Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 9 Jun 2012

ROTI BAWANG PUTIH / GARLIC BREAD


Assalamualaikum.


Semalam dah janji nak kongsikan resepi Garlic Bread kan. Alah Garlic Bread kata omputeh tapi kalau ikut bahasa kebangsaan kita Roti Bawang Putih. So hari ni saya tunaikan janji tu.


Sebenarnya resepinya mudah sangat. Main campur-campur je tapi best. Tak yah dah beli Garlic Spread yang mahal kat pasaran tu. Bukan nak halang business orang tapi mahal sangat kalau dah dekat RM10.00 untuk 350g. Isk tak sangguup saya. Takat beli margarine pastu ambil bawang putih rasanya tak sampai RM5.00. Fresh lagi. Maaf yer, jangan salah sangka lak :)


Bab roti pun main balas je apa jenis stok roti yang ada kat rumah. Nak beli khas tu jarang sangat le. Bukan apa takut membazir. Sayang..

Heronya..


Dikahwinkan dengan margarine


Pelaminnya

Sebenarnya resepi ni saya ambil dari buku resepi khas untuk buat hidangan western ni. Lama dah beli bukunya tapi sampai sekarang masih tak ingat tajuknya heheh. Yang saya ingat covernya warna coklat ada gambar steak. Hahah mana nak ingat ambil buku tu terus selak resepi. Dah siap masak terus simpan balik. Tapi sekarang rasa dah agak pro sikit tak bukak dah bukunya. Sukatan pun hanyut dah sebab main campur-campur je ikut suka hati haha. Tak per janji resepinya umph ok ler kan. Paling penting bau bawang putihnya jangan tengik sangat. Putus selera nanti.


ROTI BAWANG PUTIH/GARLIC BREAD


Bahan-bahan:

  • Roti Perancis / Baguette
  • 3 sudu besar margarine - Nak jadikan 4 sudu besar pun ok gak
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus. Saya tak suka bau yang kuat sangat jadi saya kurangkan jumlahnya
  • Sedikit daun parsley - cincang halus gak


Caranya:

1. Gaul sebati margarine, serbuk lada sulah dan bawang putih cincang. 

2. Dah siap masukkan parsely cincang tadi. Gaul rata.

3. Roti Perancis dipotong serong setebal 1 inci (atau terpulang nak tebal mana).

4. Sapukan roti dengan garlic spread tadi dipermukaan roti. Sapu sebelah je. Kemudian susun di atas baking tray dengan permukaan yang disapu garlic spread di sebelah atas.

4. Panaskan oven 160C selama 5 minit. Bakar dalam oven guna function grill selama 8-10 minit atau sehingga nampak agak garing. Sedia dihidangkan bersama dengan sup kegemaran anda. Kot tak pun bakar je atas pan panas atas dapur tu.


* Margarine tu apa jenis pun ok. Biasanya saya guna Dorina, Mother's Choice atau jenis yang simpan dalam peti sejuk tu.Kalau guna Margarine jenis plata dia ada bau sikit.

* Kalau nak lagi smooth blendkan. Tapi ada orang cakap tak elok blend sebab bau bawang putih akan naik kuat nanti. Tapi saya kalau rajin saya suka blend tapi agak-agak ler dos bawang putih tu. Ikut deria kita.

* Kalau susah nak dapat daun parsely boleh tukar dengan daun saderi. Guna sikit je ala-ala nampak ok ler.

Parsley sebagai hiasan


Kadang-kadang buat cam ni je kalau Roti Perancis tu tak de. Tapi bakar kena garing lah yer baru best

2 ulasan:

  1. Simple nye... bokeh buat sendiri.. thank ya resepi ni :-)

    BalasPadam
  2. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...