Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 30 April 2011

IZAZ RASHYEEDA HAIROL - HAPPY BIRTHDAY DARLING

Bismillahirrahmanirrahim...
Genap 3 tahun umur adik  pukul 4.13ptg nnt (sebenarnya dlm pukul 4.07 ptg sbb kuar awal dari masa yang doktor announcekan). Ibu, ayah & kakak doakan agar adik diberkati Allah & dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dalam segala segi, berjaya dunia akhirat & menjadi anak yang solehah & hafizah. Insyaallah....aaaminn
Masih ibu teringat detik kelahiran adik . Kegembiraan & kerisauan sama merantai hati....Namun Alhamdulillah akhirnya semua berkesudahan dengan selamat. Segalanya bermula pada awal pagi 30/4/2008, ibu rasa sakit pinggang walaupun sedikit tetapi tetap menyebabkan timbul rasa cuak dihati ini menyebabkan ibu mengajak ayah ke hospital (Taiping Medical Centre). Kerana pengalaman melahirkan kakak yang mudah doktor (Dr Ong Boon Teik) terus menahan ibu kerana telah ada bukaan walau sekadar 4cm. Ayah & kakak setia menemani ibu saban waktu.
Tiba-tiba keinginan untuk menjamah maggie goreng menyebabkan ibu minta ayah tinggalkan ibu sebentar untuk membelinya dikedai yang berdekatan dan alhamdulillah ibu nikmati hingga habis hidangan sambil menonton telenovela berkisar kisah hidup 'Chui'. Sebaik habis ibu ke sinki untuk membasuh tangan & .....pada ketika itulah ibu tidak mampu lagi untuk melangkah. Segera ibu panggilkan ayah yang duduk berdekatan memberitahu keadaan ibu. Ayah yang panik terus memanggil jururawat yang sentiasa bersedia untuk ibu (atas arahan doktor). Lantas pada jururawat itulah ibu memeluk berpaut kerana tidak mampu lagi untuk terus berjalan. Telah terasa benar adik ingin terus keluar menjengah alam ini. 
Selepas ditenangkan dengan susah payah akhirnya ibu dibawa ke wad bersalin yang terletak berhampiran dengan wad ibu ditempatkan. Namun sekali lagi keadaan mencabar berlaku bilamana ibu tidak dapat melangkah langsung untuk naik ke katil kerana ibu dapat rasakan kepala adik telah hampir keluar. Dengan nafas yang sesah akhirnya ibu naik ke katil namun ibu tidak dapat bertahan lagi walaupun jururawat menyuruh ibu menunggu kedatangan doktor. 
Dalam keadaan yang menyesakkan itu bilamana adik yang mahu keluar, doktor yang belum sempat naik ke bilik bersalin & jururawat yang menolak kaki ibu supaya tertutup rapat akhirnya adik lahir ke dunia ini tanpa ada sambutan dari tangan sesiapa. Adik terjatuh terus ke atas tilam. Terluka hati ibu dengan keadaanmu sayang. Pedih hati ibu kerana tiada tangan yang menyambutmu. Sebaik adik lahir ayah beritahu barulah doktor sampai & terus memarahi jururawat kerana lambat memberitahu kepadanya. Ayah telah mengazan & mengiqamat adik sebaik doktor selesai membuat pemeriksaan keatasmu. 
Alhamdulilah kini adik, Izaz Rashyeeda Hairol telah berusia 3 tahun. Syukurlah walau sepanjang 3 tahun ini pelbagai peristiwa & kejadian yang berlaku padamu kau tetap aktif, bijak &a sihat. Ibu bahagia memilikimu sebagai sebahagian dari hidup ibu, ayah & kakak. Semoga kita semua terus diberkati Allah & semoga kejayaan di dunia & akhirat menjadi milikmu sepertimana kakak. Ibu, ayah & kakak akan terus mendoakan kebaikan, keberkatan, kejayaan & rahmat Allah padamu aaaminn.

"WE LOVE YOU SAYANG" 

Isnin, 25 April 2011

Resepi Hebat: Kuah Kacang 2 Puteri


Bismillahirrahmanirrahim.


Kuah Kacang... Satu hidangan sampingan yang memang best sangat. Dengan satu sos ni kita leh nikmati macam-macam hidangan dengannya. Lain-lain jenis lak tu. Antaranya cucur udang, dimakan bersama soto, lontong, dengan nasi impit, pecal dan kalau masukkan lebih sikit serai leh dijadikan kuah satay.


Kali ni saya nak kongsi resepi mudah yang biasa saya gunakan untuk memasak kuah kacang ni. Simple ja. Dan macam biasa le main tambah-tambah je ikut sukatan hati. Insyaallah walau tak de sukatan yang tepat tapi kalau kita mainkan peranan deria yang ada hidangan tu akan tetap menjadi. Cuma yang penting bahan-bahan harus tepat.


Saya ni pun sebenarnya tak de la belajar direct tentang nak masak kuah kacang ni. Lebih kepada main agak-agak sendiri je. Itu pasal le tak de sukatan khusus. Tapi Insyaallah hasilnya nanti akan tetap dapat puaskan hati. Lagi satu kalau buat banyak-banyak leh simpan dalam peti sejuk beku. Insyaallah tahan lama. Nak guna cuma panaskan je.


KUAH KACANG 2 PUTERI

(Sos yang enak dimakan bersama cucur udang, carkoi, soto, pecal, satay dan lain-lain main dish)


Bahan-bahan:
  • 500g kacang tanah - sangai (goreng tanpa minyak, kalau rajin buang dulu kulitnya & blender halus)
  • 2 biji bawang besar - potong nipis (cincang halus pun tak per)
  • 2 ulas bawang putih - potong nipis (tak ndak guna pun tak per)
  • 2 Sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • Sesudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Sedikit air asam jawa - secukup rasa (jangan masam sangat nanti tak sedap)
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Caranya:

1.     Tumis bawang merah, bawang putih & Cili Boh Asli 2 Puteri sampai naik minyak

2.     Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, garam, gula & air asam jawa secukup rasa. Kacau rata

3.     Masukkan kacang tanah yang telah dikisar tadi & gaulkan sebati. Kalau mahu sedikit cair boleh tambah  air sedikit sahaja.

** Untuk jadikan kuah sate cuma perlu tambah serai, lengkuas & halia yang telah dikisar halus. boleh juga ditambah santan jika suka.

** Nikmati lah sajian ini bersama cucur bawang, nasi impit, soto dan lelain hidangan pasti puas hati (insyaallah)




Ahad, 10 April 2011

Resepi Enak: Kek Coklat Kak Ros

1001resepi:
 kek coklat kak ros



Bahan A
4 biji telur
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 camca teh esen vanila
(campurkan semua bahan dan gaul rata)

Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 camca teh soda bicarbonat
2 camca teh baking powder
2 cawan coco powder
1 camca teh garam halus
3 cawan gula halus
(campurkan semua bahan dan ayak kecuali gula)

Bahan C
2 cawan air mendidih

Cara:
campurkan bahan B kepada bahan A...gaul rata...tuangkan air mendidih dan gaul sebati.... tuangkan kedalam cake pan yang telah di gris dan di alas....bakar pada suhu 180C selama lebih kurang sejam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...