Sabtu, 11 Ogos 2012

Tips: Buttercream


Assalamualaikum.


Tu hari saya ada baca satu tips yang dikongsi oleh sahabat FB, Reen Khan Shariff kat group Sembang2 Makanan/minuman...  tentang tips membuat Buttercream. Bila baca maklumat yang kak Reen berikan, isk terasa nak kongsi sangat dengan sahabat kat sini juga. Memang padat dan dapat membantu kita dalam mendecor cake kita nanti. Panjang lebar imput yang diberikan.

Terima kasih banyak padanya yang rajin sangat compilekan ilmu sebegini untuk rujukan orang-orang yang nak mula berjinak dengan dunia masakan seperti saya. Nak pula raya yang semakin menjelang tiba ni.. Buat orang baru macam saya yang tak biasa membaking dan mendecorate kek, masa ni ler kesempatan yang baik nak tunjuk kehandalan diri hehehhe.


Tips: Buttercream

By: Reen Khan Shariff, Sembang2 Makanan/minuman


Bagaimanakah caranya untuk membuat aising (Buttercream) kek yang mudah? Sebelum saya berikan Resepi Buttercream Icing pilihan anda, mari kita baca dahulu sedikit tips otai yang saya simpan untuk panduan bersama. Apa-apa pun try and error.


Untuk menghias dengan krim putar dengan cara mudah, tak payah-payah nak timbang, nak keluar mixer gedabak anda, hanya perlu membeli ‘whipping cream’ dari pasaraya dan memukul hingga kental. Sebaik saja ia kental, gunakan segera. Kek yang mempunyai aising hiasan dari krim putar mesti disimpan di dalam peti sejuk (contohnya: Black Forest Cake).


Aising kek paling mudah adalah Krim Mentega. Jika inginkan perasa coklat, tambah 1-2 sudu besar koko yang diayak (mengikut ‘warna coklat’ yang dikehendaki, jangan terlalu banyak kerana ia akan terasa pahit). Jika mahu perasa oren, tambah sedikit parutan kulit oren dan jus oren.


Semuanya mengikut citarasa masing-masing. Krim mentega yang berperisa vanila dan susu segar juga dimasukkan agar aising ini lebih ringan. Untuk mendapat topping licin frosting dengan fresh cream atau butter cream sejukkan didalam peti kemudian curahkan coklat ganache.


Sedikit Petua

“Untuk kek butter – Supersoft Butter Cake: Kek tak perlu dibelah. Terus mendeco atasnya tanpa filling. Kek butter tidak naik tinggi, cukup satu adunan sudah memenuhi acuan bulat bersaiz 9′.


Mengaising salah satu step yang paling susah berbanding hendak mendeco. Apatah lagi hedak melicinkan permukaan tepi dan diatas kek. Yang penting adalah aising perlu kena tebal supaya apabila merata, tidak terkena permukaan kek. Nanti serdak kek bercampur dengan aising. Boleh juga ratakan bahagian tepi kek dulu then baru bahagian atas kek. Seeloknya pisau mengaising kek jangan diangkat angkat. Gerakkan di atas aising kiri kanan. Realitinya memang agak susah jugak tetapi practise makes perfect. Bila dah siap aising semua tu, celup pisau aising dalam air panas, lap airnya dan cepat-cepat sapu pisau tanpa terlalu menekan aising ke serata permukaan kek. Satu kelebihan sebab bila kita melepa icing, icing tidak akan melekat pada pisau yang panas dan icing akan jadi lebih rata. Cuba dulu. Tapi untuk teknik ni  masa dah final touch up le. InsyaAllah tentu elok jadi nanti.


Spatula tidak menjadi hal samaada murah ataupun mahal. Kalau yang sudah teror, guna pisau biasa pun boleh. Yang penting semasa cara kita menyapu icing spatula jangan kerap diangkat. Kena tolak kiri kanan sampai icing rata ikut petua. Sebolehnya letak topping tu sebanyaknya di atas kek, then baru ratakan kiri kanan sampai habis. Ingat spatula tak boleh angkat ikut suka sebab icing tu akan menarik serdak kek. Lama-lama nanti akan biasa.


Yang menyebabkan cream berbintil-bintil  adalah kerana memukul butter terlalu laju. Putar butter/krimwell/shortening tu sampai gebu tapi hanya guna speed yang sederhana. Then masukkan gula icing sikit demi sikit sampai menjadi gebu/putih. Putar icing dalam speed yang sederhana tapi biar lama tidak mengapa cuma jangan terlaju, nanti icing akan menjadi cair ”bubble” dan permukaan icing tidak cantik dan tidak gebu (smooth).


Untuk membuat bunga, tambah sedikit gula icing supaya bunga lebih tegap. Maknanya bila dah siap putar icing tu, bahagikan icing yang diperlukan untuk membuat bunga, tambah lagi gula icing sikit demi sikit. So…tidaklah topping kek tu terlalu manis.


Kurangkan butter sikit, kalau resipi tu agak lembik disyorkan lebihkan shortening/crisco sebab dia tidak mudah cair (stands well in hot weather). Krimwell dan butter actually agak creamy/lembik) – add gula icing sikit-sikit hingga adunan kental sikit. Kalau nak bunga tu elok, guna shortening sepenuhnya – untuk dapatkan rasa butter, just add butter oil. Hasilnya icing tak akan mudah lembik (takes time gak le nak belajar ni). Masa putar icing tu, dah half way ambik separuh untuk dapatkan thin consistency untuk salut kek, lepas tu baru tambah gula lagi untuk deco bunga/hiasan lain.


Setakat ini combination krimwell dengan shortening lebih baik especially bila kita nak mendeco. Kalau deco kek dalam bilik aircond pun ok. Kalau tidak cepat lembik. Anyway, campuran krimwell dengan shortening kira sudah ok sebab krimwell pun sejenis marjerin jugak (white margarine). Apa apa pun, ikut kemahiran kita – kalau sudah cekap ok, sayang pulak kalau tidak menjadi. Combination butter dengan krimwell agak berminyak, so bunga tak boleh terletak sangat.


Resepi


1) Buttercream I

1 cawan shortening (lelemak sayuran) + 1 cawan krimwell (sejenis marjerin putih) + 4 – 5 cawan gula icing (diayak) + 1 sudu teh perisa vanila + 1 sudu teh perisa badam + 4 sudu besar susu UHT

= Putar shortening dengan krimwell hingga kembang. Masukkan perisa badam dan vanila. Putar lagi. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit, masukkan susu sedikit demi sedikit. Putar hingga gula hancur dan adunan gebu.


2) Buttercream II

120 gm telur putih + 200 gula icing + 250 gm krimwell + 350 gm shortening + Sedikit esen ros

= Putih telur dengan gula icing dimasak secara double boiler. Kacau selalu dengan whisk. Pastikan putih telur tersebut sudah cukup panas dan gula telah hancur sebelum diangkat. (Ini utk memastikan ia selamat untuk dimakan). Alihkan ke dalam pemutar dan putar sehingga ia menjadi meringue. Ketepikan sebentar. Putar krimwell dan shortening hingga putih. Kemudian masukkan meringue tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega. Kacau dengan kelajuan perlahan hingga kembang.


3) Buttercream For Flowers

150 gm shortening + 50 gm krimwell + 200 gm susu pekat manis

= Icing ni mudah cair, so kalau nak buat bunga, kena cepat-cepat. Bagi yang belum mahir, kalau nak buat bunga ros macam ni, cuba pakai nozel cap Tan See Fong. Bunga mawar guna nozel 2106 dan fushia tu nozel bernombor 2107. Nak buat bunga, posisi tangan tu mesti betul skill pull ke atas macam kita buat huruf ‘n’ (small ‘n’)……yang muncung U tu…


4) Buttercream Untuk Bunga Nampak Mantap

Soalan? Saya ingin tahu resipi terbaik (buttercream) utk membuat bunga ros. Ini kerana dah banyak kali saya cuba, bunga saya mmg tak sempat dipaip sudah lembik, jadi rupa pun dah tak ada.

Jawapan: Ini resipi yang saya guna untuk buttercream (yang saya perasan kalau guna shortening, bunga lebih elok walaupun tak cantik/smooth);

250 gm butter + 125 gm krimwell + 125 gm gula icing (sifted)

= Tambah gula aising hingga krim menjadi lebih kental/keras dan mudah kekal bentuknya. Aising anda lembik kerana sukatan mentega yang tidak sepadan dengan gula aising.


5) Easy Buttercream

250g butter yang dah lembut (unsalted butter lagi bagus) + 500g gula ising (ayak) + 1 sudu makan air panas + 2 sudu teh esen vanila

= Pukul butter sampai lembut. Campur gula air panas dan esen vanila. Pukul sampai putih dan kembang.



6) Flavour Choc 

Choc putih atau coklat biasa tambah + 100g coklat yang dicairkan atau tambahkan1 sudu makan serbuk koko yang dibancuh dengan 1-2 susu air panas hingga jadik paste.

Untuk perisa kopi tambah 1 sudu instant kopi bancuh gak jadik paste dengan air panas dan beat dalam buttercream. Atau boleh guna esen tapi just titik setitik dua jer pasal esen pekat dah.


7) Buttercream IV 

1kg krimwell + 500 gm butter + 1 tin susu pekat.

= Apa lagi godak la .sampai sebati… Banyak ni kalo sebuku kek bagi 2 lah..


8) Buttercream V 

1 kg krimwell + 600gm gula icing +120ml air

= Pukul semua sekali sampai kembang


9) Buttercream VI 

400 gm butter + 100 gm marvello / cream margerine / shortening +180 gm icing sugar +1 tsp esen vanilla

= Pukul butter dengan marvello hingga gebu. Kemudian masukkan icing sugar dan pukul lagi. Akhir sekali masukkan esen dan pukul hingga halus dan gebu.


10) Butter Icing I

250 gm butter + gula icing secukupnya

= Diayakkacau butter hingga lembut, tuangkan gula sedikit-sedikit. Kacau sehingga icing tidak melekat ditangan. Cream jenis ni akan mengeras sedikit bila salutan dibiar agak lama dan rasanya jugak agak manis


11) Cream Icing

100 g butter + 100 g marvello + 100 g shortening + 250 g gula (didihkan dengan sedikit airi hingga jadi sirap yang agak likat dan sejukkan).

= Pukul ketiga-tiga bahan di atas hingga kembang dan masukkan sirap tadi sikit-sikit, pukul lagi hingga gebu dan ringan.


12) Butter Icing II - Butter cream untuk apa jua jenis kek (Boleh hias sebiji kek 1 kilo)

250gm butter + 150gm shortening + 250gm icing sugar (diayak dulu) + 2 sudu besar susu segar + Pewarna ikut suka

= Pukul sampai kembang. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menjadi agak lembut. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata…


13) Mom Buttercream Frosting [umi]

¼ cawan tepung serba guna + 1 cawan susu segar + ½ cawan shortening + ¾ cawan gula putih + ½ cawan mentega, dilembutkan + 2 sudu kecil vanila esen

= Di dalam pan kecil, campur tepung dan susu dan masak di atas api kecil hingga licin. Letakkan di dalam peti sejuk dan biarkan sejuk sepenuhnya (yang nie umi tak letak pun dalam peti ais.. terus buat jer masa suam-suam tuh). Pukul shortening, mentega dan gula hingga ringan dan gebu. Masukkan campuran tepung tadi dan pukul hingga licin. Masukkan vanila.


14) Snow White Buttercream [lynnhassan]

163g solid white vegetable shortening +1 tsp flavour ( I use wilton vanila flavour) + 2 tbsp milk (use UHT) or water + 454g icing sugar + 1 tbsp Wilton Meringue powder (egg white powder) + secubit garam

= Beat shortening, flavour, dan water/milk. Bila sebati, tambah icing sugar, meringue powder dan garam. Mix gunakan medium speed sempai sebati dan creamy.

Note:
1. Resepi ini boleh dapat 3 cups. Selalunya untuk cupcakes, saya add 2 tbsp milk untuk each cup, senang nak pipekan
2. Buttercream jenis ni tak muak sikit. Sesuai kalau untuk tempahan sebab dia stabil. Sesuai untuk buat design seperti bunga, cartoon


15) Buttercream VII [loveliana]

100gram butter + 200gram icing sugar (ayak 2x) + flavour

= Pukul butter sampai kembang, masukan icing sugar sikit-sikit. Last masuk flavour.


16) Buttercream VIII [loveliana]

200gr vegetable shortening + 450-500gr icing sugar (ayak halus) + 3 sudu makan lemon juice

= Pukul shortening sampai kembang, putih dan gebu, masukan icing sugar sikit-sikit, pukul lagi sampai kembang. Last masukan juice lemon dan mixer sekejap. Siap digunakan

Note: Apabila terlalu dry tambahkan 1 sudu makan air masak. Takleh lebih nanti lembik.


17) Buttercream IX [KAK MAS]

A/ 250g air + 600g gula caster

B/ 750g butter + 250g krimwell + 2-3 titik ros esen/vanilla esen

= Masak A hingga mendidih. Bila dah suam chillkan dalam fridge overnight. Pukul butter and krimwell high speed sampai kembang dan gebu. Kemudian slowly tuang chilled syrup tadi sampai habis. Masukkan juga esen. Pukul dalam 2-3minit sampai well combined dan gebu. (Mixer tak payah stop semasa tuang syrup biar on going).


18) Whole Egg Buttercream


(A) 2 biji telur + 120 gram gula

(B) 400 gram mentega/krimwell + 100 gram shortening

= Pukul (A) dan renehkan atas double boiler sehingga pekat. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk pengadun. Pukul sehingga adunan menjadi lembut. Biarkania sejuk. Pukul (B) sehingga lembut dan gebu. Masukkan adunan telur yang telah disejukkan dan gaul sehingga sebati.


19) Buttercream Telur Putih [1mas2r@]

350 gm marvelo/supertact/ krim well + 250 gm butter + 175 gm gula pasir + 110 gm putih telur

= Masak putih telur dan gula secara double boiler, kacau selalu. Pukul butter dan krimwell hingga putih. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur yang dimasak tadi hingga menjadi meringue. Masukkan meringue sedikit-sedikit ke dalam adunan butter. Pukul lag pada kelajuan sederhana hingga putih.


20) Basic Buttercream

400 gram mentega/krimwell + 100 gram shortening + 180 gram icing sugar + 1 sudu teh esen vanilla

= Pukul mentega dan shortening sehingga tidak bergentil-gentil. Masukkan esen vanilla dan gula icing. Pukul lagi sehingga lembut dan gebu. Sedia untuk digunakan.untuk whipping cream tak perlu letak gula atau apa-apa, cuma pukul sehingga kembang. Untuk 1 biji kek 1/12 cawan (340 ml) whipping


21) Buttercream X [Kuantan- Rnet]

350 gm marvelo/supertact/krim well + 250 gm butter +175 gm gula pasir +110 gm putih telur

= Masak putih telur + gula secara double boiler, kacau selalu. Pukul butter + krimwell hingga putih. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur yang dimasak tadi hingga menjadi meringue. Masukkan meringue sedikit-sedikit ke dalam adunan butter. Pukul lagi pada speed sederhana hingga putih.


22) Buttercream Golden Syrup

i) BWY Buttercream

500gm Krimwell + 500gm butter + 200gm golden syrup + 1tsp vanilla

ii) Bagus Buttercream

1kg krimwell + 500gm butter + 400gm golden syrup

iii) Icing Cream

500g krimwell + 500g butter + 200g golden syrup

Pukul Creamwell selama 20 minit dengan kelajuan sederhana.. Pukul sampai kembang. Masukkan butter dan golden syrup, pukul lagi 20 minit..

Note: Sekiranya nak manis lagi boleh tambahkan golden syrup. Kalau tengok-tengok resepi pakai golden syrup walaupun chef berlainan. Saya ada tanya kenapa tak pakai icing sugar, dia kata nanti tak smooth.


23) Golden Syrup

A/ 200g gula + 1/4 potong limau nipis + 50 gram air

B/ 20g air

= Masak bahan A sampai perang. Dah masak, tutup api tambahkan bahan B.

Resipi-resepi ini menggunakan golden syrup, menggantikan icing sugar supaya ia kelihatan lebih smooth, selain daripada mengurangkan kemanisan, goldean syrup juga boleh diganti dengan madu atau susu pekat…. Tetapi bagi buttercream yang berwarna… Kalau takder golden syrup. Boleh jer buat syrup guna gula kastor.



*********************************************


” GLAZE ICING CUPCAKE AND COOKIES “


Just guna air suam dengan icing sugar. Ayak icing sugar dalam mangkuk dan tuang air sudu by sudu. Jangan guna cawan coz nanti terbanyak air then banyak pulak guna icing sugar. Kacau dan ayak icing sugar tu sampai dapat kepekatan yang kita nak (consistency). Kalau angkat dengan sudu dan meleleh tu maknanya still cair jadi tambah lagi icing sugar, kena agak-agak sendiri.


Jika ingin perasa pada kek or cream? Untuk kek just tambah dalam 1 sudu besar flavour yang kita nak.. Untuk glace tu, mula-mula kak mas mix dulu icing dengan air, kacau agak-agak pekat skit, separatekan dalam mangkuk-mangkuk dan titikkan kaler dan kacau tiap-tiap mangkuk, kalau cair then tambah icing sugar, kalau pekat titikkan air…



8 ulasan:

  1. Balasan
    1. sama2 kita tambah ilmu mana le nak tahu berguna nnt :)

      Padam
  2. Assalam ..saya ada buat buttercream yg guna combination butter and krimwell tapi rasanya agak memuakkan. Kalau ganti creamwell with vege shortening rasanya sama jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali. maaf yer lambat balas. agak sibuk kebelakangan ini. tentang penggunaan shortening menggantikan butter memang ada perbezaannya. dengan penggunaan shorteing rasa muak akan kurang & doeco akan lbh tahan sikit berbanding dgn butter yg cpt mencair/lembik. hrp jawapan ni dpt membantu Nor & rakan semua :)

      Padam
  3. as salam..Refer item no 12. jika susu segar tu tukar pada susu cair .. bole ker.. stok susu segar habis..sekarang sedang buat ising tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...