Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 13 Ogos 2012

Salad Buahan


Aduhhh lupa pulak nak beli sayur semalam. Stok sayur habis langsung dah dalam peti ais tu. Yang tinggal carrot jer. Selalunya ada gak kobis yang amat berguna diwaktu-waktu kecemasan.


Kang nak berbuka dengan apa yer. Tinggal lagi 1 jam lagi nak berbuka. Tak der sayur kang tak elok pulak sistem pencernaan heheh. Tambah pulak sekarang bulan puasa. Sistem pencernaan lagi slow ler jadinya.



Pergh.. Nasib baik idea sudah mari hehhe. Buat ler salad sayur yer tak. Sihat dan mudah. Lagi pun stok buahan memang sentiasa menunggu untuk dijamah kat meja tu. Molek sangat ler kan. Tambah pula sekarang nak berdiet. Memang sesuai sangat la....


SALAD BUAHAN

By:   asamgaram2puteri


Bahan-bahan
  • 2 biji epal hijau - hiris nipis memanjang
  • 1 biji orange sunkist -  potong kecil-kecil
  • 1 biji limau nipis - perah air dan cincang kulitnya
  • 1/2 biji carrot - hiris nipis memanjang
  • 1/2 ulas bawang besar - didadu
  • 3 biji cili melaka -  hiris nipis
  • 1 sudu besar madu
  • Sedikit garam
  • Sedikit kacang tanah - sangai dan tumbuk halus

Caranya

1.  Campurkan semua bahan dan kacau sebati.

2.  Jika suka simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit. Jika tidak pun simpan sekejap dalam bekas bertutup. Biar rasa tu sebati sikit baru dimakan.


Dahhh siap. Mudah jer kan. Nak ratah makan cam tu jer pun ok gak. Hidangan tu rasanya cukup untuk 2 orang makan jer. Agaknya ler sebab kitarang suami isteri jer makan heheh. Kalau ada lebih boleh ler buat banyak lagi. Memang sedap masam manis dan pedasnya. Cubalah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...