Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 31 Januari 2013

Jenis-jenis Pisau, Perbezaannya dan Tips pilih pisau yang tepat

Kalau kita pergi pasaraya, di bahagian kitchen ware pastinya kita tengok banyak sangat kan jenis-jenis pisau yang dijual. Ada yang kecil, besar bagak, lebar, panjang, runcing dan macam-macam le bentuknya. Ada yang tergantung satu dan ada yang dalam bekas sebab dijual set. Isk.. Kadang-kadang tengok naik pening gak ar sebab tak faham pun kegunaan setiap satunya. Yer la... Saya ni satu tu le yang ado pakai untuk semua dari potong sayur, buahan sampai siang ayam yang tulang selonggok sana sini. Payah gak tapi tak reti nak guna yang besar-besar bagak. Tah le... Rasa kecut sikit nak pakai yang besar-besar tu. Agaknya tu yang tak layak nak belajar masak kat mana-mana tempat. Kang pengajar tu sakit tekak bising kat saya hihihi.


Hari ni tergerak gak le hati nak skodeng kat tenet ni nak tahu pasal cik pisau yang pelbagai ni. Kot-kot lepas ni dapat seru untuk guna ikut functionnya sebab tu hari bapa saudara saya, Haji Abdul Aziz K.S Mohamed dan isteri, Hajah Banin buat bawang goreng... Waduhhhhh cantik sangat. Nampak sama je besarnya. Bapak saudara saya tu yang potong rapi dan isterinya pulak yang gorengkan. Sampai habis kitarang meratah gitu je sebab best. Isk.. Ada ke rezeki saya nak tuntut ilmu dari diarang ni??? Moga Allah tunaikan hihihi. Rugi ooooo.


Sib baik skodeng tak lama dah jumpa. artikel pasal jenis-jenis pisau ni saya ambil kat laman centralhousewares. Sib baik le diarang sudi kongsikan ilmu ni untuk orang-orang macam saya. Saya copy pastekan untuk perkongsian dengan sahabat kat sini dan sebagai rujukan saya bersama anak-anak kelak....




1) Chef Knife  adalah pisau yang paling banyak digunakan surirumah dan seperti namanya Chef le hihihi.  Pisau sepanjang 8-10cm ini dapat digunakan untuk memotong sayur, mengiris daging, atau mencincang segalanya. Memang multifunction sungguh.





2) Paring Knife atau Peeler atau Pisau Iris atau Slicing Knife, tak tahu le yang mana satu betul sebenarnya. Rasanya Slicing Knife tapi kalau tengok kat kedai-kedai tulis paring bentuknya lebih kecil dan pendek, hanya sekitar 3-4 cm.  Pisau ini dapat memudahkan kita untuk mengupas kulit buahan dan sayuran sebab bentuknya yang sedikit ramping dan tipis. Ada juga yang potong nipis daging guna pisau ni.

Yang ni yang bapa saudara saya tu gunakan untuk potong bawang. Memang cun jadinya. Samaaaa je. Tapi kalau nak guna untuk bawang sebaiknya asingkan dari untuk potong buah sebabnya air bawang tu buat pisau kita cepat tumpul. Kalau tak pun, sebaik lepas guna tu terus basuh jangan ditinggal-tinggal sekejap pun. Petua saya le. Tapi yang sure, pisau kat rumah ni jarang tumpul.


3) Boning Knife dengan bentuk ujung yang agak melebar. Bentuknya yang ramping dan panjang, maka pisau yang satu ini paling tepat di gunakan untuk membersihkan tulang di dalam daging atau kulit ayam, memisahkan ayam dari tulangnya dan membuat irisan yang tipis dan kecil.


4) Meat Cleaver atau Pisau daging.  Pisau ini agak berat, dan digunakan untuk memotong daging. Pisau ini banyak digunakan juru masak China sehingga juga bisa dinamakan Chinese Chef's Knife. Pisau ini mempunyai penampang yang sangat besar dan lebar. Kegunaan terbaik dari pisau ini untuk membelah dan memotong tulang ayam. Dan dapat digunakan untuk memotong sayur, mencincang daging, mengiris serta ketuk bagi hancur bawang putih, serai atau halia.

Palinggg saya takut nak guna. Nampak cam nak hentak orang je tak pun kalau guna terhentak tangan sendiri. Huhu naya. Allahyarham nenek selalu guna untuk kopek kelapa hik hik... Pelbagai guna gak ar pisau ni.


5) Filet Knife digunakan untuk memotong filet ikan.


6) Bread Knife adalah pisau panjang yang sebelah sisinya bergerigi.  Pisau ini memudahkan kita untuk memotong roti supaya tidak hancur, terutama roti yang permukaannya agak keras tapi dalam lembut. Boleh gak le kalau nak potong kuih yang macam cucur tu. Gerigi pada mata pisau ini memberi hasil potongan yang licin, bagus dan tidak hancur. Masa memotong juga tidak perlu ditekan lebih lama tapi hasilnya yang cantik je. Kalau guna pisau biasa tak akan dapat hasil yang cantik macam ni sebab tekstur roti biasanya kasar. Kuih atau kek pun walau apa pun jenisnya seperti kek buah atau kacang lebih mudah dipotong dengan pisau ini.

Pisau ini harganya sedikit lebih mahal dari pisau biasa. Tapi functionnya hebat. Nak bersihkan pun mudah. Bersihkan pisau dari sisa remahan roti atau kuih. Cuci dengan air sabun hangat lalu keringkan segera. Sayangnya mata pisaunya yang bergerigi tidak mudah diasah seperti pisau dapur.



7) Pisau Ukir atau Paring Knife adalah pisau yang kecil dengan bentuk lekungan pada ujungnya pisau ukir ini memang sangat baik bila di gunakan untuk mengkir buah atau sayur, sesuai dengan namanya. Sehingga hasil daripisau ini akan bagus dan yang pastinya akan sesuai dengan hiasan sayur atau buah yang kita inginkan jadi bentuk-bentuk yang menarik


Lagi satu terdapat sebab adanya perbezaan pada Hulu Pisau yang dijual. Tujuannya kata gulamolasses, adalah untuk mematuhi standard yang ditetapkan oleh standard HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point) untuk kegunaan antarabangsa. Pisau ini functionnya digunakan mengikut warna untuk setiap sektor/bidang/kawasan masing-masing. Tujuannya ialah untuk menyekat pencemaran (cross-contamination) diantara tempat supaya tidak merebak pelbagai masalah kepada makanan seperti bakteria/patogen/kulat/keracunan dan lelain yang seangkatan dengannya dikawasan masing-masing. Walaupun ada berbagai jenis warna tapi bilah pisau tu sama saja. Tak kira le warna apa pun sebab warna hulu tu ikut citarasa kita le kan. Tapi yang ni untuk kegunaan industri. Kang buat yang bahaya kat customer kang kan naya...


HACCP warna kod untuk bidang kegunaan pisau 



Hulu hitam - warna 'universal' untuk kegunaan am 



 Hulu merah - untuk daging mentah

Hulu biru - untuk ikan mentah


Hulu kuning - untuk daging masak


Hulu hijau - untuk salad / buah-buahan


Hulu perang (brown) untuk sayur-sayuran

Hulu putih - untuk produk tenusu / bakery / kuih

Ha... Agak-agak faham le kot yer hihih. Ini adalah tips perkongsian Chef Andi dari glodokelektronik tentang cara pemilihan pisau yang baik

  • Stainless steel : Pisau yang baik adalah pisau yang menggunakan Stainless steel pada bagian bilahnya. Mengapa harus stainless steel? Kerana bahan ini tahan karat dan pisau yang menggunakan bahan ini mudah sekali untuk dibersihkan.

  • Ada tanda aman (selamat) : Perhatikan apakah pada pisau yang anda beli terdapat tanda aman. Aakah pisau itu aman untuk digunakan pada semua jenis  makanan atau tidak. Mungkin maksud chef tu sesuai untuk semua jenis makanan kot. Lebih kurang la hihihi..

  • Uji cuba sebelum membeli :Tidak ada salahnya mencuba pisau yang akan dibeli kalau pihak penjual benarkan le yer. Tapi pastikan periksa apakah pisau yang anda beli benar-benar tajam atau tidak. Caranya test kat hujung jari. Jangan pulak tekan bagi luka tu bukan test dah namanya... Ala-ala lalu je.



Rabu, 30 Januari 2013

Sejarah & Pelancongan : Bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan



Ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak, Ipoh merupakan sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur,George Town, dan Johor Bahru.

Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-daerah sekitarnya selian daripada lokasi yang terkenal dengan perlombongan Bijih Timah. Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" panggilan oleh orang putih atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka. Manakala orang Cina pula menyebutnya sebagai 'Ipoh' atau 'Paluh'.


Sehingga tahun 1980an, Sungai Kinta menjadi perhubungan utama di antara Ipoh dengan kawasan-kawasan lain dalam atau luar negeri Perak. Selepas tahun 1874, perkembangan daerah Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan melalui Sungai Kinta. Kenderaan seperti sampan, gajah dan kereta lembu memakan masa yang lama. Dalam tahun 1884, jalan raya wujud menghubungi kawasan perkampungan Gopeng dan pelabuhannya di Kota Bharu dan seterusnya menghubungkan kawasan perlombongan Papan dengan Batu Gajah.

Sehingga tahun 1889, hospital telah mula dibina di Ipoh dan hospital baru pula dibina di antara kawasan stesen keretapi dan Balai Polis Pusat. Manakala tahun 1889-1890. Dalam tahun 1893, lebih separuh rumah-rumah atap telah di robohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan jenis batu, begitu juga longkang dan parit telah diperbaharui. Jalan-jalan disusun semula dan pokok-pokok untuk berteduh ditanam. Dalam tahun ini juga, 'Ipoh Sanitay Board' telah diwujudkan dan ia bertanggungjawab tentang kebersihan Ipoh. Dalam bidang pelajaran, Sekola Menengah Rendah Inggeris yang pertama di daerah Kinta telah dibina dalam tahun 1895 dan dikenali sebagai Anglo Chinese Boys, Ipoh.

Ipoh telah menjadi bandar yang terbesar di negeri Perak dan kedua besarnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895. Pada masa itu juga perhubungan jalanraya antara Ipoh dengan tempat-tempat lain di Lembah Kinta diperbaiki. Jambatan kayu menyeberangi Sungai Kinta diganti dengan jambatan besi pada tahun 1900.


Perkhidmatan dan kemudahan awam disediakan. Pembekalan bahagian sistem pembentungan ditubuhkan pada tahun 1898 dan diperkenalkan penggunaan tangki najis pada tahun 1905. Kawasan lapang pertama telah diadakan pada tahun 1898 yang kini dikenali sebagai 'Padang Ipoh'. Padang Kelab Lumba Perak dibina pada tahun 1904, 'Peoples Park dan kawasan memperingati J.W.W Birch (James Ewheeler Woodford Birch) telah dibina pada tahun 1909.

Di antara tahun 1905-1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh berkembang hingga menyeberangi Sungai Kinta dan di sini wujudnya Pekan Baru (Ipoh New Town) ke Jalan Anderson. Stesen keretapi, hotel, dewan bandaran (town hall), dan pejabat pos juga dibina. Begitu juga panggung wayang dan kenderaan bermotor telah mula mengambil tempat di Ipoh.

Perkhidmatan bas bermula pada tahun 1910 dan tahun 1911. Pejabat pendaftar kereta motor telah ditubuhkan di Ipoh. Pada tahun 1905-1915, 'Kinta Saitary Board North' telah diwujudkan dan tahun 1916-1941 'Kinta District Board' yang diwujudkan diketuai oleh A.S Jelf di bawah pentadbiran 'British Military Administration' mengambil tempat.

Manakala dalam tahun 1946-1954, 'Kinta Town Board' telah wujud yang bermula dibawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker menjadi pengerusi 'Ipoh Mengelembu Town Council' ditubuhkan pada tahun 1957-1962 diketuai oleh Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei 1962, Ipoh telah dinaikkan ke taraf perbandaran dan dikenali sebagai 'Majlis Perbandaran Ipoh' yang dipengerusikan oleh E.G Walker.


Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu Negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh' dan ketua eksekutifnya bergelar Datuk Bandar. Sebagai Ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh merupakan pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kebudayaan, kewangan, politik,keagamaan dan juga pendidikan.Kini dibawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus berusaha untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah bandar yang dinamik dan unggul. Kini, Ipoh telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh.



Secara sejarahnya, Ipoh terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya. Terdapat 25 buah pekan dan bandar disekitar Ipoh di bawah pentadbiran MBI antaranya:
  1. Ampang
  2. Bercham
  3. Buntong
  4. Chemor
  5. Cyber City
  6. Falim
  7. Station 18
  8. Sunway City
  9. Tambun
  10. Taman Cempaka Ipoh
  11. Tanjung Rambutan
  12. Tasek

Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun terdiri daripada kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh.


Catatan Sejarah 


Berikut merupakan fakta-fakta yang boleh diungkapkan dengan kewujudan Bandaraya Ipoh dan serba sedikit mengetahui tarikh-tarikh Ipoh ditubuhkan.
  • 01.01.1980 - Majlis Perbandaran Ipoh ditubuhkan
  • 12.05.1988 - Ipoh diisytiharkan sebagai bandaraya.
  • 01.10.1989 - Majlis Perbandaran Ipoh mengambil alih pentadbiran Zon Perdagangan Bebas di Jelapang II seluas 3394 hektar.
  • 21.03.1989 - Majlis Perbandaran Ipoh menjalin hubungan di antara Datuk Bandar Ipoh dengan Bandaraya Fukuoka, Jepun sebagai bandaraya kembar atau 'Sister City'.
  • 1991 - Penduduk MBI seramai 382,633 orang dengan keluasan 134.7 km/persegi.
  • Ipoh turut menjalinkan hubungan dengan Guangzhou, China juga dibawah konsep bandaraya kembar/'sister city'

Ekonomi


Pembangunan ekonomi di Ipoh mula berkembang kebelakangan ini. Banyak pusat-pusat perniagaan, perumahan dan pusat hiburan yang tumbuh dengan pesatnya. Antara kawasan yang mula berkembang naik adalah Greentown, Meru Raya, Medan Ipoh Bestari dan Station 18.

Dengan perkembangan yang semakin pesat ini, pihak pemaju juga semakin berani melabur di Bandaraya ini. Antaranya Mydin Hypermarket telah membina 3 buah cawangan pasarayanya secara sekaligus di Negeri ini pada tahun 2012. Sebuah lagi cawangan pasarayanya di dalam perancangan iaitu berlokasi di Ulu Kinta. Selain itu beberapa perancangan pelaburan lagi yang telah dirancang untuk merancakkan lagi perkembangan Bandaraya Ipoh ini adalah melalui pembinaan antaranya I-Avenue dan Lang Valley Mall.


Pelancongan

1) Lost World of Tambun


Merupakan tarikan dari Sunway City Ipoh yang terletak di Tambun, Lost World of Tambun adalah antara taman tema air di Perak. Ia akan membawa anda ke pengembaraan yang penuh dengan keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan. Terletak di antara kawasan rimbunan kehijauan dan batu kapur, Lost World of Tambun menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik sehingga membuatkan anda ingin datang kembali.

2) Muzium Darul Ridzuan


Muzium ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh yang berhampiran dengan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Telah dibuka pada tahun 1992 dan bangunan muzium telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu. Ia memaparkan pelbagai jenis artifak menarik yang berkaitan dengan sejarah dan pembangunan bandar Ipoh terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah.

3) Muzium Geologi



Muzium ini mula ditubuhkan sejak tahun 1957 berlokasi di Jalan Sultan Azlan Shah. Ia memaparkan pelbagai jenis mineral, batuan fosil dan batu permata dari dalam dan luar negara yang berjumlah lebih 600 koleksi.

4) Tokong Gua


Sepanjang Jalan Gopeng, kelihatan banyak tokong-tokong gua yang merupakan kebangaan Ipoh. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong merupakan antara tokong-tokong ternama di situ. Dinding gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan agama Tao dan Buddha. Di Jalan Kuala Kangsar pula tokong gua yang paling popular adalah Perak Tong.

5) Tokong Paloh Ku Miew
Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat dilihat daripada jambatan Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) yang memisahkan pekan baru dengan pekan lama Ipoh.

6) Masjid Panglima Kinta


Masjid ini dibina oleh Dato Panglima Kinta. Masjid ini terletak di pekan baru Ipoh. Masjid ini juga dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi umat Islam bersembahyang dan melakukan Ibadah. Menjadi salah satu mercu tanda yang terkemuka di Ipoh yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat Islam keseluruhannya sebagai asas kepada Islam

7) Taman Dr Seenivasagam


Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang lama dibina di Ipoh, sesuai untuk pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika taman diluar negara, iaitu Taman Jepun yang hanya terletak bersebelahan dengan pintu masuk utamanya.

8) Struktur Bangunan di Bandaraya Ipoh


Struktur bangunan yang terdapat di bandaraya Ipoh sangat unik dan bersejarah, banyak bangunan lama yang dicantikkan dan berwarna warni menjadikan Ipoh sangat terkenal dengan bangunan bersejarah yang cantik. Pada masa sekarang MBI dalam usaha membaik pulih semua bangunan lama untuk cantikkan dan jadikan sebagai tarikan pelancong.

9) Kinta Riverfront



Destinasi baru yang menarik di Ipoh iaitu di Kinta Riverfront terdapat sebuah hotel baru. Pemandangan menarik di sini adalah sekitar Sungai Kinta yang dihiasi dengan Lampu LED sepanjang Sungai Kinta dihadapan hotel Kinta Reiverfront menjadikannya jolokan I-city Ipoh. Selain itu, Jambatan-jambatan terkenal diseluruh dunia dibina dalam saiz mini disepanjang sungai kinta ini menjadikan ianya sangat menarik sebangai destinasi bergambar. Ianya satu destinasi baru bagi Ipoh dan pembinaannya masih belum siap sepenuhnya.

10) Bulatan Sultan Idris


Bulatan Sultan Idris merupakan bulatan yang menjadi mercu tanda bagi Bandaraya Ipoh. 

11) Stesen Keretapi Ipoh


Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. 

12) Kolam Renang Dewan Bandaraya Ipoh


Komplek Kolam Renang Dewan Bandaraya Ipoh adalah antara yang terbesar dan termoden di Asia Tenggara yang dibina bertaraf Olimpik. 

13)  Tugu Peringatan J.W.W Birch


Merupakan sebuah mercu tanda bersejarah yang terkenal Bandaraya Ipoh. Birch Memorialmerupakan Menara Jam yang dibina pada tahun 1909 untuk memperingati J.W.W. Birch,yang telah dibunuh di Pasir Salak pada tahun 1875.

14) Pusat Perkelahan Chepor


Pusat Perkelahan Chepor merupakan tempat perkelahan yang paling popular di Ipoh. Airnya yang sejuk dan nyaman memberi ketenangan kepada mereka yang ingin melepaskan penat lelah selepas bekerja terutamanya pada hujung minggu bersama keluarga. Pengunjung dapat menikmati pemandangan indah Pusat Perkelahan Chepor pada bila-bila masa.

15) Perpustakaan Tun Abdul Razak



Perpustakaan Tun Abdul Razak menyediakan banyak bahan rujukan dan bacaan untuk semua golongan.

16) Taman Jepun


Taman Jepun terletak di Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam atau Taman D.R di Ipoh, Perak. Dengan keluasan 1.2 hektar, taman ini dibina mengikut struktur lanskap yang unik sama seperti taman Jepun yang terdapat di Fukuoka. 

17) Taman Rekreasi Gunung Lang


Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri.  

18) Gerbang Malam

Gerbang Malam yang menjadi salah satu tarikan pelancong dalam dan luar - azamnecrone
 
Gerbang Malam terletak di tengah-tengah Bandaraya Ipoh dan dibuka setiap hari pada pukul 8-12 tengah malam


19) Ipoh's Memory Lane





Flea Market / Pasar Karat ini terletak di Memory Lane, Ipoh dan dibuka setiap hari Ahad pagi.


Selain dari tarikan yang dinyatakan untuk pelancong dalam dan luar negara, Ipoh telah dilabelkan oleh para seniman dan penerbit sebagai salah satu lokasi sesuai untuk penggambaran melihatkan kepada kecantikan alam semula jadinya. Filem-filem yang diterbitkan dan dilakonkan di Ipoh diantaranya ialah:


  • 1980 - Potret Maria, dibintangi Sarimah Ahmad, Rubiah Suparman dan Zulkifli Zain
  • 1999 - Anna and the King, dibintangi Chow Yun-Fat dan Jodie Foster, diarahkan oleh Andy Tennant.
F. M. S. Bar & Restaurant  was founded in 1906 by a Hainanese immigrant. F. M. S. stands for Federated Malay States, reputed to be the oldest restaurant in Malaya.


  • 2002 - Embun, diarahkan oleh Erma Fatima.
  • 2003 - Paloh, diarahkan oleh Adman Salleh.
  • 2003 - Kadhal Kisu Kisu, diarahkan oleh P. Vasu.
  • 2004 - Tun Tan Cheng Lock.
  • 2005 - Sepet, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad.
  • 2005 - Gubra, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad.
Hongkong and Shanghai Bank was built in 1931 in Neo-Renaissance style. It was the tallest in town until post-independence and still operating until this very day.

  • 2006 - After This Our Exile, dibintangi oleh Aaron Kwok dan Charlie Young, diarahkan oleh Patrick Tam.
  • 2006 - Goodbye Boys, diarahkan oleh Bernard Chauly.
  • 2006 - Lust, Caution, dibintangi Tony Leung Chiu Wai dan Lee-Hom Wang, diarahkan oleh pemenang Oscar dari Taiwan Ang Lee.
  • 2007 - Mualaf, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad
  • 2008 - Telent Time diarahkan oleh Yasmin Ahmad
  • 2010 - Love and Death in Java, diarahkan oleh Bill Donovan
The Town Padang Mosque was constructed by Shaik Adam, a wealthy Tamil Muslim in 1908 in Mogul style at a cost of $500,000. - Ipoh Mali Photography
Chung Thye Phin Building was built in 1907 by the last Kapitan Cina of Perak and the building was named after him. It has long been associated with medicine, which it first housed Dr RM Connelly's Medical Hall, then Oldfields Dispensaries and finally Georgetown Dispensaries, which was closed down many years ago.
Straits Trading Building  where OCBC Bank housed currently. This building was erected in 1907 in Italian Renaissance style, with a corner clock tower on top of the building. At the peak of their business, Straits Trading Company handled half of the tin ore sales in the state.


 
Pendidikan

Big 3 di Ipoh selalunya merujuk kepada 3 buah sekolah missionarya atau mubaligh atau nama jalanannya sekolah orang putih. Sebab apa dinamakan sekolah orang putih ialah sebab ianya dibuka oleh orang putih yang selalunya orang kuat gereja.

1) Methodist ACS


Ditubuhkan pada 31 Julai 1895 menjadikannya antara sekolah tertua di Ipoh. Letaknya di Jalan Lahat dan merupakan antara sekolah pertama di Malaysia yang ada kolam renang, gimnasium dan gelanggang badminton.

Sebagai sebuah sekolah mubaligh dan methodist, hanya lelaki dibenarkan belajar di sekolah ini dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5. Bila dah masuk Tingkatan 6 barulah ada pelajar perempuan yang lazimnya datang dari Sekolah Perempuan Methodist atau nama glamernya MGS (Methodist Girl School). Antara yang paling menarik belajar di Methodist ACS ialah dalam jadual waktu sekolah ada slot 'Kelas Renang'.

2) Anderson


Ditubuhkan pada 6 Februari 1909 dan terkenal di seluruh Malaysia sebagai sekolah hoki yang kuat sebelum wujudnya sekolah sukan macam Bandar Penawar atau Bukit Jalil. Terletak di Jalan Hospital dan betul-betul berdepan dengan Hospital Besar Ipoh atau nama sekarangnya Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Macam ACS juga, sekolah ini hanya menerima pelajar lelaki sehingga ke Tingkatan 5. Antara bekas-bekas pelajar yang power dari sekolah ini macam Megat Junid Megat Ayob, Tajol Rosli, Samy Vellu, Ahmad Boestamam dan Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai kartunis Lat.

Anderson pernah dijadikan lokasi untuk penggambaran filem terakhir arahan arwah Yasmin Ahmad iaitu Talentime.

3) St Michael


Pada tahun 1912 Reverend Father JB Coppin telah membeli sebidang tanah di Kampung Pisang. Tujuan beliau membeli tanah bukanlah kerana hendak berkebun pisang tetapi membuka sekolah adanya. Tanggal 4 Disember 1912 lahirlah St Michael.

Sama seperti ACS dan Anderson, St Michael adalah sebuah sekolah khusus untuk budak lelaki sahaja. Antara kebanggaan St Michael ialah persatuan pengakap mereka yang dikenali sebagai 02 Kinta dan merupakan pengakap paling steady dalam Malaysia. Selain dari itu sekolah ini antara segelintir sekolah di Malaysia yang ada menawarkan sukan golf kepada para pelajar.

Macam Anderson, St Michael juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahan Yasmin Ahmad iaitu Sepet dan Gubra. Agaknya kalau Yasmin Ahmad tak meninggal lagi mungkin ACS pun dah jadi lokasi penggambaran.

