Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 29 Mac 2012

Roti Canai - Terbaik

Assalamualaikum

'Roti canai adalah salah satu makanan favorite rakyat Malaysia. Ianya dinikmati bersama-sama kuah dhall dan secawan teh tarik. Roti canai juga boleh diolah dengan pelbagai gaya masakan umpamanya roti telur, roti sardin atau roti pisang. 



Menurut daftar kata di Wikipedia, penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia yang telah dibawa masuk oleh pedagang rempah dalam tahun 1923. Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat. 

Gaya tebaran/canaian yang dibuat oleh pencanainya juga amat menarik hati. Ada pelbagai gaya yang dilakukan oleh mereka terutama dalam menarik perhatian penggemarnya semasa mencanai. Malah gaya mereka amat menarik perhatian bermula dari awal proses lagi iaitu dengan cara menghempas doh ke atas meja canai.'


Itu adalah serba sedikit info yang saya baca dan tambah melalui pengalaman berkenaan roti canai ini. Itu hari masa di Kelantan Mr Hb dapat gak ler belajar cara-cara membuat doh dan mencanai roti yang betul daripada abang ipar. Ikutkan pengalaman kitarang, meroti canai ni kalau tak berguru memang tak jadi punya sebab pernah sekali cuba resepi kak Thaniah Sulaiman, rakan diFb. Rasa memang sedap tapi dek kerana tak tahu macam mana caranya menguli doh langsung tak leh canai.


So masa cuba buat tu kitarang mix & match guna ler resepi roti boom kak Ani ni tapi style proses guna cara abang ipar. Pergh terangkat beb. Jadi dan puashatilah rasanya. Alhamdulillah lepas ni tak payah dah beli, dah pandai buat sendiri dah. Dek kerana keluarga kecil, for sure siap dapat buat frozen lagi :)

Paling membanggakan adalah my Mr Hblah. 1st time layangkan doh roti canai tu dah macam pro pulak. Memang jadi. Berpusing macam orang yang dah biasa buat kata sifu, abang iparku. Kembang semangkuk lah dia heheh. Anyway tetap berbangga sebab pujaan hatiku dipuji hahahha.


Tengok lah gayanya Mr Hb heehh.. Dengan canai atas bontot dulang je almaklumlah meja kat umah penuh dengan lain-lain barang makanan, penuh konsentrasi takut kang terlajak sampai atas karpet pulak nanti hehhe. Ada pulak tangan kena pegang kot tak berlari kesana kemari dulang tu dek penangan Mr Hb. Apa yang pasti dek keterujaan masa menguli lupa nak snap gambar. Tak per la lain kalilah kalau ingat.


Nak resepinya..ni saya salin step by step seperti yang kak Ani ajarkan. Saya cuma permudahkan serba sedikit je kay :)




ROTI CANAI

By: Roti Boom Kak Thaniah Sulaiman


Bahan-bahan:
  • 6 cawan tepung - cawan tu saiz biasa yang minum kopi tu tau
  • 1 1/2 sudu besar gula  
  • 3 sudu kecil garam - sudu kfc je
  • 2 1/2 gelas air suam - gelas biasa je
  • 3 sudu susu pekat

Caranya:
1. Tepung diayak dulu ye.

2. Campur tepung dengan air (susu pekat, gula dan garam). Sebelum tu campur dan larutkan dulu  gula dan garam dalam 1 gelas air suam. Manakala susu pekat pula dilarutkan dalam 1 1/2 gelas air suam. Tuangkan dalam tepung tadi. Air satu gelas sama ngan 250ml..Jadi kita pakai 2 gelas setengah..tuang dulu dalam tepung dalam 2 gelas..yang setengah lagi tuang sikit-sikit. 


3. Kemudian uli..(tak keras dan tak lembut).."Uli pun bukannya lama sangat..saya main-main ja" kata kak Ani..(heheh translate terus ni). "Biar dia bersatu macam rasanya tak smpai 15 minit dengan tangan ja". (tapi masa ni abang ipar cakap buat hampir 30 minit/tepung jadi rata baru nak canai jadi mudah sebab tepung jadi liat. Kot tak masa canai pecah. Jadi kalau tangan tak kuat agak-agak kena ada partner la masa nak uli ni, boleh ambil turn). 

4. Bulatkan menjadi bola-bola besar sikit dari bola pingpong (kami buat size roti canai so kena besar sikit la. Agak-agak besar penumbuk gak ler). 

5. Salutkan bola-bola dengan margerine. Perap lebih kurang 4-6jam.Jangan lama sangat pesan kak Ani kerana doh akan menjadi masam sebab ada susu pekat.


6. Masa untuk mencanai. Basahkan permukaan tempat canai dengan minyak.Kemudian letak doh..kat tangan mesti ada minyak sikit. (Masa ni kalau kat kedai mamak sure dengar gedebuk di campak doh tu kat atas meja heheh).Kalau pandai tebar dan lambung lagi elok. Kalau tak pandai boleh tarik-tarik ja sampai meregang..(pastikan tangan main minyak selalu ye). 


7. Taburkan/simbah sedikit minyak dan lipat doh di kiri ke tengah dan begitu juga belah kanan. Jadikan ia bulat (gulung jadi macam rupa siput). Dah buat semua habis baru canaikan semula doh tadi bagi leper.Yang ini kena ikut urutan tau mana dulu mana kemudian. Jangan langgar turn..

8. Masakkan atas kuali dengan api yang sederhana. 

9. Step akhir ni paling teruja. Tepuk-tepukkan bagi lembut roti yang telah masak tadi. Kalau tangan tak cukup keras boleh guna segala macam tool untuk tepuk-tepuk roti canai tu. Tuangkan kuah dalam piring dan cicah....Rasanya sungguh menggoda...lemak, manis, lembut, garing aduh!! Camna nak cakap ya...senang-senang cubalah hihihi ;)
*****


Kuah Dhall 

-my beloved family version

Bahan-bahan: 
  • Kacang dhall - rendam semalaman untuk lebih cepat proses merebusnya
  • Santan
  • Sedikit Cili Boh Asli 2 Puteri
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Air secukupnya
  • Bawang - hiris nipis
  • Daun kari
  • Sedikit biji sawi
  • Minyak untuk menumis  
Caranya:
  1. Rebus kacang dhall hingga lembut. Jika suka lebih halus kisar sebentar.
  2. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, Cili Boh Asli 2 Puteri dan serbuk kunyit untuk hasilkan warna kuning yang cantik. Kacau seketika.
  3. Masukkan santan dan kacau hingga kelihatan agak pekat. Perasakan dengan garam.Tutup api dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang, daun kari dan biji sawi hingga bawang berwarna kecoklatan. Tuang kedalam kuah dan kacau seketika untuk sebatikan.

Itu lah serba ringkas resepi roti canai dan kuah dhall yang sering saya nikmati sekeluarga. Jom semua mencanai roti canai :)

Baki yang disimpan buat frozen

Memang jimat dan berbaloi. Tak rugi beb

Selasa, 20 Mac 2012

Keropok Lekor Terengganu


Sambungan kisah lawatan ke Kelantan dan Terengganu. Kali ni nak sentuh pasal keropok lekor pula. Yea la keropok lekor dan keropok keping ni salah satu daripada yang wajib dijadikan buahtangan untuk orang-orang yang ditinggalkan dikampung halaman semasa kita bershopping sakan di bumi Kelantan atau Terengganu kan. 'Bershopping sakan' hahah..itu kata saya je sebab kalau dah jejak tanah Kelantan dan Terengganu for sure kita sumer akan membeli belah terutama kat Rantau Panjang dan Bukit Bunga. Tengok sana..pandang sini sumer rasa nak beli. Kalau boleh dengan awek yang jual tu pun nak diangkutnya sekali dek yang bujang-bujang tulah hahah. Awek dari Siam kan cun-cun belaka tapi yang asal dari Malaysia saper pun tak leh lawan lagi cunnnn hahah.


Okay berbalik ke cita keropok lekor. Itu hari masa balik dari Taman Tamadun Islam, Terengganu kitarang sempat ler singgah disatu kedai yang jual keropok lekor ni. Buat saya yang tak biasa tengok orang proses keropok lekor memang teruja nak cari bengkel proses keropok lekor ni. Nak tengok sendiri caranya. Almaklumlah kita kan pengusaha so keinginan untuk lihat macam mana cara kerja orang terlebih membuak-buak. Mulut ni asyik membebel je tanya kat mana nak cari. Mahu bengka telinga Mr Hb dengornya. Masa di Daerah Losong Terengganu tak nampak pula bengkel-bengkel mahupun kedai-kedai yang jual kerepok lekor ni. Tertanya-tanya juga sebab kan ker keropok lekor losong tuh glamer semacam jer kan. Tapi kata mertua, kalau lalu jalan kampung yang dalam-dalam lagi mungkin ada. Takat ikut jalan utama tak dernya dapat tengok.


Ok ler mungkin tak der rezeki kot kata saya dalam benak masa tu. Tapi bila sampai di kawasan Kampung Mengabang Besar Batu Rakit, Kuala Terengganu, abang ipar berhenti di satu kedai (rasanya satu jer pun kawasan tu kalau tak salah) yang jual kerepok lekor ni. 'Keropok Lekor Sukaramai' namanya. Masa singgah tu memang nampak ada 4-5 kereta yang berhenti. So ahli rombongan Hj Don pun pakat-pakat turun ler untuk memborong keropok lekor yang ada :). Masa kat sana pun banyak lagi kereta yang berhenti beli.

Masa turun tu hati jadi berbunga semula sebab nampak-nampak kat belah belakang diarang buat tempat prosesnya. Kira open to public ler boleh tengok. Apa lagi terus snap gambar untuk kenangan. Kira puas hati juga sebab bila tengok diarang kerja macam tu nampak besih so tak was-was nak beli.Walau tak nampak keseluruhan prosesnya tapi oklah tertunai gak ler hajat hati.



Bijak betul cara ownernya buat promotion. Orang mudah tertarik dengan cara ini sebabnya kita boleh tengok dan pastikan sendiri cara kerjanya yang bersih tu. Kawasan sekitarnya pun tak ler kotor sebab belakang kedai tu terus ada rumah. Mungkin rumah ownernya. Takat tepi ke toilet je agak becak sikit. Mungkin sebab hujan atau sebab lain tak pastilah tapi masa pergi tu memang kerap hujan. Lantai dan peralatannya pun bersih. Memang puas hatilah. Kredit pada ownernya kerana menjaga kebersihan semasa keseluruhan kedai/bengkelnya.



Semua peserta rombongan pun pakat memborong ler keropok yang ada disitu. Saya sekeluarga pun membeli hingga RM10.00 keropok lekor bersama 1 bungkus keropok kering. Nak beli banyak-banyak kang membazir pula rasanya. Yang banyak membeli biasa ler ayahanda Hj Don ler. Ada jer nama-nama yang keluar untuk disedekahkan dia. Tapi dia banyak membeli keropok kering sebab katanya tak leh kurang harga walau beli banyak kerepok lekornya. Diarang tak kasi. Dia bercadang nak beli kat Kelantan masa balik nanti.


Balik daripada Kelantan, esoknya terus saya masak keropok lekor yang ada untuk hidangan petang kami sekeluarga. Memang sedap dan lembut sungguh keropoknya. Try buat nipis-nipis tapi tak jadi ranggup pun. Mungkin disebabkan kadar tepungnya yang sedikit jadi ianya tak mengeras. Memang berbaloi. Kalau beli kat sini...huh lepas goreng terus keras beb. Yang ini simpan sampai malam pun masih ok lagi. Anak-anak terutama Izaz Rashyeeda tu suka mengulang. Dia ni jenis payah sikit bab-bab makan tapi yang ni laju jer. Mr Hb pun tak complain apa-apa cuma katanya apsal ada sikit bau. Mungkin bau ikan tu kot sebab kalau yang kat sini (tapi tak tahu buatan mana) ada bau tapi kurang. Saya rasa sebab ikan sebab keropok ni kalau goreng macam mana pun tetap warnanya kehitaman. Yang biasa dibeli berwarna keputihan dah. So ada ler perbezaannya.

Alhamdulillah...nanti kalau ada rezeki lagi boleh pergi lagi beli kat situ. Keropok kering masih belum lagi dirasmikan. So tak leh nak bagi opinion apa-apa lagi. nanti kalau dah resmi baru dikhabarkan kat sini. Moh kite make kepok leko geh...;)



Sabtu, 17 Mac 2012

Trip to Kelantan & Terengganu sempena cuti sekolah

12 March 2012 tepat jam 8.30 pagi, konvoi keluarga bergerak dari Bukit Merah, Perak menuju ke Kota Bahru, Kelantan. Konvoi 2 biji kereta je terdiri dari kedua mertua, mak dan bapa saudara belah Mr Hb dan anaknya serta kami sekeluarga.

Anak-anak excited nak jumpa dengan cousins diarang manakala yang tetua expecially yang perempuan ni excited nak shopping ;). Dalam fikiran ni dah rancang dah barang-barang yang nak dishoppingkan kat sana. Jangan Mr Hb tarik muncung panjang udah ler ;).

Setelah berhenti dibeberapa tempat untuk masuk air, buang air dan lain-lain aktiviti akhirnya pukul 2.40 petang baru sampai tempat yang dituju. Aduhai lama dah tak jejalan jauh ni terasa letih ler sangat. Anak-anak apatah lagi terutama si kecil, Izaz. Meleleh je tengok. Sian ler pulak. 6 jam lebih perjalanan kau....


Jumpa je dengan sepupu diarang Nor Nelli Damia, Sahfiq Daniel dan Shahril Danish hilang terus letih nampaknya. Terus main itu yang tak tahan tu. Melompat, berlari tak terlayan ibu dah... Biarlah asalkan diarang jaga adap sudah. Malu ibu ayah kalau anak-anak terlebih sudah kat rumah orang.

Malam memang tak ada apa-apa aktiviti sebab masing-masing penat sangat. Almaklumlah yang dibawa warga emas. Jadi masa diisi dengan bergossip yang kadangkala panas kadangkala sejuk lesi hehe.

Esoknya (selasa 13 Mac 2012) lepas kakak balik dari kerja, mertua bawa semua anak-anaknya makan besar direstoran. Sementelah pula ayah saudara dengan keluarganya bertandang ke rumah besannya malam tu. Jadi tinggal kami je sekeluarga. Fuh...bila ada orang nak belanja selera semua makin menjadi-jadi. Abang ipar pula gi booking macam-macam menu pulak so makan nasi sikit je selebihnya meratah lauk je semua orang. Hangus jugak ler dekat RM195.00 duit mertuaku :). Terima kasih daun keladi mak...ayah... Punya hadap makanan memasing lupa nak snap gambar. Huuu sedih sangat.

Lepas bersantap masing-masing bergerak ke Wakaf Che Yeh di Kota Bahru. Shopping sandal anak yang kebetulan putus masa main lari-lari dengan sepupunya. Ibunya pula ambil kesempatan cari baju anak dan tudung yang juga kebetulan ditinggalkan oleh Mr Hb kat rumah. Bagus juga dapat ler beli tudung baru tanpa ada yang muncung ;P.


 



Esoknya Rabu, seawal pagi mertua suruh bersiap sebab nak ke Terengganu pula. Lepas siapkan anak-anak kami bertolak secara konvoi 3 biji kereta ke Terengganu. Bagi aku dan Mr Hb memang teruja sebab ini ler 1st time kitarang nak jejak kaki di tanah Terengganu. Jauh juga ler perjalanan ke Terengganu rupanya (2 jam). Kami tiba di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man jam 11.00 pagi. Dapat ler juga masuk dan lihat sendiri monumen masjid serata dunia. Best juga tapi kalau ler diarang buat besar sikit mesti lebih feel apa yang ingin disampaikan. Lepas lawatan masing-masing bersolat di Masjid Kristal yang dibina berdekatan.


Kemudian kami berolak pulang. Dalam perjalanan singgah jab isi perut di kedai di luar dari Kuala Terengganu. Apa tah namanya tak sempat nak ambil tahu sebab lapar sangat. Sebelum tu berjalan dengan Mr Hb pergi cari bettery untuk camera. Masa nak balik ke kedai singgah jab kat kedai yang jual kain baju. Tengok kaftannya murah dan cantik. Labuh pulak tu. Untuk orang yang agak-agak perasan tinggi macam aku memang susah nak cari yang labuh. Sambar sorang sehelai tak lupa untuk anak-anak juga, habis RM44.00 gak ler. Tengok tudung yang dijual pun murah-murah. Rm18.90 je. Cantik pulak tu. Aduh terkilan sebab semalam dah beli.

Kemudian singgah untuk beli keropok lekor di Keropok Lekor Sukaramai di Kg Mengabang Lekar Batu Rakit, Terengganu. Kat sini sambil membeli kita boleh tengok secara live stafnya bekerja. Salah satu cara promosi terbaik sebab bila orang dapat tengok kota berkerja bersih pasti ramai yang tertarik. Tapi yang pasti memang ramai yang singgah beli masa kitarang kat situ. Sempat juga ler sambar RM10.00 keropok lekor dengan 1 bungkus keropok kering.

Kemudian kami singgah pula di Pantai Tok Bali. Tengok airnya yang jernih memang teringin sangat nak mandi tapi ombaknya kuat sangat memang tak dapat ler jawabnya. Biarkan anak-anak main sebentar di tempat yang disediakan sambil aku bersama Mr Hb jalan-jalan digigi pantai bergambar.Sayangnya dek teruja terlupa nak bergambar bersama Mr Hb huhu...Sedih sangat bila ingat-ingatkan. Jalan mana pun tak dapat bergambar berdua. Harus kena ajar Afif cara-cara snap gambar lepas ni.

Kami bertolak pulang pukul 11.00 pagi pada hari Khamis. Sebelum tu singgah sebentar di Teman, Kota Bahru untuk beli mangga. Murah juga ler kami dapat sebab masa kat Wakaf Che Yeh tu hari ada juga offer sampai 4kg RM10.00 je. Kat sini paling murah kami dapat RM10.00 untuk 3kg. Boooleh la dari tak der. Mertua borong kerepok lekor ler lagi. Buah tangan untuk orang Perak katanya.



Kemudian singgah pula di Rantau Panjang. Shopping baju, lapik kaki dan patung untuk anak-anak. Anak-anak dare 2 orang tu sempat pilih baju jersi pulak. Ngalahkan budak lelaki you.. Sib baik pitih dah kecik dan bonet keta pun dah penuh kot tidak harus diisi lagi dengan lain-lain barangan hahah. Penuh juga kat tempat duduk keta dengan caterpillar Afif dan botol susu Izaz. Terkepit ibu ditengah-tengah. Lepas penat shopping kami bertolak balik terus jam 3 petang. Humang patut ler letih weh... Lama shoppingnya.

Akhirnya pukul 9.00 malam baru sampai rumah lepas singgah makan sebentar di Jalan Simpang, Taiping. Alhamdulillah pak cik lak yang belanja. Suka benar hati heheheh. Anyway thanks ayah bonda dan kak Ina sekeluarga atas layanan yang superb. Pada abang Mie, thanks atas ilmu yang diberikan (mencanai roti). Insyaallah kot ada rezeki kami akan ke sana lagi.



Rabu, 7 Mac 2012

Air membantu menguruskan badan

Tubuh yang besar (gemuk) kadangkala menyebabkan wujudnya rasa rendah diri. Berbagai cara yang diamalkan atau dilakukan untuk menguruskan badan. Ada juga kalangan yang cuba untuk bersenam dan berdiet namun masih tidak nampak sebarang perubahan. Kadangkala ianya menyebabkan minat untuk bersenam atau berdiet menjadi semakin hapus (ini adalah berdasar pengalaman saya sendiri huhu). Ini mungkin juga disebabkan keinginan untuk mendapatkan hasil yang cepat. Akhirnya senaman entah kemana...diet lagilah. Kekurangan peratusan air dalam badan boleh membantutkan proses pelansingan  terutamanya jika memang sedang giat berdiet itu kata Julmazli Dot Com di dalam artikelnya yang saya jumpa masa search kat lama-laman di google.

Mungkin ada betulnya juga pendapat sedara kita tu. Kadangkala bila direnungkan bukanlah kita mengambil terlalu banyak jumlah makanan akan tetapi metabolisme dalam badan yang rendah juga mendorong kepada peningkatan berat badan. Selain daripada itu pengambilan minuman bergula juga membawa kepada masalah ini.

Dikatakan dengan meminum banyak air, tubuh akan mengurus. Selain daripada itu, kulit dan kesihatan juga akan menjadi semakin baik. Tapi harus dipastikan air yang diambil adalah air suam bukannya air yang berperisa seperti teh, kopi dan lain-lain perisa tambahan yang manis. Ini dapat dilihat terutama dikalangan rakan-rakan berbangsa cina yang jika dilihat rata-rata akan membawa 2 liter air ke pejabat untuk diminum. Cuba lihat tubuh mereka yang rata-rata nampak sihat bukan.

Air suam juga boleh diperisakan secara semulajadi dengan sedikit jus lemon atau jus limau nipis. Juga dengan sedikit teh dan asam jawa. Namun pastikan tiada gula dimasukkan. Amalkan selalu dengan pengambilan sebanyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Cuba amalkan perlahan-lahan Insyaallah. Dengan pengambilan air yang lebih daripada 3 liter sehari, ia dapat menggiatkan proses penurunan berat badan.

