Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Ahad, 2 Disember 2012
Apa Hal Ni Kakak??? Jangan Le Buat Musuh Dengan Saya....
Salam sejahtera semua. How's your day? Hopefully seronok le yer. Ehhhh bangun... Dah meninggi hari dah ni...
Semalam.... Saya baru je sentuh pasal dugaan dalam perniagaan dan 3 syarat sebelum memulakan sesuatu bisnes that is... Make a target, kuatkan tekad dan kena tanam sifat sabar banyak-banyak dalam diri. Betul... Memang ini yang terpenting dalam mengusahakan sesuatu perniagaan selain daripada modal yang banyak dan produk yang berkualiti. Tapi semalam saya tak sentuh bab modal dan produk. Sesiapa yang nak mulakan sesuatu perniagaan should know better about this... Perghhhhhh speaking London mak dikkkkk. Agak-agak korang paham tak bila orang Ulu cam saya ni cakap London hahhaha. Uludon hahhhah.
Dugaan ni bukan susah pun ndak dapat. Contohnya saya semalam. Yerrrrrr semalammmmm. Tak payah susah-susah kuar rumah. Tak payah susah-susah nak jumpa orang udah kena dugaan dari seseorang. Bukan payah pun. Lambat sikit balas soalannya dan tak le jawab directly je apa yang dia tanya udah kutuk kita bagai. Weiii teman tak sombong yer.. Allah marah so jangan buat!!! Korang pun tahukan dah berapa hari saya tak ke udara. Ewah cam DJ Radio pulak... Ku Ke Udara Lagiiii... Kata Sis Francisca Peter hihihi. So banyak gak le yang saya tak catch up sepanjang ketiadaan saya. Kat blog Asam Garam 2 Puteri ni, webpage 2 Puteri, Facebook 2 Puteri atau email kitarang. Facebook saya pun tak bukak darling. Memang bizi sesangat jadi kalau dah berlambak nak kena pantau, baik stop jab. Kot tak kang lagi bizi dibuatnya.
Dia pengusaha produk makanan juga. Pada hemat saya yang tak le pandai mana ni, lepas teliti apa kejayaan yang dia kecapi... Wow!!! Hebat sungguh. Imagine, cuma buat produk kat dapur rumah je leh supply sampai ke Mydin. Siap dengan iklan, promosi dan ikut serta promosi kat karnival-karnival. Hebat tuuuuuu.
Setahu saya le, kalau nak sertai promosi IKS kat Mydin atau lelain tu kena ada RM paling kurang pun 3 angka. Tapi... Rasanya kalau Mydin lebih lagi kottttt. Lak tu boleh beli iklan promosi produk IKS yang Mydin edarkan percuma kat customer kat pintu masuk dia tu. Yang tu saja kalau tak der RM5,000.00 tak payah le. Setahu saya le. Tu pun RM5,000.00 untuk 2 minggu je. Isk..isk..isk... Banyak nyer duit diaaaa. How I wish I can do and have what she has.... Ni kalau kitarang, harapkan blog ngan facebook je la. Nak iklan, masuk promosi atau lelain cara memang tak mampu langsung. Nak kena pakai banyak RM.... Memang tak dapat le.
Nak harap Jabatan Pertanian, Fama atau lelain jabatan bagi peluang pun tak tahu bila. Tu pun bukannya free. Paling tak pun RM300.00. Nak dapat free??? Rasanya susah sesangat. Tapi kalau ada offer pun mungkin susah sikit. Kitarang mana le mampu nak support kos-kos lain. Kalau dah promosi harus kena stay kat hotel 2-3 hari. Lak tu kos-kos tersembunyi lain pun nak kena kira gak. Berniaga camtu le. Semua kena kira. Kalau ada modal no problem. Tapi cam kitarang ni modal dah cukup-cukup nak pusing balik je camner.
Sure korang tanya... Tak kan tak der untung dah masuk Tesco pastu kata kencang... Memang ar. Bab tu syukur Alhamdulillah. Tapi kitarang baru je sebulan masuk Tesco. Nak roll modal tak habis lagi. Kat Mydin lak lambat-lambat masuk order. So memang kena survive banyak. Tak kira dengan stok-stok yang hantar kat kedai-kedai tu. Tu pun bukan boleh terus dapat duit. Consignment. Letak dulu kalau terjual baru dapat duit. Kot rosak kena tanggung lagi. Kalau ada yang aniaya, sorokkan barang kita lagi satu bala kena tanggung. Jadinya dah labur sana sikit, sini skit tapi duit lambat masuk memang susah le nak kayuh kencang. Jadi semua aspek kena terlebih kira. Tu yang saya kata kena kuat semangat dan tekad. Kot tak leh goyah yang...
Nak buat iklan pun kena ada ribu riban kat poket. Tapi sis yang bertanya tu siap dah ada iklan untuk TV dah. Cuma tak le tahu dah ke udara belum sebab saya ni tak peka sangat bab ni. Kepala otak full dengan macam-macam cerita produk, keluarga dan life... Tu yang mungkin terlepas pandang. Lagipun siang memang saya tak tengok TV, harap malam je sesekali kalau Mr Hb tak control hahahah.
Banner, flyers dan lelain yang seangkatan pun kena ada ribu riban... Hussssss camner agaknya mak nak beriklan niiiii. Agak dengan modal kitarang kumpul, berapa lama lagi ler hihih. Dulu nak buat stiker botol Sos Char Kueyteow 2 Puteri, ambil masa dekat 1 tahun gak kumpul modal. Pastu untuk plastik Cili Boh Asli 2 Puteri pun dekat 2 tahun baru terrealisasi. Moga-moga untuk beriklan ni cepat le dapatnya... Aaamiin.
