Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 8 Januari 2013

2013 Moga Kejayaan Milik 2 Puteri. Sepertimana tahun 2012


Tahun 2013 dah seminggu berlalu. Bermakna dah seminggu juga kita telah tinggalkan tahun 2012. Perjalanan suka duka sepanjang tahun 2012 akan kami jadikan iktibar dan pembakar semangat untuk lebih berjaya di tahun 2013 dan tahun-tahun yang akan datang.


Tahun 2013 juga bermakna akan masuk tahun ketiga sejak kami bermula. Mungkin dari usia kami terlalu muda dan mentah. Namun, semua itu adalah pembakar semangat untuk kami capai kejayaan dengan lebih jaya lagi. Kami akan berusaha untuk bergerak lebih jauh lagi disamping menawarkan produk yang berkualiti dan yang menguntungkan semua pihak. Insyaallah. Itu tekad dan harapan kami.


Tahun 2012 kami berjaya catat sedikit kejayaan sebagai pemangkin untuk kami lebih berjaya, Insyaallah. Bermula dari awal tahun, kami berjaya menempatkan salah satu produk kebanggaan kami, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke pasaran Pasaraya Mydin Hypermarket. Bermula dari 4 cawangan iaitu Mydin Hypermarket Bukit Jambul di Pulau Pinang, Mydin Hypermarket Subang Jaya di Selangor, Mydin Hypermarket Terminal 2 di Seremban Negeri Sembilan dan Mydin Hypermarket MITC Melaka; kini kami berjaya menembusi 3 lagi cawangan Mydin Hypermarket iaitu Mydin Hypermaket Meru Raya, Mydin Hypermarket Manjoi dan Mydin Hypermarket RTC, Gopeng yang kesemuanya di Perak. Insyaallah kami akan berusaha untuk mengembangkan lagi kebanyak lagi cawangan Mydin yang ada, Insyaallah. Aaamiin.


Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri berada dibahagian Agrobazaar dan bahagian Sos di setiap cawangan Mydin Hypermarket berkenaan.


Kami agak sedikit terkilan kerana faktor masalah dikilang pembuatan plastik untuk pembungkusan Cili Boh Asli 2 Puteri menyebabkan kami tidak dapat menyertakan produk cili boh kami di rangkaian pasaraya Mydin Hypermarket juga. Namun Allah lebih mengetahuinya... Kami serah hanya padaNya. Pasrah dan redha. Insyaallah kami akan berusaha selepas ini untuk turut memasarkan produk Cili Boh Asli 2 Puteri  di pasaraya Mydin Hypermarket.


Pada masa ini kami agak terbatas untuk pergi lebih jauh di cawangan Mydin walaupun tawaran untuk meluaskan produk  Sos Char Kueyteow 2 Puteri di cawangan lain ada. Insyaallah mungkin sedikit masa lagi kami akan penuhi tawaran yang datang. Insyaallah.


Pada bulan 7 kami berjaya menandatangani perjanjian dengan pihak Tesco Store. Kedatangan dokumen perjanjian tepat pada tarikh penubuhan kami 27 Julai sangat-sangat menggembirakan. Umpama satu hadiah yang tak ternilai. Setelah 3 bulan, kami dengan rasminya menempatkan produk kami Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri bermula dari 32 cawangan pada bulan Oktober 2012 kini menjadi 34 cawangan keseluruhannya di seluruh rangkaian Tesco Store dan Tesco Extra.


Produk kami boleh didapatkan di bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita'.  Mungkin ada 'tag' yang menunjukkan ke lorong IKS berkenaan. Namun ada juga yang tiada. Hanya di pamerkan melalui tag berbentuk bendera yang tertulis 'Produk Malaysia Citarasa Kita'. Namun, walaupun kedudukannya agak tersorok, namun Alhamdulillah saban minggu ada tempahan produk yang masuk dari pihak Tesco Store. Terima kasih buat semua yang telah mencuba produk kami tawarkan. Moga terus kekal bersama kami.


Di penghujung tahun sekali lagi kami dianugerahkan Allah dengan satu lagi kejayaan. Kali ini kami berjaya menandatangani perjanjian dengan pihak pasaraya Carrefour yang kini dikenali sebagai Aeon Big. Jangkaan pasaran pada awalnya bulan Januari 2013. Namun sehingga sekarang kami masih menunggu panggilan dari pihak Aeon Big. Doa kami agak kemasukkannya disegerakan supaya kami lebih hampir dengan sahabat semua, pengguna produk 2 Puteri


Melalui kemasukkan ini kelak Insyaallah kami akan ada di 22 cawangan Aeon Big. Syukur juga, di Aeon Big kedua-dua produk kami tersenarai untuk dipasarkan. Insyaallah sebarang berita akan kami khabarkan dari masa ke semasa. Doakan ya agar semuanya berjalan lancar dan akan berada di pasaran rangkaian pasaraya Aeon Big sedikit masa lagi hendaknya. Aaamiin.


Syukur itu antara kejayaan yang kami kecapi pada tahun lepas. Tahun lepas juga kami berjaya mengubah penampilan baru pada Cili Boh Asli 2 Puteri. Dengan hasil tabungan kami sendiri kami berjaya mendapatkan plastik yang lebih baik untuk membungkus produk kami ini. Jika dulu labelnya hanya hasil godekkan saya yang saya photostat sahaja. Kini ianya berwajah lebih baik. Juga hasil perbincangan kami suami isteri sahaja yang kami serahkan pada pengilang untuk realisasikan. Walau tiada kelulusan akademi dalam bidang berkenaan, namun berkat berusaha kami berjaya. Insyaallah semua orang boleh jika berusaha.


Segala penghasilan produk kami lakukan dengan hati-hati dan kami jaga agar kebersihan terjamin demi mencari rezeki yang benar-benar halal. Bermula dari pencarian bahan mentah sehingga terhasilnya produk kami jaga dengan penuh baik. Mungkin itu punca walaupun belum 3 tahun kami beroperasi, Allah telah izinkan kami ada disini dengan kejayaan-kejayaan yang hampir sama dengan pengusaha-pengusaha lain yang lebih berpengalaman. Moga-moga lepas ini kami akan setanding dengan mereka juga aaamiin.

Moga produk 2 Puteri akan melangkah dan melompat lebih tinggi lagi dengan kejayaan aaamiin

Tahun 2013 kami turut mengharapkan kejayaan yang berganda. Perancangan-perancangan yang kami atur untuk bergerak lebih kehadapan amat-amat kami harap dan doakan agar berjaya, Insyaallah. Kami juga perlu lebih berani menongkah arus agar kejayaan akan kami kecapi. Mungkin akan lebih banyak pengorbanan yang perlu kami lakukan tapi demi kejayaan kami amat berharap agar semuanya menjadi nyata. Moga Allah permudahkan segala yang kami lakukan.



Allah telah berikan yang terbaik untuk kami. Moga Allah berikan yang lebih baik selepas ini, aaamiin. Mungkin berkat doa, usaha dan tawaran kami produk yang terbaik untuk semua menyebabkan Allah tunaikannya walau ada beberapa dugaan sepanjang perjalanan kami melangkah. Namun dengan apa yang kami kecapi sekarang, syukur Alhamdulillah.


Tahun 2010 - 2012 kami bergerak sendiri tanpa bantuan. Sedikit perlahan namun kami berjaya buktikan Anak Melayu Boleh walau banyak kesukaran. 2013 kami harapkan sinar yang lebih lagi. Kami ingin berlari walau sekadar berlari anak untuk lebih berjaya. Moga Allah permudahkannya dan lancarkan segala perancangan kami kelak, Insyaallah aaamiin.


Buat sahabat yang telah bersama kami sedari mula, ribuan terima kasih kami ucapkan dan kami amat berharap agar kalian terus kekal bersama kami. Insyaallah kami akan berusaha memberi yang terbaik dan kami berusaha menjaga kualiti setiap produk hasilan kami dengan lebih lagi. Kami amat berharap anda semua berpuashati dengan produk yang kami hasilkan dan agar ianya berbaloi dengan wang yang kalian keluarkan untuk mendapatkan produk kami ini. Insyaallah dari masa ke semasa kami akan sertakan bonus resepi yang menggunalkan produk 2 Puteri. Juga kami akan terus berikan ilmu-ilmu yang berguna yang kami rasakan wajar kami berkongsi di sini, Insyaallah. Terima kasih juga kerana sudi mengikuti kami di blog asamgaram2puteri ini, di 2 Puteri wordpress dan di pages facebook kami, 2 Puteri.


Moga 2013 memberi sinar yang lebih berwarna warni kepada kami. Terima kasih sahabat semua dan teruskan bersama kami.... :)

Thank you all & thank you Allah for the wonderful achievement we gain in 2012 and for 2013.... will be a bright future ever


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...