Assalamualaikum.
Pelancongan di Perak ni semakin meningkat saban tahun. Tahun ini, iaitu Tahun 2012 pula telah dipilih sebagai Tahun Melawat Perak oleh kerajaan negeri. Ini bertujuan menarik lebih ramai pelancong dari dalam atau luar negeri untuk datang dan menikmati tempat-tempat menarik di Negeri Perak ini khususnya.
Bagi sesiapa yang tak pernah ke sini, bolehlah membaca coretan artikel yang saya kongsikan supaya kita semua lebih mengenali negeri yang indah ini. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Ini kerana keluasannya sebagai negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia ini menyediakan pelbagai tarikan semulajadi atau yang dibangunkan khas untuk dikongsikan bersama. Sebelum tu moh kite dengor lagu ni dulu... Layan bagi tambah feel ;)
Tempat Menarik Mengikut Kawasan
Tapah
Perkampungan Orang Asli, Batang Padang |
- Perkampungan Orang Asli, di Batang Padang
- Hutan Rekreasi Kuala Woh, di Tapah
Air Terjun Lata Iskandar, Tapah |
- Air terjun Lata Iskandar, di Tapah - ia terletak berhampiran dengan Tapah, Batang Padang, Perak.
- Air terjun Lata Kinjang, di Tapah - ketinggiannya mencecah 850 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah.
Air Terjun Lata Sungai Bil, Tapah |
- Air terjun Lata Sungai Bil, di Tapah
Batu Gajah
Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak |
- Istana Kellie (Kellie's Castle), di Batu Gajah - telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras. Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.
Istana Kellie sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem. Antaranya ialah filem Anna And The King yang dilakonkan oleh Chow Yuen Fatt.
Bota Kanan
- Pusat Penternakan Tuntong Sungai, di Bota Kanan
Bukit Gantang
- Gunung Bubu, di Bukit Gantang - ketinggiannya 1,657 meter.
Gerik
- Lembah Belum, di Gerik - sebuah kawasan hutan simpan yang melebihi 130,000 hektar di hulu Sungai Perak, Perak Utara, Malaysia. Sebahagian Lembah Belum telah ditenggelami air berikutan pembinaan Empangan Temenggor pada tahun 1974, dan kini kemuncak banyak bukit dahulu telah menjadi pulau-pulau di tengah-tengah sungai seperti Sungai Sara. Pengunjung dapat melihat pokok bunga Rafflesia yang merupakan bunga tunggal yang terbesar di dunia di sini.
- Tasik Temenggor, di Gerik - merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak. Empangan ini di bina pada tahun 1970 dan siap 1974. Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang. Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta cubic air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.
Tasik Temenggor dibangunkan sebagai lokasi ternakan ikan air tawar. Ikan yang bernilai tinggi seperti ikan Kelah, Temoleh, Baung, Kelabau, Tengas, Loma, Tengalan, Sebarau dan Lampam sungaiboleh didapati di sini.
- Gunung Kenderong, di Gerik - Mempunyai ketinggian setinggi 1,223 meter (4,011 kaki).
- Air terjun Tanjung Kala, di Gerik
Gua Gendang, Hulu Perak |
- Gua Gendang, di Hulu Perak
Lenggong
- Kota Tampan, di Lenggong - salah satu tapak penempatan manusia terawal yang diketahui di Malaysia. Pencari-gali di Kota Tampan yang bermula sejak 1938 mendedahkan kawasan penghasilan peralatan batu. Kebudayaan di Kota Tampan dirujuk sebagai Tampanian. Dipercayai bahawa bengkel ini ditinggalkan sekitar 75,000 tahun dahulu akibat ledakan gunung berapi Tasik Toba di Sumatera, sekitar 250 kilometer dari situ.
Tasik Raban, Lenggong |
- Tasik Raban, di Lenggong
- Air terjun Lata Kekabu, di Lenggong - merupakan taman rekrasi dalam kawasan Tasik Chenderoh kurang dari satu kilometer dari jalan utama Kuala Kangsar ke Lenggong, Perak. Hutan Lipur Lata Kekabu terletak di banjaran Banjaran Bintang, dan diselitupi hutan hujan tropika, sungai yang bengkang-bengkok dan air terjun setinggi 50 meter. Ia terletak berhampiran dengan Muzium Arkeologi Lenggong, hanya 2 km di laluan yang sama.
Ipoh (Ibu Negeri)
- Tokong Kek Lok Tong & Tokong Sam Poh Tong, di Ipoh - merupakan tokong gua tertua dan terkenal di negeri Perak di Gunung Rapat yang terletak sekitar 5 km dari Ipoh. Tokong Gua Sam Poh Tong turut memiliki kolam di laman hadapannya yang dipenuhi dengan kura-kura yang dipelihara. Selain itu terdapat tokong sayuran dalamnya.
- Tokong Perak Tong, di Ipoh - tokong gua batu kapur yang terletak di Gunung Rapat ini menjadi tumpuan pelancong. Mereka boleh memanjat 450 anak tangga di dalam yang membawa pengunjung ke puncak bagi melihat pemandangan indah Bandar Ipoh dari atas.
Perkataan Tong pada namanya membawa maksud gua.
- Gua Tempurung, di Ipoh
Menara Peringatan Birch, Ipoh |
- Menara Peringatan Birch, di Ipoh - sebenarnya adalah Menara Jam Peringatan Birch dan terletak di bandar Ipoh, Perak.
- Kelab Golf Diraja Perak, di Ipoh
- Kelab Golf Meru Valley, di Ipoh
- Kuil Kallumalai Arul Migu Subramaniam, di Ipoh
Masjid Negeri Perak, Ipoh |
- Masjid Negeri, di Ipoh
- Muzium Darul Ridzuan, di Ipoh - terletak di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak.
- Muzium Geologi, di Ipoh - ditubuhkan pada tahun 1957 bagi menyimpan spesimen-spesimen rujukan hasil dari kajian geologi yang dijalankan oleh pihak jabatan yang pada dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Penyiasatan Kajibumi dengan menempatkan hampir 700 spesimen batuan berserta hasil kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
Muzium bertaraf lima bintang ini kerapkali menjadi pusat rujukan para peminat batuan berharga (semi precious stone) dan para pengkaji khasnya ahli-ahli geologi dari segenap pelusuk dunia.
- Stesen Keretapi Ipoh, di Ipoh
Taman D.R Seenivasagam, Ipoh |
- Taman D.R. Seenivasagam, di Ipoh
- Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di Ipoh
- Kompleks Sukan DBI, di Ipoh
- Ladang Penternakan Kuda Kebangsaan, di Ipoh
Taman Rekriasi Gunung Lang, Ipoh |
- Taman Rekreasi Gunung Lang, di Ipoh - Kawasan Rekreasi Gunung Lang memiliki pelbagai infrastruktur awam di antaranya air terjun buatan manusia, laluan perjalan kaki melalui kawasan paya sepanjang 2km, menara tinjau, taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan serta beberapa kemudahan awam yang lain.
Chemor
- Kraftangan Taman Seramik, di Chemor
- Ulu Chepor, di Chemor
Tambun
- Gua Tambun, di Tambun - terdapat lukisan-lukisan purba Zaman Neolitik berusia 3000 tahun seperti gambar aktiviti perburuan binatang menggunakan lembing. Motif ini termasuklah orang Asli purba, rusa, pelanduk, kura-kura dan dugong. Motif dipercayai dugong atau serangga hutan ini menimbulkan kesangsian ramai pihak. Gua ini berdekatan dengan Kem Syed Putra, Tambun, Ipoh.
Dikatakan pada 1959, Leftenan R. L. Rawlings dalam rondaan pada zaman darurat telah menjumpai lukisan-lukisan purba tidak ternilai ini. Beberapa batu gantung tajam (stalaktit) telah jatuh dan runtuh dan merosakkan sebahagian bahan purba ini. Oleh itu rupa bentuk gua telah tidak ada lagi.
- Kolam Air Panas Tambun, di Tambun
- Air Terjun Tanjung Rambutan, di Tanjung Rambutan
Lost World of Tambun, Ipoh |
- Lost World of Tambun, di Tambun, Ulu Kinta - sebuah taman tema di bawah pengurusan Sunway Company atau Sunway City. Ia terletak di Tambun, Perak berhampiran bandar Ipoh. Perbelanjaan bagi membina taman tema ini dianggarkan berjumlah RM60 juta serta merupakan taman semula jadi terbesar di Malaysia.
Kuala Kangsar
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), di Kuala Kangsar - lebih dikenali Malay College, MCKK ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).
Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.
Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60, dan sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.
- Pusat Pembangunan Kraftangan Perak, di Kuala Kangsar
- Pokok Getah Pertama & Tertua, di Kuala Kangsar
- Memorial Keris, di Kuala Kangsar
- Menara Pavilion Segi Empat, di Kuala Kangsar
- Masjid Ubudiah, di Kuala Kangsar - sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah, sultan yang ke-29, pada tahun 1917.
Ia telah dibina oleh Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) yang telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih dari penyakitnya.
Muzium DiRaja, Kuala Kangsar yang mana asalnya adalah sebuah istana |
- Muzium Diraja, di Kuala Kangsar
- Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar - inilah istana rasmi tempat bersemayam Raja-raja pemerintah yang ditabal sebagai Sultan Perak
sejak tahun 1933 dahulu dengan luasnya 112.320 kali persegi.. Nama
istana ini sempena nama Sultan Iskandar Shah yang bertanggungjawab
terhadap pembinaannya dahulu.
Tapak asalnya merupakan tapak Istana Negara yang dirobohkan pada 1933. Senibina istana ini mengambil corak senibina Islam-India 'Saracenic' dengan campuran senibina Asia Barat. Motif pada gerbang tajam (pointed arch), hiasan minaret, kubah berbentuk bawang (onion shaped domes). Ia adalah hasil ilham, pengalaman dan perjalanan arkitek dan jurutera British di Tanah Melayu. Senibina sedemikian terpancar juga pada Masjid Ubudiah, Stesyen Keretapi Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad di Sataran Merdeka, Kuala Lumpur.
- Resort Sungai Perak, di Kuala Kangsar - berkeluasan sekitar 5 ekar persegi dan mula dibina pada tahun 1998 melalui peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Landskap Negara serta Kerajaan Negeri Perak dengan jumlah kos sebanyak RM 4.15 juta.
- Air Terjun Kampung Hulu Kenas, di Kuala Kangsar
- Pusat Kraftangan Mariwasa, di Kuala Kangsar
Kerian
- Paya Bakau Daerah Kerian, di Kerian
- Santuari Burung Kuala Gula, di Kuala Gula, Kerian - Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini. Spesies-spesies yang dikelaskan sebagai terancam oleh IUCN seperti burung Botak Upeh (Mycteria cinerea), burung Botak Kecil (Leptoptilos javanicus), burung Bangau China (Egretta eulophotes) dan burung Kedidi Kaki Hijau (Tringa nebularia) juga boleh didapati di sini.
Santuari Burung Kuala Gula menyediakan kemudahan chalet untuk pelancong yang ingin menginap dan merasai keindahan alam semulajadi paya bakau dan didiami oleh beribu-ribu burung yang singgah dari pelusuk dunia, restoran, ekspedisi, bot pelancong serta kemudahan asas yang lain untuk pelancong menikmati cabaran alam semulajadi yang tenang. Malah pelancong juga boleh bersiar-siar menaiki bot untuk meneropong dan melihat sendiri burung-burung yang singgah di paya bakau Santuari Burung Kuala Gula ini.
Tasik Bukit Merah |
- Tasik Bukit Merah - amat terkenal dengan Ikan Arowana Emas yang bernilai tinggi.
Matang
- Port Weld, di Kuala Sepetang - nama lama bagi Kuala Sepetang di negeri Perak dan merupakan bandar pelabuhan yang sangat penting semasa adanya bijih timah di Larut dan Taiping.
Parit
- Taman Chempaka Sari, di Parit
Pasir Salak
- Kompleks Sejarah Pasir Salak, di Pasir Salak - Kompleks ini bukan baru, pembinaannya diilhamkan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib pada 1990. Terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar raya Ipoh, kompleks di bawah pentadbiran Kampung Gajah ini ditubuhkan bagi mengumpul, menyelidik, memulihara, mempamer seterusnya menerbitkan bahan pameran sejarah perjuangan patriotisme dan nasionalisme rakyat Perak di samping membantu usaha kerajaan negeri memperhebat sektor pelancongan.
Tunjang tarikan di kompleks ini adalah Terowong Sejarah yang menempatkan 42 diorama menarik untuk dihayati. Konsep terowong ini adalah untuk mengungkap perkembangan sejarah tanah air yang diadun mengikut kronologi masa serta peristiwa, disusun atur sepanjang laluan. Barisan diorama tersusun di terowong berkenaan yang dipercayai paling banyak di rantau ini turut memaparkan episod perjuangan menentang ketuanan Inggeris serta zaman pendudukan Jepun di negeri lain di Tanah Melayu, Sabah serta Sarawak.
Bangunan sama turut menempatkan Galeri Keris yang mempamerkan koleksi 180 keris dari Kepulauan Melayu Nusantara yang diwujudkan bagi memberi kefahaman kepada rakyat mengenai sejarah dan identiti sebenar senjata itu sejak zaman berzaman. turut menghimpunkan pelbagai tarikan lain seperti tapak Residen British, JWW Birch dibunuh serta kubur individu yang dikatakan bertanggungjawab menamatkan riwayat pegawai Inggeris itu, Si Puntum.
Terlanjur ke kompleks ini, jangan sesekali lepaskan peluang melawat dan mendapatkan maklumat mengenai rumah Kutai (sebutan penduduk tempatan bermaksud lama atau tua) melalui artifak yang mencerminkan sejarah serta kebudayaan silam selain Pentas Belotah, Tugu Lela Rentaka, Tugu Pahlawan Perak dan banyak lagi.
- Pusat Kraftangan Pulau Tiga, di Pulau Tiga
Pulau Pangkor
- Kota Belanda, di Pulau Pangkor - dibina dalam tahun 1670 Kota Belanda ini oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak.
Lumut
- Teluk Rubiah Beach & Golf Resort, di Lumut
Semanggol
- Taman Tema Air Bukit Merah, di Semanggol - merupakan
taman tema air yang pertama dibina di Perak.
- Kg Dew Fireflies Eco Tourism, di Semanggol
- Gunung Semanggol, di Semanggol - Gunung Semanggol terletak di daerah Kerian, di negeri Perak. Gunung Semanggol, berhampiran dengan Ulu Sepetang dan Kampung Sera. Gunung Semanggol adalah setinggi 390m. Tokoh terkenal di sini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang telah menubuhkan Maahad Al-Ehya Al Shariff
Sungai Siput
- Ladang Infoternak, di Sungai Siput
Sungkai
- Ladang Ternakan Rusa, di Sungkai
Taiping
- Bukit Jana Golf & Country Club, di Taiping
Kediaman Residen British, Taiping |
- Taman Tasik Taiping, di Taiping - merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Keluasan taman tasik di Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar.
- Muzium Perak, Taiping, di Taiping - Merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi. Muzium Perak terletak di antara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Muzium Ulu. Bangunan ini, terletak berhampiran dan berhadapan Penjara Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak.
- Zoo Taiping, di Taiping - atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenjanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Dengan kawasan seluas 34 ekar Zoo Taiping kini menjadi tempat habitat kepada lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesis. Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian. Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia.
Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi. Zoo Taiping merupakan zoo awam pertama yang dibuka di Malaysia.
Teluk Intan
- Limbungan Bot Teluk Intan, di Teluk Intan
- Menara Jam Condong Teluk Intan, di Teluk Intan - Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Felda Hot Spring tu sangat best!
BalasPadamrupanya banyak tempat menarik diperak..
BalasPadamhebat anda, so time kaseh banyak diatas semua info tentang sejarah negeri perak pasti saya akan mencari semua tempat2 menarik tu
BalasPadamhebat anda, so time kaseh banyak diatas semua info tentang sejarah negeri perak pasti saya akan mencari semua tempat2 menarik tu
BalasPadam