-3 orang anak lagi. Saya pun mulanya bercadang nak gak daftarkan si kecik, Izaz Rashyeeda tapi risau gak takut dia tak nak. So tangguh le masa class nanti.

Tapi 18/9/13 seawal 8.30 pagi dapat massage dari pihak yang mengajar katanya class ditangguhkan dan ditunda ke 28/9/13 kerana pengajar ada convo. Isk bukan ker kalau nak convo, dah dapat information seawal 2-3 bulan dari tarikh???

Dalam pelik terima je la sebab dah bayar kan... Tunggu je la Sabtu depan. Lagi pun masa call untuk bertanyakan pasal class diarang leh jawab. So tak der apa le yang perlu dirisaukan.

28/9/13 pepagi kejutkan anak untuk bersiap ke kelas tambahan yang diadakan jam 9.00 pagi. Pujuk le Mr Hb untuk bawa Izaz sama. Harap-harap leh le dia dengan Afif leh sama-sama belajar nanti. Mula-mula Mr Hb keberatan sebab katanya kecil lagi.. Tapi lepas puas pujuk dia pun setuju...


Tunggu le kita kat rumah. Tapi dah hantar Mr Hb tak balik-balik. Ingatkan dia singgah mana-mana sementara na tunggu class berakhir 1 1/2 jam kemudian. Tapi alih-alih kul 10 dia dah balik dengan dua-dua anak dare.

Isk.. Apa halnya pulak?

Dari cerita Mr Hb dan anak baru tahu yang masing-masing (ibu bapa dan pihak sekolah) dah kena tipu. Ya Allah..... Dalam berhati-hati pun kena gak. Bengang pun ada.

Dari maklumat yang diterima di Kedah juga ada sindiket sebegini. Namun subject yang dibawa adalah Bahasa Inggeris...

Kata Mr Hb ramai gak ibu bapa yang mengamuk kat sekolah bila tahu kena tipu. Sebabnya pihak sekolah yang benarkan mereka-mereka ini masuk untuk buat program tuh katanya. Tapi memang pihak sekolah harus bertanggungjawab pun.


Sewajarnya pihak sekolah kena lebih berhati-hati andai ada pihak ndak gunakan pihak sekolah untuk projek diarang. Kena ada surat menyurat, bukti, salinan I/C dan sebagainya. Nak lebih baik jangan semudah-mudahnya benarkan diarang datang untuk buat program. Kalau nak sangat murid-murid pandai pihak sekolah sendiri yang carikan dan anjurkan program kan lebih baik.


Ni tidak, nak jual buku yang tah hapa-hapa pun mudahhhh je masuk. Anak-anak balik pujuk ibu ayah belikan sedangkan buku tu tak bawa manafaat pun untuk pendidikan diarang. Kalau ada pun sikit sangat. Kalau yang elok dan baik untuk pendidikan sapa yang marah. Suka adalah tapi ini tidak tak der manafaat sangat pun.

Buku cam nih pun leh jual kat sekolah sampai RM10.00 perset yang ada 4 buah je..

Nak buat program kelas tambahan macam nih pun senang je lepasnya. Ha... Kan dah payah nak menjawab dengan ibu bapa yang berang. Next time tolong pihak sekolah yer.. Lebih berhati-hati...

RM10.00 atau RM berapa sekalipun duit tetap duit. Zaman sekarang bila kepercayaan diletakkan dengan duit, orang nak hasil yang diharapkan. Tak kira la dalam aspek mana sekali pun tetap orang nak biarlah yang keluar tu berbaloi dengan hasilnya. Bukan nak minta lebih tapi dapat yang ok ok pun dah puas hati kan.

Saya orang yang berniaga. Saya juga pengguna. Jadi memang perasaan tu sama rasa. Jadi kalau orang cuba tipu kita memang paneh gak hati.Nak pulak beb ilmu pengetahuan untuk anak-anak laaaaagi le saya titik berat sangat.

Kesian pulak tengok Afif yang terlalu berharap nak belajar teknik tangan nih. First time tengok dia berang sangat-sangat sampai gelar cikgu yang tolong edarkan borang sebagai penipu. Kesian kat dia tapi kesian gak kat cikgu yang tak pasal-pasal kena tu. Jadi terpaksa le saya suami isteri cuba jelaskan pada dia situasi yang sebenar. Lama gak le sebab budak-budak 7 tahun apa le sangat yang dia faham.


