Dah lama saya tek jengah laman Ondscene yang banyak menceritakan pasal kemalangan jalan raya dan tips nak selamatkan diri kalau berlaku kat kita dan kita masih dalam sedar. Dulu yang boleh terjumpa laman cik Sham kita ni masa saya cari berkenaan produk kesihatan dan perlangsingan badan. Tup-tup terjumpa laman ni yang menceritakan tentang bahaya yang ada dalam sesetengah produk yang ada dipasaran sekarang. Dengan cerita kehebatan masing-masing dalam menguruskan badan, mencantikkan kulit rupanya ada kandungan yang merbahaya untuk kesihatan kita.
Apa yang sana nak kongsi ni bukan le nak condemn mana-mana pihak. Itu hak diarang. Udah produk diarang suka hati le diarang nak buat macam mana. Kalau berhajat untuk cari rezeki yang halal buat cara yang benar-benar halal. Kalau idak dan sanggup tinggalkan nama buruk pada diri sendiri... Apa le yang mampu kita buat lagi yer tak. Tapi hak kita sebagai pengguna, orang yang keluarkan duit adalah untuk mendapatkan produk yang baik seperti yang dikatakan dan paling penting tak bahayakan kesihatan kita. Kita berhabis duit untuk dapatkan kesihatan dan kecantikan seperti yang dikhabarkan. Takkan ada yang sanggup berhabis duit untuk dapatkan penyakit kan heheh. Pelik tu kalau ada hehehe.
Dalam Ondscene ni, cik Sham kita berkongsi gak gambar-gambar yang dia ambil masa buat serbuan ke atas premis-premis yang keluarkan produk. Selalunya yang buat serbuan ni setahu saya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tapi tak pasti cik Sham tu kerja apa. Yang saya tahu he as wartawan bebas (amboiiii rojaknya bahasa. DBP jangan saman ai pleaseeee). Wallahu'alam.
Tak kisah le apa pun kerja dia kan... Yang penting halal udah hihi. Dan yang penting tentang perkongsian dia yang boleh buka sikit mata kita tentang bahanyanya sesuatu produk walaupun kengkadang jenama humang aihhhh gah kan ke main. Kalau dengar jenama, amboi harus kita berani bertaruh yang produk hasilan diarang ni gerenti hebat. Nak pulak banyak yang cerita tinggalan warisan turun temurun, lagi le percaya kita sebab tengok si dia ni cun melecun kalah barbie doll ahaks*.
Saya ni pun bukan kebal sangat bab-bab ni. Yer la pompuan, sapa tak nak cantik kan. Nak-nak bila dah berkahwin dan beranak pinak ni lagiii le nak cantik. Muka kot boleh tak nak dah mengerutu-ngerutu cam jalan tak turap betul-betul (hagak-hagak kontraktor nak untung lebih kot hahaha). Badan kot yang ada spre tyre berbijik-bijik (banyak ooo spare tyre yang ada hahahah) kot boleh nak le buang bagi tinggal bak kerengga. Kot buat kerja cepat pancet nak le aktif cam budak-budak yang leka bermain. Korang bayangkan budak-budak kalau dapat main.... Lari, panjat, lompat berjam-jam pun tak per. So terpengaruh le jugak.
Try yang tu tak jadi, try yang ni nampak kesan. Guna lagi la kalau nampak kesan. Tapi tup tup bulan kedua dah masalah balik. Jangan kata tak berkesan, banyak pulak masalah yang timbul. Sakit kepala le, penghadaman ada problem le, jerawat makin berbukit-bukit tumbuhnya le... Isk naik risau le. Ingatkan body yang tak berapa sihat. Kot la faktor cuaca ke hapa. Nak pulak bila bersin dan berhingus je. Lagi le salahkan cuaca. Tak sedar yang kita dok ambil tu sebenarnya yang bawa masalah tu.
Ada pulak yang berani claim, produk diarang sesuai untuk kanak-kanak. Sebab nak anak sihat (Afif ada Asthma dan alah pada cuaca sejuk dia akan bersin bagai), bagi le dia cuba. Memula nampak berkesan. Suka sangat terus percaya. Lama-lama terasa something wrong. Isk apa kebenda nih.... Pikir punya pikir tak dapat jawapan. Still continue ambil sebab percaya bukan pasal produk. Bukan tak nak buat rawatan hospital. Saya ni yang tu yang lebih yakin berbanding produk luar tapi disebabkan dah pergi bahagian Asthma tapi diarang suruh tak payah kasi apa-apa ubat sebab masih baru tu yang risau. Nak guna inhaler pun diarang tak kasi suruh tunggu kalau kena serangan baru bawak pergi klinik. Ibu mana le sanggup anak sakitkan. Kalau boleh nak ganti biar kita je yang sakit tu yang bila digerenti baik untuk budak-budak terus cuba.
Bila kesihatan dah makin mudarat dan puas pikir sebab musababnya, Mr Hb kata mungkin sebab produk. Mulanya was-was gak tapi tah le tetiba rasa nak search kot tenet kot-kot betul produk yang diambil tu merbahaya pada kesihatan. Masa ni le terjumpa laman Ondscene nih. Bila baca... Baru tahu punca kitarang anak beranak sering sakit. Aduhhh apa yang dah saya buat??? Nak sihat punya pasal last-last yang dapat sakit. Rasa menyesal ya amat beb.... Sian kat anak. Dia ikut je kata kita. Naya betul. Sampai hati 'si dia-si dia' yang claim produk ni baik untuk anak-anak, juga pada kita yang dewasa ni sedangkan ada bahan terlarang dalam tu yang boleh buat kita dapat penyakit yang lebih merbahaya. Nak untung macam mana sangat sampai sanggup cari rezeki yang tak halal?? Nauzubillahiminzalik.... Jangan le kami jadi macam tu...
Rupanya, kebanyakan produk kecantikan dan kesihatan yang dijual mengandungi Bahan Kimia Sibutramine. Menurut cik Sham, sejak tahun 2010 ada lebih 20 produk pelansingan badan yang telah dirampas dan disenarai hitamkan oleh KKM sebab dikesan mengandungi bahan kimia Sibutramine ni. Ada gak yang ada kandungan Steroid yang turut mengancam kesihatan kita. Kiranya banyak yang ada bahan kimia ni yang disembunyikan dan didakwa oleh pengeluar sebagai makanan kesihatan. Seluruh dunia dah haramkan bahan kimia Sibutramine ni sebab boleh ancam kesihatan kita hingga peringkat bagi kesan tak siuman dan semput kronik. Isk... Isk.. Isk.... Geleng kepala kau bila dapat tahu... Apa lagi terus stop dan buang le apa yang ada. Tak caya dah!
Amboiii bukan kemain diarang dakwa ada sijil KKM la, Halal la bagai. Rupanya auta je semua. Siap suruh saya jadi wakil kat Perak ni pun ada. Memang le terpengaruh sebab nampak hasilnya. Siap buat pengeluaran duit untuk modal pasarkan produk diarang. Konon-konon nak cari rezeki lebih. Boleh buat modal mantapkan lagi business kami ni. Rupanya, yang ado nama baik tercemar. Orang kata kita tipu pulak. Duit pun melayang. Allah je tahu geramnya saya. Patut la bila minta Sijil KKM diarang berdolak dalih rupanya ada sebab.... Kot-kot rasa nak tipu jangan le libatkan orang lain. Buat sendiri. Ni tak nayakan orang buat per. Ingat rezeki yang macam tu halal ke. Memang le terlepas kat dunia ni tapi agak-agak kat akhirat camner? Itu yang saya cukup takut dan mintak dijauhkan Allah dari berlaku pada kami. Aaamiin.
Sebenarnya kes ni dah lama berlaku. Dalam tahun lepas. Sejak dari hari tu terus stop ambil sebab bila baca tulisan cik Sham ada persamaan dengan apa yang kami alami. Baki-baki yang dok buat jualan pun terus saya buang. Rugi ribu-ribu gak ler tapi nak buat macam mana kalau dah bukan rezeki. Lagi baik daripada bahayakan orang lain yer tak. Dulu tak tahu mungkin bukan salah kita sebab kita pun mangsa tapi kalau dah tahu dan tetap nak teruskan... Isk... Tak sanggup tanggung dosa you... Ai nak rezeki yang halal je tau. Baik teruskan dengan produk sendiri sekurang-kurangnya kita tahu elok ke tidak dan paling penting kita yakin rezeki yang akan kita peroleh adalah Halal.
Tujuan saya kongsikan kat sini sebab saya tahu ramai lagi yang mengamalkan pelbagai jenis produk-produk yang macam ni kan. Kalau dah baca ni hati-hati lah yer. Kalau nak ambil juga buat research sikit. Kalau boleh minta surat, sijil atau nombor rujukan seperti nombor rujukan KKM ke apa. Saya pun ambil satu tapi kali ni produk ni keluaran luar negara dan dijual di lebih 80 negara seluruh dunia. Keluaran sejak tahun 80an, produk ni turut menaja ramai athlete terkemuka dalam pelbagai bidang sukan. So rasa yakin le sikit. Makan tu nampak le perubahannya tapi kena stop jab, pitih dok maghi lagi hehehe. Kena bekorban sikit untuk kejayaan kelak heheh.
Nak tahu pasal Sibutramine ni baca kat MedlinePlus Drug Information ada le cerita pasal bahan kimia ni. Ok ni saya kongsi kesan bahan kimia Sibutramine ni kat orang yang terambilnya yer:
-
Sakit kepala (headache)
-
Perubahan selera makan (change in appetite)
-
Sembelit (constipation)
-
Pedih ulu hati (heartburn)
-
Mulut menjadi kering (dry mouth)
-
Badan menjadi lemah (weakness)
-
Sakit belakang (back pain)
-
Gemuruh (nervousness)
-
Kesukaran tidur (difficulty falling asleep or staying asleep)
-
Selsema/hidung berair (runny nose)
-
Simptom mirip selsema (flu-like symptoms)
-
Kepanasan (flushing)
-
Sakit semasa haid (painful menstrual periods)
Some side effects can be serious. The following symptoms are uncommon, but if you experience any of them, call your doctor immediately:
-
Degup jantung menjadi kencang (fast or pounding heartbeat)
-
Sakit dada (chest pain)
-
Sesak nafas/pernafasan menjadi pendek (shortness of breath)
-
Mual (nausea)
-
Sakit perut (stomach pain)
-
Muntah (vomiting)
-
Keseronokan yang melampau (extreme excitement)
-
Resah (restlessness)
-
Gelisah (anxiety)
-
Tertekan/murung (depression)
-
Pening (dizziness)
-
Kepala terasa/menjadi ringan (lightheadedness)
-
Pitam (fainting)
-
Keliru (confusion)
-
Pergerakan diluar kawalan (uncoordinated or abnormal movement)
-
Kekejangan otot (muscle stiffness)
-
Tangan mengeletar tanpa dapat dikawal (shaking hands that you cannot control)
-
Sawan (seizures)
-
Menggigil (shivering)
-
Peluh berlebihan (excessive sweating)
-
Demam (fever)
-
Sakit tekak (sore throat)
-
Anak mata mengembang/membesar (large pupils (black area in center of eyes)
-
Penglihatan berubah (change in vision)
-
Sakit mata (eye pain)
-
Ruam (hives)
-
Iritasi kulit (skin rash)
-
Kegatalan (itching)
-
Kesukaran bertutur, bernafas atau menelan (difficulty speaking, breathing, or swallowing)
-
Suara serak (hoarseness)
-
Bengkak di muka, tekak, lidah, bibir, mata, tangan, kai, buku lali atau bahagian bawah kaki (swelling of the face, throat, tongue, lips, eyes, hands, feet, ankles, or lower legs)
-
Lebam atau pendaraham luar biasa (unusual bleeding or bruising)
Hati-hati la yer.. Untuk kesihatan kowang dan keluarga juga :)
Layari laman web kecantikan diri..
BalasPadamPerfectshapebody.blogspot.com
Produk yg selamat digunakan