Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 23 Julai 2012

Celoteh Di Pagi 3 Ramadhan 1433H



Dah lama saya tak berceloteh kat sini. Asyik post cerita, info dan berita heheh. Banyak sangat rasanya yang nak dikongsi tu sebab saya kurang berceloteh. Rasa macam semuanya penting jer untuk dikongsikan. Kalau tak kongsi rasa rugi ler pulak... Tapi hari ni saya nak berceloteh sikit.


Dah masuk 3 Ramadhan dah yer. Salam 3 Ramadhan semua. Sedar tak sedar dah 3 hari kita berpuasa. Puasa kali ni rutin kami berubah sikit. Kali ni kami kena jaga nenek yang uzur kat rumah mak. So buka puasa sekarang harus kalau tak der apa-apa projek, kena berangkat ke rumah mak untuk berbuka. Mak nak bertarawikh di masjid. Rugi katanya. Sib baik rumah mak tak jauh sangat. Laluan kitarang jer heheh.


Tu hari sehari sebelum puasa Mr Hb ke KL untuk settlekan urusan di Mydin dan memproses kemasukkan Cili Boh Asli 2 Puteri ke Pasaraya Mydin. Isk kesian le juga sebab masa balik tu bas dia lewat. Pukul 10.30 malam baru dapat. Tu pun sib baik beli tiket pergi balik kot tak kena naik bas sekolah ler. Dia pulak selesai berurusan petang lagi dah. So kena lepak Pudu Central sampai kul 10.30 malam ler jawabnya. Dia sampai rumah jam 4.15 pagi. Terus sahur le kami.


Kadang-kadang tu ler kita ni merancang tapi tak sedar situasi. Macam Mr Hb, rancang ke KL untuk settlekan urusan kat Mydin. Dia terlupa yang awal puasa orang ramai balik ke kampung untuk raikan puasa pertama masing-masing di kampung. Akibatnya... Menanti ler kawan kat Puduraya tu. Nak berjalan-jalan ke mana-mana Mr Hb ni payah sikit. Lagi rela duduk situ lelama hihihi. Sian dengar. Tapi apa pun Alhamdulillah semuanya selesai.


Keesokan harinya pulak kami ke Penang untuk hantar Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke Mydin Bukit Jambul. Alhamdulillah sambutan orang Penang memang best sangat terhadap Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami. Terima kasih semua :).


Sejak amalkan minum teh D-tox ni puasa kitarang lega ler sikit. Kalau tak tengah hari sure kruk krak berbunyi sebab lapar. Tapi sejak minum teh D-tox ni perut tahan ler sikit. Alhamdulillah lega ler juga. Masa berbuka puasa pulak kami cuma jamah sikit jer juada berbuka. Tak macam dodulu. Harus berbondong-bondong juadah yang dibeli. Kalau masak pun banyak cam 3-4 orang nak makan. Sedangkan yang makan cuma 2 orang jer huhuh. Harap-harap puasa kali ni berat badan yang terlebih dulu dapat dikurangkan sikit. Tak ler sakit sangat kaki ni nak tampung berat badan yang comel ni hihihi.. Aaamiin.


Mr Hb dah berjaya turunan beratnya hingga 89.2kg. Alhamdulillah. Kalau tak hampirrr sangat ada 3 nombor kat beratnya tu. Saya pun dah kurang sikit. Tapi macam biasa ler mungkin faktor usia, jantina dan aktiviti, berat saya cuma turun 5kg jer sejak minum teh D-tox ni. Tapi baru sebulan jer kitarang amalkan jadi tak ler saya sedih sangat walaupun dihati jeles sangat kat Mr Hb. Ahhh janji turun walau pun secara berdikit-dikit dari tak turun langsung macam dulu. Tak gitu???


Alhamdulillah bila tengok perubahan kami, ramai gak sahabat handai yang turut beli teh D-tox ni. Walau baru sebulan dah 3-4 kali gak ler kami ambil stok dalam jumlah yang banyak gak untuk dijual pada rakan-rakan. Syukur sangat... Ada gak ler duit saku heheh. Produk lain pun macam Collagen, Miracle Touch Foundation, Sabun, Serum dan UV Lightening pun laris sangat. Yang saya tak sangka lelaki yang berusia pun turut beli Serum, Collagen, UV Lightening dan Miracle Touch untuk kegunaan mereka sendiri. Tapi yang nyatanya foundation tu tak nampak pelik walau lelaki yang pakai sebab ianya akan adsorb dalam kulit jadi nampak natural  dan bersih jer muka tu.


Sebut pasal muka bersih, Mr Hb sekarang pun dah mula guna Sabun Pencerah yang saya jual tu. Kalau tak jangan harap ler dia nak guna. Paling-paling pun sabun mandi jer dia guna. Tapi sejak abang ipar puji muka Mr Hb nampak cerah dan bersih lepas minum teh D-Tox ni (dia tak ambil yang lain asalnya), syukur lah dia dah pandai jaga kecantikan kulit. Dah terlebih guna pulak dia sampai ke badan pun heheh. Ok ler tu sebab dia kerjanya bawa produk kami berjualan ke sana-sini. Kena panas, habuk bagai. Elok ler jaga sikit kebersihan wajah. Nanti nak try pujuk dia guna UV Lightening pulak. Kan per dok berjemur tu harus berkilat jadinya so kalau guna UV Lightening tak hindar ler sikit kulit tu dari dimamah cuaca panas terik matahari. Berjayakan???? Isk tu yang payah sebab dia tergolong dalam kategori macho tak layan benda-benda kecantikan ni....


Berbalik pada puasa. Anak sulung, Afif cuma puasa setakat jam 10.00 pagi jer puasa kedua tu. Takut mati tak makan katanya. Mulanya minta susu (yang tak pernah dia minta sebenarnya), pastu minta milo. Last-last dia ambil sendiri vitamin dn makan. So tertunak gak ler hajatnya untuk tak puasa. Isk... Anak dareku. Hari ni pulak tak puasa sebab dia selsema. Jadi nak makan ubat lagi. Bila ler nak mula ajar ni... Dah 6 tahun dah. Si adik, Izaz pulak yang sungguh-sungguh nak puasa heheh. Harap-harap nanti lepas dia baik selsema nanti dapat ler mula balik ajar dia puasa.


Ok lah dah panjang lebo pulak rasanya saya menceceh heheh. Asal jangan mula kata orang hahhah. Ok salam Ramadhan semua :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...