Khamis, 10 Mei 2012

Afif Khadyeeja


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.


Hari ni cuma sambungan catatan pagi tadi. Berkenaan pemergian Mr Hb ke Kuala Lumpur.


Lepas ayahnya ke KL, Afif Khadyeeja berkemas sakan. Katanya nak suprisekan ayah bila balik nanti. Alhamdulillah le tapi ayahnya bukan balik awal. Paling cepat pun malam ler sampainya. Harus masa tu rumah dah ditunggang langgang dek diarang balik. Tapi bagus gak lega mata ni memandang.

Gambar lama ni. Gambar baru tak dapat dah nak snap. Tunggu Mr Hb belikan yang baru...


Selalunya ada je yang diarang sepahkan. Tapi kesian dia, adik langsung tak nak tolong. Nasib baik kakak diam je tak bising. Memang committed le dengan hasratnya nak suprisekan ayah.

Ni le hasilnya...boleh le kan hasil lipatan budak 6 tahun

Dah siap tolong kemaskan rumah, dia tolong pula lipatkan baju. Alhamdulillah lega sungguh hati ibu bila tengok anak rajin menolong. Ibu doakan Afif terus rajin le sampai bila-bila. Izaz pun harap-harap macam tu le juga aaamiin.


Terima kasih sayang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...