Wahhhh berpart 1 part 2 pulak yer cerita saya bab ni hihii. Tu le tu hari sibuk nak update, tak sabo langsung. Tittlenya yang saya bagi itu hari sama... Percubaan berpuasa menggunakan produk.....Tu yang 1/2 hari je laporan dapat di buat. Ingat malam le nak sambung, dah anak pulak demam so bizi le. Itu yang tak sempat nak masuk semalam sebab kena layan tuan puteri yang tak sabar-sabar nak ke sekolah semula tu. Diarang memang kalau demam ibu tak leh gi jauh, kena duduk dengan diarang je. Baru rasa kena jaga katanya. Sabo je la kan.... Tapi tadi siap menangis sebab demam masih tak kebah. Kawan dah tak sabar nak ke sekolah. Syukur dapat anak yang seronok nak pergi sekolah ni. Harap-harap dia akan rasa seronok juga belajar aaamiin.
Kay sambung story 1/2 day saya puasa dengan produk kay. Yang ni 1/2 day kedua hihihi. Tu yang beri tittle part 2 tu. Saya cakap ank ambil anak kan. Sambung dari situ kay....
Saya gi ambil anak yang kecik tu pun berjalan gak. Sebab dia naik basikal. Masih baru sangat dia pandai naik so beroda dua le lagi. Lak tu lagi kita suruh laju lagi lambat jadinya heheheh. Tu yang saya lagi yakin jalan kaki je follow dia. Bayangkan dengan berpuasa jalan kaki tengah hari rembang. Kul 12 lak tu memang panas membahang le. Mana ada pokok besar nak bagi teduhan. Memang pinau mata tapi kerana anak digagahi jugak le.
Sebelum balik pergi ke kedai dulu si kecik nak bershopping heheh. Beli le air laici kotak dengan biskut oreo untuk dia dengan kakak. Ok le ingat gak kat kakaknya. Dari situ terus balik umah. Tambah sikit lagi le kejauhan jaraknya.
Balik, rehat jab, mandi terus ambil kakak pula dari sekolah. Ok le sikit sebab naik motor so tak le teruk sangat rasanya. Tapi balik je dari sekolah saya dah rasa sakit kepala. Tak tahu le pulak sebab tak ambil gula langsung masa sahur atau sebab jalan dalam panas tadi. So lepas bagi anak-anak makan, saya berbaring je la. Rasa mengantuk le pulak sebab dah bangun awal, pastu jalan dalam panas terik tadi. Sib baik petang dalam kul 4.30 saya dah ok balik. Kalau biasa memang saya takut sangat-sangat kalau terasa sakit kepala sebab makan berhari-hari. Kadang-kadang dekat sebulan. Naik risau dibuatnya. Nak kata sebab migrain tak juga sebab dah check tak de. Dulu ingat dah kena kanser otak pe hhehe. Tapi tup tup baik pulak. Tapi last time jadi sakit kepala beberapa hari saya ikut petua salah sorang kakak yang jual produk ni kat saya. Katanya kalau ada darah rendah memang selalu sakit kepala. Jadi kalau sakit kepala serang, try makan gula. Kalau tak lama lepas tu hilang confirm. Saya pun try la sikit... Lebih kurang secubit je sebab kang risau gak kena kencing manis. Aah la... Memang hilang. So sedari tu tahu le saya yang saya kena ambil sedikit gula tiap hari. Kot tak memang out tapi saya tak gemar sangat manis-manis ni tu yang kadang-kadang saya skip gak heheh. Tambah kalau ambil produk ni kadang bancuh plain je takde le gula ataupun kalau saya add susu. Kadang saya bancuh dengan nescafe atau cocoa baru tambah gula sikit. Tapi nescafe tu selalu saya ambil 3 in 1 so dah siap-siap ada gulanya...
Tapi tak leh tidur badan rasa cergas. Memang pun.. Banyak yang nak kena buat sebenarnya. Tapi disebabkan sakit kepala, saya baring sambil baca paper. Pastu kul 3.00 petang hantar anak ke sekolah agama pulak. Tepat jam 5.30 saya kuar lagi jemput dia pulak. Dia kesekolah agama naik basikal je sebab dekat tapi saya takut nak biarkan dia pergi sensorang. Al-maklum la kan... Zaman sekarang mana leh percaya sesapa. Tu hari baru je dengar kawan sekerja colek anak. Isk... Risau beb.
Kiranya hanya dengan minum produk yang saya ambil tu dari sahur sampai petang, saya masih bertenaga dan tak lapar. Bab rasa lapar ni... Tadi le masa jalan gi ambil anak terpikir le dalam benak yang saya ni jalan dalam panas, jogging lagi pagi tadi rasa lapar ke tak.... Bila pikir macam tu terasa le sikit perut ni. Tapi sebaik tengok orang dah bawa balik anak masing-masing, saya pun terus berlari... Jogging tengah panas terik dalam jam 12 tengah hari beb. Rasa lapar tu pun hilang. Maksudnya jangan pikir lapar ke tidak. Buat dono je Insyaallah tak terasa nanti. Tapi tu le hati kita kan... Bab ni yang dok ingat sangat hihihi.
Masa berbuka saya ambil lagi produk ni. Kali ni dengan jus blackcurrant sebab nak dapatkan sumber gula. Mr Hb beli KFC, so makan le 2 ketul ayam bersama 2 ketul kentang wedges. Kenyangnya bagai nak rak. Tu le ngengada makan banyak lagi. Minum pulak cuma dapat 1 liter lebih je lepas tu. Tapi keseluruhan masa minum produk saya dah ambil 1.2 liter. So la banyak tu kan... Hihihi... Kata-kata orang yang payah minum air suam.
Keesokan hari (semalam) saya tak puasa sebab nak tengok result betul ke kata orang, minum produk ni kalau tak cukup air susah nak uk uk heheh. Risau gak beb. Kang kalau payah kang naya teman. Jangan le sembelit mak takut sangat. Syukur Alhamdulillah sebab lepas je minum produk tu belah pagi dah tak sabo nak berkunjung hihihi. So dengan yakinnya boleh le saya teruskan berpuasa untuk masa-masa akan datang dengan produk ni je. Cuma kena tambah gula sikit takut sakit kepala kalau tak de gula rendah dalam badan. Tu untuk orang-orang yang bertekanan darah rendah je la. Untuk orang kencing manis tak tahu lak akak dikkkk.
Tadi ingat nak puasa. Tapi dek kerana layan anak yang tak baik-baik demam tu, terlupa pulak nak bersahur dan berniat. Tak pe la nanti-nanti kot sebab next week kena gi kursus 3 hari. Malas ar nak puasa hihihi. Biasa le kursus jamuan hahahhaha. Cam ner nak diet ni hahahah.
Badan pun dah nampak shapenya. Nak kata turun banyak tak tahu le dah lama tak timbang. Last timbang 72.1kg last week kot. Turun 2.9kg Sikit pada orang tapi banyak pada saya sebab saya susah nak turunkan berat badan. Tapi yang pasti baju dah kecik sikit saiznya. Tu hari masa saya cita baju saiz L. Ha... Hari yang saya puasa tu saya pakai baju saiz M. Heheheh wokay. Tak le macam karung nangka heheheh. Baju tu last pakai masa sebelum mengandungkan Izaz. Dah 5 tahun rasanya tak pakai hihihi. Syukur saya diketemukan dengan produk yang nampak hasilnya. Tak le membazir duit. Mahal sikit pun kalau berkesan hati rasa puas. Yang penting kaki dah kurang sakit. Kot tak teruk dia nak tampung berat badan yang membadak ni hihihi. Peluh pun keluar dah. Kot dulu memang saya payahhhh sangat keluar peluh. Sampai kalau peluh keluar rasa geli. Kalau terkena peluh orang lagiiii la. Rasa nak muntah. Tapi sekarang terasa syok sangat. Tambah semangat nak buat aktiviti.
Dulu badan besar cam yang kiri sekali tu. Rasanya lagi bulat kott. Skang dah makin dapat shape. Sukanya.....! |
Ok nanti saya cerita lagi kay.... Nak try tak produk ni???? Kot nak nanti leh tanya saya. Produk apa? Ok nanti saya ceritakan. Tapi bagi dapat penurunan yang banyak sikit yer. Dan bagi saya faham sikit perihal produk ni sebab camner nak rekomen kalau kiata tak experience sendiri kesan-kesannya. Kang lebih kepada reka cerita je tak syok ar sebab saya tahu perasaan orang yang nak turunkan berat badan... Memang nak sangat-sangat kan??? Ok nanti saya cerita ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan