Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 5 Mei 2012

Larangan Rasulullah SAW : Makan dan Minum Berdiri


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..


Hari ni kita sentuh bab agama pula yer. Kan per sekadar renungan dan ingatan buat kita insan yang selalu terrrrlupa dalam segala hal.  Sama-sama ler kita ingat mengingati supaya menjadi insan yang lebih baik dan dapat diperturunkan pada zuriat kita. Insyaallah....



Hari ni saya ada terbaca satu artikel yang menulis pasal LARANGAN RASULULLAH SAW DARIPADA MINUM BERDIRI... Lepas baca renung diri...


Sedar atau tidak kita memang buat kan perkara ni. Jangan kata anak-anak kecil yang tak mengerti apa-apa tu buat tapi kadang-kala kita sebagai orang tua pun sama. Jadi lepas ni harap-harap sebelum minum tu kita cari le tempat untuk melabuhkan punggung dan duduk. Kalau tak der kerusi, cari le mana-mana tempat yang bersih. Tak pun duduk je kat lantai tu kalau tak kotor. Heheh boleh je.


Islam menyediakan panduan dan adab kepada umatnya ketika minum supaya mereka selesa dengan perbuatan itu dan menjauhi mereka dari perkara buruk.


Mengapa Rasulullah S.A.W melarang kita makan dan minum sambil berdiri?


Kenyataannya secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer.
Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Saringan tersebut dapat terbuka hanya ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk diolah oleh badan. Biasa le air tu macam-macam mikroorganisma yang boleh masuk. Klorin pun ada kan. Jadi bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana ia tertutup.


Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Namun jika kita minum terus secara berdiri, air yang tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing. Takde hentian dimana-mana dah. Ketika menuju ke pundi kencing itu, kandungan air kencing (air yang kita minum tadi) akan menyebabkan terjadinya pemendapan disaluran sepanjang perjalanan (ureter). Ini kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter dan ianya awal mula punca munculnya masalah kesihatan kita.


Ia boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Penyakit ginjal yang sungguh berbahaya tau. Disyaki ia adalah punca terjadinya penyakit susah kencing. Jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi la. Itu ler punca kenapa semakin ramai sekarang orang mengidap penyakit buah pinggang, gout dan masalah kencing kotor.  
 
Ginjal normal (sihat)

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”


Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.


Manakala makan atau minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras. Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.


Rasulullah S.A.W pernah sekali minum sambil berdiri, namun itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi baginda untuk duduk, seperti keadaan yang penuh sesak dengan manusia pada tempat-tempat suci, contoh minum di telaga air zam-zam.


Makan atau minum secara berdiri melambangkan insan yang mengamalkannya adalah dalam keadaan tegang. Pada waktu itu organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.


Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, dimana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.


Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.


Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.


Makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.


Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.


Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).


Begitu dengan adab membaca Bismillah di awal kita menjamah makanan atau minuman. Ianya supaya kita dijauhi daripada sebarang bencana atau musibah yang terkandung dalam air atau makanan yang hendak kita jamah itu. Kita patut bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah kerana diberikan rezeki dan dapat menikmati makanan atau minuman dengan sempurna.



Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya. Beringatlah sentiasa. Amalkan yang baik dan tinggalkan segala larangannya. Rasulullah sangat menyayangi kita umatnya. Maka sayangilah diri kita sendiri juga kay....:)

 

JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK (air suam)


1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur.. dapat membersihkan organ-organ internal.

    - cara ini juga menggalakkan kita ke tandas. Amalkan sebaik bangun terus minum air tanpa berkumur-kumur mulut terebih dahulu.

 

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan..dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
    - elakkan minum semasa atau selepas makan kerana boleh menyebabkan perut membuncit selain daripada menyebabkan cepat kenyang. Juga amalkan minum selepas 30 minit makan. Bukan sesudah yea....30 minit selepas.

 

3. Minum segelas air sebelum mandi..dapat menurunkan tekanan darah.

 

4. Minum segelas air sebelum tidur..dapat mencegah stroke dan serangan jantung.


Jadi lepas ni sama-sama ler kita amalkan yer. Minum air sambil duduk, pada masa-masa yang disarankan di atas dan sentiasa lah kita minum air suam supaya kesihatan kita terpelihara sentiasa. Air lain boleh juga tapi haruslah kurang manis... Sayangi diri kay...


Nanti nak ajar terus pada anak-anak :) Salam dan terima kasih kerana membaca.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...