Assalamualaikum.
Dah lama tak update blog. Rindu pulak rasanya nak membebel dan tengok kawan-kawan yang sudi singgah sini. Terima kasih pada yang sudi komen dan beri ucapan. Kot sudi tu daftar ler sebagai 'follower' blog ni eh ;)
Sebenarnya ketiadaan saya kat sini sebab admitted kat spital nun. Sedih rasanya... Tinggal bermalam-malam gak ler. Saya ni ada asthma, jadi dengan keadaan cuaca berjerebu teruk sekarang ni ditambah dengan kemarau memang tak tahan ler jawabnya.
Kebetulan pula tu hari saya ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Jadi tambah teruk ler jadinya. Mungkin tak tahan sangat dengan keadaan berjerebu ni. Tempat tinggal saya pun teruk gak kena masalah ni. Mungkin akibat dari semua tu saya kena jangkitan kuman. Akibatnya batuk berkahak yang amat sangat hingga terpakas ditahan diwad. Ahamdulillah hari ni hujan pun baru start turun dah. Sikit tapi syukur sesangat :)
Mulanya tak tahu gak ler yang terkena jangkitan kuman. Ingatkan asthma biasa jer sebab balik dari Penang terus lemah bagai. Berinhaler disedutnya tapi tak juga hilang. So Mr Hb ajak ker klinik berhampiran tempat kitarang. Gi sana baik ler sekejab. Lepas tu dalam 2 jam kena gi balik sedut nebulizer. MA kat situ suruh gak terus ke hospital tapi ingatkan dah malam dan anak-anak letih kami decided untuk pergi awal pagi. So akibatnya sepanjang malam ler saya tak dapat tidur. Asyik batuk dan penat memanjang hingga ke pagi.
Pagi-pagi lepas siapkan anak yang kebanyakannya Mr Hb ler kena buat ;) terus kitarang ke Hospital Besar Taiping bahagian kecemasan. Kat situ kena 3 kali lagi nebulizer tapi masih tak der respond. So doktor arahkan saya diberi suntikan. Akibat suntikan sebanyak 2 kali yang tak masuk ke urat darah tapi jadi 'bump', saya yang tak bersarapan, keletihan sebab tak dapat tidur jadinya untuk dapatkan suntikan percubaan kali ketiga saya dah hampirrrrr sangat nak collapse (pengsan). Sib baik bila badan dah rasa semacam tu saya minta dirang hentikan dan cakap yang saya dah nak pitam. So diarang cecepat bagi oksigen. Kot tak hentah ler...
Lepas keadaan dah ok baru diarang try sekali lagi dan berjaya!. Alhamdulillah lega rasanya. Sakit jangan cakap ler kan Tempat 'bump' tadi dah bengkak dan lebam kau. Than diarang continue dengan nebulizer lagi 3 kali. Masih keadaan yang sama. Diarang pun decided yang saya kena dimasukkan ker hospital. "Aduhhh, mak dah ler ada kerja yang." Tapi nak buat macam mana kan. Kot lagi teruk kang kerja langsung tak jadi pulak so setuju jer la.
Lepas di x-ray pihak hospital bagi lagi 4 non-stop nebilizer. Badan mak dah tak tahan uuuu. Jantung dah macam lari sprinter dah. Seluruh badan terutama tangan dah tak henti 'goyang Inul' dah. Dalam masa tu gak saya mintak Mr Hb belikan makanan dan air sebab tengok jam dah hampir pukul 3. Dahaga sesangat sebab dari pagi tak makan. Terus ke hospital jer lepas siap tadi. Nak masak memang tak ler mampu dah. Paksa ler juga habiskan 1/2 bihun yang dibeli. Tapi dah susah nak menelannya.
Doktar cakap yang saya dijangka kena jangkitan kuman lepas lihat keputusan x-ray. Pulak. So jam 3 lebih dekat pukul 4 saya dibawa je wad D6. Nak masuk tu kat emergency tadi diarang cuba masukkan jarum lagi sekali kat tangan. Tapi udah 3 kali tak dapat gak cari urat kat tangan yang comel ni. Waduh uratnya kecil sangat ya doktor. Sakitnya dah tak tahan beb walau saya ni bukannya penakut dengan jarum dan darah pun. Tapi kot dah banyak kali mana tahan. Nasib baik kali terakhir berjaya dibuat oleh Staff Nurse (ketua jururawat kat situ kot). Lega rasanya. Darah pun diambil untuk ujian katanya.
Wad D6 dibangunan baru Hospital Besar Taiping |
Kat wad lagi beberapa kali saya disuntik dan diambil darah. Naik lemah dah teman weh. Kali kedua terakhir katanya nak tengok jumlah oksigen dalam badan. Dan kali terakhir katanya nak tengok jumlah jangkitan kuman dalam darah. Yang akhir ni lagi ler malang rasanya. Masa tu doktor ikat kuat lengan saya untuk mudah dapat urat dan senang nak suntuk. Lepas tu dia sapu ler spirit satu tangan untuk matikan kuman dan ditutup lak dengan kain hijau cam dalam wad pembedahan tu. Than.... kena cucuk ler apa lagi. Tapi masalah problemnya... lepas dapat darah tu doktor terus bagi kain gauze kat saya untuk ditekan pada bahagian yang dicucuk tadi. Untuk hentikan pendarahan. Saya yang lemah ni ikut saja ler. Tangan yang digenggam tadi dibuka. Tekan pun kuat je sebab doktor suruh ;P. Leka tengok dia pindahkan darah kesana sini. Tapi tetiba dia lihat saya dah jerit kecil. Terpinga gak tapi rupanya dia tengok darah kat tangan dah banyak keluar. Terus dia bukak kain yang tutup tangan tadi dan disalahkan pulak kita sebab tak buka ikatan yang kuat tu. Adeh mana ler saya nak tahu tuan doktor oii. Dah ler kena ambil darah bertubi-tubi. Lemah dan badan ni.
Malam saya disuntik dengan ubat bagi cair darah kat purut (eheheh perut daa). Tanya gak ler kenapa tapi katanya kena tanya doktor. Esok bila jumpa doktor terus saya tanya. Pelik gak. Dah le tak lama lepas suntikan tu diarang check jatung saya lak. Ehhh risau teman. Tapi sib baik doktor kata suntikan tu suntikan biasa untuk cairkan darah pesakit. Sebab katanya dijangkakan pesakit akan selalu baring kat katil. Pasti tak banyak gerakkan. So untuk elak darah dari lembab berjalan dalam badan diarang cairkan ler. Oooo boleh ler kot keterangannya. Secara saintifik tah ler pulak.
Akhirnya semalam 22 Jun 2012 baru saya dapat balik. Lega kan main tapi badan masih lemah dan batuk pun tak hilang lagi. Masa doktor tanya nak balik tak harus awal-awal lagi ngaku dah baik dan tak sabo nak balik. Tapi sebenarnya badan masih tak kuat lagi. Letih sesangat. Bila pikir yang kerja banyak lagi yang tertangguh kena kuatkan semangat gak ler. Buat lagi terdaya. Man..man eh slow slow (budak SMGR Ipoh tahu ler perkataan ni rasanya ;). Kerja apa... Ha.. Next chapter saya ceritakan. Udah panjang lebo dah heheh.
Dikirakan ada 11 bekas suntikan kat badan, 5 lebam dan 5 kesan suntikan yang tak jadi. Huhuhu... Sedihnya. Apa pun syukur sangat dah makin sihat sekarang dan terima kasih pada kakitangan Hospital Besar Taiping sebab jaga saya semasa kat sana. Thanks kerana sudi baca catatan diari saya ni :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan