Khamis, 14 Mac 2013

Alhamdulilah... 2 Puteri dah melangkah ke Mydin Kubang Kerian, Kuala Terengganu dan Kulai pula


Alhamdulillah syukur....


Setelah bertungkus lumus berkerja dalam beberapa hari ni untuk siapkan produk, akhirnya siap juga. Sib baik kesihatan pun dah semakin ok jadi dapat le buat produk tanpa ada sangkut-sangkut. Risau gak tu hari sebab order banyak masuk tapi selsema dan batuk tak henti-henti. Tak nak le kang bervirus produk kitarang tu yang walau tempahan diterima sejak minggu lepas, baru beberapa hari lepas je buat. Kena confirm betul-betul sihat baru boleh buat. Sib baik lepas makan je ubat dan dapat tidur yang cukup, kesihatan pun semakin pulih. Kot tak tak tahu le cam ner nak handle.


Alhamdulillah juga kerana bermula pada 13 March (semalam hihihi), Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri makin jauh perjalanannya. Kini, Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh didapati di Mydin Hypermarket Kubang Kerian, Kelantan; Mydin Hypermarket Kuala Terengganu, Terengganu dan Mydin Hypermarket Kulai Utama, Johor. 2 PUTERI dah ke Kelantan, Terengganu dan Johor pulakkkkk!!!! Best best.. Tak le susah orang-orang sana nak dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami. Dah makin dekat dah :)


3 cawangan Mydin di 3 Negeri pada tahun 2013 dalam bulan 3. Amboiiii banyaknya angkat 3 dikkk heheheh. Apa pun syukur sangat-sangat. Berkat usaha, doa dan harapan kami akhirnya ianya makin nampak hasilnya. Moga-moga jualan pun makin memberangsangkan Aaamiin.


Dengan kemasukkan ini bermakna Sos Char Kueyteow 2 Puteri kini telah dipasarkan di 10 cawangan Mydin Hypermarket. Bermula daripada hanya 4 cawangan di awal tahun 2012 iaitu Mydin Hypermarket Bukit Jambul, Pulau Pinang; Mydin Hypermarket Subang Jaya, Selangor; Mydin Hypermarket Terminal 2, Seremban, Negeri Sembilan dan Mydin Hypermarket MITC, Ayer Keroh, Melaka. Kemudian bertambah sebanyak 3 cawangan lagi bermula pada pertengahan tahun 2012 iaitu di Mydin Hypermarket Meru; Mydin Hypermarket Manjoi dan Mydin Hypermarket Gopeng yang kesemuanya di Ipoh, Perak menjadikan 7 cawangan yang memasarkan Produk 2 Puteri.


Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri berada dibahagian Agrobazaar dan bahagian Sos di setiap cawangan Mydin Hypermarket tau.Bahagian Agraobazaar ditanda dengan pintu gerbang yang tertulis 'Agrobazaar' manakala bahagian Sos di letak sign di atas setiap lorong. Nak tengok kena dongak le sikit.


Buat sahabat yang tinggal di tanah jajahan Kelantan, Terengganu dan Johor sila-sila le dapatkan Produk 2 Puteri dipasaran Pasaraya Mydin Hypermarket ya... Kalau nak ke Tesco Store pun Insyaallah ada. Baik dapatkan sekarang, kang habiskan rugi tauuuuu....... Kalau di Tesco Store, kena cari kat bahagian IKS atau 'Produk Malaysia Citarasa Kita' (ditanda dengan flag biru) tu. Insyaallah ada.


Sos Char Kueyteow 2 Puteri tidak hanya enak dibuat Char Kueyteow tau malah boleh diaplikasikan ke atas lain-lain hidangan seperti Mee Goreng, Pasta, Lauk-pauk dan boleh dimakan begitu sahaja sebagai pengganti kicap. Banyak juga resepi yang menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri dah saya kongsikan kat sini bagi memudahkan sahabat untuk mempelbagaikan masakan menggunakan produk kami. Dengan Produk 2 Puteri, kerja masak memasak menjadi semakin mudah dan enak!


Produk 2 Puteri Insyaallah dibuat dengan pernuh ketelitian, bersih dan paling penting ianya menggunakan semua bahan-bahan yang halal. Segala tatacara dan operasi pembuatan dilakukan mengikut prosedurr yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak Jabatan Agama Islam yang memberikan sijil Halal. Kami memberi yang terbaik kepada para pengguna kami supaya rezeki yang kami peroleh juga merupakan rezeki yang halal Insyaaaallah. Jadi.... Gunakan tanpa was-was ;).


Pada yang dah cuba produk kitarang, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri terima kasih banyak-banyak. Teruskan bersama kami yer sampai bila-bila :) Buat sahabat jangan lupa dapatkan produk kami di semua cawangan Mydin Hypermarket yang berdekatan dengan korang. Atau boleh juga di cawangan Tesco Store yang berhampiran. Haa... Dah makin mudah nak dapatkan Produk 2 Puteri tu jadi minta beri sokongan ya....


Tq tq tq....

Flying kiss sikit... Muuuuuuah

2 ulasan:

  1. Salam.tumpang tanya produk ni buat d rumah atau ada kilang sendiri? & bagaimana prosuder nak pasarkn barang di hypermarket? sharing is caring tq :)

    BalasPadam
  2. Salam kembali. Produk 2 Puteri dihasilkan dikilang kerana memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Agama Islam untuk mendapatkan status Halal. Selain itu kami turut berdaftar dengan pihak Majlis Daerah Tempatan untuk prosuder lengkap sebagai syarikat yang menghasilkan produk makanan.

    Tentang kemasukkan ke pasaraya, dah kami ceritakan di sini pengalaman kami dalam memulakan langkah pertama. Cuba miss ladybee usha kat bahagian Perkembangan Syarikat, Life Lesson ataupun My Produk mungkin ada terselit kat salah satu tu. Tak pun usha kat Coretan Hati. Ada tu... Tapi satu je perlu diingatkan nak masuk bukan senang kena banyak usaha dan tahap kesabaran kenang tinggi, Insyallah akan berjaya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...