Ahad, 15 Julai 2012

Inti Kelapa pelbagai guna. Sekali buat macam-macam resepi boleh apply


Ni resepi inti kelapa cara yang biasa saya buat. Inti kelapa ni best dimakan bersama Pulut Lemak yang saya dah kongsi resepinya, dimasukkan dalam kuih pau, kuih bom bijan (apa nama betul tak ingat rasanya ondeh-ondeh kot), ketayap, tepung bungkus dan lain-lain hidangan berinti kelapa.

Pulut Lemak Berinti Kelapa

Biasa ler saya punya resepi tak der sukatan tapi agak-agak ler ye. Sebabnya jarang-jarang saya buat dan bila dah buat tak pernahnya cuba ambil sukatan. Tapi tak per bila buat nanti Insyaallah menjadi. Jangan risau yer... Bak kata Hajah Shiela Rusly... Masak ikut hati Insyaallah menjadi :)


Kalau nak makan bersama pulut lemak, boleh ler masa nak tunggu beras pulut tu kembang kita sediakan inti ni. Tapi kalau nak buat lain-lain hidangan kena pastikan masak inti ni dan sejukkan terlebih dahulu. Kang panas-panas tak rosak lah kuih yang nak dibuat tu. Jomlah kita tengok resepinya...


INTI KELAPA

By: Asamgaram2puteri



Bahan-bahan
  • Kelapa parut - ambil putihnya sahaja. Parut kelapa tu biar ler halus kang bersergai jadinya ganggu kenikmatan nak makan
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Sedikit air
  • Tepung gandum
  • Daun pandan

Caranya

1. Masukkan air, gula pasir, gula merah dan daun pandan yang telah disimpul ke dalam periuk.

2. Bila gula dah larut, masukkan kelapa parut dan kacau sehingga rata dan inti tadi memekat sikit.


3. Akhir sekali taburkan sedikit tepung gandum dan kacau sehingga rata agak-agak dalam 1 minit lagi.


Ok dah siap. Kalau nak buat filling Apam Polkadot pun boleh gak tapi pastikan kena masak pekat betul-betul yer. Heheheh kelainan ler sikit. Jom makan... ;)

Kuih Tepung Bungkus yang enak sangat

Kuih Ketayap

Kuih Bom Bijan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...