Khamis, 4 April 2013

Perihal Asam Jawa, khasiat dan petua untuk kesihatan & kecantikan


Asam jawa atau celagi ialah sejenis pokok saka malar hijau yang mana pokok matang boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia. Nama latin bagi asam jawa ni ialah Tamarindus indica Linn manakala nama daerah pula Tangkal asam; Acem; Celagi. Rekod dan sejarah menunjukkan yang ibu negeri Senegal diberi nama ‘Dakar’ dalam bahasa tempatan yang bermaksud “pokok asam jawa”. Pokok asam jawa adalah tumbuhan semula jadi di benua Afrika. Pokok ini diperkenalkan ke negara-negara di Asia melalui pedagang-pedagang Arab yang datang singgah ke Asia Tenggara. India ialah negara yang mempunyai tanaman dan ladang asam jawa yang paling luas di dunia. Didapati sebanyak 250,000 metrik tan asam jawa dihasilkan setiap tahun seluruh dunia dimana 65% dihasilkan di India.

Pokok asam jawa mempunyai pelbagai gelaran dan nama tempatan. Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam Jawa, Asam Kemal, Asam Kuning (Melayu); Indian date, Sweet Tamarind, Tamarind (English); Anbli, Ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin; Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me chua (Vietnam); Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun); dan Khaam, Kok mak Kham (Laos).


Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Pokok asam jawa sebenarnya merupakan tumbuhan anugerah Tuhan yang mempunyai pelbagai guna. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Pucuk muda mentah atau yang telah dicelur, dimakan dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau pencecah lain dengan nasi. Buah muda asam jawa yang dikupas kulit dan ditumbuk kasar atau diracik kecil, dicampurkan dengan sambal belacan, sesuai dimakan dengan nasi. Rasa buah asam jawa adalah masam-masam manis manakala daunya berasa sedikit kelat dan masam.


Kandungan kimia: Buah mengandung vitamin A; zat gula; selulosa; asam-asam yang terikat oleh kalium; tartrat; gula invart; pektin.

Khasiat: Laksan; Analgesik; Diaforitik; Laksatif


Kegunaan

Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu asam jawa yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tidak boleh dikira banyaknya. Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi). Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara seperti di India. Asam jawa biasanya dijadikan jus minuman yang dicampur dengan air gula sebagai minuman segar terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia serta negara tropika lain.

Antara kegunaan lain asam jawa ialah:

1) Asam jawa juga digunakan sebagai sapuan untuk mengurangkan kesakitan akibat keradangan. Ia juga digunakan untuk berkumur-kumur bagi mengurangkan sakit tekak.

2) Caranya adalah dengan mengambil sedikit garam dicampur ke dalam air asam dan kemudian ia boleh digunakan sebagai sapuan bagi melegakan sakit sendi.

3) Daun asam jawa sama ada yang kering atau yang telah direbut boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak sendi dan terseliuh. Losyen atau ekstrak daunnya pula boleh digunakan bagi merawat sakit mata, sebagai antiseptik, merawat cirit-birit, jaundis, sakit kulit dan buasir.

4) Kulit pokok asam jawa, jika digoreng dengan garam dan dikisar lumat boleh digunakan sebagai penawar ketakcernaan dan kolik. Air rebusannya digunakan dalam kes radang gusi, lelah dan sakit mata. Losyennya boleh digunakan pada kudis dan ruam ulat bulu.

5) Tepung daripada biji asam digunakan untuk merawat bisul.

6) Kulit buah yang dicampur air masin amat baik digunakan untuk mencuci dan mengilatkan barangan perak, tembaga dan loyang.

 

Petua kesihatan dan kecantikan menggunakan asam jawa


1) Menghilangkan parut pada wajah
Bancuh asam jawa bersama sedikit air sepekat yang mungkin dan tampal keseluruh muka. Biarkan ianya mengering barulah dicuci muka menggunakan air bersih.

atau

Campurkan pes asam jawa bersama minyak zaitun. Sebatikan kemudian sapulah ke kulit wajah. Biarkan selama 15 minit barulah dibasuh menggunakan air suam panas supaya terbuka pori-pori wajah. Kemudian bilas pula menggunakan air yang sedikit sejuk supaya pori wajah tertutup kembali. Lakukan rawatan selama 3 kali seminggu, Insyaallah parut akan hilang.


