Bermula dari hari ini akan ramailah umat Islam yang akan menggandakan lagi amalan masing-masing dibulan barakah ini. Masing-masing nak dapat peluang untuk rebut rezeki Allah ni... Dapatkan Malam Lailatulqadar. Malam yang penuh berkat dan banyak pahala yang boleh kida dapatkan sebagai bekalan untuk kita di akhirat nanti.
Tadi masa buka FB ternampak satu doa yang amat bagus kita amalkan dalam mencapai malam Lailatulqadar...
Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, "Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)
Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)
Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari)
Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim)
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)
Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas.
Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam ganjil bermula malam 21 dan 23 Ramadhan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadith Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehinggaRasulullah SAW sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengahnya tidak mementukan secara pasti tetapi menyatakan bahawa ianya pada malam ganjil antara 21 Ramadhan hingga akhir Ramadhan. Ada juga terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dari hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari:
- Ahad atau Rabu - Lailatulqadar ialah pada hari yang ke29
- Jumaat atau Selas - Lailatulqadar pada hari ke27
- Khamis - Lailatulqadar jatuh pada hari ke 25 Ramadhan
- Sabtu - Lailatulqadar pada hari yang ke23
- Isnin - Lailatulqadar ialah pada hari ke21
Demikianlah kaedah yang digunapakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau, " Aku tak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini".
Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya banyak. Antaranya:
- Malam itu berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram
- Angin bertiup lembut, sepoi-sepoi bahasa
- Keesokan harinya, lagit akan agak redup dan cahaya matahari tidak bgitu menyinari ruang angkasa
Hikmahnya
Apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dn istighafar. Juga banyakkan amal ibadat pada mala itu dan keesokan harinya agar mendapat fadhilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap alam Ramadhan dengan amal ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu Maghrib, Isya' dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadhilat Malam Lailatulqadar Insyaallah...
Sumber: lenggangkangkung-my dan iluvislam
Gambar: Selama Perak [dot] Com.
Kiriman gambar: Faridah Khamis, sahabat FB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan