Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 26 Ogos 2012

Jadual Pemakanan Sihat

Ni contoh je saya ambil kat umah noorulakma ;)

Baru-baru ni saya buat jadual pemakanan harian untuk keluarga. Alah saja ler nak cerita heheh...


Memang dari dulu teringin nak buat jadual tu sebab pertama-tamanya nak keluarga dapat makanan seimbang yang sihat. Pas tu kot boleh nak le anak-anak mewarisi apa yang diamalkan sekarang. Supaya kesihatan diarang lebih terjamin. Lagi pun ni haaa badan ni... Memang le kencing manis, darah tinggi tak der tapi badan ni montel sesangat! Berat dah kurang sikit. Tapi raya ni naik balik la... Amboi makan terkawal pun berat mencanak naik kau. Sakitnya hati kecil ku iniiii.


Banyak kali dah pun type dalam laptop ni. Tapi masa tu main bedal je theheheh. Alah tak der panduan so belasah je la ikut selera. Tapi sejak jumpa rumah Mak Long kat maklongskitchen tu hari dan sejak try cuba apa yang disarankannya ok ler. Rasanya petua yang Mak Long bagi tu boleh diikut. Cuma bab lemak tu je masih tak berani nak try. Tak pe la dari was-was baik jangan buat kan. Ikut apa yang mampu dah le.

 
Pilihan utama macam yang diceritakan dulu... Tiada gula, Kurang Karbohidrat dan Lebih Protein macam yang disarankan oleh Mak Long. Diet tu Mak Long sarankan buat yang hidap kencing manis. Alhamdulillah tak der la kena tapi dah berumur ni tak salah nak jaga kan ehheh... Bacaan saya pada 25 Ogos 2012 sekadar 4.8mmol. Alhamdulillah lega ya amat. Tapi ni pun kira naik sikit ni sebab dulu kalau check dalam 4.4mmol je. Mungkin sebab raya kot, banyak kuih raya yang manis-manis yang dijamah. Pastu kebanyakan rumah sekarang hidangkan 'air gas'.... Nak tolak???? Hehheh jangan... Rugi. Ha... Sekarang tanggung ler....

Sebenarnya mesin check darah tu kitarang beli lepas baca cerita mak long yang sebaiknya check sendiri darah untuk elak dari terkena. Ramai mak-mak sedara saya yang kena kencing manis tu yang risau sangat tu. Alhamdulillah mak je tak. Penyakit lain pun tak der... Saya beli jenis Accu-chek Active yang kat bawah ni le. Alah dalam RM119.00 je kat Guardian. So agak-agak nak check boleh terus buat sendiri. Kalau dulu kena gi farmasi atau klinik. Masa dan RM.. Banyak gak le keluor. Bila ada sendiri senang. Kot sapa-sapa nak check meh ler... Leh saya jadi doktor tak bertauliah heheh...


Lepas tengok keputusan darah tu terus nekad susun jadual pemakanan semula! Yea la dah tak der lagi baik terus tak derkannya kan??? Yang penting ni ha.. Badan ni. Ha.. Harap-harap lepas ni maintain le penurunannya sikit. Kalau tak der jadual rasanya tangan ni main bedal je apa yang terlintas depan mata. Menu masakan pun main taruk je apa yang terlintas kat fikiran. Almaklumlah saya ni kan masak tak guna resepi. Main ambil je apa yang ada kat dapur tu. Ha lepas ni terkawal le sikit tangan yang main ambil ni hehe. Kot capai pun minta-minta le tangan ni capai benda yang baik-baik je. 


Kalau nampak makanan yang kiut miut dan menggebu gebas lagi ler teringin nak sentuh. Jadi harap-harap lepas ni tak ler. Lagi bagus aaaa.


Masa buat jadual tu saya pun ambik le beberapa resepi yang agak mudah tapi sihat untuk diapplykan dalam jadual tu. Selain tu saya salin semula dalam satu kertas untuk resepi yang tak familiar. Mudah nanti nak cari kalau nak masak. Buku resepi banyak sangat selain yang ambil kat blog rerakan. Kang kalau tak buat macam tu masa nak beli barang dan masak kalut pulak. Ha... Kalau jadi macam tu harus tangan ni main capai je ikut selera. Ha... Bila nak follow jadual???? Harusnya takkk. Bila nak amalkan pemakanan sihat???? Hentah... Itu yang tak nak tu.. Ke'tuaan' tak menunggu heheh.


Insyaallah lepas ni saya akan kongsikan yer agak-agak apa yang saya amalkan tu kat sini. Alah benda baik tak salah kan. Kot elok dapatttt pahala yang leh le jadi bekalan saya sekeluarga kat sana kelak. Aaamiin.


Kat rumah ni pun dah dikurangkan perlahan-lahan apa yang patut tak der. Tu hari 4kg gula, beras dan beberapa pek serbuk kopi disedekah kat mak. Dari biar rosak kat umah ni lagi baik sedekah kan. Dapat gak pahala. Maaf yer mak bukan susah pun sampai nak kena bagi sedekah. Itu pandangan sesetengah orang. Katanya nak sedekah pada yang miskin je. Yang senang-senang hidupnya tak boleh. Tapi saya dididik bahawa sedekah tu tak kira siapa. Kalau kita niat sedekat dapat pahala Insyaallah tapi kalau sekadar niat hadiah tak le dapat apa ke benda. Wallhu'alam. So baik niat sedekah kot-kot Allah ganjarkan pahala ha.. Untung you. Kot tak Allah je yang tahu. Benda baik tak salah cuba...

Berbagai jenis gula yer.... Kuragkan pleasessssss

Gula tu tahu le kenapa kan... Tapi kopi tu agak-agak kenapa yer?? Hehheh sebabnya nak minum kopi kena banyak gula. Kalau stok kopi banyak tapi tak minum nanti jadi keras so lagi baik bagi kat mak. Tu hari kawan sedekahkan masa kitarang ada program Produk Malaysia Citarasa Kita anjuran KPDNKK kat Carrefour Seberang Jaya.. Banyak le kopinya. So dari terbiar merosak lagi baik sedekah. Tinggalkan kat umah ni sikit je sebab saya tetap minum kopi. Rasulullah pun minum kopi kan... Nanti kalau nak pun beli sikit-sikit kalau dah habis yang ni.


Yang lain-lain pun banyak gak dikurangkan. Yang baik-baik je dibawa masuk sikit-sikit. Nak beli sekali gus mahal sesangat youuuu. Memang makanan untuk kesihatan ni mahal kot yer?? So sikit-sikit la kitarang cuba buat. Insyaallah akan saya kongsikan juga kay...


Sekarang pun dah agak pandai le baca Nutrition Fact kat belakang pembungkusan makanan yang kitarang beli heheh. Kot tak dulu pandang kosong je. Semua tu thanks pada Mak Long... Dengan petua kurang karbohidrat dan tak de gula tu tahu le sikit apa yang nak dipandang kat situ. Sekarang kalau nak beli apa-apa harus belek yang tu dulu. Kalau nak lebih tahu tentang Nutrition Facts ni lawat U.S Food and Drugs Administration website kay. So tunggu yer Insyaallah akan saya kongsikan kat sini. Insyaallah :)


Doakan kesihatan kami yer :)


1 ulasan:

  1. salam akak...mintak tolong buat 1 jadual pemakanan utk saya...saya makan je apa je...
    saya penghidap gout
    berat 110kg tinggi 175cm
    harap dapat bantuan dr akak...terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...