Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 14 Julai 2012

Puding Tembikai


Assalamualaikum.


Musim-musim panas suam ni (sebab hujan sesekali) kalau makan makanan yang sejuk dan dingin sedap gak kan. Rasa nyaman jer tekak nanti. So hari ini saya bercadang nak buat Puding Tembikai sekali lagi. Saya ambil kat dapur rakan FB. Saper tah tak ler ingat pulak sebab ramai sangat yang tunjukkan kejayaan membuatnya. Apa pun terima kasih ler pada si dia yang sudi kongsikan resepi yang best ni.


Acuan puding tembikai yang diidam

Puding ni sedap dan cantik sangat macam buah tembikai yang betul tu. Kalau nak buat gift atau hantaran memang sesuai ler. Nak pulak kalau buat dalam bekas segitiga atau bulat. Kalau dipotong macam bentuk buah tembikai tu lagi mantop keterujaan nak menjamahnya. Tu hari masa pergi kedai bakeri ada gak usha acuan segitiga tu tapi hampeh. Tak der pun dijualnya. Insyaallah next time kot ada rezeki nak order la kat sahabat di Fb tu sebab kalau tak salah ada ler yang menjualnya. Tapi takat ni, guna ler apa yang ada heheh.


Nak buat puding ni kena ada roti sandwich yer. Kalau ada stok roti sandwich yang hampir nak expired tapi banyak lagi tu boleh ler cuba buat resepi ni. Mudah je... Kalau saya boleh, kowang sure lagi boleh kan...



PUDING TEMBIKAI

By: Sahabat FB


Bahan-bahan
  • 8 keping roti sandwich - racik-racik dan ketepikan
  • 1 paket agar-agar bertali dalam 25g - resepi asal 40g, Kalau guna serbuk ambik 2 peket 11g
  • 6 cawan air - boleh kurangkan sikit jadikan 5 cawan kalau guna 22g agar-agar
  • 1 1/4 cawan gula - resepi asal 1 1/2 cawan. Yang dah ok manis-manis buah
  • 1/2 tin susu pekat
  • Pewarna hijau dan merah/kuning
  • 2 sudu besar margarine/butter
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • Sedikit serbuk coklat - saya ganti dengan cincau. Cepat sikit proses

Caranya

1. Kalau guna cincau, cincang dulu bagi jadi kecil-kecil halus. Yang ni nak buat bentuk bijinya so agak-agak le yer.

2. Masak agar-agar bersama air sampai larut. Kacau selalu yer bagi jangan ada yang berketul-ketul.

3. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Kemudian masukkan pula susu dan margarine. Kacau lagi bagi sebati baru padamkan api.

4. Ambil separuh adunan dan kisar bersama dengan roti dan essen vanilla. Pastikan kisar hingga halus yer. Kemudian masukkan semula dalam baki adunan yang kat dalam periuk tadi dan hidupkan api semula. Kacau sehingga sebati.

5. Kalau tak der cincau, masa ni ambil sedikit adunan lebih kurang 1 sudu besar dan campurkan dengan serbuk coklat. Sikit je untuk buat biji tembikai. Kalau dah keras cincang-cincangkan dia.

6. Sendukkan sedikit adunan ke dalam loyang bulat atau empat segi. Agak-agak 1 senduk je untuk jadikan kulit tembikai. Tapi saya guna 1 cawan mudah sikit. Campurkan pewarna hijau. Kacau hingga rata dan sejukkan sekejap abgi beku sedikit. Tapi pastikan jangan terlampau keras nanti lepisan tu tak lekat antara satu sama lain pulak.

7. Agak-agak lapisan hijau dah mula keras sikit, masukkan pula adunan agar-agar tadi. Tapi yang ini pastikan plain jer yer, jangan campur dengan mana-mana pewarna. Ambil dalam 3/4 cawan jer. Biarkan macam yang hijau tadi. Jangan keras sangat juga.

8. Baki yang kat dalam periuk tu boleh ler dimasukkan warna merah atau kuning. Bila dah agak-agak lapisan putih tadi nak mengeras sikit, masukkan adunan berwarna merah/kuning ni. Kemudian taburkan hirisan cincau ataupun agar-agar coklat yang telah dicincang tadi.

9. Sejukkan diluar sebentar sebelum dibekukan di dalam chiller.


Puding ni enak dimakan sejuk-sejuk jadi.... Kalau dah keras tu keluarkan terus dari peti sejuk dan potong. Jangan tunggu lama-lama. Nanti lama-lama dia dah tak sejukkk. Hhehe. Selamat menjamu selera :)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...