Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 7 Mac 2012

Air membantu menguruskan badan

Tubuh yang besar (gemuk) kadangkala menyebabkan wujudnya rasa rendah diri. Berbagai cara yang diamalkan atau dilakukan untuk menguruskan badan. Ada juga kalangan yang cuba untuk bersenam dan berdiet namun masih tidak nampak sebarang perubahan. Kadangkala ianya menyebabkan minat untuk bersenam atau berdiet menjadi semakin hapus (ini adalah berdasar pengalaman saya sendiri huhu). Ini mungkin juga disebabkan keinginan untuk mendapatkan hasil yang cepat. Akhirnya senaman entah kemana...diet lagilah. Kekurangan peratusan air dalam badan boleh membantutkan proses pelansingan  terutamanya jika memang sedang giat berdiet itu kata Julmazli Dot Com di dalam artikelnya yang saya jumpa masa search kat lama-laman di google.

Mungkin ada betulnya juga pendapat sedara kita tu. Kadangkala bila direnungkan bukanlah kita mengambil terlalu banyak jumlah makanan akan tetapi metabolisme dalam badan yang rendah juga mendorong kepada peningkatan berat badan. Selain daripada itu pengambilan minuman bergula juga membawa kepada masalah ini.

Dikatakan dengan meminum banyak air, tubuh akan mengurus. Selain daripada itu, kulit dan kesihatan juga akan menjadi semakin baik. Tapi harus dipastikan air yang diambil adalah air suam bukannya air yang berperisa seperti teh, kopi dan lain-lain perisa tambahan yang manis. Ini dapat dilihat terutama dikalangan rakan-rakan berbangsa cina yang jika dilihat rata-rata akan membawa 2 liter air ke pejabat untuk diminum. Cuba lihat tubuh mereka yang rata-rata nampak sihat bukan.

Air suam juga boleh diperisakan secara semulajadi dengan sedikit jus lemon atau jus limau nipis. Juga dengan sedikit teh dan asam jawa. Namun pastikan tiada gula dimasukkan. Amalkan selalu dengan pengambilan sebanyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Cuba amalkan perlahan-lahan Insyaallah. Dengan pengambilan air yang lebih daripada 3 liter sehari, ia dapat menggiatkan proses penurunan berat badan.

Di sini saya paparkan sebahagian daripada artikel suntingan sedara Julmazli Dot Com untuk renungan dan pembelajaran kita semua. Moga-moga membawa kebaikan kepada kita semua ya.

1. Peratusan penurunan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh juga. Pernah dengar “gemuk air”? Sebenarnya bukan air yg menggemukkan tetapi lemak. Jadi, sangatlah penting untuk minum byk air bg menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan.

2. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.

3. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan. (Ini adalah punca rasa malas nak minum pada saya. Kalau baru seteguk dah hampir 3 kali ke toilet kalau banyak hu letih mak. Tapi lepas ni rasa ni kena buang tepi-tepi demi kesihatan sejagat heheh)

4. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak. (Doktor juga menasihati pesakit stroke untuk mengamalkan 2 liter air satu hari agar darah menjadi cair dan dapat elakkan stroke menjadi lebih terus. Jadi untuk kita yang tak ada penyakit ni elok amalkan agar terhindar terus)

5. Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.

6. Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup.

7. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.

8. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.


9. Minum sebotol air mineral sejam sebelum  bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anada tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.

10.  Minum sekurang-kurangnya 2  hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keperluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian.

11. Jika anda pernah mengikuti program pengurusan berat badan tak kira sama ada melalui pemakanan atau di pusat2 kecantikan, pasti anda akan ditegaskan supaya minum banyak air. Tak percaya? Tanya pada yang pakar.

Memang terbaik ler artikel tulisan Julmazli Dot Com ni pada saya. Insyaallah demi kebaikan bersama mari le kita sama-sama amalkan yer. Memang terbukti pun walaupun pasal berat badan tu belum ler lagi sebab baru nak mula kan...tapi pasal kesihatan. Ini sebab 2-3 hari lepas saya melakukan kerja luar selama 2-3 hari berturut-turut. Memang kurang minum masa tu sebab nak elak ke toilet awam (geli beb) dan akibatnya gusi membengkak dan lidah naik ulser huhu sakitnya nak makan semua. Nak cakap pun tak selesa. Tapi hari ini masa duduk kat rumah dan tulis dan sunting artikel ini, saya dapat habiskan 1.4 liter air suam sakit pun dah makin berkurangan. Jam pun baru pukul 10.16 pagi so harap-harap target saya untuk minum sekurang-kurangnya 4 liter akan terlaksana selepas ini. 

Doakan saya berjaya turunkan berat badan ni ke jumlah yang sewajarnya dengan cara ini ya :) Moh ler kita sama-sama amalkannya. Go sihat!!!! ;)



Rujukan (suntingan 80% terus dari):

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...