Jadi iktibar pada kami sebagai ibu bapa jangan mudah excited kalau ada sebarang program yang mana-mana pihak anjurkan. Walaupun oleh pihak sekolah. Tapi kang dema kata fussy sangat yer tak... Tapi hak kita takut kena tipu lagi kan...kan... Fussy pun lantak le yer tak????

Iktibar untuk pihak sekolah, next time jangan mudah sangat benarkan sebarang orang masuk dan gunakan sekolah untuk keuntungan poket diarang. Sekurang-kurangnya minta salinan IC untuk sebarang tindakan jika berlakunya hal-hal sebegini.

Lagi satu, kalau boleh pantau-pantau le sebarang jualan yang dilakukan kat sekolah tu, Baik oleh orang-orang luar yang kononnya nak jual buku, di koperasi, oleh guru-guru mahupun kat kantin. Ni banyak sangat yang kurang enak berlegar-legar dijual kat sekolah. Dari jajan yang tak baik untuk kesihatan hingga barang-barang yang tak masuk di akal habis dijual untuk kecap keuntungan.

Kononnya buku-buku untuk pendidikan yang dijual tapi setakat sisipan kecil je yang hiburan lebih banyak. Apa faedahnya? Pihak koperasi pun yang menjual pelbagai barangan alat tulis yang tak berfaedah menyebabkan ibu bapa terbeban dengan permintaan anak-anak.


Kalau buku atau alat tulis cam nih ok le kan
Kalau macam ni tak payah le.. Mahal dan tak elok pun. Warnanya tak terang mana pun. Memang le cantik tapi membazir je sebab tak leh guna

Ada juga cikgu-cikgu dan pihak kantin yang menjual berjenis gula-gula dan pelbagai jenis jajan yang tidak menyihatkan. Bagai mana ibu bapa nak pantau? Anak-anak diberi duit dan kepercayaan tapi andai anak-anak kecil disogok dengan benda-benda macam ni apa la sangat yang boleh diarang fikir. Nafsu lebih terdorong untuk membelinya sebab terlepas dari ibu bapa yang mengongkong bab-bab nih (mengongkong ker???)


Alangkah baiknya kalau koperasi hanya menjual alat tulis yang jadi keperluan sahaja dan dijaga sendiri oleh pelajar-pelajar dengan dipantau oleh guru-guru. Dapat juagk mereka ilmu berniaga sedari kecil. Alangkah baiknya pihak kantin hanya menjual makanan berkhasiat dengan harga yang berpatutan. Terkawal juga diet rakyat Malaysia.

Dannn alangkah baiknya pihak sekolah memantau segala pergerakan keluar masuk pihak-pihak yang cuba mengaut keuntungan melalui mereka. Nama baik sekolah dan guru besar pun tak tercemar.


Sekadar pandangan dari pandangan...

Khamis, 26 September 2013

Ikan Masak Sos Char Kueyteow 2 Puteri (macam Ikan Masak Kicap tu..)


Lama gak yer tak kongsi resepi kat sini. Bukan dapur tak berasap... Berasap tu tetap berasap sampai gas habis tak sempat siap masak pun hahaha. Tapi sibuk memanjang tu yang tak sempat nak menulis sangat dah.

Syukur... Minggu ni kerja dah siap so sementara nak tunggu aktiviti bermula semula esok leh le saya menukilan resepi kat sini.

Kali ni saya nak kongsi resepi Ikan Masak Sos Char Kueyteow 2 Puteri.

Sebenarnya respei nih sama je tapi heronya ditukar kepada Sos Char Kueyteow 2 Puteri

Ha... Kauuuuu. Mentang-mentang tokey Sos Char Kueyteow yer tak terus tukar resepi turun temurun... Hahahahhaha.

Jangan ada tok nenek yang mare udah le. Anak cucu nak pelbagaikan resepi je tokkkk.

Berbalik pada resepi kita kali ni.. Ikan Masak Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni memang sedap tau. Alahhhh macam gak Ikan Masak Kicap yang dok masak selalu tu. Sedap kan???

Tapi yang ni guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri la sebagai heronya menggantikan segala kicap yang ada kat kedai tu. Tu yang hampir totally tukar nama dia.


Jenis-jenis ikan yang sering digunakan untuk masak macam ni selalunya nenek-nenek dulu guna ikan kembong, ikan Uji Rashid (ikan selar kannnn), ikan tenggiri, ikan sardin dan pelbagai jenis lagi la. Ikan yang mahal-mahal cam ikan salmon atau ikan bawal pun best gak.

Kalau tak der stok ikan kat rumah, boleh gak le kalau nak gantikan dengan ayam ker, daging ker atau telur mata kerbau sekali pun. Sedapnya sama gak.

Tapi ikan apa pun yang nak digunakan harus kena goreng dulu yer. Baru kick rasanya nanti. Pe pun meh kita tengok resepinya..


IKAN MASAK SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Gambar: fiqah99

Bahan-bahan
  • 5 ekor slice ikan tenggiri
  • 1 biji bawang besar - potong bulat bergelung-gelung
  • 2 biji cili hijau
  • 1/2 sudu teh Cili Boh Asli 2 Puteri - ala-ala pedas sahaja
  • 1 biji ubi kentang - potong wedges (jika suka)
  • 5 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri - ikut banyak mana kuah yang dikehendaki
  • 1/2 sudu teh pes asam jawa
  • Sedikit air - option kalau nak kuahnya banyak
  • Garam gula secukup rasa
  • 1 biji tomato potong wedges 6
Bahan Kisar
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci  halia - potong memanjang
  •  1/2 biji bawang besar
Caranya
1. Goreng ikan dengan garam dan kunyit sehingga masak. Ketepikan.

2. Ambil sedikit minyak menggoreng ikan tadi dan tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dan tumis hingga pecah minyak.

4. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri bersama sedikit air, pes asam jawa dan potongan ubi kentang tadi. Kacau sebati dan biarkan mendidih. Ubi kentang biar sedikit empuk.

5. Kemudian perasakan dengan garam dan sedikit gula.

6. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, cili hijau yang dibelah 2 memanjang dan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Gaulkan seketika bagi sebati. Tutup api.

Ikan Masak Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni memang sedap kalau dihidangkan bersama nasi panas dan sayur.


Ni beberapa tips untuk memasak hidangan nih

**Bahan tumis tadi kalau tak sempat nak kisar boleh je dihiris nipis. Halia tu dipotong memanjang.

**Cili hijau boleh diganti dengan lain-lain cili yang disukai seperti camsicum

**Jika tiada pes asam jawa boleh digantikan dengan sos tomato

**Sos Char Kueyteow 2 Puteri telah diberi perasa dalam kadar yang minima. Jika tidak gemarkan hidangan yang terlalu masin atau manis boleh digunakan terus tanpa memberi perasa lagi. Jika tidak cukup meletakkan sedikit sahaja garam atau gulanya.

**Hidangan ni ada yang suka jenis pekat dan ada yang suka berkuah sedikit. Jadi jika suka pekat tak perlu masukkan air lagi. Cukup sekadar menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai kuahnya.

Rupa yang begini pada yang suka masakan ni sedikit berkuah


Jumaat, 20 September 2013

Announcement: Promosi Besar-besaran dari 19 September 2013 - 2 Januari 2014 di TESCO STORE


PROMOSI BESAR-BESARAN


Sos Char Kueyteow 2 Puteri




19 September 2013 - 2 Januari 2014

 
@





Kini  hanya

Sebotol....

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.. Moga ianya memberi sinar


Lama sangat rasanya tak sempat menulis kat sini. Banyak sangat benda berlaku sepanjang ketiadaan saya kat sini untuk berceloteh.


Apa pun tak terlambat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA!! Buat semua yang membaca dan pada semua penduduk di Malaysia nih. Moh le kita sama-sama semarakkan negara kita dengan aktiviti yang membawa kebaikan kepada semua pihak....

