Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 18 Januari 2013

Mee Goreng Mamak 2 Puteri

Semalam saya cuma masak Mee Goreng Mamak 2 Puteri yang je untuk keluarga tercinta. Sesekali ubah menu makan tengah hari ok gak ek hihihi. Sebenarnya dah pening kepala nak plan menu dah hahah. Susah gak yer kerja surirumah ni. Dah le kena uruskan rumah tangga seharian, hantar dan jemput anak, pastu kena plan menu pulak. Kang masak yang selalu kang jemu pulak insan-insan tercinta yang nak makannya kan? Kalau rajin boleh le plan seminggu direct untuk yang keluar berbelanja barang dapur seminggu sekali.


Macam saya ni tak le juga. Beli apa yang tak der kat dapur memang le seminggu sekali tapi tengok stok gak le apa yang ada itu yang dimasak. Rasa ramai gak yang buat cara tu kan? Tapi satu je masalah cara ni, tang stok sayurnya. Yang ada kat rumah cuma sayur yang tak mudah rosak seperti carrot, kobis, tomato dan yang seangkatan gitu-gitu. Kekadang teringin gak nak makan sayur berdaun, dah nak kena keluar cari. Tu yang maleh tu hihihi. Kalau kemalasan menguasi diri, masak le sayur yang hado heheheh.


Tapi kalau dah buat stok, kekadang dek kerana terlupa nak check ada yang terosak dan ada yang terbeli banyak. Yang ni satu hal yang sedih sangat sebab membazir. Agak-agak kena buat check list kot tampal kat pintu cabinet barang. Yang ado kita tulis, yang tak ado kita tick guna pensel supaya tak le payah lekat, tarik, lekat, tarik yo tak? Kang rosak cabinet cun kita hihihi. Muncung pulak cik abang yang membayarnya hihihi. Ehhhh idea menarik tu. Nak kena buat le hihiihi..... Dalam mengomel dapat idea, bangusnya hihihi. Tak sesia saya tulis blog ni dapat gak idea spontan macam ni.


Yang boleh saya mengomel pasal stok barang ni bukan apa sebabnya nak buat Mee Goreng Mamak 2 Puteri ni banyak gak bahan sampingan yang nak kena masukkan seperti tauhu goreng, ubi kentang rebus, cili hijau dan lelain. Kalau tak der tak le masalah tapi rasa kurang kick le hihii. Kalau bahan seperti mee kuning, sayur tu confirm le kena beli khas kan sebab dia bukan tahan nak disimpan lelama. Kot Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri no hal hahahahha.


Nampak.... kongsi idea dengan uolls dengan ikhlasnya Allah dah bagi rezeki hihihi. Dah masuk order dari Mydin Meru Raya untuk Sos Char Kueyteow 2 Puteri tadi. Baru je masuk. Katanya urgent. Adoi makkkk camner ni. Maksudnya stok dah tak der langsung le tu. Kot tak diarang tak highligh kata urgent. Mr Hb hari ni dengan esok kena buat Cili Boh Asli 2 Puteri. Camno nak hantar awal. Kalau semalam masuk order leh le hantar hari ni huhuh. Lagi pun Mr Hb baru je hantar stok ke kedai semalam. Baki ada tiga kotak je sebab kitarang memang tak buat stok simpanan banyak supaya customer 2 Puteri akan dapat yang baru je. Yang baki ni pun untuk walk in customer yang beli direct dengan kami. Kalau semalam masuk order leh kitarang sediakan dari semalam, petang dah boleh hantar. Nak buat hari ni  pun tak der makna juga. Esok dengan lusa lak diarang cuti. So tak leh hantar gak.

Masa masak jangan dok nak sembang yer.. Kang menceceh air liur masuk. Tak tahu lak kot penambah perisa tapi awww tak rela ai... hihihi

Isnin sampai Rabu saya ada kursus, tak dapat gak le sebab anak dare dua orang ni sapa nak jaga. Jaga tu no hal diarang leh ikut hantar tapi sekolah tu yang masalahnya. Nampaknya Khamis le kot sebab Mr Hb akan hantar produk 2 Puteri kat Tesco Store, leh le singgah. Lambat le juga..... Sian pada pengguna Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebab beberapa hari le kehabisan stok... Maaf yer sebab masalah-masalah yang macam ni le selalu berlaku yang buatkan stok kitarang selalu lambat ada dipasaran. Kalau cakap hari kerja ok le. Side kitarang no problem, cuti pun kerja. Hari kerja lagi le kerja hihihi. Tapi pihak di sana ada hari kerja, ada hari cuti.... Nak match time tu yang payah hihii. Biasa le dalam setiap hal sure ada cabarannya kan... Kitarang ni antara cabaran kena tempuh, nak match jadual dengan orang hihihi. Maaf yer semua pengguna 2 Puteri....


Dengar cerita stok kat Tesco Semenyih ngan Tesco Kajang pun dah habis stok. Yang tu kitarang tak dapat order dari pihak Tesco Store lagi. Jadi tak dapat le buat apa-apa. Syaratnya gitu. Diarang akan place order baru leh hantar. Tak sangka pulak dah habis pun tak dapat lagi. Huhuh nak buat camner kita orang kecik... Sabo je la. Tempuh dugaan dengan tabah huhuhu.... Maaf yer pada ramai sahabat yang mencarinya... Bukan kitarang tak nak hantar tapi tu le bukan kuasa kitarang....


Ok back to the main subject. Resepi Mee Goreng Mamak 2 Puteri yang best. Sebenarnya saya ni main kodek-kodek je resepi ni. Ikut suka hati dan ikut apa yang teringat kat fikiran masa makan kat kedai tuuuu. Tapi rasa ok kot hihih. Takat warnanya, Insyaallah guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai pengganti kicap. Hihi sejak saya buat Sos Char Kueyteow 2 Puteri memang saya jarang guna kicap lain dalam masakan sebab dia dah complete dari segi rasa dan warna. Cuma warnanya je tak le gelap sangat sebab dish utamanya untuk masak Char Kueyteow memang warna keperangan sikit. So kalau nak masak Mee Goreng Mamak memang sesuai rasanya kaler dia. Kalau suka masin atau manis sikit leh tambah sikit lagi garam dengan gulanya. Kot macam saya yang kurang manis dan kurang masin... Kandungan Sos Char Kueyteow 2 Puteri dalam tu dah cukup.





Beza Mee Goreng Mamak dengan lain-lain Mee Goreng terletak pada bahan-bahannya. Yang paling ketara leh kita usha dalam mee yang mamak masak tu adalah penggunaan Cili Hijau yang dipotong serong, Tauhu yang digoreng dan potong nipis, Cucurnya yang saya tak tahu lagi nak buat camner hihihi. Dannnnn Kentang yang diarang rebus terlebih dahulu sebelum dipotong nipis. Yang ni saya potonng nipis terus baru rebus hahahah. Main aci nak cepat je kauuu... Nak makan pulak perah sikit limau nipis... Wallah sedapppp kan kemain beb..


Ok jom tengok resepinya....


MEE GORENG MAMAK 2 PUTERI
By: Asamgaram2puteri
Gambar: Sis Wana Yusuf, Potret kasih

Bahan-bahan
  • 1kg mee kuning
  • Isi ayam - basuh bersih dan hiris ikut suka
  • Udang - ikut suka banyak mana. Tak letak pun okay.
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri - boleh lebih jika suka pedas boleh kurangkan kalau tak. Tapi yang ni just nice sebab kepedasan dari cili boh tak menyengat... Slow-slow dia mari hihi
  • Sedikit air - sikit je agak-agak nak bagi sebati bahan tumisan dengan mee kuning je
  • 1 keping tauhu - goreng dulu baru potong nipis sikit
  • 1 keping fish cake
  • 6 biji fish ball - belah 4
  • 2 tangkai cili hijau
  • 1 biji ubi kentang - rebus dan potong kecil
  • Taugeh
  • Sedikit daun kucai atau sayur sawi
  • 1 biji tomato - hiris nipis-nipis
  • 3 biji telur
  • Minyak untuk menumis
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri - ikut banyak mana kita masak. Agak-agak gelap mana kita suka
  • Serbuk lada sulah - jika suka. Saya kekadang tak masukkan pun sebab Cili Boh Asli 2 Puteri pun dah lebih kurang macam tu dah.. Pedasnya slow-slow terasa
  • Garam
Bahan Tumbuk/Kisar
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar saiz besar

Caranya
1. Tumis bahan tumbuk/kisar tadi hingga keperangan.

2. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dengan sedikit garam dan masak hingga garing dan nampak pecah minyaknya.

3. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, garam dengan sedikit air. Sebatikan.

4. Masukkan ayam dan gaul hingga masak. Kalau ada udang, bila ayam dah 1/2 cook baru masukkan udang. Kacau sebentar.

5. Bila dah masak masukkan mee kuning, fish cake, fish ball, tauhu goreng dan sayuran. Kacau sebati dengan bahan sos dan tumisan tadi.

6. Buat satu ruang atau tolak-tolakkan mee tadi kesebelah sikit, pecahkan telur. Kalau nak pecahkan siap-siap dulu pun ok. Kacau dulu telur hingga 1/2 masak baru gaul rata dengan mee tadi.

7. Bila nampak mee dah kering dan telur pun dah masak taburkan sedikit serbuk lada sulah jika suka. Gaul-gaulkan dan dah boleh tutup api.


Camtu le cara saya masak Mee Goreng Mamak 2 Puteri. Mungkin orang lain ada lain caranya. Saya ni main suka-suka je try tapi rasa lebih kurang la sebab saya paling suka Mee Goreng Mamak sebab tak basah hihih. Kering nya best. Nama pun cucu mamak hihihi. Lagipun semua ada kat dalam tu, tu yang bestnya. Bau cili hijau yang wangi pulak buat rasa nak makan banyak je hihihi. Lupa diet seminggu hahahah. Nanti hujung-hujung minggu nak ke pasar leh le cari bahannya kay :)

Jemput-jemput makan...heheh :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...