Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 15 Ogos 2012

Baju Raya 2012 - 2


Fuhhh letihnya badan... Satu keluarga pengsan. Lepas subuh tadi terus sambung tidur sampai jam 9.00. Hahah malu orang dengor kan hahah...


Semalam kitarang sekeluarga ke KL mengantorkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke Mydin Subang Jaya. So buat yang nak cuba Sos Char Kueyteow 2 Puteri sila dapatkan produk kitarang kat lorong Agrobazaar dan kat lorong Kicap dan Sos yer. Letaknya above eye level tu hari. Harap-harap dah pindah ke bawah sikit... eye level gitew. Senang sikit orang nak jumpanya kan... Jangan pulak bawah sangat udah le kan heheh.


Bertolak dari rumah sesudah solat Subuh. Mr Hb drive terus ke Subang Jaya. Risau gak jalan jem sebab esok last lori leh ada dijalanan. Jadi banyak ler lori yang nak antor stok berkejar ke sana gak.


Kitarang sampai around jam 10.30. Loading barang semua, kitarang stop jab kat KFC. Makan. Iyer.. Makan kat KFC tengah hari dibulan puasa. Heheh dasat tak??? Hahahhah. Kot nak rasa kena naik van jenazah sebelum masanya buat ler perangai camtu hahah. Anak-anak jer le yang makan. Ibu ayah takat dapat tengok dan cium bau KFC tu jer.


Masa makan kat KFC tu lalu ler sorang apek kat dalam restoran tu. Dia pulak lalu di depan si kecil, Izaz Rashyeeda. Apa lagi terus dia tegur dengan kuatnya sambil jari tunding direct kat apek tu. Bukan pasal apek tu masuk restoran KFC dibulan puasa yang dia tegur tapi sebab apek tu cacat. Alahai anakku... Puas cakap udah jangan tegur. Tetap dia buat derk tapi terus tanya bertalu-talu. Nak stopkan dia dari terus cakap, saya terus jawab yang apek tu sakit. Jangan tanya kuat-kuat nanti apek tu sedih kalau dia dengar (tapi harus dia dengar sebab anak dareku sebut kuat ler sangat). Baru ler si kecil Izaz stop dari cakap. Lagi dimarah lagi bertalu-talu dia tegur. Tapi lepas je apek tu keluar terus dia sambung cakap lagi. Siap marahkan kakak, Afif Khadyeeja sebab tak layan dia bercakap pasal apek tu. Alahai anak den.

Sebuah rumah desa di dalam bangunan hebat KLCC. Memang cantik. Lupa lak nak minta Mr Hb tanya berapa sewa sebulan ;p



Dari Subang Jaya, kitarang ke KLCC pulak. Di KLCC kitarang beli Quinoa (sebutan keenwa). Itu makanan gantian nasi sesuai untuk orang kencing manis. Nanti saya ceritakan lebih lanjut pasal tu kay... Sambil nak tunggu jam 4 petang kitarang round ler dalam KLCC tu. Belek baju sana sini hehheh. Tapi apa ler daya ku bajunya mahal sangat huhuhu. Meleleh air lior tapi sib baik dapat diseka dari terjurai ke lantai. Kot tak harus nak kena mop lantai tu hahah.


Dari KLCC kitarang bergerak pulak ke Jalan TAR. Itu kan sport area yang fames ya amat dengan segala macam jenis baju raya. Heheh.. Boleh tahan gak yer. Macam-macam design dah rupa. Rambang mata dah teman kau. Jangan kata maknya... Anak-anak pun camtu heheh. Pegang ini teringin yang itu. So jalan punya jalan sedar-sedar dah dekat nak sampai penghujung baju saya belum beli lagi. Sib baik untuk anak-anak sempat ler beli sowang sepasang. So kena ler pusing balik.



Anak-anak dah muka poyo letih dan lemas dek berhimpit-himpit. Izaz sedari awal tak nak jalan. Sib baik Mr Hb pasrah dengan kerambangan mata isterinya ini. Redha ler dia dukung Izaz dalam bersesak-sesak tu. Afif yang lincah tu pun lembik semacam hahah. Ibunya jugak terus maintain. Tapi dek tengokkan anak dengan Mr Hb dah berpeluh sakan. Saya main sambar jer baju sepasang. Dah tak pilih lagi dah. Tapi masa duit dah terlepas tangan kat tokeh tu baru terperasan yang baju tu rasanya designnya lebih kurang tahun 80an ler. Punah ler keserianku dihari raya ini.... Huwwwaaaaa. Aduih menyesal ya amat. Nak tukar dah tak leh so hangin satu badan kena pendamkan ler. Salah sendiri. Huhuhu.


Ni nak kasi petua ni... So next time kowang kot nak beli baju raya, make sure cari baju sendiri dulu baru baju suami kemdian baru anak-anak. Sebabnya kalau baju sendiri dibeli sebaik sampai tempat memborong baju raya tu, baru pilihan tu tepat sebab masa tu badan dan minda masih segar. Pasal anak-anak sure kita nak yang terbaik tuk diarang walaupun badan dah letih. Memang macam tu pun kan selama ni. Tetap uruskan segala keperluan diarang walau kita letih yang teramat sangat. Di mana-mana sahaja kita cuba bagi yang terbaik pada anak-anak. So masa shooping tu kalau letih pun tetap kita nak pilih yang tercantik buat anak-anak kan. Insyaallah ikut ler petua ni kalau kowang tak nak menyesal cam saya.


Saya ni tersilap langkah. Beli baju anak-anak dulu, diikuti dengan Mr Hb. Last baru saya punya. Kononnya sian anak-anak takut diarang tengok kita beli dulu kang diarang merajuk pulak. Sayang terlebih le punya pasal heheh. Tapi akhirnya menyesal. Baru padan muka den nih...


Dah ler disebabkan kain untuk buat baju raya kitarang hilang tu hari habis plan lari. Kononnya nak ler berwarna tema merah tahun ni bersemperna bungkusan baru Cili Boh Asli 2 Puteri kitarang. Tapi disebabkan beli last minit dan anak pulak pilih warna lain. Habis tema sudah hancus... Langsung jadi berbagai warna. Ayah sebab dah beli awal baju dapat ler merah. Tapi anak-anak sorang warna shocking pink sorang warna maroon. Saya lak dek kerana main ambik jer terus jadi purple. Huuhuhuh sedih bertambah-tambah ler lagi.


Kitarang bertolak balik lepas beli juadah berbuka kat Jalan Raja Alang, Kampung Baru. Singgah makan kat Hentian Sebelah Jejantas Sungai Buloh. Sampai rumah dah jam 1 pagi. Letih banget kau.... Itu yang terlajak ketidurannya. Anak-anak pun terus ler sambung cuti hehehh. Tak per masih tadika dimaafkan ler yer tak hehehhe. Jom tidur....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...