Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam yang telah baligh. Begitu juga bagi wanita dewasa yang memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."
Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.
- Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
- Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
- Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai tudung di tempat-tempat tertentu.
- Burqa menutup seluruh badan manakala niqab menutup seluruh kepada.
- Burqa (Bahasa Arab: برقع) ialah tudung atau jilbab yang menutup seluruh muka perempuan. Di Afghanistan, wanita yang memakai burqa biasanya menggunakan topeng jarang berlubang-lubang melindungi bahagian muka. Islam tidak mewajibkan memakai burqa. Namun di kebanyakan negara Islam konservatif seperti Afghanistan dan Yaman, ramai penduduknya memakai burqa.
- Niqab (Bahasa Arab: نقاب, niqāb) atau purdah ialah sejenis kain yang menutupi wajah, dikenakan oleh beberapa kaum perempuan Muslim sebagai sebahagian daripada tudung/jilbab mentereng.
Niqab sering dipakai di negara-negara Arab sekitar Teluk Parsi seperti Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Kuwait, Qatar, Oman dan UAE. Ia juga biasa di Pakistan dan sesetengah wanita Muslim di United Kingdom.
- Tudung labuh atau mini telekung.
- Tudung bersegi seperti tudung bawal.
- Tudung sarung atau tudung mini.
- Selendang.
- Skarf.
Jilbab
- Jilbāb (Bahasa Arab: جلباب) merupakan perbuatan melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) untuk isteri-isteri dan anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yang beriman.
Dalil Al Quran tentang Jilbab:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan (jilbab) pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)
Dalil Hadith tetang Jilbab:
"Rasulullah memerintahkan kami untuk keluar pada Aidil Fitri dan AidilAdha, baik gadis yang menginjak akil baligh, wanita-wanita yang sedang haid, mahupun wanita-wanita pingitan. Wanita yang sedang haid tetap meninggalkan solat, namun mereka dapat menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum Muslim. Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, salah seorang di antara kami ada yang tidak memiliki jilbab?" Rasulullah menjawab, "Hendaklah saudarinya meminjamkan jilbabnya kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim).
Hadis ini, di samping, menunjukkan kewajipan wanita untuk mengenakan jilbab ketika hendak keluar rumah, juga memberikan pengertian jilbab; bahawa yang dimaksud dengan jilbab bukanlah pakaian sehari-hari yang biasa dikenakan dalam rumah. Sebab, jika disebutkan ada seorang wanita yang tidak memiliki jilbab, tidak mungkin wanita itu tidak memiliki pakaian yang biasa dikenakan dalam rumah. Tentu ia sudah memiliki pakaian, tetapi pakaiannya itu tidak terkategori sebagai jilbab.
Penggunaan jilbab dalam kehidupan umum akan mendatangkan kebaikan bagi semua pihak. Dengan tubuh yang tertutup jilbab, kehadiran wanita jelas tidak akan membangkitkan syahwat lawan jenisnya (lelaki). Sebab, naluri seksual tidak akan muncul dan menuntut pemenuhan jika tidak ada faktor yang merangsangnya. Dengan demikian, kewajipan berjilbab telah menutup salah satu celah yang dapat membawa manusia terjerumus ke dalam perzinaan; sebuah perbuatan menjijikkan yang amat dilarang oleh Islam.
Selain wanita Islam, terdapat juga wanita sesetengah agama lain yang turut mengenakan tudung. Antaranya:
Penutup kepala wanita Kristian yang bertudung wimple sewaktu Zaman Pertengahan Eropah, sertai dengan menutup auratnya. |
1) Wanita Kristian Yang Bertudung
Banyak para wanita Kristian pada Zaman Pertengahan Eropah memakai tudung serta berpakaian menutup aurat, yang sangat mirip dengan wanita Muslim kini yang memakai jilbab. 1 Corinthians 11:5, menjelaskan bahawa, “Setiap wanita yang bersembahyang atau beramalan dengan kepalanya tidak ditutup tidak memuliakan kepalanya, dan itulah dan adalah sama seperti jikalau rambutnya dicukur.”
Oleh itu, wanita Kristian pada zaman itu bertudung bukan hanya sewaktu sembahyang, tetapi banyak juga bertudung di tempat awam, oleh kerana wanita yang telah berkahwin diwajibkan memakai tudung. Terdapat juga banyak lukisan, patung dan gambar di tingkap menunjukkan [id:Maria] memakai jilbab, bercadangkan cara pemakaian umat Kristian pada zaman pertengahan Eropah. Sehingga zaman 1960an, perempuan Katolik memakai tudung ketika bersembahyang di gereja atau katedral. Sekarang, hanya kebanyakannya para biarawati gereja yang sering bertudung, demi mengkhidmati diri mereka kepada Tuhan. Tudung kepala serta menutupi leher pada Zaman Pertengahan Eropah ini dipanggil wimple dalam bahasa Inggeris. Kini, banyak Orang Barat mengatakan bahawa wanita yang memakai wimple, menindaskan wanita, walaupun tiada bukti yang diberikan dalam Bible yang mengatakan demikian, dan anggapan ini juga kelihatan bertentangan dengan kepercayaan biarawati.
Tudung wanita Yahudi - Tichel |
2) Wanita Yahudi Ortodoks
Wanita Yahudi Ortodoks masih memakai tudung hingga ke hari ini. Tudungnya digelar tichel, dan alasan memakainya adalah berasaskan koda berpakaian menutup aurat yang dikenali sebagai Tzniut.
Pemakaian tudung bagi wanita Islam adalah selewat-lewatnya setelah beliau baligh iaitu sebaik keluarnya darah haidh pertama. Kebanyakan wanita yang mengalami baligh adalah dalam lingkungan usia 9 tahun ke atas. Maka pada masa ini adalah menjadi satu yang Wajib ke atasnya untuk menutup aurat iaitu berpakaian yang tidak menampakkan susuk tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Sehingga usia itu atau sehingga turunnya darah haidh yang pertama, adalah tidak menjadi kewajipan pada anak-anak kecil untuk menutup aurat mereka. Namun adalah sebaiknya sebagai ibu bapa kita mengasuh secara perlahan-lahan dan penuh hikmah. Ini adalah agar mereka dengan lembut dan rela hati untuk menutup aurat mereka sendiri tanpa paksaan. Selain itu, agar tidak berlakunya kes anak-anak ini secara curi-curi membuka aurat mereka tanpa pengetahuan ibu bapa.
Pendapat saya sama seperti pendapat Abu Mardhiyyah yang beliau lontarkan bicaranya di intisonline forumotion. Didikan kepada anak-anak kecil perlulah dilakukan dengan cara yang berhikmah, sebagaimana orang yang dewasa inginkan ketika agama ingin disampaikan kepada mereka, pengenalan tentang aspek halal dan haram kepada anak-anak tidaklah semestinya berdasarkan kepada umur yang tertentu, tidak ada umur yang khusus untuk proses tarbiah ini bermula.. Kemungkinan seawal umur 2 atau 3 tahun pun bagi anak-anak yg mampu untuk berjalan, bercakap dan makan dengan sendiri meskipun tidak berapa proper perilakunya, tetapi mereka sudah boleh diajar tentang adab-adab dalam Islam seperti makan dan minum dengan tangan kanan, memakai tudung kerana hal ini hanyalah untuk membiasakan mereka dengan didikan islam meskipun mereka tidak mengetahui hukum disebaliknya...
Apakah kita perlu bertegas sekiranya mereka melakukan sebaliknya? Sudah semestinya jawapannya tidak, disebabkan mereka masih belum lagi dipertanggungjwabkan terhadap perkara ini dan faham tentang apa yang mereka lakukan, mereka hanya mengikuti apa sahaja yang ibu bapa mereka berikan..
Oleh itu ibu bapa digalakkan pada tahap umur ini atau lebih awal daripada itu untuk mendedahkan sebanyak mungkin adab-adab dalam Islam untuk dijadikan amalan harian bagi anak-anak, tetapi biarlah ia dilakukan dengan sedikit demi sedikit, penuh kasih sayang dan lembut dalam penyampaian dan tindakan.. Kerana anak-anak secara fitrahnya adalah seperti kain putih, ibu bapalah pencorak diri mereka, sekiranya corakan itu adalah menepati apa yang Islam inginkan, maka Insyallah kita harap agar Allah akan timbulkan dalam hati mereka keinginan untuk melakukan perkara yang dituntut apabila tiba waktu yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka nanti tanpa dipaksa... Samada tudung, pakaian yang menutup aurat, solat, doa dan lain-lain maka semuanya adalah berdasarkan kebijaksanaan ibu bapa dalam merancang proses tarbiah awal anak-anak... Ibu bapa tidak perlu memaksa tetapi apa yang penting merek berusaha untuk timbulkan persekitaran yang Islamik kepada anak-anak, agar dengan itu anak-anak mereka akan membesar dengan suasana yang Islam inginkan, dan harapan ibu bapa tidak lain hanyalah mengharapkan anak yang mereka didik akan menjadi soleh dan solehah pada masa akan datang..... Bukankah mereka itu adalah permata hidup ibu bapa??? Maka kita mesti berusaha mendidik mereka untuk menjadi permata, penyejuk jiwa dan penghibur hati kita:)
????? |
Apa yang saya highlightkan pada hari ini adalah berkenaan kes anak saya, Afif yang tidak memakai tudung ke sekolah. Penerimaan rakan-rakan agak kurang baik. Apa yang saya perhatikan ianya berikutan rasa cemburu kerana masing-masing diarahkan memakai tudung seawal usia oleh ibu bapa masing-masing. Begitu juga penerimaan guru-guru. Sindiran tajam pada anak kecil tanpa memperdulikan perasaan mereka hanya kerana kelainan itu. Mungkin saya agak terbuka dan tidak mengikut arus seperti yang diamalkan oleh ibu bapa sekarang. Tapi adalah lebih baik seperti yang dikatakan dalam petikan di atas tadi, didikan biarlah secara berhemah dan berlemah lembut supaya jika anak telah didedahkan dalam menutup aurat ianya tertanam terus dihati mereka agar tidak berlaku pada satu peringkat usia, anak-anak akan secara curi-curi membuka aurat meraka tanpa pengetahuan kita. Memang pada masa ini saya memberi kelonggaran, namun secara berhemah, perlahan-lahan saya sering ceritakan bahawa bila sampai masanya iaitu sebaik mereka baligh adalah menjadi kewajipan pada mereka tanpa sebarang alasan untuk tetap menutup aurat. Semoga ianya menjadi kenyataan apabila tiba masanya kelak. Aaamiin...
Saya mahukan kerelaan atas kesedaran untuk anak-anak menutup aurat supaya mereka tidak mencari alasan untuk membukanya semula. Tetap bertudung hingga akhir hayat mereka. Itulah harapan saya suami isteri. Saya amat berharap pengertian daripada guru-guru dan semua agar tidak perlu mendesak anak-anak kecil untuk mengikut kehendak kita. Beri mereka masa kerana dalam Islam sendiri mewajibkan usia baligh untuk mereka menutup aurat. Apa yang Allah gariskan adalah yang sebaik-baiknya dan kita sebagai orang yang lebih dewasa cuba mendidik mereka sebaik yang mungkin supaya kebaikan berkekalan dalam diri mereka. Teguran adalah sebaiknya dengan cara berhikmah supaya menjadi tarikan dalam diri mereka secara rela untuk menurut apa yang kita hasratkan. Buat guru-guru, ibu bapa dan semua, saya mohon agar janganlah memandang serong dan berbahasa kasar terutama pada anak-anak kecil dalam mendidik mereka. Umpama menarik rambut di dalam tepung, jangan sampai tepung berselerak atau rambut terputus. Semoga dengan itu apa yang kita hasratkan akan berjaya dan lebih mendalam maknanya.... Doa dan harapan saya biarlah kebaikan bersama anak-anak kita sehingga akhir hayat mereka... Aaamiin.
Maaf atas nukilan ini, setiap orang berbeza pandangannya namun Insyaallah apa yang kita mahukan adalah kebaikan akhirnya. Salam ukhawah :D
Ini harapan saya suami isteri, moga ianya menjadi kenyataan pada anak-anak kami. Aaamiin |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan