Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 4 Mei 2012

Yang ke 4 Tahun... Izaz Rashyeeda Hairol


Bismillahirrahmanirrahim...


 "   Happy birthday to youuuu

Happy birthday to youuuuuuuuuu

Happy belated birthday to Princess Izaz Rashyeeda

Happy birthday to youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu   "



Tahun ni 30 April 2012 membawa makna bahawasanya Izaz Rashyeeda Hairol telah genap 4 tahun usianya.


Ini juga tahun pertama dia menyambutnya secara sendiri. Selama ni berkongsi dengan kakak, Afif Khadyeeja yang lahirnya 18 hari je selepas adik. Majlis pun hanya dibuat pada tarikh lahir kakak sebabnya majlis dibuat disekolah kakak. Adik tak sekolah lagi masa tu.


Excited dengan keadaan itu, sejak dari awal tahun dia sudah mula memilih design dan flavor kek yang dimahukan semperna birthdaynya. Dalam bulan Febuari dia dah selesai memilihnya dan muktamat dia mahukan kek strawberry dengan design Angry Bird. Puas jugak sogok dengan gambar lain. Reject!!!


Fuhhh hajat si kecil.. Mampukah ibu yang baru menceburkan diri dalam bidang ni nak buat ni. Angry Bird???  Cuak pula ibu. Kang lain hasilnya sure dia akan sedih. Dah ler first time sambut sendiri. Kang nak buat Angry Bird yang keluar Angry Ball lak kang naya.


Kek strawberry pun satu hal. Kang beli strawberry yang dijual kat Tesco masam. Dia mana ler makan masam-masam. Nak yang manis kena ke Cameron Highland pula. Adohai banyak belanja tuuuuu...




Pikir punya pikir akhirnya Kek Red Valvet jadi pilihan kerana warnanya yang merah itu sure dapat cover line kan hehehe... Nanti next capture saya kongsikan resepinya kay ;)


29 April 2012, mula sibuk memasak kek  bersama Apam Angry Bird buat untuk majlis keesokan harinya. Alhamdulillah semuanya siap mengikut jadual hahaha... Letih le juga nak tenang apam tu. Nasib baik le jadi. Walau pun tak le cantik mana...jab angry jab moody je nampak muka Angry Bird tu. Boleh la ambil gambar guna handphone ni yer. Ada gak kenangan (nak buat macam mana camera dah rosak macam yang saya cerita kat sini).


Masa nak creamkan kek tu dia punya ler excited. Kejap-kejap datang tengok. Kejap-kejap cakap dia nak gi nyorok. Suruh kita surprisekan dia. Dia tak tahu yang ibunya ni punya ler ketar satu badan risau tak menjadi. Tapi akhirnya menjadi juga gambar Angry Bird didesignkan. Fuhhh lega ya amat tuhan je yang tahu.



Sebaik siap terus gi simpan kat rumah mak sebab kat rumah ni tak de tempat nak disimpannya. Takut gak kang rosak ke apa.


Tapi...tanggal 30 April 2012 tak dapat buat sambutan birthday Izaz. Kesian juga kat dia tapi nak buat macam mana. Takdir tuhan siapa yang tahu. Awal paginya jam 2.30 pagi kami dapat panggilan menyatakan bahawa pak cik saya meninggal dunia akibat langgar lari. Memang memeranjatkan dan akibatnya kami ke rumah Allahyarham keesokan harinya. Majlis buat si kecil Izaz terpaksa dipostponedkan ke hari Rabu, 2 Mei 2012 kerana 1 Mei hari buruh. Semua buruh di Malaysia bercuti.....

Gambar lama..yang baru tak dapat tempek sebab camera rosakkkkk huaaaaa

Alhamdulillah pada 2 Mei 2012 kami dapat membuat sambutan hari lahir yang sederhana di sekolah Izaz. Nasib baik keknya telah saya simpan di rumah mak. Alhamdulillah Apam Angry Bird pun masih selamat dengan wajah angrynya tetap heheh.


Dan yang penting si kecil Izaz masih tetap tersenyum kerana dapat menyambut hari lahirnya sendiri dengan kek pilihannya. Dia makan habis sepotong.....Memang gembira sungguh.


Ibu, ayah dan kakak bersyukur sangat dengan kehadiran Izaz dalam hidup kami. Doa dan harapan kami agar dia menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Berjaya dalam semua lapangan yang dia ceburi... Dan semoga dia kekal rajin, ramah, suka  dengan ilmu agama dan penyayang. Aaamiin. 



"Terima kasih sayang kerana hadir dalam hidup ibu dan ayah. Terima kasih kerana beri kami kebahagiaan yang tak terhingga. 

Ibu, ayah dan kakak doakan agar adik menjadi orang yang berjaya dunia akhirat. 

Semoga adik terus berjaya dan dilindungi Allah selamanya. Semoga adik (dan kakak) akan terpelihara akhlaknya, agamanya dan diberi rezeki yang diberkati oleh Allah sentiasa dan dimana jua....Aaamiin."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...