Di sini saya paparkan sebahagian daripada artikel suntingan sedara Julmazli Dot Com untuk renungan dan pembelajaran kita semua. Moga-moga membawa kebaikan kepada kita semua ya.

1. Peratusan penurunan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh juga. Pernah dengar “gemuk air”? Sebenarnya bukan air yg menggemukkan tetapi lemak. Jadi, sangatlah penting untuk minum byk air bg menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan.

2. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.

3. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan. (Ini adalah punca rasa malas nak minum pada saya. Kalau baru seteguk dah hampir 3 kali ke toilet kalau banyak hu letih mak. Tapi lepas ni rasa ni kena buang tepi-tepi demi kesihatan sejagat heheh)

4. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak. (Doktor juga menasihati pesakit stroke untuk mengamalkan 2 liter air satu hari agar darah menjadi cair dan dapat elakkan stroke menjadi lebih terus. Jadi untuk kita yang tak ada penyakit ni elok amalkan agar terhindar terus)

5. Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.

6. Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup.

7. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.

8. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.


9. Minum sebotol air mineral sejam sebelum  bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anada tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.

10.  Minum sekurang-kurangnya 2  hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keperluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian.

11. Jika anda pernah mengikuti program pengurusan berat badan tak kira sama ada melalui pemakanan atau di pusat2 kecantikan, pasti anda akan ditegaskan supaya minum banyak air. Tak percaya? Tanya pada yang pakar.

Memang terbaik ler artikel tulisan Julmazli Dot Com ni pada saya. Insyaallah demi kebaikan bersama mari le kita sama-sama amalkan yer. Memang terbukti pun walaupun pasal berat badan tu belum ler lagi sebab baru nak mula kan...tapi pasal kesihatan. Ini sebab 2-3 hari lepas saya melakukan kerja luar selama 2-3 hari berturut-turut. Memang kurang minum masa tu sebab nak elak ke toilet awam (geli beb) dan akibatnya gusi membengkak dan lidah naik ulser huhu sakitnya nak makan semua. Nak cakap pun tak selesa. Tapi hari ini masa duduk kat rumah dan tulis dan sunting artikel ini, saya dapat habiskan 1.4 liter air suam sakit pun dah makin berkurangan. Jam pun baru pukul 10.16 pagi so harap-harap target saya untuk minum sekurang-kurangnya 4 liter akan terlaksana selepas ini. 

Doakan saya berjaya turunkan berat badan ni ke jumlah yang sewajarnya dengan cara ini ya :) Moh ler kita sama-sama amalkannya. Go sihat!!!! ;)



Rujukan (suntingan 80% terus dari):

Selasa, 6 Mac 2012

Basikal Baru Kami....Thanks Tok Wan ;)


Alhamdulillah, itu je yang mampu diucapkan. bersyukur kehadrat Allah sebab itu hari anak-anak (the real 2 Puteri itself hahha) dapat present daripada tok wan...2 buah basikal.

Itu semua hasil daripada rengekan kedua-duanya, Afif dan Izaz le tiap kali jumpa tok wan diarang. Minta kat ayah dengan ibu asyik dok cakap kejap je. Akhirnya jumpa tok wan cakap yang diarang nak terus esok tu buat appointment lepas sekolah pergi beli. Senyum panjang ler masing-masing nak dapat hadiah dari tok wan.

Le... baru perasan date silap!! Malu..malu

Izaz cakap yang dia nak basikal warna pink manakala Afif pula nak colourful. Heeh ada ker sayang colourful nih??? Setahu ibu tak der tapi tak ler sebab ibu ni pun dah tinggalkan zaman tu lama gak ler dah (tua dah teman rupanya).

Sedari balik ke rumah asyik sebut jer yang tok wan nak beli basikal kat diarang. Macam ler ibu tak dengar tok wan janji dengan korang sayang. Nak tidur malam pun masih bertanya confirm ke tok wan nak beli heheh. Tak sabar sesangat dah masing-masing. Aduhai anak-anak ku :)

Lepas sekolah masing-masing dah tak sabar nak pergi rumah tok wan. Tapi ayah tangguh jab sebab dia ada hal. Planning nak pergi pukul 4.00 petang ler bagi tidur dulu.. Tapi dek tak sabar masing-masing tak tidur pun. Tunggu ayah balik. Sepanjang tu berkicap ler lagi pasal basikal.

Kul 3.20 petang tok wan dah telefon tanya bila nak perrgi sebab dia dah sedia tunggu kat kedai basikal. Huh kita rang baru je nak keluar gi rumah dia jemput, dia dah siap tunggu dah kat sana... Dia pun excited gak kot. Yea la atuk ni kalau dengan cucu kan kalah heheh.

Izaz frust sikit sebab kat kedai tu warna pink tak de cuma ada kuning dengan biru je. Ibu pujuk suruh ambil kuning tak nak tapi bila tok wan yang cakap terus setuju. Alahai. Afif pulak terus ambil warna merah yang ada celoreng sikit. Basikal ni nampak 'cool' katanya.


Bila dapat terus tak sabar-sabar nak naik. Afif ok ler dah biasa berbasikal walau masih beroda 4 heheh (dulu dah ada satu). Izaz pulak baru jer nak pegang so canggung ler sikit. Dulu yang kakak dia tak nak naik sebab bukan dia punya huhu. So agak terkial ler sikit, banyak ditolak daripada kayuh heheh. Tapi Alhamdulillah lepas di ajar sekejap dah ok ler sikit.

2 hari dah Afif ke sekolah berbasikal. Mr HB ikut dari belakang dengan motor. Dengan zaman sekarang memang tak lepas dia sorang tapi hajat kena penuhi juga so hari-hari kena macam tu ler lepas ni. Izaz minta juga nak berbasikal ke sekolah macam kakak tapi sib baik boleh pujuk sebab dia tak cekap lagi. Kang tah pukul berapa baru nak sampai sekolah :)


Apa pun terima kasih Tok Wan dan Opah. We love you muuuuuuah!!!

Isnin, 5 Mac 2012

Pasta Goreng Sos Char Kueyteow 2 Puteri


Kadang kala terasa bosan juga kalau selalu sangat makan tengah hari dengan nasi kan. Itu yang melanda saya minggu lepas. Puas pikir-pikir nak masak apa pula tengah hari tu. Akhirnya teringat yang stok pasta  ada dalam almari tu.

Jadi berlenseng lengan (udah macam nak gaduh lah hahah) saya pun mula start masak paginya dalam pukul 9.00 pagi. Dah masak pasta tu macam biasa sejukkan la supaya senang nak goreng nanti. Sambil-sambil masak pasta tu  selak ler pulak peti sejuk nak cari apa yang patut untuk disatukan dengan pasta tu. Cari sayur dapat ler tomato dengan kobis. Cari pulak ayam atau makanan laut...ya Allah sudah habis semuanya. Yang penuh dalam freezer rupa-rupanya stok mentega dengan rendang yang saya buat frozen. Ah sudah.... Kurang ler kicknya huhu.

Warnanya yang original menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri

Nak pergi beli..hahah saya ni jenis susah nak kuar rumah sensorang...Kot kat laman pun keluar sebab berkebun sikit-sikit atau buat rutin harian je macam jemur kain dan sewaktu dengannya. So sebagai alternatif guna telur udah le heheh.

Nak resepi takkkk...alah kalau dah tulis tu biar tulis sampai habiskan heheh. So sila ler tengok resepi main taruk saya kat bawah ni. Nak buat macam mana saya ni kalau masak main ikut suka tangan dan hati je. Kot rasa kurang tambah. Kot rasa lebih kelam kabut ler jawabnya kena otter hahaha. Itu sebab saya lebih suka buat lauk pauk senang kira tapi tak rajin nak upload malu hehe.


Pasta Goreng Sos Char Kueyteow 2 Puteri


Bahan-bahan:
  • Pasta - guna je apa yang ada dalam stok. Masak macam biasa ye (masukkan garam dalam air rebusan tu supaya rasanya menyaluti pasta kot tak tawar plak pasta nanti) dan sejukkan selepas itu
  • Cili Boh 2 Puteri
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Sos cili 
  • Sotong
  • Udang
  • Kobis
  • Tomato
  • Kuchai
  • Telur
  • Garam, sedikit gula dan perasa 

Caranya:
  1. Tumis Cili Boh 2 Puteri hingga garing.
  2. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Tuang je ikut jumlah yang kita rasa sesuai dengan warnanya yang kita mahukan bersama sos cili.
  3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kalau suka masukkan stok ayam. Ini bagi tambah perisanya. Gaul sebati ya.
  4. Kemudian masukkan sotong dan udang. Kacau rata. 
  5. Bila udang telah kelihatan kemerahan masukkan pula pasta dan sayuran. Gaul sebati dan rata.
  6. Kalau suka pecahkan telur waktu ni dan biarkan seketika baru kacau. Kalau tidak buat je macam yang saya tunjukkan dalam gambar ni...goreng dulu telur sebelum goreng pasta. baru ler nampak cantik sikit dengan warna kekuningan telur tu di atas pasta kita.
  7. Dah siap dan dah boleh makan dah. Selamat menjamu selera :)

So harap-harap teman semua suka ler dengan pasta goreng ni ye. Cara ni pun boleh diapplikasikan untuk menggoreng mee, bihun dan kueyteow.


Khamis, 1 Mac 2012

Tertib minum air yang wajar diamalkan



Minum air...sedari awal kelahiran pasti itu adalah satu yang pasti kita amalkan betul tak. Yer la sapa yang tak minum airkan...baik coffee, tea, milo, milk, air suam, juice dan lain-lain ler. Itu adalah wajibkan. Kot tak mati lak kita kang.

Pengambilan air nih pun ada macam-macam rupa. Ada yang minum dari cawan, gelas, botol, kotak dan jangan tak tahu terus dari jug pun ada gak weh. Huduh bebeno perangai tu.
 
Kalau kehausan ya amat for sure memang terkam terus air yang kat dalam botol tu kan terus teguk atau yang sopan sikit, habiskan segelas air tanpa berhenti. Gup..gup..gup bunyinya. Fuh lega rasanya ya tak??? Namun awas ya....sebenarnya cara minum tu amat merbahayakan kesihatan tau. 


Kot tak caya meh baca cara-cara minum air dengan betul dan menyihatkan
  • Untuk 1 gelas air, minumlah dengan 3 kali teguk
  • Jangan bernafas atau menghembus didalam gelas semasa minum
  • Jangan meniup air yang hendak diminum seperti tiup air yang panas orang kata tak sopan (gelojoh le sangat sampai tak tunggu sejuk sikit dah)

Waktu-waktu yang dilarang meminum air
  • Selepas bersenam, bersukan atau bekerja berat (selalunya sebab bab ni kita tuju dulu kan. Sekarang dah tahu jangan dah la)
  • Selepas bersetubuh dengan isteri/suami (boleh lemah tenaga batin tau)
  • Selepas makan atau sebelumnya (sebaiknya minum setengah jam sebelum dan selepas setengah jam makan)
  • Ketika sedang makan (makan berulam air kata nenek)
  • Selepas memakan buahan
  • Selepas keluar dari bilik mandi
  • Ketika terjaga dari tidur (yang ni baru tahu la...hua patut ler mak boyot habis....)
Kebanyakkan cara di atas memang selalu kita lakukan/amalkan sama ada sedar atau tidak kan. Kot tak semua tapi for sure salah satunya memang kita buat la tetambah yang pertama tu. Mana taknya dah haus...mana tahan kan...kan..kan...

So...Cuba-cubalah kita lakukan sebaik mungkin dan elakkan minum dengan cara yang tidak sihat. Kalau tidak dapat elak lakukan semua cuba ambil 3 cara sahaja agar dapat dilakukan dengan perlahan-lahan. Tapi bak pesanan Cik APESAL pada semua - minum air semasa makan adalah memang tidak elok untuk penghadaman dan kesihatan. Cuba minum air selepas setengah jam kita makan (cikgu saya pulak nasihatkan setengah jam sebelum makan juga). Buat cara ini dalam seminggu dua. Akan rasa selesa perut dan tidak buncit. 

Satu lagi...lagi baik elakkan minum air batu.Dikenalpasti boleh sebabkan stroke dan lain-lain penyakit yang berbahaya tau. Sebabnya, air batu bersifat sejuk dan membekukan jadi kalau kita ambil terutama selepas makan, ia akan membekukan dan memblok lemak-lemak yang masuk. Itulah pasalnya yang menyebabkan penyakit yang seangkatan dengannya mudah lekat kat kita (Nauzubillah jangan ler hendaknya aaaminn).

Rujukan:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...