Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 10 Mac 2013

Petua, Tips dan Penjagaan Kecantikan Kulit Muka


Kulit muka saya jenis berminyak. Jadi memang sampai sekarang le masih berjerawat walau pun usia dah matang dah hehehe. Kadang-kadang rasa lebih dari anak dare je jerawat naik terover-over. Mengada betul. Buat malu je. Dulu dah ok dah tapi sejak dua menjak ni naik le balik walau pun kali naiknya kecik-kecik sikit tapi malu ah...

Tadi masa skodeng petua dan tips penjagaan muka yang berjerawat terbaca le kiriman sahabat blogger, cantik.trigyy tentang ini. Nih saya kongsikan kat sini yer.. Copy & paste je terus. Senang kot nak rujuk lelain kali. Juga untuk dikongsi bersama sahabat semua kat sini gak :) 

Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat & Cara Penjagaan Kulit Muka Berminyak bagi lelaki dan perempuan yang ada kulit sensitif dengan cara yang betul.

Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat

InsyaAllah, saya akan kongsikan pengalaman saya dalam menjaga kulit yang sensitif. Saya adalah seorang lelaki yang mempunyai masalah kulit berjerawat dan berminyak sejak 8 tahun yang dahulu. Pelbagai sabun muka yang saya guna, pelbagai ubat saya makan dan pemakanan juga saya jaga, tapi masih tidak berkesan . Tetapi, kini saya telah mengetahui cara & tips penjagaan kulit muka berjerawat dan berminyak dengan cara yang betul. Kini, kulit wajah saya telah beransur pulih dengan cara yang saya amalkan untuk mengatasi masalah jerawat dan berminyak.


Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat

1) Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control).

2) Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera.

3) Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu contohnya, saya boleh makan kerang.)

4) Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Bagi saya, saya tidak boleh makan kacang tanah, tetapi saya boleh makan kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terpulang kepada kulit individu.)

5) Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu.

6) Mengamalkan 2 biji sehari Vitamin C 500mg. Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung.


Note: Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat & Cara Penjagaan Kulit Muka Berminyak ini adalah bergantung kepada tahap masalah kulit individu. Tip diatas adalah contoh yang boleh anda amalkan.


Owh baru le tahu yer tak. Tapi rasanya saya ok lagi kalau makan berpada-pada le semua tu. Kalau over hah.. Memang naik le jawabnya hehe. Tapi satu lagi yang saya dapat tahu kalau makan makanan yang pedas-pedas selalu sangat. Memang naik le cik jururawat kat muka ni. Tapi tu le kalau dah minat payah le sikit. Pedas pulak bukan sikit-sikit mana le jerawat tak menggila ehhehe. Tapi sekarang dalam peringkat nak perturunkan kepedasan perlahan-lahan heheh.



Ni satu lagi yang saya dapat dari anizyn.blogspot pulak. Apa yang dikongsikan memang elok sesangat saya kongsi...


Memiliki kulit yang cantik, halus dan putih bersih tanpa secalit noda menjadi perhatian mata yang memandang. Apabila ketawa atau malu, serta-merta pipinya bertukar kemerah- merahan sekalipun tidak mengenakan pemerah pipi. Beruntunglah wanita yang memiliki kulit wajah cantik tanpa cela mahupun masalah. Tanpa perlu bersolek tebal, kejelitaan semula jadi terserlah hinggakan ramai menyangka dia lebih muda daripada usia sebenar.

Namun, tidak ramai di kalangan kita memiliki kulit sihat dan cantik. Meneruskan gaya hidup kurang sihat dan tidak tahu cara betul dalam penjagaan kulit wajah dan tubuh menyebabkan impian memiliki kulit cantik dan melambatkan proses penuaan cuma tinggal angan-angan. 

Jika wajah anda lebih muda daripada usia sebenar, ia dianggap bonus. Andai wajah bersesuaian dengan usia, ia masih boleh diterima tetapi sungguh mengecewakan apabila orang mengandaikan usia anda lebih tua disebabkan wajah yang cepat dimamah usia.

Kebanyakan wanita Asia memiliki kulit berminyak yang mudah mengundang jerawat. Kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang itu bukan saja mencacatkan wajah, malah menimbulkan parut yang lambat pudar hingga terpaksa ditutup dengan solekan tebal. 

Bagi mereka yang memiliki kulit kering, masalah lain pula timbul. Walaupun tiada masalah jerawat atau tona kulit tidak sekata, kulit kering mudah kusam, berkedut atau jeragat jika tidak dijaga dengan baik.



Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu, berkata penting untuk kita mengetahui beberapa perkara yang menjadi asas dalam usaha memastikan kulit sihat dan cantik serta melengahkan proses penuaan. Menurutnya, kulit berminyak akibat pengeluaran sebum secara berlebihan yang menjadi punca jerawat. Jerawat masalah biasa dialami, terutama di kalangan remaja yang akhir baligh, akibat perubahan hormon tubuh.

“Kulit wajah umpama belon. Ketika usia muda, ia dipenuhi udara. Apabila usia semakin tua, kulit umpama belon yang tiada angin, kendur atau hilang ketegangan. Ramai wanita prihatin dengan penjagaan kulit wajah dan tubuh. Jika boleh, mereka mahu kelihatan awet muda dan berusaha melambatkan proses penuaan,” katanya.

Ini berbeza dengan golongan remaja yang kurang mengambil berat penjagaan diri, kecuali dinasihatkan ibu bapa supaya berbuat demikian. Namun, mereka mula mengambil berat penjagaan kebersihan diri dan wajah apabila mula berkawan dengan berlainan jantina.

“Mereka mahu kelihatan menarik dan meminta pandangan ibu bapa atau doktor mengenai apa patut dilakukan untuk penjagaan diri dan wajah. Bagi menjaga kesihatan kulit tubuh dan wajah, kita perlu selalu membersihkan diri dan wajah,” katanya.


Dr Guru berkata, di negara bercuaca panas seperti Malaysia, tabiat mencuci muka perlu diamalkan bagi mengatasi masalah kulit berminyak. Dalam membantu menjaga dan mengekalkan kulit sihat, krim pelindung matahari perlu disapu pada wajah bagi mengelak ia menjadi gelap dan kusam apabila terdedah secara langsung dengan sinaran matahari.

“Krim pelindung matahari SPF 50 sesuai digunakan untuk mereka yang sering berada di luar, misalnya bersukan, makan angin atau ketika di tepi pantai, manakala SPF 30 untuk mereka yang bekerja di dalam pejabat. Sesetengah krim pelindung matahari mempunyai minyak mineral yang membuatkan masalah jerawat bertambah buruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat dinasihatkan tidak menggunakan krim pelindung matahari yang mempunyai kandungan minyak mineral. Ketika membeli produk di kedai barangan penjagaan diri, cari krim pelindung matahari yang tertulis ‘noncomedogenic’ iaitu istilah digunakan untuk krim atau losyen yang tidak menyekat liang roma,” katanya.

Penuaan intrinsik ialah kesan penuaan kulit dipengaruhi faktor dalaman fisiologi atau perubahan mengikut usia manakala penuaan ekstrinsik adalah proses kemerosotan disebabkan faktor luaran seperti radiasi, pendedahan cahaya matahari dan bahan kimia.

“Untuk mengetahui kesan penuaan intrinsik, perhatikan bawah lengan kita kerana kulit berkenaan biasanya cerah, licin dan lembut berbanding pada belakang tangan yang kering dan berkedut kerana terdedah kepada cahaya matahari. Petani lebih mudah mengalami kesan penuaan ekstrinsik melalui pendedahan cahaya matahari, menyebabkan kulit mereka kering dan berkedut. Pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari banyak menyebabkan perubahan pada wajah, sebab itu kebanyakan petani memakai topi lebar dan baju lengan panjang. Di Australia, kejadian kanser kulit tinggi kerana mereka gemar berjemur di bawah sinaran matahari bagi mendapatkan kulit lebih gelap,” katanya.

Katanya, orang Asia nampak lebih muda daripada orang putih (Caucasus). Tabiat mat salih yang suka terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan kerosakan kulit.

“Tambahan pula, jumlah melanin orang Asia yang lebih banyak menjadikan kulit lebih gelap berbanding orang putih, menyebabkan kita lebih tahan cahaya matahari. Untuk mengekalkan kulit cantik dan meremajakan kulit dari dalam, amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan lebihkan buah-buahan. Kekalkan kecergasan tubuh dengan bersenam dan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Orang Asia banyak mengambil makanan mengandungi karbohidrat, makanan menggemukkan dan berminyak. Ia tidak bagus untuk kesihatan dan jika mahu kekal sihat dan nampak muda, gaya hidup dan pemakanan perlu diubah."

“Elakkan stres, bersenam setiap hari dan tidur enam hingga lapan jam sehari. Mengurangkan pengambilan makanan berlemak dapat mengurangkan masalah sakit jantung. Ketika tidur malam, sapu pelembap antioksidan yang diperkaya dengan vitamin. Tidur malam ialah waktu terbaik untuk menyerap kandungan aktif pada produk penjagaan kulit."

“Bersenam setiap hari biarpun cuma untuk waktu singkat, membantu anda mencapai impian memiliki tubuh sihat dan bertenaga. Senaman secara rutin membolehkan peredaran darah menjadi lebih lancar dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda,”
katanya.


Menurutnya, pengambilan minuman beralkohol dan merokok perlu dielakkan kerana tidak baik untuk kulit, mulut dan gigi. Merokok membuatkan seseorang nampak lebih tua daripada usia sebenar. Bagi yang tidak merokok (perokok pasif), elakkan pendedahan pada asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat penyakit berbanding mereka yang merokok.

“Indeks jisim tubuh (BMI) perlu dikekalkan pada tahap ideal. Sebilangan kita suka makan banyak walaupun sudah kenyang, terutama ketika berjamu secara bufet. Ini menyebabkan faktor berat badan berlebihan. Sebaik- baiknya kita makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang,” katanya.

Penjagaan Kesihatan

Untuk memiliki kulit cantik, amalkan makan buah- buahan. Anda juga boleh membuat sendiri jus buah, tetapi elakkan menambah gula. Perkara ini juga perlu dilakukan jika memesan jus buah ketika makan luar.

Rawatan muka di salun boleh membuatkan kita berasa lebih selesa, malah orang yang sentiasa gembira nampak lebih muda kerana kegembiraan yang terpancar di wajah antara rahsia awet muda. Ini berlainan dengan orang yang selalu stres yang kelihatan cepat tua.

“Semua orang berdepan stres, cuma kita perlu tahu bagaimana mahu menguruskannya supaya tidak mengganggu kehidupan dan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, kini ramai lelaki mementingkan penjagaan diri dan wajah supaya tampil lebih menarik. Pertambahan usia meningkatkan kesedaran seseorang untuk menjaga penampilan diri, ditambah dengan pendapatan yang meningkat, membolehkan ia digunakan untuk memanjakan diri iaitu dengan penjagaan kulit. Melasma atau bintik perang pada wajah biasa dialami mereka yang berusia 30 tahun ke atas. Ia perkara lazim berlaku di kalangan wanita Asia dan susah dirawat.

Antara faktor menyebabkan melasma ialah pendedahan kepada cahaya matahari, disebabkan pertambahan jeragat, pengambilan pil perancang dan perubahan hormon. Rawatan laser atau penggunaan krim membantu mengatasi masalah bintik perang pada wajah tetapi masalah itu akan berulang jika kulit wajah tidak dijaga dengan baik dan tiada perlindungan daripada sinaran terik matahari.


Ni satu lagi.... Perkongsian penpatah.blogspot.


Semua orang nak kan kulit yang halus licin.. pendek kata, flawless. Selain faktor ketidak seimbangan hormon dan faktor genetik, ada dua perkara penting sebenarnya yang kita boleh buat

  • mengubah tabiat buruk yang menyebabkan jerawat dan kulit berminyak

  • menikmati kulit yang sihat dan cantik

Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Kebanyakkan si oily skin lebih berpotensi tinggi mendapat jerawat, tapi dengan mengikis tabiat buruk sedia ada (mungkin anda atau orang lain), jerawat dan kulit berminyak boleh diatasi. Jom kita tengok apakah tabiat tabiat buruk yang selalu kita dibuat (sedar atau tak sedar) :

1. Membersihkan muka terlalu kerap

Ramai yang lakukan ni! Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. *Cuci muka (dengan cleanser) 2kali sudah mencukupi ; pagi dan sebelum tidur.

2-Menyental kulit dengan scrub

Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk kerana skin irritation. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3 kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.

3-Tidak membersihkan peluh

Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh2. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.

4-Picit jerawat

Ini sangat normal bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Elakkan picit jerawat  dengan kuku, gunakan lotion jerawat, untuk kecutkan jerawat . Baca Cara Picit Jerawat Yang Betul.

5-Shampoo rambut yang meleleh ke muka

Bershampoo  tidak salah. Tetapi apabila shampoo rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab shampoo mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. So,pastikan buih shampoo tidak terkena bahagian dahi dan muka.

6-Produk rambut hanya untuk rambut

Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori2 tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner etc2 terkena kawasan muka.

7-Makan makanan berminyak

Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.

8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak

Produk yang mengandungi minyak akan sebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat.

9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat

Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu 1 tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang2nya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk elakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk dapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.

10-Menggunakan Whitening Skin Care

Ramai yang  kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. So. kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Before cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.

Kulit berminyak dan berjerawat,  boleh dirawat. Anda boleh miliki kulit yang cerah bersih, bebas minyak dan bebas jerawat insyaAllah. Dengan syarat:

  • Anda memberikan masa untuk kulit anda menerima perubahan

  • Memilih produk yang bersesuaian dengan kulit jerawat

  • Tidak menggunakan kekerasan kepada kulit, tetapi belailah kulit anda

  • Minum lebih banyak air masak dan makan sayur dan buah-buahan

Bye bye jerawat!

Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman wanita. tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas iaitu Membersih, Menyegar dan Melembap.
1. Pelembab
a. Kulit Normal


Sumber http://hafizamri.com/tips-tips-menjaga-kulit-muka/
Anda tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting berasaskan air.

Sumber http://hafizamri.com/tips-tips-menjaga-kulit-muk

16 ulasan:

  1. tips yang sangat bes!!!
    (http://sayangvitamin.blogspot)

    BalasPadam
  2. infonya bermanfaat sekali. kalau sempat kunjungi web kita juga ya Dunia Cewe

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks ;)... Insyaallah nanti kita kunjung mengunjungi semarakkan silaturrahim Insyaallah kay :)

      Anyway thanks coz sudi visit laman asam garam 2 puteri yer

      Padam
  3. jom share link dear..
    miszfinazrul@blogspot.com

    BalasPadam
  4. info yang best...dapatkan info best kat sini juga www.vitamingojes.blogspot.com

    www.facebook.com/vitaminsbeauty

    BalasPadam
  5. ADUH SAKITNYA PERUT!!!
    SMS: +6016 271 5447
    Salam sejahtera kepada kaum isteri, ibu-ibu, makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik perempuan dan kaum hawa sekalian,
    *Endometriosis
    *Senggugut yang teruk selama beberapa hari
    *Haid yang berketul-ketul
    *Sakit pinggang di bahagian depan, belakang dan tepi yang meruncing sebelum dan semasa datang haid
    *Sakit di bahagian bawah perut sehingga tidak mampu berdiri atau melakukan sebarang aktiviti
    *Kitaran haid yang berpanjangan dan banyak sehingga perlu menukar banyak tuala wanita dalam sejam atau sehari
    *Sembelit atau cirit-birit, rasa loya dan muntah
    *Pendarahan di luar waktu haid
    Adakah anda mengalami simptom-simptom yang disenaraikan di atas tatkala setiap kali didatangi haid? Adakah anda seorang daripada ratusan ribuan wanita yang cukup menggeruni waktu ketibaan kitaran haid?
    Sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan, sila cuba produk kami hanya sekali dan rasai perubahan yang dinanti-nantikan selama bertahun-tahun.
    SMS: +6016 271 5447

    BalasPadam
  6. Perkongsian yang sangat menarik admin. Menurut kajian dan respon dari pengguna vitamin E, mereka mengatakan bekas parut jerawat serta parut luka hilang dan meninggalkan kulit yang bersih dan cantik selepas mengambil vita E secara oral dan menjadikannya sebagai masker. Ada yang mengambilnya secara konsisten, untuk 3-4 bulan, bukan sahaja parut hilang, malahan jerawat pun dah tak timbul lagi. Saya ada kongsi testimoni mereka di sini, http://bit.ly/tipkecantikan

    BalasPadam
  7. salam kenal....
    Artikelnya bermanfaat untuk menjaga kecantikan..
    dan untuk toko yang menyediakan kaos kaki wanita untuk menunjang kecantikan dimana ya..

    BalasPadam
  8. Habbatus Sauda mampu mencatikkan kulit juga. Ada produk yg menggunakan Habbatus Sauda' sebagai bahan asasnya.
    Boleh layari di www.jerslinshop.com

    BalasPadam
  9. Anda ada masalah
    👎Jerawat
    👎jeragat
    👎penuaan
    👎sunburn
    👎berminyak
    👎tona tak sekata
    👎kulit kusam
    Dan byak lagi masalah kulit muka yang sering dialami remaja skrang mahupun dewasa...saya anda mnjual skincare homemade buatan sndiri yg berasaskan kolegen rumpai laut dan strawberry , bebas bahaan kimia dan mmpunyai kllusan KKM. Tiada pengelupasan dan KESAN SEAWAL 3 HARI. Untk makluman lanjut sila Whatsapp ke 0194944265 (free gift mnanti anda)

    BalasPadam
  10. PERHATIAN ❗️
    Nak kulit jadi CERAH, GLOWING, PUTIH, HALUS, KENYAL DAN LEMBUT?
    Ini blh dicapai dgn hanya GONCANG dan MINUM sahaja
    MENGAPA ZEPTACOLLAGE??
    (Y) Produk famous dari Taiwan
    (Y) HALAL
    (Y) ISO 22000 / HACCP
    (Y) US patent
    (Y) FDA
    (Y) SGS
    KELEBIHAN ZEPTACOLLAGEN:
    :* Collagen dari GELITA, Germany (since 1875)
    <3 German brand award ‘16
    <3 Top 100 innovator 2017
    <3 Syarikat kolagen terbesar di dunia
    >>Hydrolyzed fish collagen
    >>Size molecule kita adalah 1/100 of kolagen biasa
    :* Acerola ekstrak : vitamin C utk membantu penyerapan kolagen
    KESAN YANG DIJANJI:
    <3 kulit lebih putih
    <3 kulit menjadi lebih halus dan bersih
    <3 kulit menjadi tegang dan Nampak muda
    <3 liang-liang pori menjadi kecil
    <3 kurangkan garis-garis dan kedut-kedut
    <3 pimple kecut dan muka kurang minyak
    <3 kuku yang lebih kuat
    <3 rambut lebih lebat dan bersinar

    nak order?
    pm page: https://www.facebook.com/Zaqueno-Skin-1698193270483766/?ref=bookmarks
    >> direct link ke pm: https://www.facebook.com/messages/1698193270483766/
    atau whatsapp 010-840 9080
    >>direct link ke whatsapp: https://api.whatsapp.com/send?phone=60108409080
    atau wechat: zaqueno
    stok tinggal sikit je! Siapa cepat dia dpt :*

    BalasPadam
  11. Info yang bagus, thank you. Pemakanan memang kena jaga, elakkan processed and fast food 😥

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...