Umur kami suami isteri dah menjangkau mid 30. Dah makin berusia dah. Dengan umur yang semakin mengenjak naik nombornya dan dengan badan juga yang montel. Risau gak sampai ke tua kitarang ni montel dan bila dah terlebih montel kang banyak lak penyakit yang datang dekat. Kencing manis, darah tinggi, stroke, buah pinggang dan lain-lain macam jenis penyakit yang heavy metal bagai. Risau sungguh hati. Lagi pulak kang kalau kitarang terus dengan keadaan macam ni mungkin anak-anak juga akan warisi benda yang tak elok dari kitarang. Husss jangan ler. Kalau elok tak per la jugak kan. Sekarang ni pun tengok Afif ok ler dengar nasihat kurang suka yang terlebih manis dan masin. Tapi Izaz... Ni satu yang payah ni.
Untuk itu, saya pun mulakan le langkah ke arah menuju kesihatan yang lebih baik dalam keluarga kitarang. Benda yang elok cuba amalkan. Benda yang kureng cuba-cuba tinggalkan.Memang berat sikit misi ni kadang-kala tergelincir gak tambah-tambah bulan Ramadhan ni. Masa berbuka banyak juadah-juadah yang best mudah didapati. Dua hari lagi nak raya pulak... Isk risau dibuatnya.
Disebabkan itu, bertambah-tambah semangat saya nak jaga kesihatan kami sekeluarga. Dari satu laman ke satu laman yang bicara tentang kesihatan saya ziarah. Akhirnya saya singgah kat maklongskitchen dalam minggu lepas kot. Mak Long ni banyak cerita dan beri nasihat tentang penjagaan kesihatan bagi pesakit kencing manis. Katanya pengalaman menjaga ahli keluarga yang menghidap kencing manis yang dorong dia tulis diblognya tu. Saya memang takut dengan penyakit ni. Tambah-tambah pulak ada ahli keluarga yang turut terkena penyakit yang sama. Risau kang saya sekeluarga pun hidap sakit yang sama. Isk Nauzubillah... Jangan ler hendaknya.
Interested dengan perkongsian Mak Long, saban hari kalau ada kelapangan saya ziarah dia kat sana. Baca segala nasihat dan panduan yang Mak Long berikan. Selain tu banyak gak ler resepi untuk pesakit kencing manis yang dia berikan. Itu yang terdorong saya kerap ke blognya. Biar kenal cara atasi penyakit kencing manis ni dulu baru belajar atasi penyakit lain pula. Setakat ni apa yang saya pelajari memang membawa kepada kesihatan menyeluruh. Insyaallah nanti akan saya kongsikan yer apa yang saya baca kat sini..
Petua Mak Long... "Tinggalkan yang manis, kurangkan karbohidrat dan lebihkan protein", cuba kami sekeluarga amalkan. Selain tu beberapa resepi yang dia kongsikan pun kami dah cuba. Alhamdulillah takat ni tekak pun tak der ler rasa nak yang manis-manis dah. Kalau makan atau minum yang manis boleh untuk cawan pertama jer yang selebihnya mula ler cari air suam tu balik. Nasi tiruan, Quesadilla dah kami cuba. Memang ok la. Sedap... Nantikan resepinya kay. Insyaallah.
Close up image Quinoa sebagai pengenalan :) |
Tapi dua lagi bahan yang kami harus cari untuk tambahkan bahan untuk amalkan diet ni. Satu tu kami harus ke Cold Storage untuk dapatkannya. Jadi kesempatan ke KLCC tu hari kami ambil untuk beli Quinoa (sebutan keenwa). Yang ni bijirin yang paling kaya protein dan amat sesuai untuk elak kencing manis. Nanti kat artikel yang lain saya akan berkongsi lebih lanjut pasal Quinoa ni kay. Dah panjang lebar sangat rasanya. Satu lagi gula stevia atau pemanis tiruan. Ini untuk dicampur dalam masakan seperti sambal tumis yang kaya dengan gula tu.
Ok next artikel saya cerita kay.... Daaaaa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan