Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 25 Disember 2012

Profile Syarikat dan Produk 2 Puteri


Syarikat RM Ninetysixbillion Enterprise ditubuhkan pada 27 Julai 2010 dengan mengeluarkan produk makanan dibawah jenama 2 Puteri. Produk berkenaan ialah Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri.


Walaupun masih baru tetapi kami telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengguna-pengguna yang mahukan produk makanan yang halal, bersih dan terjamin kualitinya. Bermula dari kedai-kedai runcit, pasar basah, pasar malam dan kedai-kedai makan sekitar Ipoh, Taiping, Selama, Kuala Kangsar, Trong, Parit Buntar hingga ke Pulau Pinang kami bergerak sendiri.

Kini kami telah melangkah lebih jauh lagi ke seluruh Malaysia dengan memasarkan produk kami di 34 rangkaian Pasaraya Tesco Store di bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita' dan 10 rangkaian Mydin Hypermarket di bahagian Sos dan bahagian Agrobazaar. Pada tahun 2013 kami akan memasuki 22 buah rangkaian Pasaraya Carrefour seluruh Malaysia. Kami akan berusaha untuk mendekati pengguna kami sehampir mungkin.


Produk 2 Puteri

Pada masa ini kami hanya memasarkan 2 jenis produk iaitu Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Kedua-duanya dipekkan mengikut saiz yang sesuai untuk pengguna-pengguna di rumah. Pembuatan kedua-dua produk ini dihasilkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Agama Islam demi menjaga kebersihan dan kualiti produk. Segala bahan mentah yang digunakan dijamin Halal seperti yang disyaratkan.



 


Sos Char Kueyteow 2 Puteri merupakan satu produk yang membantu pengguna mendapatkan hidangan Char Kueyteow yang enak dan menepati hidangan Char Kueyteow yang sebenar. Dengan langkah-langkah mudah yang disertakan, pengguna kini dapat menikmati hidangan Char Kueyteow dalam satu pakej yang lengkap iaitu enak, mudah, murah dan paling penting juga berbaloi dengan wang yang dikeluarkan. Ini kerana, Sos Char Kueyteow 2 Puteri tidak hanya enak dibuat Char Kueyteow malah boleh diaplikasikan ke atas lain-lain hidangan seperti Mee Goreng, Pasta, Lauk-pauk dan boleh dimakan begitu sahaja.

Pada tahun ini kami berazam untuk mengeluarkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri dalam saiz besar bagi memudahkan pengguna yang membuka restoran atau warung mendapatkan produk kami. Ramai pengguna Produk 2 Puteri yang mengeluh dan mahukan saiz yang menepati keperluan mereka.


Cili Boh Asli 2 Puteri pula menggunakan hanya cili asli tanpa campuran lain kecuali air bersih, garam dan pengawet yang dibenarkan. Dengan itu warna dan rasanya adalah asli dari cili yang telah diproses halus demi memudahkan para pengguna dalam memasak. Melalui penggunaan produk yang asli ini, hasil masakan adalah menjadi lebih cantik, enak dan lazat.


Logo Jenama 2 Puteri

2 Puteri dipilih sebagai jenama produk keluaran kami bersemperna 2 orang cahayamata perempuan kami. Potret wajah kedua-dua mereka sewaktu kecil diabadikan sebagai logo sebagai tanda kasih kami terhadap mereka.


Dengan penuh kasih sayang juga kami ingin memastikan produk yang kami hasilkan di bawah jenama ini berkualiti dan diyakini pengguna. Untuk itu kami memastikan hanya bahan yang terpilih dan terbaik sahaja dalam menghasilkannya. Paling penting kami juga menggunakan produk yang benar-benar terjamin Halal mengikut syarat JAKIM/JAIN. Kami turut memastikan setiap penghasil produk adalah berkualiti dan terbaik.



Komitmen Kami

Kebersihan dan keselamatan adalah keutamaan kami dalam menghasilkan produk yang terbaik untuk para pengguna. Oleh itu, kesemua produk keluaran kami dihasilkan mengikut standard piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah Akta Makanan 1983.



Dalam menghasilkan produk yang terbaik dan berkualiti, kami hanya menggunakan bahan mentah yang terpilih, segar dan dijamin Halal oleh Jabatan Agama Islam. Produk kami juga telah disahkan Halal oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak  (JAIP) pada 20 Mei 2011, kurang 1 tahun sejak ia mula dipasarkan.

Selain daripada aspek keselamatan produk dan kilang yang kami telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, premis perkilangan kami diluluskan oleh Majlis Daerah Kerian (MDK).


Selain daripada itu kebersihan premis turut dipantau agar memenuhi keperluan dan syarat dalam menghasilkan produk makanan yang bersih dan selamat. Dengan itu, walaupun kami merupakan sebuah organisasi yang kecil namun segala kualiti yang baik kami terapkan dalam memberi yang terbaik pada para pengguna. Cara perlaksanaan yang kami amalkan adalah melengkapi syarat yang ditetapkan oleh KKM. Adalah menjadi hasrat kami agar suatu hari nanti Produk 2 Puteri akan mendapat taraf GMP dan HACCP.

Jaminan kami hanya produk yang berkualiti dan segar dihasilkan di kilang kami untuk semua pengguna.Untuk itu stok sediaada tidak disimpan lama dipremis kilang. Setiap penghantaran merupakan stok baru yang dihasilkan oleh kami.


Visi dan Misi kami

Kami akan terus berusaha untuk menghasilkan produk yang bermutu, bersih, selamat dan pelbagai di bawah jenama 2 Puteri. Walaupun kami telah mendapat Sijil Pemeriksaan Keselamatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kami akan berusaha untuk memenuhi piawaian Skim Pensijilan GMP (GMP) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kami juga akan mula mengeluarkan pek besar bagi Sos Char Kueyteow 2 Puteri supaya memudahkan pengguna yang ingin mengusahakan perniagaan makanan seperti di restoran, warung, hotel dan katering. Selain daripada itu kami juga akan berusaha untuk meluaskan lagi pasaran produk ke seluruh Malaysia agar memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk kami di mana-mana sahaja.

Juga, bermula pada tahun 2013 kami akan merancakkan lagi perniagaan kami dengan mengadakan kelas untuk sesiapa yang berminat mempelajari teknik dan cara memasak Char Kueyteow, Mee Goreng, Kueyteow Goreng, Bihun Goreng dan Maggie Goreng yang enak dan sempurna.


Keunggulan 2 Puteri

1. 100% merupakan milik bumiputera Islam
Sebuah syarikat milikan penuh bumiputera Islam dan merupakan sebuah syarikat baru yang berdaya saing dalam pembangunan produk makanan yang suci dan halal

2. Produk yang bersih, suci dan Halal
Mengutamakan kebersihan, kesucian dan mementingkan aspek Halal dalam penghasilan produk, kami mengaplikasikan syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKIM/JAIN dalam semua aspek.

3. Harga yang sangat kopentetif dan berpatutan
Kami berusaha untuk memenuhi keperluan dan kemampuan setiap pengguna. Ini dapat dizahirkan dengan meletakkan diri kami sama seperti pengguna lain yang mahukan produk yang berkualiti dalam harga mampu milik.


6 ulasan:

  1. alhamdulillah dah selamat dapat sos char kue teow y dicari selama ini.... jumpa kat mydin subang...cari kat tesco puchong memang tak berjumpa...insyaAllah len kali nak cuba yg lain2 keluaran 2 puteri...nak support anak bangsa dan saudara sesama islam...

    semoga terus maju dan berjaya agar dapat memertabatkan bangsa dan agama khususnya...insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih yer darling. Kedua-dua Produk 2 Puteri dah kehabisan stok kat Tesco Store Puchong tu. Insyaallah esok Mr Hb akan pergi hantar.

      Begitu la kitarang punya perjalanan seminggu order masuk baru hantar. Kami tak simpan stok lama-lama kat kilang biar sampai fresh pada pelanggang itu yang terpaksa ambil masa seminggu sebab takut kang tak sempat siapkan order. Banyak juga sahabat yang mengadu tak de, minta maaf banyak-banyak ya sebab sedari awal dah sign agreement macam tu jadi termaktub dah le. Kesian juga dengar kalau ada yang mengadu, yer la penat lelah diarang cari memang terasa hampa je kalau tak der. Maaf yer...

      Terima kasih banyak-banyak atas kesudian mencuba produk saya ni. Insyaallah kami akan berikan yang terbaik. Biar berbaloi membeli. Terima kasih juga atas doa. Aaamiin... Moga jadi kenyataan :) Hihihih. Tq dear....

      Padam
  2. Assalamualaikum Akak.

    Saya ni sangat bangga dengan usaha dan kesungguhan Mr Hb dan akak dalam mengembangkan produk 2 Puteri.

    utk pgtahuan akak.. Saya nie pon baru je involve dlm bisnis selama 3 bulan n saya dapati amat bahawa perniagaan adalah kerjaya paling mencabar sekali.. Tapi akak buktikan benda plg mencabar boleh di atasi dengan semangat n kasih syg kepada keluarga juga boleh jadi sumber inspirasi.Kalau akak dah berjaya kelak jgn lupa tulis buku bagaimana develop produk yerr.. hehe

    Apa pun akak. Jgn mengalah n teruskan usaha yaa.. Skrg alhamdulilah produk Akak boleh di dapati d tesco n mydin.. Nnti akak cuba2 la maSuk sluruh pasaran Malaysia. Insya Allah akan berjaya.

    Good luck akak n Mr Hb. :) Bangga Sangat dengan akak.

    Sayful
    Utama Services Enterprise


    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. syukur makin ramai yg menceburkan diri dlm bidang perniagaan ni. moga2 org melayu kita semua terus berjaya dlm bidang ni kay. Allah dah kata 99% rezeki melalui perniagaan. berniaga, mmg byk onak duri yg melingkari perjalanan kita terutama jk bermula dr 0. tp klu kita ikhlas, amanah dan jujur Insyaallah Allah akan buka lorong pd kta. cepat atau lambat akan jd kenyataan juga kelak. Insyaallah.

      layak ke nak tulis buku nih heheh.. apapun satu saranan yg baik. ada gak tepikir tp takat sekolah tepi rumah mcm sy ni mana le nak reti menulis2 buku nih (harus kena belajar nih heheh). anyway good luck yer. moga kejayaan milik kita yg berusaha :) ai bangga dgn u juga ;)

      Padam
  3. Alhamdulillah, semoga terus berjaya dalam perniagaan yang dibuat, asam garam perniagaan ada naik dan turunnya,masa kita tengah naik jagalah ia sebaiknya agar dia tak turun-turun. Jangan lupa sebahagian rezeki yang Allah kurniakan itu kita kongsi dengan orang-orang yang selayaknya(anak-anak yatim dan faqir miskin)..in sha Allah diberikan kejayaan yang gemilang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. terima kasih :). Insyaallah kami akan usahakan yang terbaik agar ianya manjadi produk yang benar-benar halal baik dari segi pembuatan dan juga halal dari segi hasilnya supaya mendapat keredhaan Allah. Dan Insyaallah kami akan beri yang terbaik semampu kami. Terima kasih atas nasihat dan peringatan yang baik ini...:) Kami amat hargainya.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...