Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 21 Ogos 2012

Berita Gumbira Yang Di Tunggu Selama Separuh Usia



Panjang tak tajuk tu.. Ha memang panjang kan. Tajuk yang panjang berjela tu cerita penuh perasaan hati lepas 'si Dia' cakap yang 'Dia' tunggu ke pulangan saya.


Pulang ke mana??? Hehehhe rumah le mana lagi. Tapi 'Si Dia' tu bukan Mr Hb tau. Alah Mr Hb memang tunggu kepulangan sentiasa. Tapi jarang-jarang saya keluar rumah sensorang heheh. So bukan pasal Mr Hb atau anak-anak ler hehhe.


Jadi pulang kepada siapa???? Yang tu maleh nak citer. Malu ah heheh...


Memang selama ni tak der sesapa yang tunggu kepulangan saya dah lepas pemergian Allahyarham datuk, Haji K.S Mohammed dan Allahyarhamah nenek, Hajah Yong Abdullah tercinta. Nenek meninggal selepas datuk dalam tahun 2000. Sejak tu memang tak der sesapa dah.


Jadi... Bila tetiba dinyatakan sendiri oleh 'si Dia'... Isk terharu, gembira, sebak semua dah terjah dalam jiwa. Memang tak sangka. Sungguh-sungguh tak sangka. Mungkin seumur hidup saya takkan sangka hal ini akan berlaku.


Hehe kalau orang dengar situasi yang sebenar masa diberitahu tu mungkin ada yang kata ler tu jer??? Tapi pada saya yang dah tunggu ayat tu sejak dari kecil memang suka sangat-sangat...


Kalau boleh melompat setinggi gunung, kalau boleh bersorak sekuat dentuman kilat, itu yang saya akan lakukan untuk melahirkan rasa gembira ini. Tapi tak dapat ler kan heheheh. So sekadar hanya kesyukuran dan perkongsian cerita je yang mampu hehehhe....


Syukur Alhamdulillah..... Syukur pada Mu Ya Allah :))))))) Terima kasih!!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...