2) Penjagaan suara
Bancuh asam jawa bersama segelas air. amalkan dengan meminum airnya setiap hari.

3) Untuk turunkan berat badan
Air asam jawa elok diamalakan setiap hari untuk membuang lemak dalam badan dan memberi kesegaran tubuh dengan cara ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Amalkan selepas makan tengah hari dan makan malam. Kalau tak suka suam, boleh buat dengan air dari fridge atau lepas diramas tu simpan sekejap dalam peti ais, lepas makan baru ambil dan minum.


4) Demam panas/demam
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat . Biasanya saya akan sapu ke seluruh badan seperti yang Allahyarhamah nenek lakukan. Insyaallah badan akan lebih selesa dan panas akan berkurangan.

5) Sakit perut 
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

6) Sakit asma
Bagi yang sakit asma pula rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.

7) Batuk/Perit tekak
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampurkan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.


8) Luka/Bisul
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

9) Alergi/Biduren
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.

10) Bengkak disengat lipan atau lebah
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.
11) Kesakitan masa haid
Ambil asam jawa dalam 1 ruas ibu jari; kunyit 1 jari; Air mendidih 100 ml, ramas dan minum pagi dan petang, setiap kali minum 100 ml ya.
12) Menghilangkan jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.


13) Melembutkan kulit wajah yang kasar/Haluskan kulit wajah
Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari. 

atau

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

14) Kulit cerah/kuning
Campurkan asam jawa dengan tepung bagi sebati. Agak-agak le yer banyak mana korang nak. Pastu korang lumurkan campuran tersebut kat kulit (better kat badan je ok). Tapi wanita India sapu kat muka jugak untuk bagi kulit muka cerah tau. Kalau dah rasa kering baru basuh 


15) Menghilangkan bau kaki
Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki, ia juga boleh menghilangkan masaalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.



16) Rambut gugur
Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga. 


14 ulasan:

  1. Tq for the info.. Campuran asam jawa dan tepung ubi tu berkesan jugak ke untuk hilangkan jerawat pasir?

    BalasPadam
  2. Suka minum air asam jawa..tak tahu pulak banyak khasiat asam jawa ni..hehe..jom singgah ke blog saya.. daisyrose88.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah ..3hari minum air asam jawa ..berkesan ..rasaa perubahan ye ..ringgan je badan

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah ..3hari minum air asam jawa ..berkesan ..rasaa perubahan ye ..ringgan je badan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kak, betul ke berkesan turunkan berat badan? Akak minum ikut petua tu, 2x sehari? Maaf bertanya sbb tak tahu pula boleh turunkan berat bdn hehe

      Padam
  5. Yang untuk licinkan kulit tu, bedak sejuk campur kunyit dan asam jawa. Dah try, ni masuk 3 hari. Alhamdullilah, memang sangat berkesan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam. Berapa kali sehari ye buat?

      Padam
  6. Yang untuk licinkan kulit tu, bedak sejuk campur kunyit dan asam jawa. Dah try, ni masuk 3 hari. Alhamdullilah, memang sangat berkesan.

    BalasPadam
  7. Bdk sjuk+asam jawa... slalu sy bt yg ni utk kecut jerawat n hlgkn parut.. mmg terbaik

    BalasPadam
  8. Bdk sjuk+asam jawa... slalu sy bt yg ni utk kecut jerawat n hlgkn parut.. mmg terbaik

    BalasPadam
  9. saya selalu batuk dan asma , bila saya rasa mula nak batuk saya amalkan mnum air asam jawa alhamdulillah batuk saya berkurang dan sesak nafas pun berkurang

    BalasPadam
  10. Saya mmg selalu mnm air asam jawa..mnm selepas mkn..mmg lawas n bole kurus..tp kena jg mkn jgk..hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...