Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 24 Julai 2012

Apam Marmar / Apam Indon


Assalamualaikum..


Saya ni suka sangat belek My Resepi kalau bukak internet ni. Skodeng mana-mana resepi yang best yang ada kat situ. Kalau tengok tu ha... Tangan ni memang sedia dengan pen dan kertas le sebab nak salin. Walau kesempatan membuatnya jarang menjelma tapi bab menyalin memang wajib hihi.


Yang paling best kat situ banyak resepi yang boleh dicuba dan Insyaallah menjadi. Buat yang pertama kali mencuba macam saya, pastinya column comment kawan-kawan yang pernah cuba tu yang dilihat sama. Kat situ pun kaau rajin scroll ke bawah baca banyak soalan dan jawapan yang boleh kita rujuk untuk masak hidangan yang kita tengok tu.




Di situ, salah seorang yang glamer dengan resepi yang best adalah abang Mat Gebu selain daripada Kak Fida dan lain-lain. Banyak hidangannya yang dikongsikan. Selain itu saya juga rajin melawat laman blognya Dapur Tanpa Sempadan tu selain jadi rakannya di FB. Koleksi gambarnya memang menarik mata ni menjamu selera hidangan yang disediakan. Walau tak dapat menjamah dapat pandang pun dah cukup puas.


Salah satu hidangan yang menarik minat saya untuk mencuba adalah Apam Marmar yang dikatakan resepi dari Indonesia. Dengan rupanya yang amat menarik, memang tak sabar nak cuba. Tengok pula kawan-kawan lain yang dah cuba menjadi semuanya lagi ler tak tahan diri. Siap dengan gambar step by step memang mudah le nak rujuk.


Tu hari bila ada kesempatan saya pun cuba ler buat. Alhamdulillah menjadi walaupun pertama kali mencubanya. Memang gebu dan lembut sangat. Manisnya pun cukup-cukup je. So sesuai sangat dengan tekak saya ni. Makan pulak panas-panas bersama teh o memang masyuk habis. Nyum nyum nyum....


Tapi ni dalam bulan Ramadhan ni, kena tunggu berbuka ler kot nak rasa. Tapi dah tahu dah rasanya yang memang sedap dan gebu gebas so tak risau ler nak buat untuk buat buah tangan masa berbuka kat rumah mak nanti.



~APAM MARMAR~

Khas dari Indonesia

By: Mat Gebu @ Myresepi.com


Bahan untuk tin berukuran 10 inci:
  • 250g tepung berserbuk penaik
  • 200ml santan
  • 200g gula halus
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1 sudu besar ovalett
  • Secubit garam
  • 2 jenis pewarna yang digemari

Caranya:

1.  Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali pewarna.

2.  Pukul dengan speed perlahan sehingga bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.

3.  Bahagikan kepada 3 bahagian. Satu biarkan kosong dan dua lagi warnakan ikut 2 warna berlainan.

4.  Dalam tin yang telah dileserkan dengan mentega, bubuh warna berselang-seli diikuti bahagian yang tanpa warna pada bahagian atasnya.

5.  Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebanyak 1-2 kali. Kukus atas air mendidih selama 45 minit.

6.  Angkat dan keluarkan dari acuan setelah masak. Biar sejuk baru dipotong.


Tapi tu la apsal yer saya punya atas tu jadi macam gambar kat bawah ni? Kalau ada kawan-kawan tahu boleh tak tolong ceritakan sebabnya? Saya dah cover dengan kain dah tudungnya tapi masih jadi tinggi rendah permukaannya. Pening pening pikir apsal...

Alhamdulillah walau tinggi rendah hasilnya memang best. Dah beberapa kali saya buatnya untuk hidangan sekeluarga dan kalau ada majlis apa-apa. Tapi tu ler... Tak puas hati kat tinggi rendah tu huhu... TOLONGGGGGGG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...