Moga kejayaan buat semua anak-anak Malaysia, aaamiin :)


Dah baca plan perancangan kerajaan tentang program Pemerkasaana Ekonomi Bumiputera dah kot. Alahhhh yang gah dibincangkan dimedia-media massa sekarang nih.. Yang saya pun ada sentuh tempoh hari kat sini.


Cukup baik dan teruja saya dengar. Syukur Alhamdulillah bila pihak kerajaan bukan sekadar meneruskan kesinambungan yang sedia ada malahan cuba membina dari akar rakyat untuk turut berkembang maju.

Target untuk memperkasakan ekonomi yang dirancangkan memang terbaik.

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera itu merangkumi lima fokus utama iaitu

1) Mendaya modal insan bumiputera
Memperkasa modal insan bumiputera menjurus kepada pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran.

-  Bagi remaja yang rendah pencapaian akedemi dan tahap kemahirannya, kerajaan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran sebagai peluang kedua.

Sebaiknya biarlah serapkan terus lepas sekolah macam kerajaan wajibkan kursus PLKN tu supaya belia-belia bumiputera keluar terus jadi orang yang berkemahiran. 

Jangan tunggu apply sebab ramai yangg rasa masuk Giat Mara atau IKM tu tak der kelas.


- Bagi golongan graduan yang menganggur, kerajaan giatkan program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran agar bersesuaian dengan industri.

Biarlah kerajaan biarkan mereka-mereka ini menjalankan latihan practical terlebih dahulu dalam satu-satu bidang sebelum membenarkan golongan ini menerajui sesuai bidang ekonomi.

Jika terus diberi geran atau bantuan tanpa ada latihan dikuatiri ianya akan binasa kerana apa yang dibaca menerusi buku tidak sama dengan yang sebenarnya terutama dalam bidang perniagaan.


- Menambah golongan bumiputera yang berkemahiran tinggi dengan memperluas Program Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang kritikal dan berteknologi tinggi.


- Melahirkan lebih ramai golongan profesional bumiputera dibawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program seumpamanya.


2) Memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat

- Ekuinas akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju Skim Jejak Jaya Bumiputera.
-- program yang akan mentransformasi ekuiti dan kepakaran pengurusan bagi membimbing syarikat bumiputera supaya  tersenarai dalam Bursa Malaysia.

- Skim ASB2 (Amanah Saham Bumiputera 2) akan diperkenalkan dengan saham suntikan sebanyak 10 bilion unit saham dikeluarkan.


3) Memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera
Yang ini termasuk dalam bab pemilikan rumah, hartanah, premis industri dan kompleks komersial.
 
- Kerajaan akan mengoptimakan nilai dan manafaat aset dengan memperkenaskan Yayasan Wakaf Malaysia menjadi entiti Wakaf Korporat.

- Meningkatkan peranan institusi hartanah (Pelaburan Hartanah Berhad, Mara dan PUNB) dan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri terutama di lokasi startegik di seluruh negara.

Kalau boleh buat pusat komersil seperti pasaraya, pasar borong di lokasi-lokasi strategik yang dinaungi oleh Kementerian-Kementerian yang berkaitan supaya ekonomi bumiputera lebih rancak. 

Maksimumkan peranan UTC dengan mengambil contoh peranan yang diambil oleh pihak UTC Kelantan dalam merancakkan ekonomi mereka.

- Dalam bab pemilikan rumah dan hartanah, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri akan membanyakkan pembinaan rumah mampu milik.

- UDA Corporation akan diperkukuhkan untuk membantu membangunkan hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdangangan di kawasan bandar.

Moga-moga lepas ni premis komersial tak le dijual terlalu mahal. Jadi dapat le kami pengusaha bumiputera miliki bangunan yang boleh dijadikan pusat perusahaan yang menepati GMP yang disyaratkan dalam menghasilkan produk yang baik dan selamat.

- Berikutan itu, GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah bumiputera.


4) Memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera

- Akses kepada dana pembiayaan bagi usahawan kecil dan sederhana diterjemahkan oleh agensi pembangunan usahawan bumiputera seperti Amahan Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.

Diharapkan agar kadar pinjaman/bantuan tidak dihadkan kepada jumlah yang terlalu kecil. Adalah sewajarnya pihak-pihak ini memberi peruntukan dalam jumlah yang munasabah (merujuk kepada jumlah yang dipohon) supaya apa yang dirancangkan oleh pihak pengusaha/peniaga menjadi kenyataan.

Jika khuatir ianya disalah gunakan, beri peruntukan/alirkan kawangan mengikut progress dan bukannya secara terus supaya tiada yang gelap mata dan hasrat untuk memajukan perniagaan tetap tertunai.

Cara yang digunapakai pada masa ini agak menyulitkan pemohon yang berjaya untuk mengembangkan peniagaan secara optimum kerana jumlah yang diberi kadangkala tidak sepadan dengan yang sepatutnya membuatkan beban hutang bertambah namun kejayaan dalam perniagaan semakin menjauh.

- Kesukaran para pengusaha dalam mendapat akses ke pasaran memang diketahui oleh kerajaan. Oleh itu, semua Kementerian dan GLC mengukuhkan sistem pembangunan vendor bumiputera. Pemilihan vendor mestilah berasaskan meritokrasi dikalangan bumiputera.

Kalau boleh selain sistem vendor, wajibkan setiap hypermarket/pasar mini yang dibina di Malaysia ini mengetengahkan produk buatan bumiputera untuk dipasarkan. Maksimumkan peranan agensi kerajaan seperti FAMA untuk memasarkan setiap produk bumiputera yang dikenalpasti. 

Peranan agensi seperti FAMA, SME Corporation dan lain-lain pula harus lebih terbuka supaya setiap pengusaha bumiputera diberi peluang yang sama.

- Semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC perlu menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang diaugerahkan kepada vendor.

Ini wajiblah dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing.

- Bagi menangani isu rantaian bekalan, Kerajaan melalui GLC dan GLIC akan membanguunkan kumpulan usahawan bumiputera yang akan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi.

GLC dan GLIC akan terajui usaha untuk wujudkan beberapa konsortium syarikat bumiputera dalam sektor yang terlibat.

- Program penswastaan bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan ambil inisiatif untuk kenalpasti secara terpilih mana-mana perkhdmatan kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada bumiputera.

- Dasar Crave-out akan diperluaskan kepada projek-projek besar sebagai peluang syarikat bumiputera memperoleh kontrak dan peluang untuk bersaing dengan lebih baik.

- Satu Komuniti Baru Enterprenuer Bumiputera akan diwujudkan .

- Ianya membawa kepada penubuhan skim pembiayaan baru yang unik iaitu Skim Permulaan Enterprenuer Baru Bumiputera (SUPERB) yang berperanan membantu syarikat start-up.

Dana RM100 juta diperuntukan dalam tempoh 3 tahun dan kemudahan geran sehingga RM500 ribu diberikan kepada usahawan baru yang kreatif dan inovatif.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan merit yang akan dibuat oleh sekumpulan panel dikalangan mereka yang berjaya. Dan mereka yang terpilih akan mendapat khidmat mentoring daripada enterprenuer yang telah berjaya itu.

Jika boleh biarlah pemberian ini benar-benar berdasarkan merit dan pencapaian supaya memberi faedah kembali kepada kerajaan. Sewajarnya usahawan yang punya potensi (merujuk kepada pencapaian yang diperolehi) turut diberi peluang bukan sekadar dinilai dari segi kreatif dan inovatif.



5) Memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan

- Unit Pembnagunan Bumiputera (UPB) akan diwujudkan  di semua kementerian. Unit ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksanakan inisiatif Agenda Bumiputera.


Antara anjakan yang dibuat untuk Memperkasakan Ekonomi Bumiputera seperti yang diwar-warkan ialah:

1) Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri dalam menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang saya rasakan cukup baik.
Dengan ini beliau dapat menjaga dan mengawal agar kemungkinan penyelewengan atau berlaku sebarang masalah dalam satu-satu agensi itu daripada berlaku terutama dalam mengangkat bumiputera sebagai entiti yang berjaya.

2) Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian bagi rangka cadangan dan laksana inisiatif agenda Bumiputera diwujudkan semula. Moga-moga dengan ini tiada lagi yang tercicir atau dipandang sebelah mata.

3) Kementerian dan GLC diarah kukuhkan sistem pembangunan vendor bumiputera dan pemilihan vendor berdasarkan meritokrasi.


4) Ekuinas (Ekuiti Nasinal Berhad) mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera bagi membimbing syarikat bumiputera di Bursa Malaysia.

5) Teraju (Peneraju Bumiputera) diletakkan di bawah Perdana Menteri dengan diketuai Menteri atau Pegawai Eksekutif bertaraf Menteri. Moga-moga ada antara menteri ini mempunyai latarbelakang berasaskan perniagaan supaya hala tuju yang kita cuba bawa memberi kejayaan kepada negara.

6) Skim Permulaan Enterpreneur Baru Bumiputera (Superb) diwujudkan bagi membantu syarikat permulaan dengan dana RM100 juta. Satu skim yang cukup baik diwujudkan untuk syarikat-syarikat baru.
Adalah diharapkan ianya bukan sekadar dibantu pada permulaan namun syarikat-syarikat ini terus dipandu menjadi entiti syarikat yang berdayasaing dan terus maju. Pantauan dari segi perjalanan dan kejayaan syarikat harus berterusan selama tempoh 5-10 tahun berikutnya.
Namun bagaimana dengan nasib pengusaha/peniaga baru atau yang cuma punya pulangan modal kurang RM500,000??? Tidakkah juga perlu dibantu selain oleh pihak Tekun dan AIM...


7) Tambahan Dana Tekun RM700 juta dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) RM300 juta cukup dialu-alukan oleh semua pengusaha/peniaga.
Namun biarlah agihan yang diberikan bersesuaian dengan keperluan perniagaan supaya target yang cuba dicapai oleh setiap peniaga itu tercapai. Andai jumlah yang diberi kurang dari yang dipinda kadangkala mengakibatkan berlakunya keterencatan dalam usaha memajukan sesuatu pernigaan yang diwujudkan.

Alhamdulillah banyak rancangan yang hebat kita ketahui dirangka oleh pihak kerajaan dalam memajukan ekonomi bumiputera. Namun seharusnya selepas ini kita harus meneliti sebaiknya apakah setiap perangkaan itu menjadi realiti atau sekurang-kurangnya mengecap sedikit kejayaan.


Banyak yang harus pihak kerajaan fahami dan beri penelitian yang rapi supaya ianya tidak menjadi satu pelaburan yang sia-sia. Seluruh kakitangan dibawah agensi yang disebutkan serta agensi-agensi yang berkaitan sewajarnya mengembleng tenaga dan berusaha agar setiap rancangan yang diperincikan menjadi kenyataan.


Sebarang diskriminasi kepada golongan peniaga dan pengusaha bumiputera seharusnya wajar diberi perhatian yang lebih supaya golongan ini tidak terus ditindas. Setiap masalah yang wujud di kalangan pengusaha/peniaga seharusnya diberi perhatian dan penelitian yang lebih supaya ianya dapat di atasi.

Betapa rendahnya peratusan Bumiputera dalam Penguasaan Ekonomi negara. Sewajarnya banyak yang perlu diberi perhatian supaya angka ini dapat ditingkatkan

Kerajaan juga sewajarnya mengetatkan satu garis panduan yang lebih kepada pelabur-pelabur dalam atau luar negara untuk turut menggunakan hasilan bumiputera sebagai salah satu yang wajib mereka ketengahkan bukan pinggirkan seperti mana yang berlaku sekarang.

Pengusaha/peniaga bumiputera bukanlah mendambakan 'tongkat sakti' dari kerajaan namun dengan wujudnya diskriminasi dan tekanan dalam semua aspek adalah sukar untuk kami bergerak untuk mencapai kejayaan. Beri perhatian yang lebih teliti dan bantulah kami.

Mana Melayu & mana bumiputera????

Moga kejayaan buat pengusaha/peniaga bumiputera akan terlaksana

Khamis, 12 September 2013

Announcement: Tawaran Hebat Kembali Lagi di Mydin Hypermarket seluruh Malaysia




5 September 2013 - 17 September 2013

 
Pasaraya Mydin Hypermarket


Semperna Cooking Fair



Sos Char Kueyteow 2 Puteri kembali dengan penawaran harga yang HEBAT!!!!



Cepat DAPATKAN SEKARANG!!!!




Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013... Mengharapkan yang terbaik


Sejak dua tiga minggu nih jadual memang padat sangat-sangat. Tak menang tangan nak siapkan tempahan produk yang masuk. Nak-nak adanya promosi kat Mydin Hypermarket seluruh Malaysia. Dapat pulak order hampir last minutes memang menyesakkan. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dengan tenaga empat kerat yang ada nih. Harap-harap promosi success le hendaknya aaamiin....

Promosi ada lagi nih kat Mydin tu... Berakhir 17 September nih. Jangan lupa dapatkan tau kalau masih belum.


Memang berbaloi beli tau! Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dijual dengan harga yang murah kat pasaraya-pasaraya tu. Harga biasa RM4.95 jadi anda boleh berjimat sebanyak RM0.96 sebotol. Memang berbaloi-baloi....

Tapi... Murah tu memang murah kualiti tetap kami jaga! Kalau dah try nanti pasti puas hati punya. Nak masak apa pun boleh tau, bukan sekadar Char Kueyteow sahaja.

:)


Dua tiga hari ni kalau ditengok kat laman-laman blog atau di berita-berita, riuh orang bercerita pasal majlis 'PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA' yang akan diadakan pada hari Sabtu, 14/9/2013 nih.

Orang-orang yang berniaga macam saya lagi le mengepak nak tahu hahaha.

Majlis nih akan diadakan pada jam 8.30 pagi - 12.00 tengah hari di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam, Selangor anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Antara yang akan ada nanti katanya Tan Sri Dr Wan Zahid dan Prof Dato' Dr Noor Azlan Ghazali. Dan paling ditunggu kelak pengumuman khas agenda Ekonomi Bumiputera oleh YAB Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang nih dijadualkan jam 10.30 pagi.


Sesiapa yang tinggal berdekatan boleh le hadirkan diri kat sana. Kami yang jauh nih boleh tengok melalui Live Streaming dari blog-blog yang ada je la. Harap-harap ada le lintas lansung kat TV nanti.

Menyentuh pasal Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera nih terasa nak tahu sangat apa perancangan pihak kerajaan dalam memperkasakan ekonomi kita, orang-orang Bumiputera nih.

Memang le dah makin ramai Bumiputera yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Peratusannya makin meningkat dari tahun ke setahun. Tapi kebanyakkannya masih ditahap perniagaan miko dan IKS je. Nak melangkah ke peringkat yang lebih tinggi perlu modal yang banyak dan besar. Jadi harap-harap kerajaan ada le bantuan untuk menjayakan perniagaan bagi orang-orang yang kecil macam kami nih.

Sos Char Kueyteow 2 Puteri dengan label lama. Kini 'pink' macam baju bang nih heheh



Dalam perniagaan nih yang paling penting adalah pemasaran. Baik mini ke, mikro ke, kecil ke, besar ke tu le satu yang penting. Sama je....

Memang le pembuatan dan lain-lain penting tapi kalau tak der pasaran mana le nak letak hasil pembuatan tu yer tak. Jadi saya harap sangat kerajaan beri penekanan kepada aspek nih.

Apa yang kerajaan sediakan selama ini memang memberi manafaat kepada pengusaha Bumiputera khususnya namun masih ada beberapa bahagian yang boleh diperbaiki. Nih cita pendapat saya jer tau heheh. 

Cam gini le kalo tak der pasaran yang oooi. Nauzubillah.... Minta dijauhkan Allah le...

Paling-paling saya harap sangat agar pihak kerajaan buat satu dasar kepada pasaraya besar untuk mengetengahkan produk tempatan yang bermutu. Sekarang nih memang ada tapi tak berapa nak kuat sangat pada hemat saya. Kena kuat lagi. Wajibkan produk yang ditengahkan oleh Jabatan/Kementerian/Agensi yang dilantik oleh kerajaan untuk dibawa masuk ke pasaraya-pasaraya yang diwujudkan di Malaysia nih.


Nak buat pasaraya kena jual produk tempatan (IKS). Wajib kot tak tak leh.. Hehhehe... Ha.. Camtu...

Tapi kalau setakat wajib pun tak datangkan kebaikan kalau produk-produk tu dibiarkan diletakkan di lorong-lorong yang tak mempamerkan secara nyata tentang kewujudan produk ini. Antara tempat yang saya katakan tak mempamerkan secara nyata tu adalah di bahagian-bahagian yang tak seangkatan dengan kategori produk yang dipasarkan. Seperti bahagian segar, susu, sos dan lain-lain.

Kalau nak kategorikan produk IKS daripada produk-produk lain buat macam kat Mydin. Siap banner tulis Agrobazaar besar-besar. Letak pulak kat depan kaunter bayaran. Semua orang boleh tahu, semua orang boleh nampak. Jadi peluang tu cerah le sikit kan kalau orang tahu dan nampak. Jadi pengguna yang nak membantu pengusaha IKS mudah mendapatkannya.


Eh sebut pasal Agrobazaar, sebenarnya saya tak pasti ada kaitan ke tidak antara Agrobazaar yang kat Mydin dengan yang dibuat dibawah FAMA. Sebabnya produk saya dipandang sepi oleh pegawai FAMA masa saya cuba bawa produk kami pada diarang untuk mencari peluang pasaran. Dan terpasarnya produk 2 Puteri di Mydin adalah hasil usaha kami menghubungi pihaknya secara terus. Cuma bila dipasarkan terus diletakkan dibawah Agrobazaar kerana kami ni pengusaha IKS. So entah la....

Ehhhh berbalik pada cerita utama....

Tak pun buat macam Aeon Big, tak kategorikan mana-mana produk dibawah IKS ke apa. Semua dibawah kategori yang sama diletakkan sekali. Yang nih kebaikannya ialah kedudukan produk IKS setaraf dengan produk besar lain. Jadi kekuatan pada pengusaha untuk fikirkan cara untuk beri saingan yang sengit pada pengusaha-pengusaha besar tu untuk menarik perhatian pembeli. So siapa beri yang terbaik akan jadi pilihan pengguna tak gitu?!?

Bantuan ke apa yang mungkin akan diberikan tu tak le jadi keutamaan pada saya. Kalau ada dan mudah, syukurrrr Alhamdulillah. Kalau tak der pun, macam nih le saya hehehe. Kayuh je perlahan-lahan dengan doa agar Allah beri peluang pada saya maju cepat :).

Jangan le macam nih heheh... Bila mau sampeinya dong ;p

Doa tetap tau.. Bersama usaha dan tawakkal. Moga-moga apa yang kita harapkan jadi kenyataan...

Tak pun kalau-kalau kerajaan cuba bangunkan Pasarayanya sendiri yang mengetengahkan juga produk Bumiputera selain produk-produk lain lagi baik. Pihak kerajaan boleh le bergabung dengan pihak-pihak yang dah terbukti berjaya dalam bidang nih macam Datuk Ameer Mydin ke untuk jayakannya. Selain dapat ketengahkan produk Bumiputera dengan lebih baik dapat gak kerajaan tambah pendapatan negara tak gitew????

Kalau dah kerajaan sendiri yang jadi tokey pasaraya pastinya dapatt gak buat kawalan harga produk yang biasa kita dengar sering ancam pengguna kat Malaysia nih. 


Tapi tu le itu cuma buah fikiran saya orang kecik yang cuba nasib dalam bidang perniagaan nih. Tak tahu le macam mana pulak yang akan PM bentangkan nanti heheh. Harusnya lebih gah dan besar sebab yang pasti ianya hasil dari pandangan dan idea pihak-pihak yang lebih besar dan hebat yer tak.

Harap-harap nanti PM beri tunpuan juga pada pengusaha Mikro juga tak sahaja pada pengusaha IKS dan Pengusaha Berprestasi Tinggi. Mikro pun boleh jadi Pengusaha Berprestasi Tinggi kalau lorongnya betul. Nak pulak ada bantuan dan peluang yang lebih baik.. Insyaallah ianya akan jadi kenyataan...

Jadi moh kita tunggu Sabtu nih untuk ketahui apakah yang akan dibentangkan nanti....:) Doakan yang terbaik yer!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...