Tapi tu le... Saya ni mungkin Allah bagi susah sikit dalam segala hal. Tak macam sis yang bertanya tu... Tak payah ada halal (as she told me) dah leh masuk Mydin. Saya dulu masa memula bawa produk untuk diajukan kat Mydin.... Huauuuu punya le dibelek ditelek bagai. Ada halal tak??? Ada barcode tak??? Ada nutrition fact takkkk. Bungkus cun tak.... Macam-macam. So saya assume Allah mudahkan le kot urusan pada dia. Alhamdulillah bagus la. Harap-harap saya pun dipermudahkan lepas ni.
Apa yang saya sediakan dalam nak majukan produk kena ada kilang sendiri kot tak dari segi kesihatan, halal dan lelain yang seangkatan dengannya harus tak lulus. Sebab syarat untuk buat produk makanan harus berasingan dengan tempat tinggal kita. Tak kisah camner tapi berasingan. Takut akan mudarat pada customer.
Cara prosess, bahan yang digunakan, alatan semua kena ikut piawaian. Keadaan kilang pun harus bersih dan terjaga. Bukan le sesuka hati. Yang leh masuk pun hanya pekerja dan owner sahaja. Orang luar tak leh masuk semasa kerja dijalankan. So kena faham le susahnya nak buat produk makanan ni. Bukan leh memain.
Macam saya cakap tadi, bersyukurlah sis tu mudah dalam segala hal. Dari resepi yang dia peroleh dari Pak Tehnya sampai dapat buat duit.. Baguslah. Bukan senang nak dapat tu yongggg. Tapi bagus dia dedicatekan nama Pak Tehnya pada produk dia. Tanda penghargaan atas apa yang Pak Teh dia berikan. Suka hati Uncle dia tu akan bagi lagi banyak rezeki. Allah pun cakap kalau kita sukakan hati seseorang, Dia akan beri kita pahala. Baguskan... Tu kot yang dia berjaya. Tapi kalau sebaliknya... Apa leh dapat??? Dosa....
Sis tu tak payah nak buat kilang ke apa. Just stay kat umah, di dapur sendiri... Dah boleh supply ke sana-sini. Jauh berbeza kita yong.. Jimat tu. Tak payah nak kuar modal beli alatan dapur, sewa kedai untuk buat kilang dan lelain. Untung... Untung...
Saya pulak kena ada halal, lesen majlis dan lelain baru leh supply. Tapi dia tak perlu semua tu. Mudahkan. Tapi tertanya gak saya kat hati ni... Pihak kementerian kenapa tak standardkan syarat-syarat dalam memasarkan produk. Jab diketatkan, jab longgar. Camner tu??? Bukan per susah le kami pengusaha nak tahu apa yang perlu apa yang tak. Kalau tak senang nak fokus apa yang perlu apa yang tak buat dulu.
Tentang pertanyaan dia pasal cara kemasukkan ke pasaraya Tesco... Hhihihi susahhhh sesangat. Nak saya ceritakan lebih lanjut rasanya tak nak lah. Sebabnya kami ni semuanya susah camner senang-senang nak bagi kat orang??? Kedekut. Tak lah. Nak buat per kedekut kalau dah rezeki korang ada kat situ yer tak. Saya percaya kalau ada satu peluang korang dapat melalui saya itu rezeki yang Allah bagi kat korang melalui saya. Baguslah yer tak??? Lagi pun sis tu dah dapat semua hal mudah dah so sesekali susah apa salahnya yer dak?? Hahah sori yer darl. Saya tak kenal you tapi you buat saya panas sikit sebab dah tak kenal jangan le dok mengata orang bagai. Tak baik Allah marah. Masuk dalam api nanti. Saya takut...
Lagi pun kesian kat Mr Hb... Kalau saya mudahkan untuk orang, rasanya tak adil buat si dia yang terpaksa bersusah payah bersejuk, berembun bila buat appointment. Tak sampai hati. Korang nak tahu baca le kat sini jugak. Please, bab-bab tu tolong tanya orang lain. Dan jangan kata saya sombong ke apa. Perasaan Mr Hb lagi penting pada saya dari yang lain. Please understand kay.... ;)
Kitarang tak pernah tanya sapa-sapa cara mudah. Kitarang usaha sendiri. Pergi sana.. Pergi sini. Tu yang saya kata kena kutuk pun hadap gak le nak buat camner. Tapi nak berjaya bukan mudah. Usaha kena lebih. Baru kita hargai setiap apa yang kita usaha tu bila dah berjaya. Just look at us. Usung anak sana sini sebab tak der sapa nak jaga. So apa sahaja hasil yang kami kecap memang kami kena jaga sangat-sangat. Mungkin Allah buat kami kena usaha lebih jadi susah le sikit nak mudahkan pada orang. Please... Mungkin untuk korang Allah mudahkan sapa tahu yer tak. Usaha sikit je le yer....
So harap-harap lepas ni jangan lagi ada yang nak berburuk sangka dengan saya sekeluarga. Please pergi jejauh kalau berhasrat nak macam tu. You are not welcome in our life kay. Tak larat dah nak ada rasa geram dan bengang. So sis ZZA... Please understand... Kami nak lalui hari-hari kami dengan tenang, bahagia dan aman disamping keluarga dan sahabat yang jujur je. Kot nak berkawan, berbaik sangka atau nak kebaikan dan seangkatan dengannya.... Please come again. You are angle of my heart. Sayang korang-korang yang macam ni.
Labels:
Coretan Hati,
Saat Hampa,
Wishes 2 All
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan