Assalamualaikum :)
Dah 2 hari tak menulis kat sini. Banyak program dalam 2 hari ni. Hari Jumaat tu hari lepas ke pejabat Mara, sebelah petang hingga ke malam jalankan program masak memasak. Mak order Apam Polkadot yang memang sinonim dengan saya untuk kenduri hari Sabtu. Pastu buat Jelly Oren sama. Resepi Jelly Oren nanti saya sharekan kay.
Hari ni nak kongsi lagi sekali resepi Apam Polkadot boleh? Boleh lah yea... Sebenarnya saya nak kongsi ni sebab tu hari Ira sepupu Mr Hb ada request resepinya. Tengok dia ada bukak internet so saya cakap le cari kat blog asamgaram2puteri ni. Promosi blog tu heheh....
Buah manggis, buah strawberry dan bola askar hehhe |
Tapi bila balik rumah terpikir pulak dia jumpa ke resepi ni risau pulak sebab tu hari ada le dah kongsi kat sini tapi kang dia cari tak jumpa pula. Dah le nama kuihnya saya tak cakap. Naya sungguh karang. So saya kongsi le resepinya sekali lagi kay.
Sebenarnya Apam Polkadot ni dah jadi macam trademark gift saya pada family dah. Memang peberet semua ahli keluarga. Cuma rupa je berubah-rubah. Jab dot-dot. Jab serangga. Jab-jab buahan. Jab-jab alphabetical apam dan yang terbaru angry bird permintaan Izaz semperna birthday dia tu hari. Nanti saya kongsi cara-cara nak buat semua-semua bentuk tu kay.
Sure ada kawan-kawan yang dah kongsi bentuk-bentuk yang boleh dibuat dengan adunan apam ni tapi saya pun teringin gak nak kongsi kat blog ni. Cuma kesempatan tak de... Insyaallah next time. Biar lambat asal selamat heheh...
Buat Ira... Ni resepinya dear...
Dibo the gift dragon |
APAM POLKADOT
Bahan-bahan:
- 3 biji telur sejuk - dari peti ais. Kalau tak simpan pun ok tapi dari peti sejuk jadikan apam lebih lembut
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalett
- Filling - blueberry / strawberry @ apa-apa ikut citarasa. Filling tu biar jenis keras sikit kot tak laju je jatuh ke bawah. Kalau guna jem masak dulu tambah 1 sudu besar tepung jagung bersama sedikit air. Masak sampai boleh bergentel
- Pewarna & perisa
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang. Saya selalunya pukul gula, telur dan ovalett dulu. Nampak kembang dan berbuih ok le tu. Masukkan perisa yang disukai bagi hilang bau telur tu. Lepas tu baru masukkan tepung selang seli dengan susu. Tepung bahagi kepada 3 bahagian susu 2 bahagian. Tepung dulu baru susu...Selang seli bagi tepung jadi yang pertama dan yang akhir masuk dalam adunan.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. Satu adunan maksimum paling sesuai 3 je tau. Kang lari tempo susah :)
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih.
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas yang diisi dalam acuan lompang.
5. Letakkan filling secukupnya. Guna le apa yang dirasakan selesa..Tangan ke sudu ke. Lagi satu biasanya waktu ni baru saya panaskan pengukus. Tak le lama sangat nak tunggu nanti. Jangan lupa api sederhana. Kalau dapur kat rumah ni butang dapur tu, dekat yang last dah pusingnya.
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh. Kemudian part yang thrill sekali, dot-dotkan dengan warna pilihan.
Insect in my garden...bee, ladybird dan kumbang hitam |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan