Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Isnin, 7 Januari 2013
Tesco Extra Selayang.... Here we come!!!!
Syukur Alhamdulillah....
Baru-baru ni kitarang dapat order untuk kemasukkan produk 2 Puteri ke Tesco Extra Selayang pula. Syukur Alhamdulillah. Dengan kemasukan ini bermakna pasaran kitarang dirangkaian Pasaraya Tesco Store bertambah menjadi 34 cawangan.
Moga-moga dengan pertambahan ini akan bertambah maju lagi pertambahan jualan produk 2 Puteri iaitu Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri.
Bagi cawangan Tesco Extra, ini adalah yang ketiga selepas Tesco Extra Ipoh, Perak dan Tesco Extra Plentong, Johor. Insyaallah jika ada peluang dan dapat sambutan yang lebih menggalakkan mungkin kami akan tersenarai ke banyak lagi cawangan Tesco Store yang ada.
Jadi mulai dari minggu depan, Insyaallah semua warga Selayang dan yang seangkatan dengannya tak perlu lagi ke cawangan Tesco Rawang atau Tesco Puchong dah. Kami lebih hampir setapak lagi dengan kalian semua nanti. Jangan lupa jumpa kami di bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita' di semua rangkaian Tesco Store ya.
Labels:
2 Puteri,
My Product,
Perkembangan Syarikat,
Tesco Store,
Wishes 2 All
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan