Rabu, 25 Julai 2012

Glossary Indon Ke Bahasa Malaysia




Buat kawan-kawan warga Malaysia dan Indonesia. Puasa-puasa ni letih gak yer pikir nak masak apa. Eh salam 5 Ramadhan untuk semua yer.


Skodeng sana skodeng sini cari idea.. Last-last sampai blog zaida-sunshine. Ternampak ler glosari Indon - Bahasa Malaysia ni. Isk memang banyak manafaatnya terutama orang baru yang pening nak pikir nak masak apa berbuka ni. Hehehhe.


Ini sekadar glossary erti bahan-bahan masakan dalam kedua-dua bahasa (Malaysia - Indonesia) yang saya kongsi dari blog zaida-sunshine. Harap-harap ianya bermanafaat buat kita semua. Banyak resepi yang kita nak cuba tapi kadang-kadang masalah bahasa memang memeningkan. Jadi harap-harap glosari bahasa ni dapat membantu. Kalau ada tambahan sila-sila ler beritahu yer. Nak tambah pengetahuan am saya dan rakan-rakan yang lain ok kan :)


1. Tepung gandum = tepung terigu

2. Tepung maizena = cornflour

3. TBM/SP/  = pelembut cake (emulsifier)

4. SKM (Susu kental manis) = susu pekat manis

5. Tepung Hongkong = tepung untuk kuih pau (low protein)

6. Minyak goreng = minyak masak

7. Cokelat bubuk = chocolate powder

8. Bumbu = rempah

9. Ragi instant = yeast

10. Air es = air ais

11. Susu cair = freshmilk

12. Tepung kentang = potato flour

13. Margarine = mentega

14. Donut mix = donut flour (ada jual kat kedai bakeri)

15. Bumbu kare bubuk = serbuk rempah curry

16. Merica = lada sulah/white paper

17. Santan instant = santan segera (dalam kotak)

18. Daun kemangi = boleh gantikan dengan daun kari

19. Putih telur kocok lepas = putih telur dipukul berasingan

20. Sambal botol = cili sos (beli dah siap)

21. Daun bawang/daun seledri = daun bawang/daun sup

22. Tepung roti = breadcrumb

23. Daun selada = daun salad

24. Buah kering = fruitmix dalam kotak

25. Pasta pandan = pandan paste

26. Talas = keledek/yam

27. Pasta talas = yam paste

28. Gula pasir halus = castor sugar

29. Fondant = plastic icing

30. Kue bolu = kuih bahulu

31. Sendok nasi = senduk

32. Ikan lele = ikan keli

33. Gudeg = masak lemak

34. Cabe rawit = cili padi

35. Jahe = halia

36. Terasi = belacan

37. Asam padeh = asam pedas

38. Tepung panir = breadcrumb

39. Kemiri = buah keras

40. Kental = pekat

41. Aduk-aduk = kacau

42. Aduk bolak balik = kacau kaup balik

43. Sendok makan = sudu makan

44. Sendok teh = sudu teh




Sumber: zaida-sunshine

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...