Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 11 Jun 2012

Negeri Perak - Daerah, Sungai dan Lagunya


Assalamualaikum.


Mungkin ada yang dah tahu Perak mempunyai keluasan kira-kira 21,005 km2 (6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia) dan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.


Ibu negeri Perak ialah Ipoh dan Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja.



Daerah-daerah di Perak



Perak Darul Ridzuan terdiri daripada 10 jajahan yang dipanggil sebagai daerah:
  • Batang Padang
  • Kinta
  • Kuala Kangsar
  • Larut, Matang dan Selama
  • Kerian
  • Manjung
  • Hilir Perak
  • Perak Tengah
  • Hulu Perak
  • Kampar

Bandar-bandar utama di Perak adalah termasuk Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Sitiawan, Kampar dan Teluk Intan.


Setiap satu bandar/daerah di Negeri Perak ini memiliki sejarah dan kelebihannya tersendiri. Sebahagian dari sejarah tu boleh dibaca di dalam di Sejarah Negeri Perak Part I dan Sejarah Negeri Perak Part II. Saya dah kongsikan sejarah dan kelebihan Bandar Taiping sebagai Bandar Warisan, Parit Buntar sebagai Pusat Pentadbiran Daerah Kerian, Bagan Serai, Kuala Sepetang/Port Weld dan Matang dan Bukit Merah yang terkenal dengan Golden Arowananya.





LAGU KEBESARAN NEGERI PERAK

  Dilanjutkan Allah usianya Sultan
  Adil dan murah memerintah watan
  Ditaati rakyat kiri dan kanan
  Iman yang saleh Allah kurniakan
  Allah berkati Perak Darul Ridzuan
  Allah selamatkan Negeri dan Sultan

Not Lagu Kebesaran Negeri Perak

Lagu Kebesaran Negeri Perak diwujudkan dalam pemerintahan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah (Marhum Rahmatullah - 1887-1916), semasa Baginda berangkat ke London untuk menghadiri kemahkotaan Permaisuri Victoria pada tahun 1888. Setibanya rombongan di Raja di London, sebagai persediaan, wakil Permaisuri Victoria telah meminta dari Almarhum Raja Mansor, Juruiring Baginda, nota Lagu Kebesaran Negeri Perak untuk dimainkan semasa Baginda berangkat masuk ke dalam Majlis-majlis Rasmi yang diadakan di Istana Permaisuri kelak.


Pada masa itu Negeri Perak tiada mempunyai Lagu Kebesaran. Mengikut cerita untuk mengelak kesipuan, di atas kebijaksanaan dan dayausaha Almarhum Raja Mansor, telah menyatakan bahawa beliau terlupa membawanya dan sekiranya wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat nota lagu, Almarhum boleh membunyikannya secara bersiul dan semenjak itulah juga lagu yang menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak, yang dimainkan secara rasmi buat pertama kalinya di kemahkotaan Permaisuri Victoria di London pada 1888.

Photo taken in 1913. Left to right : Raja Kamaralzaman (later Raja Di-Hilir from 1948-1962), Raja Teh Mariam, Raja Ali Shah, Raja Mansur and Raja Badiozaman (father of the late Raja Tun Mohar). (Source: Arkib Negara Malaysia)

Raja Mansur with his father, Sultan Abdullah, in a photo taken in London (circa 1894). (Source: Arkib Negara Malaysia)

Lagu Kebesaran Negeri Perak ini pada asalnya merupakan sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ini telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mahé yang terletak dalam Kepulauan Seychelles.


Ketika itu, Raja Muda Raja Abdullah telah dikenakan tindakan buang negeri oleh kerajaan British pada 30 Mac 1877 kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British JWW Birch di Pasir Salak. Sebagai seorang peminat seni, baginda terus mengasah bakat sebagai penggubah lagu ketika berada dalam buangan.


Selepas dimainkan pada hari kemahkotaan Permaisuri Victoria di London pada 1888, Raja Muda Perak, Raja Abdullah Muhammad Shah ibni Al-Marhum Sultan Ja'afar Safi ud-din Mu'azzam Shah telah memperkenalkan lagu tersebut yang kemudiannya diperkenankan sebagai Lagu Kebesaran Negeri Perak sekitar 1888. Baginda telah menulis seni kata lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" dan kemudian menjadikannya sebagai lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Irama lagu ini kemudiannya telah dipilih sebagai irama lagu kebangsaan negara Malaysia, Negaraku.


Lagu ini kemudiannya diambil sebagai lagu Terang Bulan sekitar 1920-an dan dipentaskan oleh kumpulan bangsawan di Singapura. Ia kemudiannya diambil sebagai irama lagu Mamula Moon, yang dinyanyikan oleh Felix Mendelssohn dan kumpulan Hawaiian Serenaders. Jom kita dengar persamaannya..


Ni pulak lagu dijadikan Terang Bulan dan kemudian digubah kepada beberapa bahasa. Kira glamor habis lagu Kebesaran Negeri Perak ni yer.Tapi camner dengan royaltinya yer heheh... Jangan mare ;) Kira hebat sungguh apa yang Raja Mansur Shah dan Pierre Jean de Beranger lakukan yer.



Sungai Perak merupakan sungai yang terpanjang di negeri Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka dan kedua terpanjang di Semenanjung selepas Sungai Pahang. Sungai Perak mempunyai banyak sungai cawangan. Antaranya ialah Sungai Bidor dan Sungai Kinta. Sungai Kinta dan Sungai Bidor menjadi tempat perlombongan bijih timah sekitar tahun 1850-1980.

Sungai Perak, pemandangan dari Kuala Kangsar

Terdapat beberapa empangan hidroelektrik di Sungai Perak:
  • Empangan Bersia
  • Empangan Kenering
  • Empangan Temenggor
Empangan Temenggor


Perak menawarkan destinasi pelancongan menarik seperti Lumut, Pulau Pangkor, Teluk Batik, Bukit Larut (Maxwell Hill), Muzium Darul Ridzuan, Muzium Geologi, Stesen Kereta Api Ipoh, Istana Kellie’s, Kuala Gula, Air Terjun Lata Iskandar, Lata Kinjang, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Muzium Perak, Perak Tong, Projek Sungai Terrapin Bota Kanan, Muzium Diraja, Ladang Rusa Sungkai, Air Panas Tambun, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Menara Condong Teluk Intan, Tasik Temenggor dan Gua Tempurung.


Untuk cerita tempat-tempat menarik di Perak ni akan saya kongsikan kemudian pula kay. Terima kasih kerana membacanya. Salam :)

Menara Condong Teluk Intan


Gua Tempurung Ipoh
Lake Garden Taiping
Kellie Castle Gopeng
Ladang Rusa Sungkai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...