Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 1 Ogos 2012

Tesco... Alhamdulillah


Alhamdulillah.....

Syukurrrr sangat-sangat.


Kelmarin, balik dari berniaga kitarang terpadang ada surat dalam post box tu. Lepas parking terus jer Mr Hb gi ambik surat tu dan tetiba terus dia jerit Alhamdulillah!!


Isk apa hal pulak?? Terus saya pergi ke arah Mr Hb dan tengok apa yang dia suakan pada saya. Alhamdulillah!!! Jerit saya pula. Hehhe lupa habis yang kami kat laman rumah isk... Malu kot orang tengok kau heheh.


Apa yang buatkan kitarang teruja??


Akhirnya Tesco tawarkan tempat pada kami dipasarayanya. Itu yang buatkan kami bersyukur dan happy sangat. Alhamdulillah akhirnya kerja keras dan usaha kami berbuah juga. Walaupun baru berputik tapi akan kami jaga supaya sentiasa berbuah hendaknya lepas ni. Aaamiin. Pergh... Berfalsafah lak saya yer heheh.


Dengan kemasukkan produk kami ke Tesco kelak harusnya usaha kena lebih. Yer la yang sedia ada kena jaga gak jangan terlepas. Semua tu rezeki anak-anak. Penting tu.


Insyaallah hari Khamis ni kami akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk submitkan agreement yang ditandatangani tu. Sambil-sambil kitarang ke Putrajaya untuk submit borang Rural Business Challange. Jadi tak ler rugi sangat perjalanan nanti. Alhamdulillah. Pastu kalau sempat nak singgah ke Mydin Subang Jaya bincang masalah stok. Ini pun satu lagi cerita uhhuh. Tapi yang ni nantilah saya ceritakan. This time is for happy moment dulu. Jangan nak sedih-sedihkan diri.


Lepas submit agreement nanti baru lah dapat order dari Tesco. Tapi ini baru second step dari beberapa step sebelum dapat hantar produk ke Tesco.  After this katanya nak kena masuk meeting kat DC (Distribution Centre) pulak. So maybe dalam bulan paling cepat bulan 9 kot baru dapat hantar. Tapi kalau rezeki mungkin lagi awal entah ler.... Serah pada Allah  yang lebih mengetahui. Apa pun sekarang happy time!!!!!!



Pastu boleh ler saya declarekan kat semua yang Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh diDAPATi di Tesco seluruh Malaysia lak :). Nanti kalau dah saya war-warkan jangan lupa dapatkan satu kat Tesco yer.


Kalau ler syarikat plastik cili boh tak lewat tu hari harus Cili Boh Asli 2 Puteri turut dipasarkan kat sana. Tapi mungkin Allah ada rahsianya yang kita tak tahukan. So redha. Insyaallah next time bila ada kilang yang lebih besar, baru ada rezeki kot untuk supply cili boh pulak. Tapi sehingga saat itu, usaha untuk pasarkan cili boh harus tetap dijalankan. Jangan hentikan...


Eh.. Saya cerita tak lagi yang Cili Boh Asli 2 Puteri kini dah berbaju baru???? Rasanya tak lagikan. Insyaallah nanti saya updatekan pasal tu. Memang ler dah saya tunjukkan baju baru Cili Boh Asli 2 Puteri kami tu tapi belum secara rasminya. Insyaallah lepas ni pulak kay.... Sejak dapat plastik terus lupa nak update infomation pasal tu kat sini. Excited nak produce cili boh jer sampai lupa heheh.


Sayonara :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...