Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 29 Mac 2012

Roti Canai - Terbaik

Assalamualaikum

'Roti canai adalah salah satu makanan favorite rakyat Malaysia. Ianya dinikmati bersama-sama kuah dhall dan secawan teh tarik. Roti canai juga boleh diolah dengan pelbagai gaya masakan umpamanya roti telur, roti sardin atau roti pisang. 



Menurut daftar kata di Wikipedia, penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia yang telah dibawa masuk oleh pedagang rempah dalam tahun 1923. Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat. 

Gaya tebaran/canaian yang dibuat oleh pencanainya juga amat menarik hati. Ada pelbagai gaya yang dilakukan oleh mereka terutama dalam menarik perhatian penggemarnya semasa mencanai. Malah gaya mereka amat menarik perhatian bermula dari awal proses lagi iaitu dengan cara menghempas doh ke atas meja canai.'


Itu adalah serba sedikit info yang saya baca dan tambah melalui pengalaman berkenaan roti canai ini. Itu hari masa di Kelantan Mr Hb dapat gak ler belajar cara-cara membuat doh dan mencanai roti yang betul daripada abang ipar. Ikutkan pengalaman kitarang, meroti canai ni kalau tak berguru memang tak jadi punya sebab pernah sekali cuba resepi kak Thaniah Sulaiman, rakan diFb. Rasa memang sedap tapi dek kerana tak tahu macam mana caranya menguli doh langsung tak leh canai.


So masa cuba buat tu kitarang mix & match guna ler resepi roti boom kak Ani ni tapi style proses guna cara abang ipar. Pergh terangkat beb. Jadi dan puashatilah rasanya. Alhamdulillah lepas ni tak payah dah beli, dah pandai buat sendiri dah. Dek kerana keluarga kecil, for sure siap dapat buat frozen lagi :)

Paling membanggakan adalah my Mr Hblah. 1st time layangkan doh roti canai tu dah macam pro pulak. Memang jadi. Berpusing macam orang yang dah biasa buat kata sifu, abang iparku. Kembang semangkuk lah dia heheh. Anyway tetap berbangga sebab pujaan hatiku dipuji hahahha.


Tengok lah gayanya Mr Hb heehh.. Dengan canai atas bontot dulang je almaklumlah meja kat umah penuh dengan lain-lain barang makanan, penuh konsentrasi takut kang terlajak sampai atas karpet pulak nanti hehhe. Ada pulak tangan kena pegang kot tak berlari kesana kemari dulang tu dek penangan Mr Hb. Apa yang pasti dek keterujaan masa menguli lupa nak snap gambar. Tak per la lain kalilah kalau ingat.


Nak resepinya..ni saya salin step by step seperti yang kak Ani ajarkan. Saya cuma permudahkan serba sedikit je kay :)




ROTI CANAI

By: Roti Boom Kak Thaniah Sulaiman


Bahan-bahan:
  • 6 cawan tepung - cawan tu saiz biasa yang minum kopi tu tau
  • 1 1/2 sudu besar gula  
  • 3 sudu kecil garam - sudu kfc je
  • 2 1/2 gelas air suam - gelas biasa je
  • 3 sudu susu pekat

Caranya:
1. Tepung diayak dulu ye.

2. Campur tepung dengan air (susu pekat, gula dan garam). Sebelum tu campur dan larutkan dulu  gula dan garam dalam 1 gelas air suam. Manakala susu pekat pula dilarutkan dalam 1 1/2 gelas air suam. Tuangkan dalam tepung tadi. Air satu gelas sama ngan 250ml..Jadi kita pakai 2 gelas setengah..tuang dulu dalam tepung dalam 2 gelas..yang setengah lagi tuang sikit-sikit. 


3. Kemudian uli..(tak keras dan tak lembut).."Uli pun bukannya lama sangat..saya main-main ja" kata kak Ani..(heheh translate terus ni). "Biar dia bersatu macam rasanya tak smpai 15 minit dengan tangan ja". (tapi masa ni abang ipar cakap buat hampir 30 minit/tepung jadi rata baru nak canai jadi mudah sebab tepung jadi liat. Kot tak masa canai pecah. Jadi kalau tangan tak kuat agak-agak kena ada partner la masa nak uli ni, boleh ambil turn). 

4. Bulatkan menjadi bola-bola besar sikit dari bola pingpong (kami buat size roti canai so kena besar sikit la. Agak-agak besar penumbuk gak ler). 

5. Salutkan bola-bola dengan margerine. Perap lebih kurang 4-6jam.Jangan lama sangat pesan kak Ani kerana doh akan menjadi masam sebab ada susu pekat.


6. Masa untuk mencanai. Basahkan permukaan tempat canai dengan minyak.Kemudian letak doh..kat tangan mesti ada minyak sikit. (Masa ni kalau kat kedai mamak sure dengar gedebuk di campak doh tu kat atas meja heheh).Kalau pandai tebar dan lambung lagi elok. Kalau tak pandai boleh tarik-tarik ja sampai meregang..(pastikan tangan main minyak selalu ye). 


7. Taburkan/simbah sedikit minyak dan lipat doh di kiri ke tengah dan begitu juga belah kanan. Jadikan ia bulat (gulung jadi macam rupa siput). Dah buat semua habis baru canaikan semula doh tadi bagi leper.Yang ini kena ikut urutan tau mana dulu mana kemudian. Jangan langgar turn..

8. Masakkan atas kuali dengan api yang sederhana. 

9. Step akhir ni paling teruja. Tepuk-tepukkan bagi lembut roti yang telah masak tadi. Kalau tangan tak cukup keras boleh guna segala macam tool untuk tepuk-tepuk roti canai tu. Tuangkan kuah dalam piring dan cicah....Rasanya sungguh menggoda...lemak, manis, lembut, garing aduh!! Camna nak cakap ya...senang-senang cubalah hihihi ;)
*****


Kuah Dhall 

-my beloved family version

Bahan-bahan: 
  • Kacang dhall - rendam semalaman untuk lebih cepat proses merebusnya
  • Santan
  • Sedikit Cili Boh Asli 2 Puteri
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Air secukupnya
  • Bawang - hiris nipis
  • Daun kari
  • Sedikit biji sawi
  • Minyak untuk menumis  
Caranya:
  1. Rebus kacang dhall hingga lembut. Jika suka lebih halus kisar sebentar.
  2. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, Cili Boh Asli 2 Puteri dan serbuk kunyit untuk hasilkan warna kuning yang cantik. Kacau seketika.
  3. Masukkan santan dan kacau hingga kelihatan agak pekat. Perasakan dengan garam.Tutup api dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang, daun kari dan biji sawi hingga bawang berwarna kecoklatan. Tuang kedalam kuah dan kacau seketika untuk sebatikan.

Itu lah serba ringkas resepi roti canai dan kuah dhall yang sering saya nikmati sekeluarga. Jom semua mencanai roti canai :)

Baki yang disimpan buat frozen

Memang jimat dan berbaloi. Tak rugi beb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...