Last week my dear cousin call cakap yang Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) tawarkan skim geran buat belia yang nak berniaga atau yang dah berniaga macam kami ni. Pergh... tengok tarikhnya isk nak kena speed nampaknya siapkan segala macam paper work untuk diserahkan pada KKLW nanti. Closing date 3 Ogos ni... Tinggal beberapa hari jer lagi. Thanks yer sebab inform kitarang. Almaklumlah kami ni sibuk memanjang kadang-kadang termiss satu dua berita penting macam ni.
Saya pun yang baru pulang dari berniaga terus bukak internet dan printkan segala information yang ada. Dengan speed yang capai 130km/j (heheh cam bawak kerata ler pulak sib baik tak kena saman sebab dah lebih speed limit heheh), keesokan harinya kitarang call dulu dengan pihak KKLW tentang apa yang boleh diminta dalam geran tu nanti. Almaklumlah kalau dah berhajat benar ni memang takut kang tersalah minta tak dapat pulak. Geran tu pulak diberikan pada hanya yang berkelayakan sahaja. So akan ada tapisan dan sempadan ler harusnya. Lain-lain aktiviti diketepikan sementara waktu kerananya. Tu pasal yang tak der lama kat sini. Semalam jer baru curi masuk jab sebab baru selesai...
Yang ditawarkan bantuan geran untuk pembelian bahan mentah dan mesin. Tapi kami ni memerlukan sebuah bangunan kilang dan sebuah lori.
Bangunan yang kitarang ada ni sempit sikit jadinya memang tak leh masuk ramai staff. Mana nak letak barang lagi. Tu hari pun pihak Kementerian Kesihatan dah cakap bab lain kitarang lulus untuk apply GMP (Good Manufacturing Practise) tapi bab building sikit susah huhuhu. Jadi kami dapat sijil bawah Akta Makanan 1983 : Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2990; Peraturan Pendaftaran Premis Makanan. Alhamdulillah. Tapi kami nak dapatkan pengiktirafan GMP dan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) supaya boleh pamerkan logo-logo berkenaan ke atas produk kami supaya customer lebih yakin akan kebersihan yang kami amalkan dalam mengeluarkan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Nak dapat bukan senang dikkkkk.
Berbalik pada RBC tu... Lepas call baru lega sikit hati kami sebab dibolehkan minta apa sahaja janji ada alasan kukuh. Nanti diarang akan nilai boleh bagi ker tidak. Mulanya kitarang dicided nak tinggal kat Kepong sebab dah usha flatted factory kat sana. Memang mengidam sangat.
Gambar milik meruperdana.blogspot |
Malam tu sebabkan ada hal kitarang ke Taiping Sentral lepas berbuka. Masa singgah jab layan anak yang nak makan ice cream pakcik Mat Donat (McDonalds) terpandang booth jualan rumah di Meru Perdana 2 oleh pihak Dominant Star (anak syarikat Emkay). Kat situ ada gak jualan kedai pejabat 2 tingkat. Masa tu terpikir lak yang tak salah kalau try submitt kedai pejabat ni. Mana ler nak tahu rezeki sebab teringat cadangan pegawai kat KKLW supaya kitarang cari di Ipoh sahaja. Lagi pun kedai pejabat tu terletak antara kawasan bandar dan kapung sure tak susah nak cari pekerja nanti,. Insyaallah. So kami decided kalau ada rezeki (hendaknya) kami akan tinggal di Ipoh, if not... Pikir kemudian heheh.
Paginya Mr Hb ke pejabat jualan lori Hino pulak untuk usha lori kat sana dan minta sebutharga. Nak minta lori sama sebab dengan pengangkutan yang baru ni boleh ler kami kembangkan perniagaan kami. Takat kilang jer baru tapi kenderaan pengangkutan dah reput camner nak berjualan kan.. So try submit dedua kot ada rezeki Insyaallah.. Dapat ler apa yang kami hajatkan. Aaamiin.
Image milik mth.com |
Sementara tu saya prepare kertas kerja seperti yang diperlukan. Mulanya tu pening gak sebab dah lama tak buat. Tapi bila dah dapat momentum akhirnya semalam baru siap. Sekarang tinggal nak lampirkan apa yang patut jer nanti. Alhamdulillah :).
Insyaallah Khamis nanti kitarang akan bergerak ke Putrajaya untuk hantar sendiri surat berkenaan. Almakllumlah, kalau dah berhajat sangat takut nak guna lain-lain perkhidmatan. Takut tak sampai. Biar sendiri hantar lebih tahu sampai atau belum hehe. Apa la saya ni kan hihihi...
Apa pun terima kasih pada Dominant Star terutama Encik Abdul Rahman Abu Bakar, Sales Team Leader dan pihak TTJ Agency, Encik Syahrul Izwan dan Mr Patrick Lua atas kerjasama yang diberikan. Tak lupa my dear cousin, Encik Saifuddin Saad, "Kot hang tak call habaq harus kami tak tau...". Dan terima kasih Allah, sebab Dia yang buatkan kami tahu mengenainya... :)
Pesanan buat kengkawan, Tolong Doakan Kami Yer Supaya Dapat Geran bawah RBC ni :). Tq....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan