Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 28 Februari 2013

Angin dalam badan, sebab musabab dan petua keluarkannya


Angin dalam badan... Angin masuk badan... Badan berangin.... Maknanya satu je hhehe. Semua orang dah mungkin dah biasa dengan kes yang satu ni ni kan. Kalau dah badan berangin memang lesu jadinya. Nak-nak kalau melarat sampai sakit kepala. Yang ni term yang ada leh tukar jadi angin satu badan nak pulak kalau ada yang buat bising masa tengah pening tu....


Sebenarnya... Gas atau angin tu hadir dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita. Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.


Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.

• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.

• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.

• Selalu menguap/mudah mengantuk.

• Sukar bernafas/nafas pendek.

• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

• Kulit kering.

•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.

• Perut berangin.

• Sakit kepala/migraine.

• Perasaan mudah marah.

• Hilang selera makan.

• Hilang/kurang nafsu seks

• Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.

Nak tahu apa yang patut kita lakukan jika badan berangin? Sebenarnya ada bermacam-macam petua, antaranya, minum air halia, minum air panas, minum coke, minum eno dan macam-macam lagi la...



Bila angin tu mula la cuba macam-macam petua dan cara. Ubat-ubat untuk buang angin ni pun dah makan berkali-kali tapi kekadang masih tak hilang gak kan. Saya antara orang-orang yang susah nak hilang angin walau dah macam-macam petua yang dicuba. Tah le mungkin badan ni empuk sangat kot sampai angin pun tak sanggup nak tinggalkan saya heheh. Kalau rasa badan berangin yang sering jadi mangsa Mr Hb le heheh. Mintak urutkan. Try dah macam-macam petua tak jalan langsung. Mungkin nak manja lebih kot heheh tapi tu le sapa le yang tahan kalau orang yang diurut tak der apa-apa pun tapi yang mengurut tu, dah le letih mengurutkan kita letih pulakkkk sendawa keluarkan angin kita heheh. Kaedah transfer angin nih hahahha. Betul ke ada cara tu? Tapi apa yang saya pasti memang terasa lapangggg sesangat lepas dia sendawa keluarkan angin kat badan ni. Kalau ada mak lagi best dia lagi kuat serap angin kita. Dulu pernah saya pergi berurut kat sorang makcik ni, mak duduk jauh lebih kurang 10 kaki dari kitarang tapi dia yang sendawa teruk. Saya tak der apa-apa pun.....


Yang saya rasa ada kaedah ni sebab saya tak leh mengurut orang yang ada angin sebab kalau saya urut saya pulak yang kena. Paling sering tempat yang sama le. Tu yang Mr Hb rajin complain tu sebab kalau badan saya berangin dia kena urutkan. Tapi kalau dia yang kena, heheheh maaf sikitttt je laling ai tak tahan nanti ai pulak yang sakit heheh. Tak adilkan heheheh.



Tapi tu hari saya ada tengok satu rancangan Dr Oz yang mengatakan punca angin  ni sebenarnya dari sumber makanan kita. Jadi mungkin gak la kita perlu ubah sumber pemakanan seharian. Katanya sumber-sumber ni la kalau tak tolerate dengan badan akan menghasilkan angin-angin yang tak diundang tu. Kalau ubah sumber makanan ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Boleh baca kat sini antara yang dikatakannya tu. Puas dah saya cari episod yang saya maksudkan tu tapi tak berjumpa. Insyaallah mungkin nanti kalau jumpa saya akan sharekan kay.... :)


So kalau merasakan dalam badan tu banyak angin, try and error ke atas sumber makanan kita dulu. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetengah makanan berbeza setiap orang. Jadi cuba kenal pasti dari sumber mana yang boleh membuatkan kita start rasa angin sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Cuba le kenal pasti dulu makanan apa yang kita ambil, pasti kenal pasti sumber-sumbernya. Lepas dah kenal pasti try stop dulu dalam 4-5 hari. lagi baik lebih seminggu. Pastu try satu-satu. Kalau makan cereal... Try stop jab. Pastu makan balik. Kalau ok maksudnya ok le kalau mula terasa berangin hentikan le adalah langkah yang terbaik. Kalau dah tahu tak payah jumpa doktor dah rasanya. Ini petua yang Dr Oz ajarkan dalam rancangan tu.

Tengok kat sini pulak sisipan rancangan Dr Oz yang disiarkan di Dr Oz Show:

1) How gas is produce
 
2) Foods cause flatulence or passing gas


Antara lain cara yang boleh diamalkan untuk membuang angin dalam badan adalah:

- Banyakkan minum air kosong.

- Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.

- Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah 


Di sini saya sertakan senarai sumber makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan:






1) Kekacang

2) Sayuran seperti :
      a) Brokoli
      b) Kobis
      c) Taugeh
      d) Bawang
      e) Asparagus
      f) Bendi
      g) Terung


3) Buah-buahan seperti :
      a) Pear
      b) Apple
      c) Peach

4) Bijirin seperti :
      a) Cereal
      b) Roti gandum

5) Minuman ringan dan jus buah

6) Susu dan produk daripada susu dan keju

5) Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti
      a) Roti
      b) Bijirin
      c) Sos salad

6) Makanan bertepung

7) Pemakanan~ Jadual makan tidak teratur, pengambilan makanan yang memberi tindakbalas 'alahan' seperti nangka, labu, mee kuning, daging beku dll, kafein dan minuman soda(bergas).

8) Perubahan emosi~ 'Emotional outbursts', dari tenang menjadi marah dan dari tenang sedih. (Nota; angin berpunca dari perubahan emosi sukar keluar dari badan)


Kalau boleh amalkan

1) Banyakkan minum air kosong/air suam

 
2) Kurangkan udara yang disedut  

3) Makanlah perlahan-lahan dan kuyah lebih

4) Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah

5) Jika ada yang merokok, berhentilah!  


6) Sediakan jadual. Tuliskan jenis2 makanan yang menyebabkan masalah angin


Antara petua tradisional untuk elakkan badan berangin

1) Bawang Putih
  • Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
  • Hiris bawang putih nipis-nipis.
  • Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
  • Minum ramuan ini sebulan sekali.
atau

Bawang putih ditumbuk dan dicampur dengan air panas, bagi air bawang tu keluar dan minum.


2) Lain-lain petua
  • Rebuskan Cengkih dan Halia, lepas tu minum ketika masih suam. Ulang beberapa kali..
  • Minum air rebusan daun mengkudu dan halia.
  • Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, garam dan sedikit air. Amalkan minum bancuhan ini dan angin akan keluar.
  • Rendamkan kaki dalam air panas + segenggam garam kasar. Kepanasan air mengikut kesesuaian diri. Rendam sehingga 10 minit atau lebih. Semasa rendaman ini juga, cuba lakukan pernafasan yang teratur ala-ala bermeditasi gitew. Selepas 10 minit, keluarkan kaki dan lap supaya kering; . Tapak kaki akan menjadi merah dan badan berasa segar.(Nota:Semasa aktiviti ini cuba kosongkan 'mind', penuhi dgn zikir, dan jadikannya aktiviti rekreasi dengan keluarga/pasangan. Seeloknya dilakukan seminggu sekali sebelum tidur)
  • Urut perlahan-lahan urat besar di tumit dan sekitar buku lali.
  • Jika badan terlalu banyak angin, disyorkan mengambil minuman colon cleanser supaya perut dapat di 'flush out' segala kekotoran (lemak, sisa makanan, bahan-bahan toxic, lendir dsb). Perut adalah gudang penyakit. Disitu berkumpul segala punca penyakit. Setelah perut di 'flush out', kita akan berasa badan menjadi ringan dan segar.


3) Bagi yang menghidapi penyakit angin dalam badan dan sering merasa sejuk, minuman campuran seperti berikut:

  • Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam. 
  • Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus. 
  • Kemuadian campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu. Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing, kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus. 
  • Serbuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan. Ramuan ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk
4) Petua paling penting

Satu lagi petua dari yang diperolehi dari Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah, Saidina Ali berkata :




Dengar tu...


"Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap"

Jadi jom kita praktikkan petua Saidina Ali nih.... Apabila hendak mula makan. Kita hidu semua bau makanan supaya 'Angin dan punca penyakit' dalam makanan boleh hilang.... Insyaallah. Emmm patut la Papa Joe selalu hidu dulu makanan yer kalau kita tengok masa Master Chef tu.... Agaknya dia pun amalkan kottttt.


Rabu, 27 Februari 2013

Lawatan sambil belajar.....


Pagi tadi saya dapat satu massage dari sorang sahabat, Cikgu Mariam yang mengajar di Grik. Dia menyatakan hasrat untuk membawa para pelajar melawat premis kilang 2 Puteri yang kecil nih. Katanya nak lengkapkan kerja kursus sejarah adik-adik ditingkatan 3.


Besar harapannya untuk anak didiknya tu. Seorang guru yang sanggup turun padang mencari dan bertanyakan maklumat untuk para pelajarnya. Alhamdulillah seronok sangat saya dengarnya. Namun.... Walaupun memang saya berhasrat membantu apa yang boleh tapi saya terpaksa menolak hasrat murni Cikgu Mariam tu sebab sebenar-benarnya premis kami masih lagi kurang sesuai untuk terima sebarang lawatan daripada pihak luar. Ini kerana premis kami sempit dan segala kerja hanya dijalankan oleh kami suami isteri. Tiada yang hebat untuk ditunjukkan untuk adik-adik.


Jika sekadar berkongsi pengalaman mungkin boleh. Memang benyak cerita jerit perih dan suka duka yang boleh kami kongsikan dan kami sedia kongsikan. Tetapi untuk melihat premis yang kurang sempurna ini rasanya tidak sesuai. Insyaallah mungkin suatu hari nanti kalau premis kilang kami sudah besar mungkin kami akan mampu menerima pelawat luar Insyaallah :).


Lagi pula kami terpaksa menjaga etika dan kebersihan premis seperti yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang melarang membawa masuk pelawat-pelawat semasa kerja dijalankan. Ini kerana mengelakkan sebarang masalah yang akan terjadi kerana kami mengeluarkan produk makanan untuk semua pengguna. Malahan untuk menjaga kebersihan kami terpaksa tutup semua ruang udara agar tiada punca pencemaran ketika proses dijalankan. Kerana ruang yang sempit memang terasa azabnya heheh. Jika hari memproses ruang memproses umpama bilik sauna! Namun untuk menjaga kebersihan kami cuba bertahan agar tiada punca pencemaran ke atas produk.


Insyaallah jika suatu masa nanti kami mampu membuat satu ruang pandang untuk para pelawat, mungkin masa itu kami akan menerima kehadiran pelawat. Untuk menyediakan ruang yang sebegitu, kami memerlukan satu premis kilang yang luas dan lengkap dengan cermin untuk memudahkan pelawat melihat segala kerja-kerja dijalankan. Memang menjadi harapan kami untuk memiliki premis kilang yang besar dan lengkap sempurna. Insyaallah akan kami usahakan ke arah itu dan moga-moga cita-cita kami akan jadi kenyataan nanti. Harap-harap kami tidak perlu menunggu lama heheheh....


Lagi pula kami tiada pekerja. Segala kerja hanya dijalankan oleh kami suami isteri. Bermula dari awal proses hingga kepada kerja-kerja penghantaran dilakukan oleh kami sahaja. Kadang-kala kami terpaksa bekerja lebih 12 jam sehari untuk memenuhi permintaan. Bukan kami tidak memerlukan pekerja namun kami terbatas dari segi kewangan dan masa kerja. Selain daripada itu, bila kita sudah terbiasa bekerja sendiri dan lihat hasilnya yang boleh membanggakan (iye... betulllll), kita akan lupa dan sedikit cerewet untuk menggajikan pekerja yang mungkin qualitinya agak kurang dari apa yang kita sendiri dapat.


Dulu kami mengajikan seorang kakak yang kerjanya memang superb. Laju, kemas dan bersih. Masih terasa sayang kerana terpaksa melepaskan dia bekerja dengan orang lain. Namun, pada ketika itu pengeluaran kami masih kurang jadi dia cuma bekerja 2 atau 3 hari sahaja seminggu. Dalam sebulan cuma seminggu lebih sahaja kerjanya. Yang lainnya cuti kerana tiada kerja. Kami pula terpaksa bayar gaji mengikut hari dia bekerja. Jadinya memang kasihan. Dia pun ada keluarga untuk disara. Jadi kami ambil keputusan melepaskan dia untuk bekerja dilain tempat. How I wish she can come and working with us again..... ;(.


Sejak itu, segala kerja kami lakukan sendiri. Takut 'teraniaya' orang lain pulak huhu. Lama kelamaan kami sudah terbiasa dan mampu lakukan semuanya sendiri. Penghantaran produk 2 Puteri ke 34 cawangan Tesco dan 7 cawangan Mydin Hypermarket mampu untuk kami support. Insyaallah. Jadi kami mungkin jadi agak cerewet dan risau kalau-kalau pekerja yang akan kami gajikan nanti tidak mampu lakukan seperti yang kami mahukan. Mungkin juga pengalaman bersama Kak Salebiah Mat yang jadikan kami bertambah cerewet kerana dia juga dapat lakukan kerja dengan cepat tanpa ada sebarang masalah jadi mungkin kami akan aspect perkara yang sama pada yang lain-lain juga. Mungkin kami akan 'ter'tetapkan penanda aras yang tinggi untuk kakitangan baru....


Buat Cikgu Mariam dan pelajar-pelajarnya, kami doakan adik-adik berjaya hendaknya. Maaf kami tidak dapat membantu buat masa ini. Tapi mungkin ada cerita-cerita yang boleh dijadikan iktibar dalam menempuh kehidupan kalian kelak yang boleh diambil disini. Macam yang saya selalu nasihatkan anak-anak, jika sepanjang tempoh persekolahan yang cuma ada 11 tahun ini tidak dilakukan sebaik mungkin tak mungkin kita akan senang dikemudian hari. Umur kita Insyaallah akan capai 75 tahun atau lebih. Anggaran 60 tahun masa untuk dapat habuan usaha yang cuma 11 tahun itu. Kalau dalam tempoh 11 tahun disia-siakan, 60 tahun akan sengsara. Tapi kalau cuma 11 tahun dari tempoh sepanjang usia kita tumpu pada pelajaran dengan sebaik-baiknya, hasilnya 60 tahun kita akan hidup selesa dan mungkin mewah Insyaallah. Jadi jangan sia-siakannya. Mungkin akan ada kelemahan dan kekurangan kita yang tidak kita ketahui dalam tempoh 11 tahun itu, tapi itu mungkin takdir Allah tapi berusahalah walau sesukar mana pun agar kita tidak menyesal dikemudian hari Insyaallah.


Good luck dan maaf sekali lagi :)....


Selasa, 26 Februari 2013

Kampung Belum Baru Gerik.... Melawat Mak di sana


Beberapa hari menyepi. Sibuk sangat dengan aktiviti tak sempat nak membuka cik computer pun. Hari ni ambil kesempatan peluang yang ada untuk update blog yang tak seberapa ni. Ada cerita yang saya rasa nak kongsikan kat sini dengan sahabat semua :).


Hari Ahad lepas saya telah melawat ibu yang kini menetap dengan adik yang baru je berkahwin 10/11/12 yang lepas. Sekarang diarang tinggal di Kampung Belum Baru, Gerik, Perak. Satu kawasan yang jauhhhh sangat dari tempat saya. Kalau dulu masa tinggal di Bukit Gantang terasa le cepat sikit nak sampai. Kalau balik pun jab je dah sampai. Kali ni baru terasa umpama balik kampung yang sebenar heheh. Dah lama tak dapat feeling yang macam tu. Sejak pindah balik ke kampung tinggal dekat dengan mertua dan mak dah kurang best feelingnya.


Masa lintas kawasan rumah mak anak-anak start bertanya apsal lajak pulak sebab kata nak tengok opah. Heheh... Pelik diarang sebab yang diarang tahu opahnya tinggal kat Bukit Gantang. Lepas diterangkan baru diarang faham heheheh. Sepanjang jalan asyik bertanya bila nak sampai. Hahahah tu le kalau biasa dekat tetiba jauh. Masing-masing tak sabar nak jumpa opah diarang. Yang letihnya ibu ayah le nak menjawab yang jauh lagi hihih.


Dari Padang Rengas kitarang turn ke Lubuk Merbau. Ikut jalan tu nak ke Gerik. Sepanjang jalan nampak hutan, sawahdan ladang penduduk kampung. Berselang seli dengan rumah-rumah. Best gak le pemandangan. Apa yang saya perasan (baru terperasan sebenarnya heheh) kebanyakan rumah lepas je kawasan Lubuk Merbau tu terus kurang locate di tepi-tepi jalan besar. Kebanyakkannya menganjur masuk ke dalam yang guna satu je jalan yang hubungkan jalan besar masuk ke kampung. Jadi kebanyakan rumah adalah secara berkelompok dan berdekatan antara satu sama lain. Berbanding yang biasa kita tengok seperti kat tempat saya tinggal ni kebanyakannya dibina sepanjang jalan besar. Jadi kedudukan rumah-rumah jadi agak berjauhan antara satu sama lain. Rasa best gak le kalau duduk berkelompok sebabnya terasa meriah dengan orang yang lalu lalang.


Kat sini saya tengok aktiviti ekonomi diarang lebih kepada sawah di sesetengah tempat, menoreh getah dan sikit kawasan ditanam pokok kelapa sawit. Ada gak le aktiviti lain seperti berniaga, ladang, ternak ikan/udang (tak sure which one) dan lelain. Nampak best gak ada kepelbagaian dalam kedamaian sebab sepanjang jalan penuh dengan pokok-pokok dan segala macam tumbuhan. Nampak kurang pencemaran, kurangnya kawasan yang diceroboh (diambil tanah atau ditevbang pokok) dan kurangnya bagunan kedai-kedai yang kadang kala menyesakkan.


Kiatarang sampai sekitar jam 2 petang. Masa yang cukupppp sesuai kalau dihidangkan apa-apa je hidangan tengah hari hehehe. Mak hidangkan kari daging. Makan masa perut tengah lapar bersama nasi panas... Perghhhhh... Sorry ar kalau bertambah dua tiga pinggan hehehhe. Dah makan baru nak nyesal... Ada ke patut hahahah.


Mak pun nampak dah makin berisi sikit. Wajah pun ceria semacam je. Mungkin dah tak terasa kesunyian lagi dah kot. Kalau dulu di kampung asal kitarang kat Bukit Gantang tu memang sunyi je. Nak pulak dia duduk sensorang memang sayu le hati. Anak-anak ajak tinggal dengan kami dia tak nak sebab katanya rumah kat kampung dekat dengan masjid. Mudah untuk dia solat di masjid, hadiri majlis keagamaan dan sebagainya. Dah adik kahwin dan ada rumah yang selesa, dia pujuk mak untuk tinggal bersama. Dengan dia mak tak susah dipujuk, anak bongsu le katakan heheh. Tapi yang bestnya rumah dia pun beberapa tapak je untuk ke masjid. Memang sesuai le sangat dengan jiwa mak. Agaknya tu yang bertambah ceria. Nak pulak jiran-jiran tinggal berdekatan antara satu sama lain. Keluarga mertua adik pun tinggal dekat dan rajin gak lepak dengan dia untuk sembang-sembang. Lagi syok le mak hehe. Tak der lagi dah nak sembang dengan cik kucing je hehehe.


Lepas bersembang dan lepak-lepak beberapa jam kitarang pun berangkat balik. Kang lelama kang sian pulak kat beloved adik ipor ku sorang lagi ni. Masa mana pulak le member nak manja-manja dengan wifenya. Udah le kawan tinggal jauh sesekali je balik heheh. Masa kitarang ziarah tu pun dia baru je sampai dari Pahang. Hehehh korang rasa le pulak berulang alik jumpa partner korang yer... Akak punya turn dah habis. Dulu lagi penat tiap minggu kena balik. Tak leh rehat kena kerja kat kedai pulak hehehe. Lama mana le agak-agak diarang akan berulang-alik nih heheheh. Tak per... Jauh-jauh macam ni le bila dah dekat rasa nak berkepit je selalu untuk melepas rindu heheheh.


Dalam perjalanan balik kitarang lintas lagi Tapak Arkeologi Lenggong. Agak-agak bila le ada peluang nak singgah melawat. Dah lewat memang tak berani singgah. Takut sebab kitarang ni jenis lemah sikit takut gak kot sangkut apa-apa yang tak sesuai. Nak pulak yang dipamer tu barang-barang lama. Lagi risau. Cegah sebelum parah ;).


Lenggong ni macam yang saya cerita dulu terkenal dengan penghasilan Ikan Pekasamnya. Tapi tu le mungkin tak kena hari tak banyak gerai yang bukak. Atau mungkin kitarang yang tak terperasan sebba mata dan minda dah fokus pada satu signbord yang dibina kat tepi jalan tu yang tunjuk nama 'Kiah Pekasam Enterprise'. Hehehhe cam yang kat dalam Astro tu pulak yer tak.... Ala yang Rozita Che Wan berlakon tuuuuu. Jadi memang bercadang le nak pergi ke sana je cari ikan pekasam. Kot-kot Rozita Che Wan yang menjualnya hehehehh.


Dari jalan besar kitarang belok ke kanan, lalu kawasan Tasik Raban yang best tu (sempat ar singgah jab menikmati pemandangan) dan jalan terus sampai nampak satu sign kecik yang tunjuk ke arah kampung tempat lokasi bengkelnya. Mula-mula cuak gak sebab masuk kampung orang tapi sib baik ada beberapa penduduk kampung yang tengah bergotong royong nak pacakkan bendera. Almaklum la nak mengundi niiii. Diarang le yang tunjukkan arah.


Sampai je kat bengkel terus kitarang berjumpa ownernya sendiri Mak Cik Kiah yang secara kebetulan ada kat laman. Bengkel dia bersebelahan rumah je. Lepas nyatakan hajat nak beli Ikan Pekasan kami dibawa masuk ke dalam bengkel. Lepas pilih jenis-jenis ikan yang kitarang nak sempat le jugak chit chat serba sedikit dengan Mak Cik Kiah tu. Oiiih dah 34 tahun youuuu dia berniaga. Memang otai la heheh. Saya pun baru je belajar berlari masa tu heheh.


Dari situ baru tahu yang 'Kiah Pekasam Enterprise' yang dok tayang di Astro tu sebenarnya adalah cita asal mak cik tu le. Pernah diarang shooting kat bengkel tu pun. Tapi yang yang tak bestnya promosi kat Mak Cik tu tak der langsung. Siap kata di Perlis pulak tempat asalnya.. Kesian dia. Mak Cik tu pun tak dapat apa-apa pun sumbangan ke bayaran ke sebab katanya dia yang sudi bagi. Segala jalan cerita dan gaya semua sama... Katanya. Tapi at least syarikat produksi tu sumbang le sikit yer tak selain dari cerita yang betul yang asal Kiah Pekasam tu di Lenggong Perak bukan di Perlis. Kalau tak nak bayar pun kurang-kurang bagi promosi untuk produknya sebab dah ambil cerita Mak Cik tu untuk buat untung. Mak Cik tu pun harus dah sign pelbagai agreement tu yang dia pun kata tak pe la... (dalam nada lemah). Tu le nasib orang kampung... Selalu je orang ambil kesempatan.

Kiah Pekasam yang sebenar

Kiah Pekasam yang seksi..

Tapi okay gak bila Mak Cik Kiah ni wataknya dimainkan oleh Rozita Che Wan heheheh. Cun tu hahahah. Harus Mak Cik Kiah suka kan..... Tapi Cik Rozita Che Wan kita pun makin glamer dengan watak ni. Agak-agak nak tukar tak jadi cik Kiah Pekasam je terus macam Usop Wilcha tu hehhehe.


Produk Kiah Pekasam ni katanya dah sampai ke Brunei. Isk memang hebat le dengor. Agak-agak Produk 2 Puteri bila le ada rezeki nak lebarkan sayapnya sampai ke sana heheh. Tapi apa pun yang pentingnya kuatkan pasaran dalam Malaysia dulu baru sesuai berangan nak takluk dunia yer tak. Ni kalau orang kampung sendiri pun tak kenal camno heheh. Tak per itu cabaran untuk 2 Puteri tuu... Kalau kuat dalam Malaysia ni baru le boleh nak melangkah ke negara-negara lain sebab masa tu baru le langkah tu perkasa sikit heheh. Doakan yer ;).


Nak alamat dia? Ni saya kongsikan.... Kiah Pekasam Enterprise Kampung Pengkalan Ikan, Kuak, Lenggong, Perak. Antara jenis ikan pekasam yang dijual ialah Ikan Loma, Ikan Sepat, Ikan Lampam, Ikan Campur, Ikan Talapia dan Ikan Gelama. Mak Cik ni jual 3 peket ikan yang boleh dicampur mana kita suka RM10.00 je. Kira ok le kan heheh. Laman webnya tak der pulak tapi yang ni je saya jumpa.... Facebook page di sini. Agak-agak nak lawat ke, tempah ke apa ke sila la yer... Kalau saya tengok dah kuat dah Mak Cik ni.... Yer la 34 tahun memang jauh beza le sesangat denga nkitarang yang baru 2 tahun 6 bulan ni yer tak heheheh. Banyak yang dah diterima dan dah jauh langkahnya. Ni kira promosi free dari kami di 2 Puteri untuk Mak Cik Kiah sekeluarga. Kalau tak sesama kita bantu siapa lagi yer tak.... Insyaallah benda baik Allah je balas heheheh... Aaamiin :).


Tak sempat lagi nak masak ikan pekasamnya.. Rasanya tengah hari ni molek benar mencubanya..... Cuaca redup lepas hujan, makan dengan nasi panas dan sayur kobis goreng. Ok kot kombinasinya hehehe.







Jumaat, 22 Februari 2013

Sejarah & Pelancongan: Semua catatan Perak Darul Ridzuan



Hari ini saya cuma nak kongsikan link-link untuk segala cerita yang saya kongsikan dalam tittle Sejarah & Pelancongan dan Negeriku yang saya fokuskan kepada Negeri Perak Darul Ridzuan. Almaklumlah kalau bukan anak jati Negeri Perak sendiri yang nak kongsi sapa lagi yer tak. Ini sebagai satu sumbangan kecil yang dapat saya sekeluarga lakukan untuk Negeri Perak tercinta :).

Dah macam compilation album je kan heheh. Boleh la.... Hehhe. Bukan apa, kadang-kadnag saya terlupa apa yang sudah apa yang belum dikongsikan jadi mungkin ini akan memudahkan nanti harap-harapnya :).



Perkongsian pertama saya adalah tentang tanah tempat saya dibesarkan dan sehingga sekarang saya balik tinggal di sini iaitu Bukit Merah. Satu kawasan yang agak terpencil dan tidak membangun walaupun dikurniakan Allah dengan keindahan alam. Entah dimana silapnya hanya sedikit sahaja yang dapat dibangunkan oleh pihak pemaju (Emkay). Taman Tema Air Bukit Merah Laketown antara tarikan yang ada disini. Pada pendapat saya banyak lagi yang mampu dilakukan oleh pihak yang berwajib atau jika ada inisiatif daripada Ahli Jawatan Kuasa Kampung sendiri. Antaranya yang saya cadangkan jadikan kawasan tepian Tasik Bukit Merah sebagai satu kawasan riadah yang cantik dihiasi dengan bungaan dan tempat anak-anak bermain. Sediakan tempat membuang sampah, limpahan lampu yang menerangi kawasan sekitar, sediakan tandas awam yang dijaga bersih dan rumput-rumput diperkemaskan akan membuatkan lebih ramai yang akan datang ke sini. Pihak Ahli Jawatan Kuasa Kampung sendiri boleh menyediakan satu kawasan yang menempatkan bot-bot kecil buat penggemar yang berkeinginan melawat tasik yang luas dan terdapat beberapa buah pulau kecil. Bot-bot ini juga boleh dijadikan tarikan pada sesiapa yang berkeinginan memancing di Tasik atau jalinkan kerjasama dengan pihak Laketown Water Themepark untuk membawa penumpang ke sana.


Selain daripada menjadi tarikan pelancong, Insyaallah cara ini dapat memberi kelebihan kepada kampung sendiri kerana penawaran tenaga kerja dapat diberikan kepada penduduk setempat. Kenakan sedikit charge untuk bot-bot dan wang yang terkumpul gunakan untuk menaiktaraf kampung menjadi sebuah kampung yang serba lengkap atau anjurkan majlis keraian tanpa mengharapkan bantuan luar Insyaallah. Atau boleh juga dijadikan sumbangan pada penduduk-penduduk yang memerlukan.


Ramai orang tertarik untuk menjamu selera di tepian tasik. Oleh itu adalah menjadi satu kelebihan jika pihak yang berkenaan dirikan satu medan selera yang mennganjur ke Tasik Bukit Merah untuk tujuan ini. Tawarkan kepada peniaga yang berminat terutama dikalangan penduduk setempat dengan sertakan syarat agar mereka menjaga kebersihan sekitar dan tasik. Jika ada yang engkar batalkan sewaan dan berikan pada yang betul-betul bertanggungjawab sahaja. Pihak sekolah juga boleh mengambil kesempatan untuk mengajar anak-anak kecil berniaga dengan meneydiakan satu lokasi yang membolehkan mereka belajar berniaga. Ini adalah untuk bekalan masa depan mereka sendiri kelak.



Perkongsian kedua adalah tentang Taiping Bandar Warisan. Satu kawasan yang pertama membangun dalam sejarah Tanah Melayu sewaktu Jajahan Inggeris. Pengangkutan dan stesyen keretapi pertama, pelabuhan pertama, Pejabat Pos dan Telegraf pertama, hospital pertama yang dilengkapi kemudahan x-ray yang juga pertama adalah antara catatan sejarahnya. Namun, ianya agak lesu sejak tahun 1980an hingga tahun 2000 (anggaran melalui pengamatan saya sahaja kerana saya membesar dizaman itu). Tiada lagi kemasukan pelabur yang mahu membangunkan bandaraya ini terutama dalam skala besar. Syukur, sejak akhir-akhir ini baru wujud kemasukkan pelabur yang membantu merancakkan semula ekonomi bandaraya tua ini.


Alangkah bagusnya jika pihak yang bertanggungjawab bersama-sama pihak swasta berkerjasama dalam memulihara semula bangunan baru atau lama dan persekitaran Bandaraya Taiping ini. Wajibkan kepada pemilik-pemilik bangunan untuk mengindahkan bangunan kedai milik mereka dengan mengecat baru bangunan mereka setiap 7 - 10 tahun sekali. Beri tawaran pengurangan cukai pada tahun itu agar mereka tertarik untuk bekerjasama. Banyakkan lampu jalan dan lampu-lampu hiasan. Dengan itu Insyaallah Taiping akan semakin berseri dan akan lebih ramai yang tertarik untuk berkunjung.


Begitu juga dengan kawasan Taman Tasik Taiping, kawasan yang diindahkan oleh pihak Dewan Bandaraya Taiping ini cuma perlu diindahkan lagi dengan lampu-lampu hiasan yang menarik selain daripada lampu limpah yang menerangi kawasan taman untuk yang gemar beriadah diwaktu malam. Bukit Larut yang merupakan pusat peranginan pertama di Tanah Melayu hanya perlu dimajukan dengan sedikit lagi tarikan seperti penyediaan hotel yang selesa dipuncaknya. Sediakan hotel yang berciri rumah kampung Perak sebagai satu tarikan. Beri tawaran pada pasangan yang ingin berbulan madu sebagai satu pakej romantik. Semoga pihak berwajib jadikan Taiping sebagai satu tarikan pelancongan sejarah Utama di Negeri Perak ini sejajar dengan namanya Bandar Warisan pertama Malaysia.


Entri yang ketiga iaitu tentang sejarah Port Weld/Kuala Sepetang dan Matang, Perak yang merupakan pusat pelabuhan pertama di Tanah Melayu selain daripada terbinanya landasan keretapi juga yang pertama. Artikel yang keempat dan kelima adalah berkenaan sejarah Bagan Serai pekan lama yang juga uzur yang memerlukan pembangunan yang lebih lagi dan Parit Buntar yang menjadi pusat pentadbiran Majlis Daerah Kerian, Perak.

Catatan yang berikutnya adalah berkaitan Negeri Perak secara keseluruhannya. Sejarahnya yang panjang dicatatkan di bawah 2 bahagian iaitu, Sejarah Negeri Perak (part 1) dan Sejarah Negeri Perak (Part 2). Kisah campurtangan Inggeris di Perak, nasionalisme yang bangkit demi menebus maruah bangsa Melayu serta kisah ehwal semasa Negeri Perak dicatatkan didalamnya. Kemudian saya beralih kepada cerita tentang Negeri Perak - Daerah, Sungai dan Lagunya. Lagu Kebesaran Negeri Perak ini kali pertama dimain dan diperdengarkan di Istana Permaisuri di London ketika petabalan Permaisuri Victoria pada tahun 1888. Irama lagu ini kemudiannya diangkat menjadi irama lagu Kebangsaan Negara Kita... Negaraku.


Negeri Perak terkenal dengan keindahan semulajadi dan anjuran Banjaran Titiwangsa yang menganjur hampir keseluruh negeri. Dengan tajuk Terokai Alam Semulajadi Di Perak. Keindahan yang dicari ada di sini.... Sememangnya benar seperti yang dinyatakan. Gunung ganang, gua, sungai dan keindahan alam ciptaan Allah SWT memang memukau mata yang memandang dan sesuai untuk dijadikan tarikan pelancong dalam dan luar negara yang sukakan keindahan semulajadi ini. Semoga pihak berkuasa terus lakukan penguatkuasaan dalam memelihara alam sekitar kita supaya dapat dijadikan bekalan untuk anak-anak kita dimasa akan datang selain dijadikan tarikan kepada pelancong ke sini.

Destinasi Pelancongan Di Perak adalah satu koleksi tempat-tempat pelancongan yang boleh dilawati di Negeri Perak ini. Air terjun, pulau, gunung, gua, tasik dan pelbagai lagi merupakan antara tarikan semulajadi yang ada selain daripada taman reakriasi, taman tema dan muzium. Adalah diharapkan pihak kerajaan Negeri dapat memulihara semula bangunan-bangunan lama yang ada sebagai satu lagi tarikan pelancongan di Perak ini. Pada masa ini hanya sedikit yang terpulihara untuk dijadikan tarikan.

Batu Kurau

Entri yang berikutnya adalah tentang daerah Batu Kurau, satu pekan kecil yang masih perlu dibangunkan yang terkenal dengan Seni Silat Gayung Fatani dan antara daerah pengeluar durian yang enak di Negeri Perak. Kuala Gula - Santuari Burung dan Kuala Kurau pula adalah satu lagi kawasan yang terkenal dengan keindahan semulajadinya yang memerlukan satu pelaburan yang besar untuk dijadikan tarikan pelancong. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen.

Kuala Gula sebenarnya telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya penting dengan kewujudan burung air/berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini. Setiap tahun, pelbagai spesies burung singgah di Kuala Gula dalam laluan migrasinya. Terdapat beberapa laluan migrasi di dunia dan Malaysia terletak dalam laluan East Asian-Australasian Flyway. Jadi pihak berkuasa tempatan cuma perlu mengemas dan membangunakan sedikit sahaja lagi kemudahan-kemudahan sebagai satu tarikan pelancong. Indahkan kawasan-kawasan sepanjang jalan ke sana sebagai satu tarikan mata bagi menggambarkan keindahan lokasi berkenaan.

Daerah yang berikutnya adalah Daerah Selama yang dibawah pentadibiran Majlis Daerah Larut Matang & Selama.  Kawasan yang menyediakan Projek Pelancongan Desa Selama atau Selama Homestay boleh diperindahkan lagi dengan lain-lain tarikan kerana pada ketika ini apa yang ditawarkan adalah limited dan agak uzur.


Dari Daerah Selama saya terbang menuju ke Bandar DiRaja, Kuala Kangsar pula. Daerah tempat pentadbiran DYMM Sultan Perak bersama Permaisuri baginda ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang berdasarkan keistimewaannya. Namun, banyak lagi yang boleh dilakukan oleh pihak pentadbir ke atas bandar DiRaja ini agar ianya segah namanya. Sama seperti di Bandaraya Taiping, indahkan bangunan-bangunan dengan cat, lampu-lampu hiasan yang menarik terutama disepanjang perjalanan ke Istana akan menarikkan lagi lebih ramai pelancong ke sini. Sebolehnya perbanyakkan ciri-ciri yang memperlihatkan ianya sebagai satu Bandar DiRaja bak dari segi binaan bangunanya atau hiasannya. Di kawasan Istana juga sediakan lampu limpah dikawasan-kawasan yang tertentu supaya ianya indah dan gah dipandang diwaktu malam baik dari jauh mahupun dekat. Gemilangkan kawasan istana dan sekitarnya.


Daerah tempat tinggal bonda tercinta, Bukit Gantang terkenal dengan Raja Buahnya... Durian yang enak. Bukit Gantang mendapat julukan 'Tropical Fruit Village'. Hampir keseluruhan penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Pada pandangan saya kawasan ini cukup sederhana dan indah dengan pokok-pokok kayu sepanjang perjalanan. Sememangnya mendamaikan. Tidak perlu bangunan-bangunan rumah kedai sepanjang perjalanannya tetapi ia cukup mempersonakan. Namun, mengisytiharkan Bukit Gantang sebagai sebuah bandar sambil mengenal pasti suatu kawasan bandar baru akan memberikan nafas baru buat Bukit Gantang. Kawasan ini bolehlah dikomersilkan sebagai suatu bandar pelancongan dan/atau Agro Pelancongan. Cuma di daerah Changkat Jering sahaja yang agak memerlukan satu rombakan pemuliharaan agar ianya kembali mejadi satu kawasan perniagaan yang indah dipandang.

Dari Bukit Gantang saya bawa pula sahabat ke Lenggong, Perak. Satu daerah yang jauh mengarah ke Negeri Kelantan. UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Warta pemasyhuran telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO. Rangka manusia paling tua ditemui di Malaysia terdapat dalam sini disamping tinggalan zaman purba lainnya. Selain itu terdapat juga ladang rusa dan tasik yang dapat memikat hati pelancong untuk beriadah atau memancing.


Kemudian saya bergerak ke Sungai Siput,dan  Daerah Manjung yang terkenal dengan Pualu Pangkor dan Lumutnya. Selepas itu saya bawa pula ke Bandaraya Ipoh, Ibu Negeri Perak Darul Ridzuan. Banyak bangunan-bangunan lama juga terdapat di sini. Antaranya Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal,
Komplek Kolam Renang Dewan Bandaraya Ipoh adalah antara yang terbesar dan termoden di Asia Tenggara yang dibina bertaraf Olimpik dan Methodist ACS sekolah yang ditubuhkan pada 31 Julai 1895 menjadikannya antara sekolah tertua di Ipoh.

Insyaallah dilain masa akan saya sentuh daerah atau kawasan lain pula. Mungkin ada antara cadangan saya yang mungkin menyentuh mana-mana pihak namun apa yang saya paparkan atau cadangkan adalah berdasarkan rasa sayang saya terhadap Negeri Perak yang dicintai ini. Hajat dihati ingin di tambah baik segala yang ada di Negeri Perak ini namun apakan daya 'aku insan yang lemah' heheheh.


Khamis, 21 Februari 2013

Tips Penjagaan Mesin Pengisar


Mesin pengisar antara alatan rumah yang amat-amat berguna kepada semua yang terlibat dalam duania masakan. Memang besar jasanya dalam membantu menghancur atau melumatkan segala macam benda yang kita perlukan. Namun, setelah diguna lama kadang kala keuzurannya mula terasa. Mata kisar yang tidak lagi tajam, warnanya yang mula kekuningan disebabkan mengisar kunyit hidup dan pelbagai lagi. Kadang kala masalah-masalah ini membuatkan ada yang terpaksa mencari balang lain yang lebih elok menggantikan yang lama. Namun dek kerana terlepas pandang, balang yang diganti tidak sesuai dengan motor yang ada. Hendak digantikan semua terasa sayang kerana motornya masih lagi berkuasa untuk memutarkan pengisar berkenaan.


Di bawah ini saya kongsikan beberapa tips penjagaan mesin pengisar untuk rujukan bersama. Moga-moga ianya bermanafaat buat sahabat-sahabat di Asam Garam 2 Puteri sekelian.... :)


Pengisar Sentiasa Tajam

Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam. 

Hilangkan Kotoran Pada Pengisar

Tuang air sabun yang panas dan campurkan dua senduk cuka ke dalam pengisar. Putar pengisar dengan air suam dan keringkan.


Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar

Anda hanya perlu titikkan 3 atau 4 titis cecair peluntur ke dalam pengisar. Kemudian goncangkan sehingga warna kunyit pada pengisar tadi mengembang. Cucikan pula dengan hampas kelapa ataupun kulit limau. Cuci bersih dan lihat hasilnya.

 Bersihkan Pengisar

Bagi memudahkan membersih blender selepas digunakan, masukkan sedikir air, serbuk pencuci dan kulit telur. Kisar bahan-bahan tersebut untuk seketika. Kulit telur yang hancur berperanan sebagai berus. Hasilnya anda akan dapati pengisar lebih bersih. Boleh juga di tambah sedikit perahan jus limau nipis kedalam blender tersebut untuk kebersihan dan nyah bau tahap maksima.



Rabu, 20 Februari 2013

Masalah dengan pembantu rumah / orang gaji. Ada ke caranya


Beberapa hari lepas kita digemparkan dengan berita amah yang dera baby kat Kuantan, Pahang. Rasanya ramai yang dah tengok kat Youtube atau Facebook. Yang macam saya tengok kat TV je masa Berita. Tak sanggup nak tengok lebih-lebih jadi tak der upaya nak gi cari kat sumber-sumber lain dah. Jadi tak le saya tahu lama mana durasinya baby tu terseksa camtu. Saya juga tak sanggup nak share kat sini. Rasa sayu, marah, sedih dan pedih tangkai hati bila tengok tu.


Simpati yang tak terhingga buat keluarga si baby berkenaan terutama buat si ibu dan ayahnya. Tak pasti ayah baby tu ada tak sebab tak pernah ternampak dalam setiap laporan berita kelibat si ayah. Macam saya cakap saya tak source dalam lain-lain medium. Tak sampai hati. Tapi itu bukan masalahnya... Mungkin si ayah terlalu sedih tak sanggup tunjuk muka dalam berita. Kalau saya pun mungkin tak akan berjumpa dengan sesapa. Nak duduk dengan si anak je tanpa gangguan. Dengar cita kat berita last 2 days katanya baby tu masuk ICU sebab tak sedarkan diri... Camner dah agaknya. Harap-harap dia beransur sihat le hendaknya Aaamiin.


Itu adalah berita yang disebarkan, banyak lagi kes-kes yang terpencil yang kita tak tahu berlaku sebenarnya. Nauzubillah tapi itulah kenyataannya.


Rasanya baru sangat saya sentuh cerita yang hampir berkaitan dengan kes sebegini... Tapi masa tu just cita indirectly sebab saya tak nak le sentuh bab ni sangat. Tak boleh pikir camner leh orang tergamak buat pada kanak-kana terutama pada baby. Itu yang buatkan saya nekad berhenti kerja dan tumpukan pada rumahtangga. Itu antara faktor yang saya ambil keputusan berkenaan. Eh... Lupakan bab saya. Back to the main subject...


Sebenarnya dalam kes ini adalah terdorong atas faktor mencari rezeki untuk keluarga. Dengan keadaan sekarang yang menuntut perbelanjaan lebih dalam setiap segi memang itu faktor utama. Mungkin itu puncanya.... Telahan saya lah.


Celik je mata duit... Jalani kehidupan, duit. Nak tidur pun duit.... Mungkin ada yang tak setuju dengan saya sebab dah macam mata duitannn je kan. Hehh tapi kalau dipikirkan betul tak???? Celik mata, lepas mengeliat atau bersenam sikit sure kita tuju ke bathroom untuk tunai segala hajat.... Petik suis lampu sebab bangun awal dalam kul 6 pagi. Gelap lagi... 'Tup' kiraan duit juga dah berjalan untuk supply elektrik ke lampu. Nak mandi pun duit... Jadi memang kita tak lepas dengan duit. Nak pulak makan, belanja dapur dan lelain... Pun perlukan peruntukan duit yang berRM..RM gak kan??? Kalau dulu RM50 cukup untuk belanja dapur seminggu. Tapi sekarang rasanya sekali hadap dah selesai. Kadang-kadang tak cukup pun.... Ni saya ni pun tengah tulis cita ni pun pakai duit gak ni... Bil tenet, bil elektrik untuk 3 cabang penggunaan.... Plug, kipas dan radio.... dan sambil minum air suam... 3 tempat yang nak kena bayar. Jadi memang tak boleh elak.

Agak-agak lama mana yer duit gaji ada kat kita ada full sebelum segala pembayaran dibuat????

Atas faktor itu, si ibu terpaksa turut keluar bekerja mencari rezeki demi membantu suami. Kalau nak harap suami je memang kesian jugakan. Berapas angat laaa gaji dia. Dari situ anak-anak terpaksa ditinggalkan sementara bersama orang lain. Mungkin pada ibu jika dia sanggup menjaga si cucu. Mungkin pengasuh jika ada atau jika nak selesa banyak pakai orang gaji yang tinggal bersama kita. Sambil-sambil dia menjaga anak dapat juga dia bantu kemas rumah atau lipat kain ;). Itu le harapannya sebab balik dari pejabat dah terasa keletihan sikit, mana pulak nak tumpu pada anak-anak selepas ditinggalkan separuh hari. Balance masa dengan anak cuma lebih kurang 4 jam je untuk bermesra. Lepas tu dah nak tidur untuk jalani aktiviti life keesokan harinya. Anak-anak pulak ada yang nak kena bangun awal untuk ke sekolah jika ada yang bersekolah. Kalau tak der orang gaji, dahh nak kena masak, kemas rumah, lipat kain baju dan pelbagai lagi tanggungjawab yang nampak remeh tapi tetap kena beri tumpuan. Kalau dapat suami yang boleh bertolak ansur terasa ringan le sikit beban dibahu, tapi kalau tidak??? Macam mana?? Kesiankan..... Dah le si isteri bantu dia cari rezeki tak nak pulak dibalasnya jasa isteri tu dengan bantu buat kerja-kerja rumah tu. Bersyukur pada yang dapat suami yang bertolak ansur dengan kita dengan turut lakukan kerja-kerja rumah macam sapu sampah dan mengemas rumah kalau tak memasak sama pun.... Kalau tak ada... Cik suami tolonglah isteri kalian, hidup suami isteri ni kena sama-sama susah, sama-sama senang. Bukan takat duit ringgit tapi segala aspek kehidupan :).


Orang gaji sekarang, nak diharapkan dari kalangan masyarakat setempat atau senegara rasanya dah payah kot. Mana le ada anak-anak gadis memuda nak jadi orang gaji dah kan. Masing-masing punya cita-cita nak bergaji besar, berEPF, berSocso dan berelaun kalau tak pun berkenaikan pangkat. Jangan kata diarang, kita pun sure nak macam tu gak kan. Kalau ada pun biasa le, ada yang rajin nak bercuti balik kampung bagai.... Jab-jab mak sakit (Wallahualam), jab-jab tak sihat. Tu camna pulak dengan anak kita yang perlu jagaan kan??? Itu la masalahnya.


Import orang gaji dari over the sea.... Dari Indonesia, Myammar dan lelain negara. Itu je yang terpikir untuk selesaikan masalah yang timbul. Tapi disebabkan lain budaya, lain cara dan lain bangsanya mungkin itu satu faktor yang mendorong timbulnya masalah. Jika dulu mungkin ada yang ikhlas untuk mencari rezeki membantu keluarga diarang kat negara asal. Tapi sekarang diarang pun punya keinginan yang lebih untuk pelbagai lagi keinginan selain daripada mencari rezeki. Kita pernah dengar yang ada yang datang ke sini katanya nak cari rezeki, jadi pembantu rumah kita tapi last-last lari dengan orang lain atau mencuri kalau tak pun merompak. Ada gak yang tahan jerat pada kaum-kaum lelaki rakyat negara kita untuk dapat taraf kerakyatan. Semuanya kerana desakan hidup diarang yang tinggi dalam pelbagai aspek. Ada le jugak yang ikhlas nak cari rezeki, Alhamdulillah tapi banyak gak yang dah mula menyimpang dari matlamat asal. Masalah ini tak boleh kita abaikan sebab yang teraniaya adalah dikalangan kita, anak-anak kita, keluarga kita, kaum kita, bangsa kita dan masyarakat kita...


Ramai yang bagi pendapat untuk pihak berwajib sediakan rawatan psychology sebelum diarang dibawa masuk selain daripada latihan-latihan lain. Mungkin ada baiknya... Tapi bagi saya adalah lebih baik pihak kerajaan sediakan tempat untuk tempatkan anak-anak kita sewaktu ibu bapa keluar bekerja. Tak payah nak suruh-suruh pihak majikan sediakan tempat. Rasanya dah berapa tahun dicadangkan tapi tak der pun yang sambut sebab majikan dah pikir kos tempat, kot tenaga penjaga dan lelain. Baik kerajaan je buat sendiri. Dari import rakyat luar yang kekadang leh bawa mudarat kat kita lagi baik gajikan anak-anak muda kita sendiri. Kalau bawah kerajaan Insyaallah ramai yang mahunya. Alah... Ambik contoh dengan adanya Tadika Kemas tu. Ha.. Dah siap building, dah siap cikgu. Tapi kalau biasa Kemas takat pukul 12 tengah hari, tapi yang ni lanjutkan la sampai kul 5 atau 6 petang. Tambah le sikit lagi gaji diarang tak salahkan... Tawarkan kat cikgu-cikgu tadika Insyaallah ramai yang nak rasanya. Diarang pun boleh bawa anak memasing untuk dijaga disitu. Rasanya tak der masalah kot kerja lebih masa. Kalau kilang atau kedai-kedai pun boleh buat bagi pekerjanya kerja lebih masa dengan bayaran yang ciput berserta sedikit elaun... Inikan pula badan kerajaan kan.


Takat gaji naikkan sikit untuk tambat hati anak-anak muda, diarang dapat gak Socso dan EPF atau kalau ada yang rajin buat overtime untuk jaga anak-anak yang ibu-ibu diarang turut kena overtime. Yang part ni si parent la kena bayar. Takkan awak nak tambah rezeki kerja lebih, kerajaan pun nak tanggung yer tak. So win-win situation la. Tapi jangan lak charge nala punya mahal. Cukup le takat RM20 untuk tolong jaga  lebih masa tu. Kalau boleh bawa ke sekolah rendah pun tak salah rasanya yer tak. Mungkin ada yang cakap susah la apa la.. Tapi rasanya tak susah sebab rata-rata kerja 9-5 kan. So agak-agak tak salah kot kalau cikgu-cikgu ni kerja lebih masa sikit. Alah rasanya tambah lagi 5 jam ok kot. Buat le system bergilir untuk dapat rasa duit overtime sorang sikit yer tak.. Tak pun buat je KAFA kat sekolah tu terus, tak payah bazir duit untuk buat bangunan dan kawasan persekolahan baru. Kongsi beberapa kelas yang dah kosong waktu petang tu dan buat satu bilik guru je untuk cikgu-cikgu KAFA. Kecik je bangunan yang perlu dibuat sebab cikgu-cikgu KAFa berapa kerat le sangat yer tak.


Kalau cikgu-cikgu tak nak pun tak salah kalau ambik cikgu-cikgu yang ajar subject lain selain dari subject yang ajar kat sekolah-sekolah biasa contohnya ajar subject tambahan seperti bahasa atau kelas mempertahankan diri. Alahhh banyak aktiviti yang boleh ajar kat anak-anak kita. Banyak.... Cuma kreative sikit je.


Heheh cadangan ni agak-agak sampai sini je kot hahahha. Yer la yang bersuara ni cuma ibu, suri rumah dan pembantu dibelakang tadbir je. Suara yang kecil ni tak sampai kat Parlimen pun untuk diambilpakai hahahha. Tapi tu la tak salah kalau pikir lebih sikit dari kita import orang luar reramai kat sini tapi yang jadi mangsanya balik adalah kita. Pihak yang berkenaan juga yang selalu suarakan aliran wang keluar adalah tinggi jadi dengan cara ni sekurang-kurangnya aliran tu kurang le sikit yer idak???? Lagi pun kurang le masalah jenayah dan sebagainya. Masalah anak selesai tapi bab kerja-kerja kat rumah yang lain, suami isteri bertolak ansur lah... Buat sama-sama jadi sama-sama suka hati kan...kan.... Kalau nak jaga ibu bapa kat rumah yang uzur itu peranan jururawat atau kalau dah rasa perlu sangat baru ambil orang gaji luar. Jadi kalau bab anak-anak dah settle tak le ramai sangat orang luar ni. kalau dulu jaga anak pun orang luar, jaga ibu bapa uzur pun orang luar kan ramai tu. Kalau buang satu punca kurang sikit le kemasukan orang luar ni kan....


Cadangan saya je la..... :)


Sabtu, 16 Februari 2013

Resepi Hebat: Ayam Goreng Salut Sos 2 Puteri Berkicap


Hari ni saya cuba siapkan projek untuk dapatkan Sijil MeSTI (Skim Pensijilan Selamat Tanggungjawab Industri) yang baru 45% je sempurna. Ada baki lagi 55% iaitu nak siapkan procedur dan segala kat kilang pulak. Perihal kilang tu tak le susah sangat dah sebab dulu masa apply Sijil bawah Akta Makanan 1983 dah ok. Just kena le tengok sikit-sikit lagi kot ada yang tinggal atau berubah. Carta-carta nak dinaikkan kat dinding... Segala macam le. Nak-nak sekarang stok bahan mentah dah makin banyak memang kena jaga le bagi kemas dan berkeadaan baik.


Yang dah siap 45% tu adalah berkaitan dengan segala hal borang-borangnya. Banyakkkk borang yang nak kena buat. Mulanya Mr Hb tak heran sebab saya buat balik satu-satu ikut kesesuaian kitarang. Bila dah print dan nak diphotocopykan baru dia tahu banyakkkkk kena isi sebelum nak mula kerja. Hhihii tu yang kitarang peserta kursus tu mengomel yang nak siapkan pengisian borang je dah makan 1/2 hari. Kena buat sebelum mula kerja. Tak le isi... Isi... Isi baru buat tapi conceptnya isi buat isi buat. Tapi kot dicompilekan 1/2 le semua heheheh. Pandaiii je kitarang kan hehhehe.


Hari ni nak sentuh dalam bab procedurnya pulak. Yang ni pun banyak gak. Tapi dah WAJIB kepada pengusaha kena le jugak buat. Tahun 2014 ni dikuatkuasakan. Jadi ada lagi setahun le nak buat dan apply. Insyaallah dah siap nanti leh try apply. Target saya dalam tahun ni gak le. Tengok ramai gak pengusaha besar dah dapat rasa jeles pulak ai hihihi. Saya ni kecik je tu yang lambat sikit. Dah tahunya pun lambat tu yang payah sikit nak percepatkan speed. Tak faham betul, sepatutnya bila saya dah ada sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia, kalau ada sebarang perubahan atau news yang berkaitan sepatutnya saya le antara yang dapat makluman dulu. Dah kitarang dimaklumkan baru le sebar-sebar kat umum. Ini tidak... Kot tak dijemput kursus dek Jabatan Pertanian haruss sampai ke sudah saya masih berpegang dengan sijil yang kitarang ada. Tunggu sijil tamat tempoh baru nak renew kot. Masa tu baru kelam kabut bewak naya... Naya....


Ok lah dah melalut sangat saya membebel hihiihi. Bebel panjang pun tetap kena buat gak hehehh. So kayuh la pelan-pelan.... Harap-harap cepattttt sampai destinasinya hihihih.


Hari ni untuk makan tengah hari saya masak yang simple-simple je. Nasi putih, Sayur Kobis Goreng  dan Ayam Goreng Salut Sos 2 Puteri Berkicap. Resepi simple yang saya ambil follow step buahtangan Datuk Chef Wan tapi perasan saya sestandard dia saya gubah-gubah le ikut cara saya. Hihihihi pandaiiii je suka-suka hati ubah. Yang saya nak kongsi ni cara saya yer :).


Satu lagi resepi yang dihasilkan menggunakan produk 2 Puteri iaitu Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Tapi mainnya Sos Char Kueyteow 2 Puteri la sebab tu dikatakan Sos 2 Puteri. Alah langkah-langkahnya ada le jugak sama dengan Masak Kicap yang mak-mak kita biasa masak tu. Tapi lain sikit la rasanya hihihi. Masa mak-mak masak dulu tak der lagi Sos Char Kueyteow 2 Puteri heheh.


Meh tenggok resepinya....


AYAM GORENG SALUT SOS 2 PUTERI BERKICAP

By: asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • Ayam
  • 1 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 2 biji cili padi - diketuk
  • 1 biji cili hijau - belah 2
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 4 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • 1/2 biji bawang besar - potong bulat
  • 1 biji tomato - belah 6
Bahan perlu ditumbuk halus
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia
Bahan perapan ayam
  • 1 biji bawang kecil - tumbuk halus
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • Sedikit Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 1 sudu kecil Sos Char Kueyteow 2 Puteri 
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit rempah kari ayam
  • Sedikit rempah 5 spice
  • Garam

Caranya
1. Perap ayam yang telah dibasuh bersih bersama bahan perapan semalaman atau sekurang-kurangnya 1-3 jam sebelum proses memasak. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam kita nanti.

2. Goreng sehingga masak dan ketepikan.

3. Keluarkan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi sehingga tinggal 3 sudu makan (agak-agak le ek). Tumis bahan tumbuk tadi sehingga wangi atau keperangan.

4. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dan tumis sehingga naik minyak.

5. Masukkan serai yang diketuk tadi, cili padi dan cili hijau. Gaulkan sekejap.

6. Tuang Sos Char Kueyteow 2 Puteri, kicap pekat manis dan pes asam jawa. Sebatikan. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

7. Gaul bagi sebati dan kuah kelihatan agak pekat masukkan ayam goreng tadi bersama bawang yang dipotong bulat dan tomato. Gaul rata dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.


Haaa... Mudah je kan. Saya pun tak tahu la tang mana yang sama dengan apa yang Chef Wan bagi tu sebenarnya kecuali ianya berwarna hitam sebab penggunaan kicap kot dan ada kaedah tumbuk halus. Isk entah le.. Bila dibelek-belek balik resepi tak sama hihihi. Apa le saya ni nak pollow resepi pun fail heheheh. Follow resepi je fail tapi masak still ok. Eh tapi jangan lupa try sebab rasanya pun sedap gak tau.... Heheheh :)


Ok dah lapo dah.... Ai makan dulu yer. Salam dan selamat menjamu selera semua :)


Khamis, 14 Februari 2013

Hujan..... Apa yang kita tahu tentangnya????


"Hujan yang turunn bagaikan air mata....."


Teringat lagu Hujan nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad tika ini. Buruk beno sora ni rasanya... Jomlah layan nyanyian beliau sendiri yang dirakamkan tahun 1980 dulu..



Sayu je hati kalau dengar lagu tu. Macam sebak lebih. Alfatihah buat beliau, moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh bersama umat Islam lain. Aaamiin.... :)


Hihi pepagi dah bersyahdu teringat lagu Hujan tu hihihi. Kannya apa hati ni risau kalau hujang sampai ke petang kang camner nak gi ambik anak-anak dari sekolah? Ayahnya dah le tak der sebab mengantor produk sampai ke Mydin Hypermarket MITC, Melaka nun. Sepatutnya minggu lepas dah tapi disebabkan tempahan mask lewat terpaksa tunda le ke hari ini. Dengar cerita dari sorang pengguna Sos Char Kueyteow 2 Puteri yang tinggal kat Bukit Katil tu katanya dah habis. Dia call semalam sebab nak ambil direct dari kitarang. Dah tak nak kehabisan stok katanya. Tapi tu le leka sembang sambil memfokus kat anak yang sedang check gigi (bagi semangat le konon heheh) terus terlupa le pulak nak tanya nama kedainya sebab dia guna untuk berniaga. Insyaallah nanti akan saya tanyakan. Boleh le jugak tolong promosi kedainya tu kan....


Mr Hb ni entah pukul berapa le baliknya. Risau le kang terpaksa mengambil anak-anak hujan-hujan. Dah le tak der baju hujan. Dari Melaka nak ke Bukit Merah ni bukannya dekat. Naik pulak van tua memang lembik le bila sampai. Insyaallah moga-moga ada le rezeki untuk upgrade kenderaan kepada yang lebih elok aaamiin. Nak mengantor produk pun tak le tired sangat yer tak hihihi.


Dah try Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri macam resepi yang saya kongsikan? Belum lagi???? Isk isk rugi tau sebab tu salah satu resepi yang gunakan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Jadinya tak le kalau beli tu tersimpan je kat dalam peti ais lepas buat Char Kueyteow. Takkan nak makan Char Kueyteow hari-hari walau ada gak tiga empat orang sahabat saya yang cakap anak-anak diarang kalau dapat Char Kueyteow hari-hari cukup suka. Yang bestnya kalau saya teka memang tepat yang semua yang cerita tu ada anak lelaki je. Hahah agak-agak betul le tekaan saya yang Char Kueyteow memang puratanya kegemaran orang lelaki kan. Perempuan pun ada tapi tak ramai sangat yang gemar sampai nak makan hari-hari. Saya ni, Mr Hb pun kalau dapat hari-hari Char Kueyteow pun boleh tapi mak je yang jemu masak... (Nak makan kat kedai tak tahan hihihi. Sorry yer tokey-tokey semua hihii). Tapi tu la yang try pelbagaikan. Insyaallah segala resepi yang dah ditry dengan segala produk 2 Puteri dah dan akan saya kongsikan kat sini.... Insyaallah :)


Buat sahabat-sahabat yang sudi ziarah, follow dan beri komen kami kat sini yang terbaru Sufi MS (thanks so much atas ucapan dan doa yang amat-amat kami hargai), Salwa, Sha Shamsudin, Aimeen Aliff, Syuhada Said, Mayang ABDUL RAZAK, Badriah dan yang lelain tu yer. Kunjungan dan segala komen korang semua amattttt saya sekeluarga hargai. Dah cuba produk 2 Puteri kat pasaran??? Hehehheh. Sempat kauuuu hihhi.


Bercerita pasal hujan... Terasa nak tahu le sikit sebanyak pasal hujan ni. Hihi sorang sahabat saya ada cakap yang saya ni pantang bagi topik penuh le soalan yang akan keluar. Hihi layan je la yer. Dapatttt gak tambah pengetahuan sikit yer tak??? Sesekali keluar topik popular tak salah kan...kan...kan heheheh...


Dulu masa sekolah cikgu cakap hujan tu terbentuk dari titisan takungan air yang naik ke langit yang banyak terkumpul membentuk awan dah lama kelamaan makin berat. Bila dah berat maka ianya turun kembali ke muka bumi ni sebagai hujan. Tu yang saya tahu la. Jom kita tengok betul ke tidak kefahaman saya nih :)


Maklumat yang saya dapat dari Encik Wikipedia ialah....


Hujan merupakan kerpasan cecair, berlawanan dengan jenis kerpasan bukan cecair seperti salji, hujan batu dan hujan ais. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga.

Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula. (Ha... Betul la tu :))


Tolok Hujan

Jumlah air hujan diukur menggunakan tolok hujan. Alat ini seakan-akan paip kerongga yang tertutup pada bawahnya, dengan satu corong pada hujungnya yang di atas. Alat ini biasanya diletakkan di suatu tempat yang lapang. Jumlah air hujan dinyatakan sebagai kedalaman  air yang terkumpul pada permukaan rata, dan diukur kepada 0.25 mm terhampir. Kadang-kadang ia turut disebut dalam liter per meter persegi (1 L/m² = 1 mm). Tempat yang air hujannya kurang daripada 254 mm (10 inci) setahun dipanggil gurun, manakala jumlah hujan yang lebih daripada 510 mm setahun diperlukan untuk tujuan pertanian. Tetapi sekiranya jumlah hujan lebih daripada 2540 mm setahun, tumbuhan liar boleh menjadi amat subur sehingga mengancam tanam-tanaman pula.


Air hujan sering digambarkan sebagai berbentuk "lonjong" seperti air mata, lebar di bawah dan tirus di atas, tetapi ini tidak tepat. Air hujan kecil hampir bulat. Air hujan yang besar menjadi semakin leper, seperti roti burger; air hujan yang lebih besar berbentuk payung terjun. (Ooooo ye ke???) Air hujan yang besar jatuh lebih cepat berbanding air hujan yang lebih kecil. Biasanya diameter air hujan ialah antara 1 - 2 mm.


Awan



Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.

Udara selalu mengandungi wap air. Apabila wap air ini melwap menjadi titik-titik air, terbentuklah awan. Pelwapan ini boleh berlaku dengan dua cara:
  1. Apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.
  2. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara makin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air.
Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan.

Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan. Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan, namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di dalam awan menyokongnya.

Kategori awan


Awan dibahagikan kepada dua kategori umum: lapisan dan perolakan. Awan-awan ini dinamakan awan stratus (awan berlapis) dan awan kumulus (awan berlonggok). Dua jenis awan ini seterusnya dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut ketinggian.

Keluarga A: Awan tinggi (6,000 m ke atas)
Keluarga B: Awan pertengahan (2,000 - 5,000 m)
Keluarga C: Awan rendah (2,000 m ke bawah)
Keluarga D: Awan menegak


Hujan Asid


Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.


Hujan Batu

Ketulan hujan batu besar, kira-kira 6 cm diameter


Hujan batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.

Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.


Saya tak le pernah merasa camner rupanya Hujan Batu nih tapi dengar cita banyak gak tempat kat Malaysia ni yang turunnya Hujan Batu ni seperti di Sungai Buloh, Selangor dan di Jerantut, Pahang.


Hujan Air Mata


Hujan Air Mata seringkali turun jika berlakunya peristiwa yang menggamit rasa pilu dihati. Kadang-kadang lebat sangat tak mahu henti-henti, kadang-kadang kejab je heheh. Tapi tak tentu gak le puncanya atau sebab musababnya kerana kadang-kadang tu takat tengok orang suka pun boleh turun hujan air mata nih. Takkan sedih kot tengok orang happy isk..isk..isk.... Hehehhe....

Dengor lagu Hujan nyanyian Allahyarham Sudirman tadi pun kalau tak sambil menulis nih harus Hujan Air Mata turut melanda saya hihihi. Memang sayu dan menusukkkk sangat tetambah kalau dengor masa tengah-tengah ada cita sedih melanda diri... Maunya banjir besar melanda rumah hihiih. Ni satu lagi Lagu berkaitan dengan Hujan nyanyia beliau tajuknya Antara Hujan dan Airmata



Lain-lain tentang Hujan

Sebut pasal hujan ni ada lagi satu yang saya nak cerita.... Kumpulan pemuzik Hujan hehehh.


Group yang ditubuhkan pada awal tahun 2006, ini band gelombang yang dianggotai oleh Noh selaku vokalis dan gitar 2, Dimas pada bass, AG Coco pada 1 gitar dan Ambobzeela pada drum. Tak payah le cita banyak kan... Jom layan lagu diarang dengan tittle DugaanNya nih dah le heheh. Nak tahu yang lebih-lebih gi kunjungi diarang punya laman hihihi ;)





Sebut pasal hujan ni sure ada yang nak kaitkan dengan banjir pulak yang sering melanda bumi bertuah kita ni tiap penghujung tahun hingga awal tahun kan. Jangan kata banjir besar kadang-kadang banjir kilat pun terjadi kerana hujan gak. Kadang-kadang hairan gak sebab mana datang air yang banyak tu yer sampai banjir. Makin tahun makin banyak air rasa macam air makin bertambah kat dunia ni berbanding dulu. Ada yang kata sebab ais kat kutub sana nun makin mencair tu yang air banyak. Wallahualam.... Nanti-nanti Insyaallah saya teringin nak sembang pasal ni pulak. Nak sembang pasal banjir kat sini terasa panjang lebar lesangat yer tak... Cukup-cukup lah sikit-sikit dulu input yang kita dapat. Boleh gak tambah pengetahuan. Kang banyak-banyak kang langsung tak dapat ilmu sikit pun... Lagi rugi. 


Ok selamat menambah ilmu dan semoga sahabat semua jalani hari korang dengan happy tak kira apa jua cuacanya yer :)

Isk... Terasa pulak teringin nak main hujan walayu dah tetua hehehh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...