Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 18 Jun 2012

Asam Pedas 2 Puteri


Assalamualaikum,


Dah lama saya tak masak asam pedas. Rasanya tahun ni tak pernah lagi kot. Semuanya gara-gara bengang sangat sebab pokok bunga kantan yang ditanam tak berbunga-bunga. Rasanya dah 3 tahun. Mogok kat pokok ler pulak hhehe.


Bunga kantan yang dah mengembang

Alhamdulillah dalam 2 minggu lepas akhirnya pokok bunga kantan yang ditanam akhirnya dah berbunga. Lama gak rupanya dia nak berbunga yer. Tak sabar rasanya nak nikmati hasil tanaman sendiri. Masa nampak tu kecik sangat lagi. Tak sampai 2 inci bunganya. Sabarrr je mengunggu. Akhirnya semalam masa potong rumput kat laman tu nampak bunganya dah besar sikit walaupun tak kembang pun lagi. Tapi hati dah tak tahan so pagi ni terus capai pisau gi kerat bunganya. Cadangnya memang nak buat asam pedas ler.


Semua bahan ada kecuali daun kesum. Dulu ada pokok daun kesum saya tanam tapi dek kerana jarang guna pokok tu mati dah. Tapi sempat ler dulu sedekah kat jejiran. Lengkuas pun tak der. Ahh tak per lah buat yang sempoi dah ler. Janji rasanya cukup ok ler kan.

Daun kesum

Asam pedas ni ada banyak jenisnya. Selalunya ikut daerah, negeri atau asal keturunan (agaknya ler). Sebab yang saya kata camtu sebabnya kat Utara ni lain dari kat belah Selatan Semenanjung. Masa kecik-kecik dulu nenek suka buat asam pedas yang simple sangat cuma masukkan cili dan bawang kisar bersama air asam jawa je. Bahan lain seperti lengkuas ke apa rasanya tak der pulak. Mungkin yang tu resepi mamak kot sebab asal atuk saya dari India. Nenek dulu masak 2 jenis asam pedas. Satu asam pedas tumis dan satu lagi asam pedas rebus yang berbeza sikit cara masakkan dan bahan-bahannya. Tapi kali ni saya ingat nak masak asam pedas tumis dan mix match je bahan tu sebab ambil apa jer yang ada kat rumah ni.


Asam Pedas 2 Puteri

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahannya:
  • 5-6 ekor ikan - saya guna ikan tenggiri
  • 2 batang bunga kantan - belah 2 ditengahnya
  • Sedikit daun kesum
  • 2-3 helai daun limau purut - ni tak nak guna pun tak per saya ni sebab stok daun limau purut tu banyak sangat kat pokoknya heheh
  • 2 biji tomato
  • 6 biji kacang bendi
  • 2-3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri - lagi pedas lagi best ni
  • 1 sudu besar biji sawi - guna masa nak tumisnya
  • 1 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1 cawan jus asam jawa - ikut suka ler nak masam tahap mana yer
  • Air secukupnya
  • Asam keping - jika suka lebih berasam
  • Garam dan gula secukup rasa
 Bahan Kisar:
  • 4 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 1/2 inci belacan - ikut suka nak masukkan ker tidak


 Caranya:

1. Kisar bahan kisar hingga betul-betul halus yer .

2. Tumis bahan yang kisar bersama Cili Boh Asli 2 Puteri tadi bersama biji sawi hingga wangi dan pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa, air secukupnya, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan biarkan mendidih.

4. Perasakan dengan garam, sedikit gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Baru masukkan ikan, kacang bendi, daun limau purut tadi. Kacau sebati seketika perlahan-lahan. Biarkan dalam 3-4 minit.

5. Masukkan tomato dan biarkan seketika baru ditutup api.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...