Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 13 Julai 2012

Muffin Choc Chip... Sedap Sangat. Cubalah


Salam semua. Buat apa hari ni? Banyak projek per?


Ehhh banyaknya soalan... Heeh terlebih ramah ler pulak. Alah sesekali tanya khabar ok ler kan. Jalinkan silaturrahim lebih baik :) Tambah pulak semalam jer baru nak bersua kembali lepas beberapa hari cuti blogging. Sibuk ar... Order produk 2 Puteri (Cili Boh Asli 2 Puteri ngan Sos Char Kueyteow 2 Puteri) ngan produk D-tox dan whitening ni banyak masuk. Pening nak bahagikan masa la... Itu yang tak berblog dua hari. Semalam pun curi masa jab.. Lagi pun letih sangat dah...


Saya ni baru bermuffin tadi. Baru je siap menyalutnya dengan buttercream. Rehat jab pagi ni lepas letih prepare produk 2 Puteri. Nanti petang sambung balik.


Sebenarnya yang saya buat ni Muffin Chocolate Chip. Tapi dek kerana nak bagi nampak lebih menarik kononnya saya deco ler sikit. Jadi coklat chipnya heheh tertimbus kat dalam. So Jadi ler Muffin Choklat Chip Tersorok. Heheh boleh gitu sesuka hati tukar nama? Heheh.


Resepinya ni dah lama saya ambil tapi tak ingat kat laman mana yang saya singgah tu. Kira halalkan yer pada tuannya yang asal sebab saya panjang-panjangkan ilmu yang dikongsikan ni. Tapi yang penting muffin ni sedap dan memuaskan tekak anak-anak yang gemarkan coklat. Dah banyak kali buatnya. Pueh hati betol. Tapi yang tak pueh hati tu pulak bila si kecil Izaz ni masa last buat muffin ni siap keluarkan satu-satu coklat chipnya. Habis berterabur serdak muffin. Itu pasal saya merajinkan diri deco dengan buttercream. Biar kalau dia nak jamah lagi kang dia kena gigit besar-besar. Tak der pilih-pilih lagi.



MUFFIN CHOKLAT CHIP

By: Sahabat yang pernah bersua dalam tenet ni


Bahan A
  •  250g tepung kek
  • 2 sudu besar serbuk koko * ayak
  • 2 sudu kecil Double Action baking powder - DA Baking powder * ayak
  • 1/2 sudu kecil soda bicarbonate * ayak
  • 200g gula perang
  • 50g gula 

Bahan B
  • 250ml susu cair ideal - saya guna je apa-apa jenama pun yang ada stok kat umah ni
  • 90ml buttercup - cairkan
  • 50ml minyak masak
  • 1 biji telur gred A - dipukul
  • 1 sudu kecil essen vanilla - saya tukar ke essence coklat. Bagi over sikit heheh
  • Coklat chip - sebagai hiasan

 Caranya

1. Masukkan bahan A ke dalam bekas mixer, gaul sebati.

2. Buat lubang ditengah-tengah dan masukkan bahan B pula. Pukul juga hingga adunan cantik dan sebati.

3. Masukkan separuh adunan ke dalam cup muffin. Saya cuma masukkan 2 sudu makan je. Pastu taburkan coklat chip tadi di atasnya.

4. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit bergantung pada oven masing-masing.


* Bagi yang tak suka manis boleh ler kurangkan sikit kuantiti gulanya.

Ini ler Muffin Coklat Chip Tersorok saya. Ni gambar lama. Skang dah tak boleh download


2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...