Hari ini semua Big 3 ini diiktiraf sebagai sekolah elit di Perak dan merupakan antara yang terbesar dari segi jumlah pelajar. Dan macam biasa, sebagai Big 3 ketiga-tiga sekolah ini selalu bermusuhan antara satu sama lain baik dari segi akademik, sukan atau pun berebut awek sekolah MGS, Main Convent, Tarcissian, Ave Maria dan sebagainya.


Satu lagi sekolah yang hebat tapi tak termasuk dalam group Big 3 adalah Sekolah Menengah Gunung Rapat, sekolah saya dari form 1 - 4 1/2 heheh yang setengah lagi saya dah bertukar ke Kedah pulak. Apa pun saya sayangggg sangat sekolah ni tau. Terasa rugi minta berpindah dulu tapi sesal dahulu pendapatan kan.... Sekolah yang terkenal sebagai Sekolah Sukan Negeri diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Maknanya handal dari segi akedemik dan sukan. Hebatkan???


Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat adalah sekolah harian terbaik di negeri Perak dan terletak kira-kira 8 km dari pusat bandaraya Ipoh. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1984 dengan menerima pelajar-pelajar daripada sekolah rendah yang berhampiran. Pada tahun 1989, SMKGR mula menerima pelajar-pelajar luar daripada 3 buah sekolah rendah asrama desa iaitu Pasir Panjang Ulu, Batu Kurau dan Lenggong. Dalam masa yang sama, SMKGR juga menerima pelajar-pelajar dari luar bandar melalui Program Rancangan Khas (saya le antara studentnya masa tu). 

Pada tahun 1991 sehingga 1999, bilangan tenaga pengajar dan pelajar terus bertambah. SMKGR juga telah terpilih sebagai Akademi Sukan Negeri (ASN) dan juga telah terpilih untuk untuk menjalankan Projek Tunas Cemerlang Olahraga yang dibiayai oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Pada tahun 1998, SMKGR telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM. Pada tahun yang sama juga, sekolah ini telah dinaikkan taraf ke sekolah gred A. Dewan sekolah ini telah mula dibina pada tahun 1999 dan mula digunakan untuk pelbagai aktiviti pada tahun 2001. SMKGR telah dianugerahkan Keputusan Pencapaian tertinggi Daerah Kinta PMR dan SPM. Pada tahun 2002, SMKGR sekali lagi mengekalkan kecemerlangan akademik dan menerima Anugerah Gemilang Akademik SPM dan PMR bagi kategori Sekolah Menengah Bandar. Pada tahun 2005, SMKGR telah dianugerahkan "Anugerah Sekolah Lima Bintang".

Pada Mac 2007, SMKGR telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila diiktiraf sebagai "Sekolah Kluster Kecemerlangan" bagi kategori sekolah harian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2008 pula, SMKGR telah dijadikan sebagai Sekolah Sukan Negeri Perak. Justeru, pelbagai alatan dan kelengkapan sukan mula dibekalkan kepada sekolah ini. Antaranya ialah dengan pembinaan sebuah stadium mini dan juga trek sintetik yang telah siap pembinaannya pada Jun 2010. Pada tahun 2009, SMKGR telah dianugerahkan "Anugerah Cemerlang PMR 2009" bagi kategori Pencapaian Sekolah Terbaik Daerah Kinta Utara oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.


BArisan orang-orang kuat SMGR 2009 bersama ayahanda Dato Salleh (pengetua sekolah) yang tercinta - Diana Hussain


Banggakan?? Kembang kempis hidungku sebab pernah jadi salah sorang daripada warganya. Tapi satu yang saya confirm, ramai sahabat yang keluar dari sekolah tercinta ni sebagai orang-orang yang hebat! Bangga sangat dengar tapi malu pun ada sebab saya je yang gagal. Tapi kalau le dulu saya tahu kelemahan saya, mungkin nasib saya pun macam diarang. Tapi tu le suratan Allah tak siapa yang tahu. Moga ada kebaikan disebaliknya... :)




Sukan

Satu kawasan yang luas iaitu di Kampong Simee telah dipilih oleh Dewan Bandaraya sebagai Pusat Sukan. Sukan utama yang popular bagi bola sepak dan sukan-sukan lain, juga bagi acara padang banyak berlaku di Stadium Perak. Bersebelahan Stadium Perak terdapat juga stadium tertutup iaitu Stadium Indera Mulia, memainkan peranan sebagai hos bagi sukan badminton. Ipoh juga rumah kepada Perak FA.


Berdekatan dengan stadium terdapat Kompleks Sukan Renang yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya. Ia dibuka kepada orang umum dengan kadar harga yang berpatutan (RM1 untuk hari biasa/RM2 untuk cuti umum dan hari minggu). Kompleks ini mempunyai kolam bersaiz Olimpik, kolam untuk menyelam, kolam berombak, kolam bersederhana saiz dan kolam untuk kanak-kanak.

Ipoh merupakan tuan rumah velodrom iaitu dipanggil Velodrom Rakyat. Ia merupakan Velodrom yang pertama di Malaysia dimana ia dibina atas inisiatif Dato' Darshan Singh Gill (sekarang Tan Sri Dato' Seri). Tambahan lagi, Ipoh juga menyerlah sebagai salah satu dari beberapa bandar di Malaysia yang mempunyai "stadium astroturf" untuk sukan hoki, yang dipanggil Stadium Azlan Shah.


Untuk sukan golf pula, padang golf popular yang terdapat di Ipoh ialah Kelab Golf Diraja Perak (sebelah Tiger Lane atau Jalan Sultan Azlan Shah). Kelab Golf Meru terletak di Jelapang. Selain itu, jalan menuju ke Batu Gajah, terletaknya Clearwater Sanctuary golf club. Tempat juga lokasi bagi sukan-sukan lain termasuklah Kelab Kilat di Pasir Pinji, Padang Ipoh di Pekan Lama, Padang Polo, dan padang polo di Iskandar Polo Club di Ampang Baru.


Pengangkutan ke Ipoh


  • Jalan Persekutuan: Jalan umum di malaysia menghubungkan Ipoh dengan pekan-pekan sekitarnya dan juga Negeri-negeri lain (seperti pekan Gopeng, dan bandaraya Kuala Lumpur ke arah selatan).

  • Lebuhraya: Dengan terbinanya Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan dapat bergerak dengan pantas serta lebih efisyen berbanding Jalan Umum. Walaubagaimanapun, sesetengah pekan seperti Kampar hanya boleh dihubungi melalui Jalan Umum. Pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan terpaksa memilih keluar ke Ipoh dari mana-mana 4 jalan keluar - Simpang Pulai, Ipoh(S) , Ipoh(U) & Jelapang.

  • Keretapi: Stesen keretapi Ipoh dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya dapat menghubungkan di antara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar berdekatan.

  • Bas: Terminal bas antara-bandar terletak di Silveritage Galleria dekat Jalan Gopeng, berdekatan dengannya ialah Gunung Rapat, selatan Ipoh (dahulunya terletak di Medan Kidd, Pekan Lama). Satu lagi terminal bas yang lebih besar dan canggih dibina di Meru Raya, satu lagi kawasan yang semakin pesat membangun di Ipoh. Di sini juga terdapat pusat pentadbiran kerajaan Perak.

  • Udara: Bagi penerbangan udara, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah merupakan satu-satunya lapangan terbang di Ipoh. Ia terletak berdekatan dengan Gunung Rapat. Walaubagaimanapun, lapangan terbang ini hanya memberi perkhidmatana penerbangan domestik (dan satu penerbangan antarabangsa).
    • Sejak Mei 2006 (bagi Malaysia Airlines) dan September 2006 (bagi AirAsia), penerbangan telah digantung untuk mendarat di Ipoh. Diantara alasan-alasannya ialah jalinan udara yang tidak menguntungkan serta landasan yang terlalu pendek (untuk kes AirAsia).
    • Penerbangan antarabangsa pula hanya terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (di Lembah Kelang, 200km ke selatan), dimana ia boleh dihubungi di jalan darat oleh bas ekspress (harga lebih kurang RM50 seperjalanan).
    • Buat masa ini, lapangan terbang Ipoh digunakan oleh satu-satunya syarikat penerbangan Indonesia dan memberi perkhidmatan udara diantara bandar Medan-Ipoh.


Bangunan ini terletak di Pasar Yau Tet Shin yang lebih dikenali oleh mat rock sebagai "Bazar Bulat" yang berhampiran dengan Jubilee Park di pusat bandar Ipoh. Sayangnya bangunan ini telah dirobohkan pada penghujung 90'an dan kini ia dijadikan kawasan meletak kereta. - karatijau


Sumber: Wikipedia
Majlis Perbandaran ipoh
Superkinta.blogspot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...