Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 15 Januari 2013

Percubaan berpuasa menggunakan produk....(part 1)


Hari ni hari pertama saya berpuasa menggunakan produk yang saya ambil ni. Dup dap dup dap gak sebab risau kang tak sampai setengah hari dah meleleh kepenatan dan kelaparan hihihi. Sebelum start berpuasa saya skodeng dulu sana sini kat laman blog sahabat yang guna produk yang sama. Hhihi tak susah nak cari pun sebab ramai yang dah guna dan puji keberkesanannya. Ada sorang adik tu pelajar kedoktoran kat syiria cakap tak lapar pun masa dia berpuasa menggunakan produk ni. Hati makin berkobar-kobar le nak try hihih. Kan nya apa puasa tu hari ada le beberapa hari tak berganti lagi so kang bertangguh kang naya pulak hihihi.


Jadual saya, saya bangun bersahur lewat hihi kononnya kalau lewat sikit kang lewat le rasa lapar hahah. Dalam agak-agak jam 5.50 pagi bangun dan siapkan yang nak minum. Produk ni bancuh jadi air minuman je tau. Alah takat 3 gelas air yang dicampur dengan produk-produk tu ikut urutan tak le lama mana nak siapkan. Tapi saya dah biasa ambil 4 gelas sebab last lepas minum semua saya akan minum segelas lagi last penutup hihih. Tu cara saya le sebenarnya. Ngam-ngam bunyi je azan subuh dah siap minum semua. Tapi tu le lewat sangat tak sempat nak minum 1-2 gelas lagi. Dahaga pulak lepas minum produk yang last ni. Memang kering tekak sikit kalau ambil dia. Tu yang buatkan kita otomatik minum banyak.


Buat kerja sekejab lepas mandi dan solat subuh terus siapkan anak sulung untuk dihantar ke sekolah. Pun ngam-ngam bunyi loceng kitarang sampai. Sib baik hihihi. Terus balik siapkan si kecil pulak. Memula kena pujuk dulu sebab dia bangun saya tak der kat rumah. Merajuk le sebab tak leh ikut. Pas mandikan dan siapkan dia antar ke sekolah pulak. Hari ni dia nak naik basikal sendiri ke sekolah so terpaksa le menghantar jalan kaki. Jauh gak le dalam 15 minit berjalan cepat-cepat. Kira bercerau gak le peluh dibuatnya. Balik ambil kesempatan jogging sikit-sikit. Dah lama tak jogging so kena slow-slow sebab lutut saya ni pernah operate dua-dua belah. Kang sakit naya. Tak pun lengohnya kuat sangat sampai rasa tak tahan.


Masuk je umah terus sidai kain dan sapu sampah sebelum mengadap laptop. Setakat ni 11.39 tengah hari tak le rasa apa-apa lagi. Tapi tak tahu le pulak lepas ni sebab jab lagi nak kuar jab menjemput anak dare tu balik dari sekolah. Jab pun dah bunyi warning yang kena pantas hihi. Jogging lagi le sebab yang kecik balik dulu. Dah le puasa, jalan dalan panas pulak hihihi. Sabo je la. Duduk jab dah nak kena jemput kakak pulak. Harap-harap dapat bertahan le sampai ke time berbuka.


Nanti saya update balik kesannya yer untuk 1/2 hari kedua pulak dalam tittle Percubaan berpuasa menggunakan produk....(part2). Insyaallah hihih.... Nak bersiap dah ambil anak dare tu. Bye!!!


4 ulasan:

  1. Balasan
    1. hihi wak gitulah. sian kat kaki ni nak tahan berat yang membadak ni dah hihih.... doakan ya ;)

      Padam
  2. Assalamualaikum sy ade mambuat kuih apam beras frozen ...tpi tak tau cam mne nk memperluas kan..kuih sy..mne hrus sy pergi..untuk...memasar kan kuih sy ini...ade tak blh bantu sy..terima kasih 

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum sy ade mambuat kuih apam beras frozen ...tpi tak tau cam mne nk memperluas kan..kuih sy..mne hrus sy pergi..untuk...memasar kan kuih sy ini...ade tak blh bantu sy..terima kasih 

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...