Assalamualaikum...
" Moga perjalanannya yang ditempuhi pergi dan balik dipermudahkan dan moga pertemuaan ini
memberi keputusan yang terrrrbaik buat kami seperti yang dihajatkan....Aaamiin "
Huis tajuk kali ni dahsyat tak???? Hehehh. Bukan per ianya bersempena dengan apa yang dilakukan oleh Mr Hb sekarang ni. Tu yang berdoa sakan. Harap sangat dia selamat pergi dan balik serta dapat apa yang diusahakan.
Kisahnya begini....Alkisahnya tadi Mr Hb bertolak ke Kuala Lumpur untuk appointment esok dengan pihak Carrefour. Biasa le misi dan visinya adalah menempatkan produk kami Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke pasaraya Carrefour. Harap-harap Allah perkenankan usaha dan hajat kami hendaknya aaamiin. Buat yang sudi tolong doakan sama yer ;)
Rasanya dari awal tahun itu hari kami berusaha. Lama tu... Dah puas contact sana contact sini akhirnya dapat le juga buat appointment tu. Jadi memang harap sangat berjaya pasarkan produk kami kat situ.
Nasib baik semangat ni tak luntur walau banyak sangat halangannya nak tembusi talian Carrefour. Usaha tetap usaha. Demi anak-anak dan keluarga usaha kena diteruskan juga-juga. Dan Alhamdulillah dapat juga buat appointment tu. Syukur dan lega sangat-sangat. Walaupun masih tak tahu hasilnya tapi berserah pada Allah selepas berusaha lebih baik kan dari mengalah terus.
Mulanya tu harap sangat dapat bawa Cili Boh 2 Puteri sekali untuk perjumpaan ni. Yer la dah susah nak dapat sekali dapat nak le pulun habiskan. Tapi syarikat yang kitarang tempah plastik cili boh tu tak siapkan lagi tempahan kami. Rasanya dah sebulan lebih. Ada je masalahnya. Jadi tak dapatlah bawa Cili Boh 2 Puteri bersama. Geram juga sebab payment dah dibuat awal-awal lagi. Tapi bila pikirkan yang mungkin Allah ada le rancanganya ke atas kami kan... Dia yang lebih mengetahui. Insyaallah mungkin lain kali kalau ada rezeki akan kami usahakan untuk Cili Boh 2 Puteri pula. Redha dan pasrah :)
Bus ni kat China heheh...Idak le kena gi China dulu baru ke KL tapi cantik ma gambarnya.... |
Anak-anak bising je bila dengar ayahnya pergi KL naik bas. Jealous diarang heheh. Tapi diarang tak tahu yang ayahnya terpaksa berembun sebab nak berjimat. Mana taknya semuanya dengan usaha sendiri jadi sedikit sebanyak kena le berjimat mana yang patut. Ambil teladan dari Datuk Amir Mydin yang juga berusaha keras hingga berjaya sekarang. Doanya agar kami juga dapat jadi seperti beliau sedikit masa nanti aaamiin (sedikit masa u....hahah angan-angan tak kalah).
Pada anak-anak, Afif Khadyeeja dan Izaz Rashyeeda...Insyaallah nanti kalau ada rezeki dan peluang kita naik bas kay. Kali ni kita bagi ayah selesaikan kerjanya. Untuk masa depan kowang juga sayang....
Rakan-rakan tolong doakan yer agar produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dapat memasuki pasaraya Carrefour. Terima kasih dan Assalamualaikum...Nak tidur dah. Lewat dah ni esok nak hantar anak ke sekolah pula. Ni nak cerita pasal tu je untuk updatekan pasal perkembangan syarikat ni je. Kay thanks and buh-bye :) Moga malam ini kita lalui dengan penuh ketenangan...Aaamiin :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan