Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 3 Mei 2012

Bila Dia Pergi...



Assalamualaikum :)


Dah hampir 5 hari saya tak mencatatkan sebarang cerita di sini. Sebenarnya 29 April tu hari sibuk sangat buat persediaan untuk menyambut hari lahir Izaz Rashyeeda. Sedari awal tahun dia dengan kakaknya asyik berkeroncong dan berdondang sayang pasal nak sambut birthday diarang. Masing-masing memilih-milih design dan flavor kek masing-masing. Ingatkan nak buat majlis tu di sekolah Izaz keesokan harinya.


Namun kita hanya merancang. Allah yang menentukan segalanya...


Pada pagi 30 April 2012 jam 2.30 pagi, Mr Hb dapat panggilan. Hati dah mula syak yang tak enak. Melihatkan suami yang terus bangun terduduk sambil mengucapkan "Innalillah hiwainna illa hirojiun..." menyebabkan saya juga bangun segera.



Pertanyaan "Kenapa bang", berkali-kali saya ajukan padanya walaupun ketika itu dia masih ditalian. Setelah bercakap seketika, dia pun meletakkan telefon.


Mr Hb ceritakan pada saya bahawa panggilan itu daripada sepupu saya yang dalam perjalanan pulang kerana pak cik kami telah meninggal jam 10.45 malam akibat langgar lari. Allahyarham telah dibawa ke hospital. "Innalillah hiwainna illa hirojiun", itu juga yang dapat saya ucapkan...


Memandangkan pak cik telah dihantar ke hospital, kami jangkakan yang dia hanya dapat dibawa keluar keesokan harinya. Mungkin akan dilakukan bedah siasat. Jadi kami ambil keputusan untuk pergi ke rumahnya keesokan harinya memandangkan anak-anak juga telah tidur. Namun, masing-masing tak dapat melelapkan mata hingga ke pagi. Kami terkenangkan pak cik yang pada hayatnya amat baik dan disenangi semua. Dan dia juga insan yang amat berjasa pada kami berdua.


Keesokan harinya seawal pagi kami bertolak ke rumah pak cik di Sungai Relong Taiping. Mr Hb terus ke hospital kerana pak cik masih di sana.


Jam 11.45 pagi pak cik selamat dibawa pulang untuk disembahyangkan. Segala kerja memandikan dan mengapankan pak cik telah dilakukan dihospital. Mereka juga telah menyembahyangkan pak cik di hospital dan di masjid sebelum itu. Alhamdulillah pak cik telah disembahyangkan sebanyak 4 kali. Mungkin ini rezeki beliau kerana ramai yang datang menziarah.


Mengenangkan jasa pak cik pada kami sekeluarga memang menyebabkan air mata saya berlinangan. Dia yang menyatukan saya dengan suami. Jika tidak kerana ketegasan dan ancamannya tak mungkin saya akan bahagia dengan suami sekarang. Dan tak mungkin saya dikurniakan anak-anak yang mendamaikan. Majlis pernikahan saya juga dia yang uruskan hingga selesai.


Begitu juga ketika saya mengandungkan anak yang sulung, Afif Khadyeeja. Pak cik dan mak cik yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan saya. Mereka suami isteri sering menitipkan makanan buat saya. Hampir saban minggu.


Ramai rakan taulan juga memuji akan sifat pemurah dan mesra yang ada pada pak cik. Beliau mudah memberi pertolongan pada sesiapa yang memerlukan. Jika tidak wang ringgit, sekadar nasihat tetap diberikan. Kali terakhir beliau telah memberikan sebanyak RM2000.00 kepada peniaga burger tanpa di minta dengan alasan supaya mudah untuk orang menempah burger.


Beliau merupakan Ketua Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) cawangan Kampung Manik, Pondok Tanjong dan sangat aktif dengan aktiviti meneroka hutan kita dengan kumpulan pacuan 4 rodanya.


Kini dia pergi dan tak mungkin akan kembali. Hanya kenangan yang terpahat dalam ingatan kami yang akan merinduinya. Jasa yang ditabur tak mungkin akan dilupakan. Terima kasih pak cik!




Allahyarham Zulkeflee bin Abdul Shukor
"Semoga pak cik bersemadi dengan aman di sana. Dan semoga Allah tempatkan pak cik bersama orang-orang yang beriman. Aaamiin ya rabbil 'alaminn....."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...