Assalamualaikum semua.
Hari ni saya nak cerita bab agama pulak kay. Mungkin masih tak terlewat untuk saya berkongsi di sini. Saya ni pun bukan ler pandai sangat tapi bab-bab ni memang saya minat. Nak tambah ilmu pengetahuan dan berkongsi dengan sesiapa yang sudi terima perkongsian ini :). Tajuk kali ni
Mungkin ramai kawan-kawan blogger yang turut berkongsi akan kelebihan bulan Rejab ni kan. Baguslah Sekurang-kurangnya bertambah ilmu kita. Mungin perkongsian ni ada kurangnya dan boleh dapat dari rakan lain pula mana tahu kan..
*********************************************
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.
Allah berfirman, "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa” (QS At-Taubah: 36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi
tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari
tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa. Adalah sebaiknya beribadahlah tanpa mengharapkan sebarang pembalasan kerana itu yang sebaik-baiknya. Jadilah sebenar-benar hamba padaNya. Wallahu 'Alam.
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau
berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk
bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran,
keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran,
keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya,
kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih
pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada
malamnya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat".
Sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku".
- Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya dan Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab doanya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
- Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya dan Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab doanya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
Kelebihan Berpuasa Dalam Bulan Rejab
* Puasa Sehari - mendapat syurga tertinggi (Syurga Firdaus).
* Puasa 2 hari - dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa 3 hari - dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa 4 hari - diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa 5 hari - aman daripada azab kubur.
* Puasa 6 hari - keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa 7 hari - ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa 8 hari - dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu mengucap dua kalimah syahadah tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari - Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 hari - akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 hari - dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada - diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.
** Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
** Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
** Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
** Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
Bagi yang berpuasa di Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Kelebihan bersedekah di Bulan Rejab
* Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribukejahatan.

* Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab
dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.
Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
* Bersedekah pada
bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan
Rejab, Bulan Allah.
Kelebihan beristighafar, memohon keampunan Allah, berpuasa dan berbuat kebaikan dalam Bulan Rejab
Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
* Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
* Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah
olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan
hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu
daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu.Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
* Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
* Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
* Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
Kelebihan bulan Rejab, Sya'aban dan Ramadhan dalam Islam
Kelebihan bulan Rejab, Sya'aban dan Ramadhan dalam Islam
REJAB bulan menabur benih.SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.SYA’ABAN menyucikan hatinya.RAMADHAN menyucikan rohnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan