Selasa, 26 Jun 2012

Buttercream Asas


Sekali lagi saya nak kongsikan resepi Buttercream Asas yang biasa saya buat. Tu hari saya kongsikan bersama resepi Blended Orange Cake. Ni saya copy balik supaya mudah untuk dicari nanti kalau nak buat buttercream.


Ni yang asas je tau. Yang ni mudah dan senang sikit nak lepa. Lagi pun dianya tak mudah cair. Itu yang buatkan saya pilih cara ni. Kot simpan kat suhu luar pun ok sementara nak tunggu tetamu datang kalau buat jamuan tu. Nak pulak kalau nak dibuatkan sebagai hantaran. Mana dengan perjalanan jauhnya, dengan berpantunnya dan segala bagai. Jadi yang ni ler yang terbaik. Tambah kalau simpan dalam peti sejuk bahagian chiller tu lagi la tahan.


Buttercream ni guna cream well. Berbanding dengan buttercream yang dibuat dari margarine yang lebih berminyak, yang ni lebih ok.  Makan pun tak ler berkilat sangat moncong tu nanti hehe. Sesuai ler sikit nak diimplementkan pada kek kita nanti.Ianya juga mudah untuk didecoratekan. Nak buat apa bentuk pun ok jer.



BUTTERCREAM

(untuk sebiji kek)
By: Nurulhiza Zakaria Barclay


Bahan-bahan

  • 250g butter/shortening (kalau nak icing putih dan lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
  • 125g krimwell/marvello/supertact (benda-benda ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
  • 125g gula aising  (kena ayak dulu supaya tak berketul-ketul dan campur sedikit air suam supaya rasa tak berpasir krim nanti)

Caranya 
  1. Pukul butter + krimwell hingga putih
  2. Ayak gula aising & masukkan ke dalam butter, pukul lagi hingga kembang & putih.
  3. Sesuaikan warna jika suka untuk hiasan kek

* Pukul dengan kelajuan minima akan memakan masa tetapi Insyaallah aisingnya akan lebih cantik & mudah dilepa
* Tak payah simpan dalam peti ais sebab tak mudah cair



1 ulasan:

  1. info yang berguna ... tq sangat, hujung mingu nie ada pertandingan deko kek di taska anak saya bolehla saya guna buttercream nie... boleh saya tahu kalau saya kembangkan dlu buttercream nie then esok pagi baru lepa bolehke? buttercream 2 tak keras ke?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...