Raya kali ni saya buat sekali lagi Almond Crisp macam tahun lepas. Resepi ni milik kak Fida, sifu yang saya kenali dari My Resepi tu. Hari ni dari pagi tadi saya dah mulakan projek ni. Kat Perak kan cuti Nuzul Al-Quran so ambik kesempatan ni bila dah ada kat rumah untuk buat cookies yang mudah ni. Selamat bercuti yer buat yang bercuti tu... :) Esok dah nak berkejaran untuk settlekan projek lain pulak. Tambah pulak semua bahan dah ada kat rumah.
Tahun lepas rasanya saya tak kongsikan kat sini resepinya. So kali ni lepas jer masak biskut tu tadi, saya pun ambik kesempatan untuk terus updatekan dalam blog. Memang sedap tau biskutnya. Anak-anak pun suka. Itu pasal tahun ni pun saya buat lagi biskut ni. Nak buat Almond Crisp ni pun tak susah. Itu yang jadi pilihan sekali lagi tu.
Resepi yang kak Fida bagi setakat yang pernah saya cuba memang menjadilah. Tak pernah menghampakan lagi. Tahun ni saya buat 3 adunan. Satu untuk mertua, satu untuk mak kat kampung dan satu lagi untuk stok kat rumah. Mudah dan cepat jer siapnya...
Tahun ni memandangkan Afif dah besar dan boleh diharap, saya ajak dia joint buat biskut ni. Kerjanya mudah jer. Part yang dia suka, ayak tepung dan gula aising. Pastu pukul semua bahan-bahan. Memang boleh diharap tapi berperang ler kejap dengan Izaz sebab dia pun sibuk nak menolong heheh. Kakak dah boleh buat sampai habis sebab dah tahu jaga kebersihan. Adik just kacau adunan jer. Kang jadi hapa pun tak tahu ler kalau harapkan adik yang buat sama. Bangga jer anak-anak dare tu bila cookies diarang dah siap. Bahagian simpan stok kat rumah pun dah banyak yang dimakan diarang.... Isk cam ner nak jamu raya nanti ni!!!!!!!!!!
Image milik kak Fida sendiri |
ALMOND CRIPS
By: Kak Fida, My ResepiHasil: 40 keping
Bahan-bahan
- 125g mentega - lembutkan pada suhu bilik
- 55g gula aising - ayak
- 30g badam kisar
- 160g tepung gandum - ayak
- Coklat putih - cairkan
- Manik pelbagai warna
Caranya
1. Gaul rata mentega dan gula.
2. Masukkan badam kisar dan gaul lagi.
3. Masukkan tepung dan gaul sebati. Bila siap balut dalam plastik dan simpan dalam chiller selama 15-20 minit.
4. Bentukkan atau canai. Terap ikut bentuk yang disukai. Susun atas dulang yang disapu mentega. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit.
5. Untuk hiasan : Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil. Buat design yang disukai dan taburkan manik-manik ikut suka.
Dah siap... Kan saya dah cakap memang senang jer. So jom pakat-pakat cuba tahun ni... Alah design masing-masing punya creativity. Tetamu tak perasan nanti heheh ;)
Last year buat cam ni bentuknya. Coklat putih jalur-jalurkan atasnya je tak ler salut terus cam ni... |
This year punya design... Butterfly |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan