Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 9 Ogos 2012

Baju Baru... Cili Boh Asli 2 Puteri


Alhamdulillah...


Tu hari masa kongsi cerita yang Sos Char Kueyteow 2 Puteri akan masuk Tesco, teringat pulak saya yang saya belum lagi khabarkan berita gembira tentang Cili Boh Asli 2 Puteri kan. Lupa pulak dalam keterujaan ini heheh.


Sebenarnya Cili Boh Asli 2 Puteri kini dah berwajah baru. Sekarang dia berbaju plastik yang lebih canggih dan cantik gitu. Tak ler macam dedulu guna plastik nipis yang dibeli kat mana-mana kedai dan label pulak takat photostate apa yang saya design jer. Paling penting design sendiri walaupun takat guna laptop tua ni. Berjasa sungguh laptop ni.


Masa tu budget sikit sangat sebab dah beli mesin bagai. Pastu nak simpan duit untuk bahan mentah dan gaji lagi. Memang buat apa yang mampu jer masa tu. Kitarang bangkit sendiri dalam business ni tanpa sokongan kewangan dari mana-mana pihak. Jadi bertatih macam anak-anak kecil tu. Rasanya slow sesangat kitarang bertatih heheh.

Design sendiri tu so walau simple tetap teman bangga weh

Tapi Alhamdulillah walaupun rupanya yang simple jer takat apa yang mampu, kami berjaya dapatkan status Halal dan penjualannya juga memberansangkan. Sampai ke Penang kami dapat bawa Cili Boh Asli 2 Puteri kami tu. Yang tu yang paling-paling saya rasa syukur sangat-sangat. Kalau tidak takkan mampu lagi untuk kami kumpul duit untuk tukar wajah barunya seperti sekarang.


Secara rasminya masa kami ada exhibition Produk Malaysia Citarasa Kita kat Carrefour Seberang Jaya, Penang lagi dah kami guna plastik pembungkusan baru ni. Di kedai-kedai pun dah kami letak dah pek baru ni. Banyak gak kedai baru yang kami berjaya masuk sejak berwajah baru ni. So dah rasmi dah tapi lupa nak update jer. So hari ni saya Rasmikan Packing Baru Cili Boh Asli 2 Puteri kat blog ni hehhe.


Plastik pembungkusan ni kami cetak atas plastik tranparent tak berwarna merah seperti plastik cili boh yang lain. Kalau nak ikut kami yang pertama berani bungkuskan guna plastik transparent ni. Sebenarnya itu first impression yang nak kami tunjukkan pada semua pengguna Cili Boh Asli 2 Puteri bahawasanya kami menggunakan hanya cili yang terbaik untuk produk cili boh kami ni. Tiada campuran dengan mana-mana bahan pun. Hasil design rekaletak sendiri setelah berbincang dengan Mr Hb, memang puas hati sungguh.


Rasanya juga asli. Kepedasannya pun tak ler makan tu terus rasa pedas. Tapi dianya datang slow-slow kemudian lepas makan banyak heheh. Ramai customer yang puji tentang rasanya.



Kalau perhatikan pun teksturnya tak der terlalu cair atau melekit-lekit. Sebabnya... Kami hanya menggunakan cili yang terbaik sahaja. Tak der campur-campur dengan lain-lain bahan. Kalau campur pun hanya garam, air dan penstabil makanan yang dibenarkan. Tu pun sebab disarankan oleh pihak Jabatan Pertanian.


Produk kami telah disahkan Halal oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Alhamdulillah.. Itu yang paling penting sebab kami buat produk makanan. Jadi Status Halal penting supaya lebih ramai yakin dengan produk kami. Buka main-main :). Masa nak dapat status halal ni... Kitarang apply dalam 6 bulan. Pastu pihak JAIP datang terus terjah kilang. Tak dernya telefon-telefon dulu buat appointment. Tahu-tahu dah ada depan kilang jer. Sib baik ada staf tengah packing Cili Boh Asli 2 Puteri masa tu. So boleh ler entertain diarang sementara kami sampai ke kilang. Jadi diarang tengok sendiri directly cara kami berkerja. Alhamdulillah. Itu yang boleh terus dapat tu.


Kilang kami juga didaftarkan bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bawah Akta Makanan 1983 : Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2990; Peraturan Pendaftaran Premis Makanan. Yang ni lagi susah nak dapat. Habis satu kilang dijelajahnya. Tengok kebersihan, struktur kilang dan cara kerja kitarang. Tentang kebersihan pekerja pun ditelitinya. Alhamdulillah lepas. Dah dapat sijil ni lega rasanya. Nanti kami akan usahakan untuk dapat GMP dan HACCP pulak kalau ada rezeki. Insyaallah.


Ramai gak customer yang puji bau cili bohnya kuat bau cili asli. Memang lah... Sebab kitarang tak campur bahan lain so bau cilinya memang terserlah. 


So kowang sumer kalau jumpa produk Cili Boh Asli 2 Puteri kami kat mana-mana kedai sila ler cuba. Insyaallah pasti akan rasa puas hati. Insyaallah kami akan perluaskan jaringan jualan produk kami, Cili Boh Asli 2 Puteri dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke seluruh negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Selangor. Insyaallah. Negeri-negeri lain... Insyaallah..... Slow-slow bebeh :) 


Tapi buat pelanggan di Pasaraya Tesco.. Kini produk Cili Boh Asli 2 Puteri ini dengan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kini ada di 33 cawangan pasaraya berkenaan seluruh Malaysia. Sila dapatkan di bahagian IKS yer.


Dengan pihak Mydin dan Carrefour pula, kami masih dalam perbincangan. Tolong doakan kami yer dapat masuk ke pasaraya-pasaraya berkenaan juga :). 


Antara resepi yang menggunakan Cili Boh Asli 2 Puteri  ni boleh di adalah Cucur Udang yang rangup tu, Kuah Kacang untuk cicahnya, Sambal Tumis Ikan Bilis yang boleh ditukar dengan sotong etc, Sambal Sardin, Kuah Laksa, Pasta Goreng, Asam Pedas dan Telur Dadar yang special. Lain-lain resepi boleh rujuk bawah label  Resepi 2 Puteri kay.



2 ulasan:

  1. salam. tahniah dgn usaha kalian.. inshaallah.. suatu hri nnt..kita akan jd rkn niaga bersama..

    BalasPadam
  2. salam. tahniah dgn usaha kalian.. inshaallah.. suatu hri nnt..kita akan jd rkn niaga bersama..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...